Tuesday 24 December 2013
PRESIDEN EMIRIAH ARAB BERSATU (UAE) DERMA RM32.9JUTA UNTUK MANGSA BANJIR DI MALAYSIA.
Abu Dhabi: Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan menyumbang sebanyak Dh36.6 juta (RM32.9 juta) kepada misi bantuan kemanusiaan untuk mangsa banjir di Malaysia.
Menurut laporan agensi berita UAE, bantuan berkenaan akan memanfaatkan lebih 20,000 keluarga yang terjejas di Pahang dan Kelantan, baru-baru ini.
Bencana alam terbabit menyebabkan kemusnahan rumah dan kerosakan harta benda.
Antara inisiatif yang akan dilaksanakan Persatuan Bulan Sabit Merah (RCA) UAE, termasuk membaik pulih lebih 20,000 rumah yang musnah, selain menyediakan barangan keperluan asas.
“RCA akan mendapatkan semua bekalan barangan berkenaan daripada pasaran tempatan,” katanya.
Menurut laporan itu, inisiatif berkenaan akan membolehkan lebih 100,000 mangsa banjir kembali ke rumah masing-masing dan menjalani kehidupan seharian seperti biasa.
Banjir di pantai timur Semenanjung yang berlaku pada awal bulan ini menyebabkan lebih 40,000 keluarga terjejas dan ditempatkan di beberapa pusat pemindahan.
Bencana alam itu berpunca akibat perubahan iklim dan bukan hanya disebabkan pembangunan pesisiran pantai kurang terancang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
Kita bersama ucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan, Emiriah Arab Bersatu.
ReplyDeleteBukan ke rosmah gi merayu kat UAE? Saya yakin ni semua hasil bantuan Rosmah.
ReplyDeleteterima kasih pd ketua negara yg prihatin..harap sumbangan tu sampai ke mangsa2 yg terlibat...jgn ada yg culas utk kepentingan diri pulak..juak2 ameno bukan boleh diharap..semua mereka nak sebat...
ReplyDeletekalau umno yg jadi tukang urusnya nanti rumah JKKK jelah keutamaan dan jangan harap Kelantan dan mangsa banjir di dun pembangkang di Terengganu akan dapat..
ReplyDeleteLepas ni tanya UMNO, duit tu pergi mana?
ReplyDeleteHasil usaha rosmah dan hasil nya dibahagi pada kontraktor umno.dan pencacai upahan dapat ler skit.kah.kah.kah.negara orang bukan main bantu lagi....nak nama kunun.last bila negeri sendiri banjir,apa pun tak bole buat.harap bantuan luar.aper jenis punya kerajaan.
ReplyDeleteMesti 1 panggilan rosmah dapat juta juta ni hahahaha. Kenapa bn tak bagi je? Ohhh bn nak guna duit buat pembangunan utk pelabur luar je.
ReplyDeleteKalo bantuan ni melalui umno..."selamat" lah duit tu....sikit je yang sampai sasaran....tak gitu???
ReplyDelete1. kat malaysia ni pon sebenarnya banyak kroni2 yang dah jadi milioner dan bilioner. Kalu sorang kroni bagi 1 juta, kita tak payah nak harap Pak Arab ni bagi bantuan.......
ReplyDelete2. Dulu - kita bangga sangat sebab kita derma kat negara lain. Sekarang - kita bangga sangat kerana ada negara lain yang nak derma kat negara kita.
Berkat ziarah umrah ke ke Mekah..dan doa PM yg mendoakan kesejahteraan rakyat Malaysia. Allahpermudahkan maka bantuan diterima..
ReplyDeleteanuwar tak mintak ke dana dari soros bagi bantuan? Asikpegi amerikka join forum gay je takkan tak mintak bantuan. Dah la time banjir ,muka yg kelat tu tak nampak. kihkih
Badigol punya Anon 2341...... Anwar PM ke ? Itu kerja pemerentah la Badigol.
Delete