Tuesday, 1 November 2011

PRU 13 SEMAKIN HAMPIR!!!!!



PM, Rosmah tiba di Tanah Suci
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Madinah untuk menunaikan ibadah haji hujung minggu ini.

Pesawat yang membawa beliau serta rombongannya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad di Madinah kira-kira jam 9 malam, Isnin (2 pagi hari Selasa waktu Malaysia).

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Gabenor kota Madinah, Sulaiman Mohammad Al-Jeraisy dan Duta Besar Malaysia di Arab Saudi Prof Datuk Syed Omar Al-Saggaf.

Turut berada di lapangan terbang menyambut ketibaan beliau ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengerusi Lembaga Tabung Haji Tan Sri Abi Musa Asa'ari dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji Datuk Paduka Ismee Ismail.

Perdana Menteri turut diiringi bondanya, Tun Rahah Mohamad Noah dan adiknya, Datuk Mohamed Nazim serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Najib dijadual menziarahi makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi sebelum berlepas ke Jeddah untuk memasuki kota Mekah bagi menunaikan umrah, esok.

Pada hari Rabu pula beliau akan mengunjungi ibu pejabat Tabung Haji di hotel Abraj Al-Janadiriah di Mekah, dan meluangkan masa untuk bertemu dengan jemaah haji Malaysia yang menginap di hotel itu.

Najib dan isteri akan berwukuf di Arafah pada hari Sabtu ini, bersama lebih tiga juta umat Islam yang lain dari seluruh dunia, yang menunaikan haji tahun ini.

- Bernama

PANDANGAN OMAK:-

INI SEMUA TAK LAIN TAK BUKAN SEBAGAI BAHAN KEMPEN UNTUK MEMANCING UNDI ORANG-ORANG MELAYU PADA PRU 13 NANTI...MASALAHNYA CARA KEMPEN MENGGUNAKAN PEMERGIAN MENUNAIKAN FARDU HAJI SUDAH KETINGGALAN ZAMAN...KALAU NAK PUJUK DAN PIKAT PENGUNDI ANAK-ANAK MUDA DAN YANG DUDUK ATAS PAGAR.. APA YANG MEREKA NAK HAIRANKAN...YANG MEREKA MAU LIHAT IALAH SETELAH BALIK DARI MENGERJAKAN HAJI...DAH BERUBAH KEARAH YANG LEBIH BAIK ATAU MASIH KEKAL DENGAN PERANGAI LAMA ATAU MAKIN TERUK...OMAK TAK TERKEJUT JIKA GAMBAR-GAMBAR NAJIB DAN ROSMAH MENGERJAKAN HAJI DIJAJA DIMUKA DEPAN SEMUA MEDIA CETAK KEPUNYAAN DAN KAWALAN UMNO...OMAK YAKIN GAMBAR-GAMBAR INI AKAN DITABUR DISELURUH PELUSUK KAMPUNG DAN RANCANGAN FELDA...APA YANG OMAK HARAPKAN IALAH KEDUA SUAMI ISTERI INI BERUBAH KELEBIH ISLAMIK...OMAK TAHU HARAPAN OMAK INI SEKADAR TINGGAL HARAPAN...SEBABNYA KEMEKAH SEBAGAI BAHAN KEMPEN MURAHAN....RAKYAT BENCI UMNO... UMNO IS DEAD...PR GANTI BN.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...