Monday 30 December 2013

AKHIRNYA NAJIB RAZAK TUNDUK DENGAN DESAKKAN TUN MAHATHIR AGAR KURANGKAN KOS PERBELANJAAN!!!!



KUALA LUMPUR - [KEMASKINI] Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Januari.

Tindakan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata kerajaan juga akan mengurangkan elaun keraian sebanyak lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas.

Selain itu, kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred itu juga akan dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus, katanya dalam kenyataan dua muka surat itu.

INI KRITIKAN PEDAS TUN DR MAHATHIR KEPADA NAJIB RAZAK YANG DIANGGAP BELIAU JENIS PM TIDAK RETI URUS TADBIR EKONOMI NEGARA.


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, lebih baik langkah pengurangan kos pengeluaran diambil untuk mengekalkan harga barangan dan perkhidmatan daripada menaikkan harganya.


Bekas presiden Umno itu memberi analogi sebuah syarikat perniagaan.


Beliau berkata apabila sesuatu perniagaan berhadapan persaingan atau peningkatan kos yang mengurangkan keuntungan, ia mempunyai pilihan antara menaikkan harga atau mengurangkan kos (cost down).


"Ada masanya harga boleh dinaikkan. Ini mungkin mengakibatkan kemerosotan jualan dan keuntungan. Lebih baik mengurangkan kos atau sama ada mengekalkan atau meminimakan kenaikan harga.


"Perkara sama boleh dilakukan kerajaan. Semua kos boleh diteliti untuk menentukan mana yang benar-benar penting, kos mana yang boleh dikurangkan, atau perkhidmatan mana yang boleh diolah," tulis beliau.


Masyarakat kebanyakan kini berdepan dengan pelbagai kenaikan termasuk kenaikan termasuk tarif elektrik dan kemungkinan tol bulan hadapan.


Kesannya mula dirasai apabila rasionalisasi subsidi pada tahun ini menyebabkan kenaikan harga gula dan petrol.


Kerajaan membazir


Mahathir menambah bahawa kerajaan dilihat membazirkan wang kerana tidak memikirkan pemulangan perbelanjaan dari pelbagai segi.


Beliau memberi contoh pemberian tender atau kontrak kepada pembina dengan sebut harga paling baik, yang tidak semestinya paling rendah.


"Saban tahun Laporan Ketua Audit melaporkan pembaziran akibat tidak mengikut prosedur dan kecuaian. Biasanya tidak banyak perubahan dilakukan selepas kritikan Ketua Audit Negara.


"Tak syak lagi banyak wang yang boleh dijimatkan jika kritikan ketua audit diambil serius.

Malah, penukaran prosedur juga boleh mengurangkan kos," tambah beliau lagi.


Mahathir yang terkenal dengan kekerasan beliau sewaktu memerintah dan kritikan lantang kepada pentadbiran selepasnya turut mengkritik keseriusan kerajaan dalam menjalankan langkah penjimatan.


"Jika kerajaan berminat untuk mengurangkan kos pentadbiran, mereka boleh berbuat demikian dengan keputusan yang ketara.


"Sebagai contoh, mereka boleh kurangkan kos elektrik dengan menukar lampu jalan biasa kepada jenis LED. Penjimatan lebih dari 50 peratus.


"Hasil pengurangan kos elektrik ini boleh digunakan untuk mengurangkan subsidi untuk bahan api tenaga. Tapi ini tidak dilakukan kerajaan. Kos permulaan mungkin tinggi tapi akan dimitigasi dengan penjimatan mengikut masa," tulis beliau.

MASALAH BESARNYA SEKARANG .. 1) Pengurangan kos itu terlalu minimal dan lansgung tidak memberi kesan dan impak serta sumbangan kepada menaikkan ekonomi negara .. pengurangan ciput celah gigi .. 2)  Harga barang keperlauan dan pekhidmatan masih lagi naik tidak dikurangkan sedangkan Tun M cadangkan agar jangan dinaikkan.  3)  Lebih pada sandiwara murahan demi nak kaburkan mata dan jiwa rakyat dengan harapan boleh memujuk dan ambil hati rakyat semula.

8 comments:

  1. Dr Mahathir berkata Putrajaya boleh melakukan penjimatan sebanyak 50% jika lampu jalan digantikan dengan mentol LED, satu pernyataan bodoh. Tarif lampu jalan adalah murah sekitar 30 sen seunit. Berapa kos penggunaan lampu jalan di Putrajaya setahun dan berapakah bilangannya? Andai sahaja kos penggunaan elektrik setahun RM5j untuk 7,600 lampu 500watt, maka bayaran bil setahun dapat dijimatkan RM2.5j. Untuk menggantikan lampu kpd LED kos bekal dan pasang dianggarkan RM2,000 setiap satu menjadikan jumlah kos modal RM15.2j. Ini memerlukan 6 tahun 1 bulan baru balik modal, itupun belum lagi diambilkira kos penyelengaraan. Lampu yang telah dibuka itu telahpun menelan kos jutaan RM sebelumnya hendak dibuat apa pula? Kos penjimatan dan kos modal untuk penjimatan itu adalah tidak berbaloi.
    Pengiraan ini tidak termasuk mengganti tiang jika dilibatkan dan tiada faktor mark up harga. Jika ini berlaku kos modal akan menjadi lebih tinggi dan tempoh pulangan modal hasil penjimatan menjadi lebih lama, sebelum penjimatan sebenar dapat dinikmati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penukaran untuk lampu jalan LED tidak lah bermaksud menukarkan kesemua sistem lampu dari penggunaan mentol hinggalah tiang lampu tersebut. Penjimatan kos dapat dilakukan dgn menukarkan mentol led sahaja dan kos RM2000 itu jelas sekali satu harga andaian yang tersasar daripada harga sebenar. Tarif harga juga tidak akan berubah sekiranya penggunaan lampu LED jenis jimat tenaga digunakan. Kos dan harga yang di nyatakan sebelum ini menjelaskan kenyataan yang tak masuk akal menyerupai banyak kenyataan daripada kesemua menteri zaman sekarang ini. Jadi baik lah kita periksa fakta dan hujung pangkal sesebuah cerita dan isu untuk tidak berada dengan setaraf kenyataan yang banyak dikeluarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Terima kasih

      Delete
  2. Mat sabu cerdik dlm segala galanya dan layak jadi PM tp najib bodoh giler dan sekolah darjah 6 .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dol...., cara ko sindir tu menunjukkan ko tu cuma seekor anak anjin ameno. Tak payah la nak menyalak kat sini dol. Ko pegi la cari sisa2 makanan kat tong2 sampah tepi longkang tu... ko pegi cari bapak ko si keza tu, gi sama.

      Delete
    2. Najib mana ada sijil kelulusan di london dulu masa belajar tak lulus sebab berpoya2 dgn betina sundal. Najib memang bodo bengap hotak udang bro. Tengok tu setelah madey cakap baru terfikir nak buat tapi betul ke? Sebab najib suka makan duit haram maka hitak dia tak boleh bfikir baik yg dia tahu macam mana nak buli dan khianat rakyat dgn pembohongan2 dan putar belit. Memang najib tarak tokoh pemimpin sebab banyak jenayah yg dilakukan. Rogol bunuh samun duit rakyat jual aset negara beri ic dlll lagi terlalu banyak. Klu pr menang tangkap najib dan penjarakan takpun hukum kerja berat seumur hidup dan rampas harta rakyat.

      Delete
  3. Atas kertas memang nampak JIMAT...realiti nya boleh ke dijalankan atau hanya jadi manifesto PRU 13 yang lalu...utang dah berlambak...strategi ini hanya CIPUT aje...118 tingkat tu patut di letak ketepi dulu......cairkan kesusahan raayat marhaen dulu......Naamanu sampai bila pun xboleh percaya......ABU

    ReplyDelete
  4. Jimat ala badak air.tol je kurang rm50 dri rm500.yg lain setakat jimat karen,jimat banner bla bla bla...gaji menteri gred B langsung tak diusik.macik felda dan melayu hutan dok bertepuk tampar kononya najib tuya prihatin.tp tak sedar dibodohlembubangsatkan oleh pm haramjadah..kahkahkah

    ReplyDelete
  5. Umno mmg haram jadah..penghianat bangsa..umno bangsat..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...