Tuesday 1 December 2015

"WIRA VAPE NEGARA" YANG JUGA BAPA DHAFI TERUS MEMBISU DAN MEMBATU TITAH SULTAN TUTUP OPERASI.


Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob enggan mengulas mengenai titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mahu larangan penjualan vape di negeri Johor.

“No komen,” katanya ringkas kepada Malaysiakini.

Ismail yang juga adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno sebelum ini lantang membantah arahan Kementerian Kesihatan Malaysia yang mahu cecair perisa vape yang mengandungi nikotin hanya boleh dijual oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar.

Katanya, ini kerana kebanyakan farmasi dimiliki oleh syarikat besar termasuk dari luar negara dan tindakan itu akan membunuh perniagaan vape anak muda tempatan.

Ismail Sabri berkata, beliau tidak seharusnya dicap sebagai rasis semata-mata kerana beliau menyuarakan kepentingan Melayu dan Bumiputera.

"Mungkin saya telah dicop rasis tetapi prinsip saya senang... kita bela kaum kita dan jangan tindas kaum lain. Selagi itu dilakukan, bagi saya tidak ada salah dengan apa yang saya lakukan,” katanya.

Alasan Ismail Sabri hari ini, adalah beliau tidak mahu mencampuri urusan Kementerian Kesihatan.

“Biar kementerian kesihatan (komen), nanti saya cross (campuri urusan) kementerian lain,” katanya dalam sidang media Kongres Pemerkasaan Luar Bandar di Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur.

Menerusi kemas-kini di Facebook, Ismail Sabri juga berkata beliau mahu produk vape Malaysia dikenali di seluruh negara. Katanya, anak muda dan usahawan Melayu/bumiputera harus untuk terus menghasilkan perisa yang terbaik tanpa menggunakan bahan terlarang.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Ahad lalu bertitah larangan penjualan vape harus dikuatkuasakan dan semua premis yang menjual vape diberi tempoh sehingga 1 Januari depan untuk menutup operasi mereka.

12 comments:

  1. Sabarlah sikit. Isu pertahankan najib senapas je di selesaikan. Inikan isu vape. Kejap lagi adalah statement cerdik dia akan buat. Mohon sabar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesimpulannya, tiada harapan PAN Imayam utk duduk dalam PAkatan Harapan.

      Tiada harapan utk PAN Imayam menyukai harrapan rakyat

      Teori Tulang Badak adalah PAN Imayam melihat harapan rakyat sebagai halangan kepada parti footlose untuk naik lebih tinggi yakni hamba abdi Class A bagi DAP

      Sehingga kiamat pun PAN imayam tidak akan menyokong kehendak rakyat terutama masyarakat Melayu Dan india

      TULANG BADAK
      Murtabak Waves

      ps Pastikan tiga penjuru di segitiga

      Delete
    2. Pas suka 3 penjuru sbb pas nak bg umno menang. Pas sayang sgt kat umno.

      Delete
  2. KEPADA TN HJ HADI,
    Mana surat drp ulama terkenal dunia yg mengatakan penubuhan AMANAH adalah haram?

    Saya bg 1 bulan kpd tn haji untuk tunjuk. Jika mulai 1 jan 2016 surat tu tiada, maka saya akan panggil tn hj sebagai TN HAJI TIPU.

    Harap maklum.

    ReplyDelete
  3. HUSSAM SUDAH BAGI BUKTI DAN MAKLUMAT:

    Minta tindakan segera diambil sebelum tahun baru 2016,
    1. Duit cikgu Yik diselesaikan.
    2. Bapak segala UG dipecat.
    3. Tok lebai songlap duit balak dimasukkan dlm jel.
    4. Lesen balak kroni tok lebai dibatalkan.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Tn hadi bolehkah saya bertanya? Antara umno, hudud, ceo, jawatan pm dan elaun exco, yang manakah 3 yg terpenting dalam hidup tuan presden??

    ReplyDelete
  5. Nak tanya tn hj presiden boleh tak?
    Kalau hussam ajak lawan candat sotong, tn hj presiden berani tak?

    ReplyDelete
  6. KPD HJ AHMAD YAKOB.

    1. Betul ke tn hj ada kata kalau hudud tak dpt laksana di kelantan tahun 2015, tn hj nak letak jawatan?
    2. Tahun baru 2016 tinggal sebulan lagi, sudahkah tn hj bersedia untuk melepaskan jawatan?
    3. Sebenarnya kenapa duit potongan gaji guru2 Yik yang berjumlah 14 juta tu tidak diagihkan kepada agensi yang berkenaan?

    Harap tn hj bagi pencerahan.

    ReplyDelete
  7. RENUNGAN BERSAMA

    Jangan Menyibukkan Diri Dengan Aib Manusia

    Anas bin Malik radiyallahu anhu meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda:

    " طُوبى لمنْ شَغَلَهُ عَيبُه عن عُيُوبِ النّاسِ"
    أخرجه البَزّارُ بإسنَادٍ حَسن. ورواه أحمد والطبراني وابنُ حِبّان والحاكم

    "Berbahagialah sesiapa yang keaiban dirinya menyibukkan dirinya daripada berbicara tentang keaiban-keaiban manusia lain."

    [Hadis dikeluarkan oleh Bazzar dengan isnad yang Hasan. Juga diriwayatkan oleh Ahmad, Tabrani, Ibnu Hibban dan Hakim].

    HURAIAN

    1. Berkata Imam al-Munaawi; Berbahagialah seseorang yang disibukkan dengan keaiban dirinya lalu tidak berbicara tentang aib orang lain. Maka sewajarnya bagi orang yang berakal menguruskan keaiban-keaiban dirinya. Sekiranya didapati ada satu keaiban dan kelemahan sibukkanlah diri dengan memperbaiki keaiban tersebut lalu merasa malu untuk mengeji orang lain.

    2. Berkata al-Hakiim; saya merasakan tiada orang yang sibuk memperkatakan aib orang lain melainkan kerana leka tentang dirinya sendiri. Sekiranya dia prihatin terhadap kelemahan dan aib dirinya tentulah dia tiada masa untuk memikirkan aib orang lain.

    3. Berkata ahli ilmu, tidak sewajarnya bagi seseorang mengintai dan mencari kelemahan dan keaiban saudaranya bahkan selayaknya setiap orang lebih sibuk memikirkan kelemahan dirinya. Seorang mukmin berusaha mendidik dirinya sebelum menyibukkan dirinya mencari keaiban dan kelemahan orang lain.

    4. Demikianlah juga, tiada seorang yang sempurna. Setiap orang pasti memiliki kelemahan di samping kebaikan. Timbanglah kebaikan dan kekuatan diri yang ada pada seseorang sebelum menyibukkan diri kita untuk menilai kelemahan dirinya kerana kita sendiri pun tidak sedikit kelemahannya. Apakah kita suka untuk manusia berbicara tentang segala keaiban kita yang masih disembunyikan oleh Allah?

    5. Di zaman perhubungan manusia menjadi mudah dan cepat menerusi aplikasi whatsapp dan facebook tidak sedikit yang terlalu sibuk membicarakan keaiban dan kelemahan orang lain secara terbuka sehingga menimbulkan pelbagai prasangka sedangkan dia sendiri berpeluang menegur secara tertutup.

    6. Berkata bijaksana Arab; "keaiban dan kelemahan seseorang dilipat simpan bukannya diriwayat dan disebarkan."

    7. Biarlah aplikasi perhubungan sosial semasa memberikan pahala bukannya menambahkan dosa.

    ReplyDelete
  8. Tak guna punya menteri. Nak suruh anak melayu islam berniaga dgn perkara haram. Org kafir ( menteri kesihatan) boleh suruh kerajaan harapkan vape,, menteri islam pertahankan vape. Apa lagi la bala Allah akan uji kita selepas ini jika menteri "baruah" ibis ni dan kwn2 dia dilantik lagi.

    ReplyDelete
  9. Ksimpulangnye pyokong n pmimpin pan kuali imayam mmg bengong2 belake..sekiang

    ReplyDelete
  10. SOKONG PENUH....Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob....YA PERTAHANKAN VAPE ...HIDUP VAPE HIDUP MELAYU HIDUP UMNO......PERTAHANKAN VAPE....AGAR SUPAYA SEMUA MELAYU KAYU BODOH MACAM LEMBU CEPAT MAMPOS DAN DAN JAHANAM DARI NEGARA KITA ....YESSSSS..........HIDUP DENGAN VAPE HIDUP YANG TERBAIK........

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...