Monday 11 May 2015

TITAH SULTAN JOHOR YANG KERAMAT AKHIRNYA RAKYAT PULAU PINANG DAN TERENGGANU SAMA-SAMA DAPAT NIKMAT.



Pulau Pinang menjadi negeri kedua yang mengumumkan akan menyerap Cukai Barangan dan Perhidmatan (GST) yang dikenakan pihak berkuasa tempatan (PBT) ekoran titah Sultan Johor mengarahkan kerajaan negeri itu berhenti mengutip cukai itu.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail baru-baru ini bertitah arahan perlaksanaan cukai itu "tidak masuk akal" kerana perkhidmatan kerajaan adalah tanggungjawab asas kepada rakyat dan tidak wajar takyat dibebankan dengan cukai itu.

Hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat demikian berikutan rayuan pentadbirannya kepada Putrajaya untuk mengecualikan PBT daripada GST, yang berkuatkuasa 1 April.

Kerajaan Pulau Pinang akan menyerap pelaksanaan GST yang dikenakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Jaya (MPSP) berkaitan projek, perkhidmatan dan kontrak yang dijalankan oleh PBT tersebut, kata Lim.

Kerajaan juga, katanya lagi, akan menyerap GST yang dikutip dari rakyat oleh pihak berkuasa tempatan bagi kerajaan persekutuan, seperti bayaran letak kereta, sewa tanah dan bangunan.

Beliau yang juga setiausaha agung DAP berkata kerajaan negeri akan menyerap sejumlah Rm15.6 juta GST yang dikenakan oleh MBPP dan RM5.8 juta oleh MPSP.

Sementara itu, Bernama melaporkan kerajaan negeri Terengganu menyerap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan PBT negeri ini berkuat kuasa serta merta.
   
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata penyerapan CBP itu yang berjumlah RM1.6 juta bertujuan meringankan beban rakyat di negeri ini.
   
"Ini adalah langkah untuk memastikan amaun CBP oleh PBT tidak dikenakan kepada rakyat.
   
"Perkara ini dipersetujui pada mesyuarat Exco 22 April lepas yang memutuskan untuk menyerap CBP bagi sembilan komponen utama di bawah PBT," katanya dalam kenyataan di Kuala Terengganu, hari ini.
   
Sembilan komponen itu ialah sewaan bangunan dan premis Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sewaan pasar, pajakan tanah, pajakan pasar, pajakan tempat letak kereta, sewaan kemudahan sukan, sewaan alat kelengkapan dan perhiasan, sewaan kenderaan, mesin dan jentera dan jualan borang, pelan dan dokumen.

Ahmad Razif berkata walaupun terdapat sembilan komponen, ada daerah yang menambah penyerapan CBP seperti di Kemaman yang menyerap CBP bagi jualan barangan taman rekreasi dan mini zoo, jualan tiket taman rekreasi dan mini zoo serta perkhidmatan penyelenggaraan.
   
Mereka yang sudah membayar CBP itu akan dibayar balik oleh Bahagian Kewangan setiap PBT berkenaan.
   
Terengganu adalah negeri kedua yang menyerap CBP selepas Johor yang menyerap CBP bagi semua PBT di negeri itu.

11 comments:

  1. Hahaha.......skrg baru berani ubah corak gst yg tak munasabah selepas sultan johor titah dan najib tak berani bersuara ke......?
    Tak mampu memerintah hingga kewangan negara tergugat tiada jln lain utk menambah pendapatan rakyat pula dijadikan kambing hitam bayar hutang dgn cukai yg tidak msk akal utk permudahkan kerja mrk mencari pendapatan menampung belanjawan negara dan hutang yg paling tinggi di dunia.

    ReplyDelete
  2. Daulat Tuanku......


    Jeff Ulu Yam
    (Hamba Sultan Yang Setia)

    ReplyDelete
    Replies
    1. asungguh memalukan sekiranya selangor yg kaya raya tidak mengikut jejak langkah penang menyerap gst. kelantan lain la sebab dia yuji.

      Delete
  3. jOHOR, TERENGGANU DAN PULAU PINANG MEMANG HEBAT.
    KELANTAN DAN SELANGOR? MB JANGAN JADI MACAM AMNO JUGAK YER...

    ReplyDelete
  4. Oiiiii azmin...tolong pakai duit yg TKI simpan tu utk serap gst. Boleh ker tak boleh? Kalu boleh, aku undi PR lagi masa pru14 nanti.

    ReplyDelete
  5. Kalau gadai tanah kat cina ,gst n zakat nak bayar x

    ReplyDelete
    Replies
    1. macai tiap tiap hari cakap tentang bangsa saja. racist seumur hidup

      Delete
  6. boleh ke sultan d kenakan pota.?

    ReplyDelete
  7. Bukan serap la...hapuskan terus gst. Kalu serap bermakna k'jaan negeri masih perlu bayar kpd k'jaan p'sktuan.
    Negeri kaya boleh la, kalu miskin mcm k'ltan mampus...

    ReplyDelete
  8. najib dan geng UMNGOKnya baik gi mampos aja.. kerja cuma nk menyusahkan hidup orang.. x nak tolong xpe tapi x perlu susahkan hidup warga marhaen!

    ReplyDelete
  9. Hye korang..maaflah..Amar bukan nk cakap apa..act takdelah susah sgt nk beli kereta baru ni..What app je Proton/Perodua ke 0142264506.Insyaallah Amar bantu.Tak perlu duit2 booking segala.Amar tak nak.Amar da 7 tahun pengalaman jual kereta baru.Terutama proton dan perodua.Ingat no Amar 0142264506.Satu Malaysia Amar boleh hantar kereta.Ingat ... nak beli kereta baru..atau nk tanya proses dia mcm mana what app Amar di 0142264506.Ingt yea..hehehe.
    Lagi pun..bg yg berniaga,tapi bermasalah buat loan,yg blacklisted ke..Amar cuba bantu yea.
    Nak trade in kereta atau tak mampu nk bayar bulanan kereta dan nk elakkan blacklisted,bgtau Amar yea.maaf guna cara mcm ni.penat korg baca..hehehe

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...