Thursday, 3 November 2011

SIAPA YANG MENIPU??? NAJIB ATAU AKHBAR AUSTRALIA????



Najib: Isteri saya tidak beli apapun barang kemas
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bahawa anak perempuannya bukan berada di Australia semasa beliau menghadiri mesyuarat ketua-ketua kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, baru-baru ini.

NONEJusteru, katanya orang ramai sepatutnya tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan.

"Jangan percaya atau sebar pembohongan. Malah, anak perempuan saya tidak berada di Australia dan isteri saya (Datin Seri Rosmah Mansor) tidak membeli apapun barang kemas," kata Najib dalam Twitter terbarunya yang dipetik Bernama.

Awal minggu ini, laporan berita di The West Australian, mendakwa anak gadis perdana menteri membelanjakan A$60,000 (RM195,000) semasa membeli-belah di David Jones, antara gedung terbesar di Australia.

Berita itu kemudiannya dipetik oleh para penulis blog pembangkang dan akhbar web rasmi PKR, Keadilandaily.

NONESelain itu, laporan bertajuk ‘Delegates go shopping and sightseeing’ atau 'Perwakilan membeli-belah dan bersiar-siar' juga dimuatkan di banyak laman Facebook.

Akhbar Australia itu melaporkan bahawa peniaga membuat keuntungan yang besar apabila seorang wanita pertama yang tidak dinamakan membelanjakan A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara Australia Barat, manakala 'anak gadis Najib' membelanjakan A$60,000.

Ia memetik pengarah negeri bagi CHOGM Richard Muirhead sebagai berkata bahawa aktiviti masa lapang dan ekspedisi membeli-belah berkenaan diatur untuk perwakilan asing di luar jadual mesyuarat CHOGM yang ketat itu.

Najib dan Rosmah kini sedang mengerjakan ibadat haji di tanah suci.

PANDANGAN OMAK:-

SIAPA YANG BERBOHONG...NAJIB ATAU AKHBAR WESTERN AUSTRALIA?????....ATAU AKHBAR AUSTRALIA INI SUDAH DIUPAH OLEH PAKATAN RAKYAT KE????....TAK KANLAH MEREKA TAK KENAL ANAK BINI NAJIB....MUNGKIN LEPAS INI ADA PECACAI UMNO TUDUH KONONNYA AKHBAR INI SUDAH MENJADI EJEN ASING UNTUK MERANAPKAN KARIER POLITIK NAJIB...SEBELUM TADI OMAK DAH CAKAP.. KALAU SEKADAR MEMBUAT PENAFIAN TIADA IMPAK SEDIKIT PUN DALAM MENGEMBALIKAN KEPERCAYAAN RAKYAT APA YANG DINAFIKAN NAJIB ITU SAHIH...PERSEPSI RAKYAT BEGITU KUAT APA YANG TERSIAR DIAKHBAR WESTERN AUSTRALIA ADALAH BENAR LAGI SAHIH....POLITIK KINI IALAH BAGAIMANA NAK MENGURUS PERSEPSI....JALAN YANG PALING BAIK IALAH NAJIB SAMAN AKHBAR TERSEBUT JIKA BENAR DIA MEMFITNAH...NAJIB ADA BERANI???... BERANI KERANA BENAR...TIDAK BERANI KALAU TAKUT KEBANARAN TERBONGKAR.....YANG SAHIH LAGI BENARNYA IALAH RAKYAT BENCI UMNO/BN... UMNO IS DEAD... PR GANTI BN.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...