Thursday, 26 December 2013
ANGIN BERTIUP KENCANG INILAH PEGAWAI POLIS TINGGI POLIS BERGELAR "DATUK" YANG DIPANGGIL MEMBERIKAN KETERANGAN BERHUBUNG KES PENGUBAHAN WANG HARAM RM6 JUTA????
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan seorang pegawai tinggi polis bergelar 'Datuk' sudahpun memberi keterangan, dipercayai berhubung kes pengubahan wang haram RM6 juta.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafa Ali, berkata pegawai polis berkenaan memberi keterangan di Putrajaya, Selasa lalu.
"Sebenarnya pegawai polis yang kita panggil itu adalah untuk mengambil keterangan dia, rakam percakapan.
"Dia memberi kerjasama yang baik dan keterangan telah diambil. Tidak ada tangkapan dibuat," katanya ketika ditemui pada sidang media Panel Penilaian Operasi (PPO) di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di sini.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berkaitan kes itu serta dakwaan penemuan wang tunai di rumah pegawai polis berkenaan serta pegawai lain akan dipanggil untuk membantu siasatan.
Akhbar hari ini melaporkan pegawai tinggi itu dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan SPRM terhadap tiga pegawai polis berhubung kegiatan pengubahan wang haram RM6 juta.
Akhbar itu juga, pada November lepas, melaporkan bahawa tiga pegawai terbabit yang masing-masing berpangkat Deputi Superintenden, Asisten Superintenden serta Sarjan, ditahan berasingan dan ketika ditahan, SPRM turut menemui wang tunai lebih setengah juta, tiga jam tangan berjenama Rolex selain sejumlah barang kemas.
Siasatan awal suruhanjaya itu mendapati kegiatan pengubahan wang haram ini membabitkan nilai jutaan ringgit.
Dua daripada pegawai yang ditahan bertugas di Johor manakala seorang lagi di Seremban, Negeri Sembilan.
Seorang daripada mereka disyaki terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan jumlah RM1.7 juta manakala seorang lagi RM4.3 juta.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613) dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Mohon sangat-sangat pihak berwajib memberikan pengesahan tentang berita yang cukup kencang bertiup sekarang ini demi pencerahan dan kebenaran demi rakyat terus membuat teka teki.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
Haluuuuuuu. ......
ReplyDeleteX pe cik polis.ko bantai duit tu bru sikit dah kecoh. Apa daaaa......pemimpin yg ko sanjungi tu duit berbillion sampai terkaya di canada pun org x usik...per citeeeerrr
Bukan ko turut bantai pejuang Bersih juga aritu kn.....kan da kena
Khak tuih
sorry nk copy paste kat wall.. nnty saya bg kredit..
ReplyDeleteKORUP...RASUAH.. dh jdi sumber pendapatan..ape nk heran..klu pemimpin pn dh mcm tu..
ReplyDeleteTak ada siapa lagi rakyat nak beri kepercayaan semuanya rasuah dan menyalahguna kuasa. Polis dengan cara Polis. Pemimpin2 negara dengan cara mereka simpan duit berbilion dekat bank luar negara. Buat wayang cina dlm bank di Malaysia adalah 30-40 ribu simpanan. Pemimpin diibaratkan spt kepala keretapi kalau kepala terjun gaung ekur ikut sama lah terjun gaung. Pemimpin2 negara laungakan jgn ambil rasuah,jgn salahgunakuasa,jgn itu jgn ini tapi mereka sendiri lakukan. Rakyat yg bodoh piang tinggal dipendalaman memang depa tak tau maklumat out of servise tapi yg tggl kat bandar juga tak mahu tahu apa pemerentah dah buat dengan negara dan rakyat. Apa nak jadi lah dgn rakyat Malaysia ini. Pak Polisi yg terlibat dgn pengubalan wang haram ini sepatutnya diambil tindakan yg setimpal jgn dibiarkan bebas. Kalau tiada tindakan diambil maka akan berlaku lagi perkara yg sama. Kerajaan kena tegas kalau kerajaan boleh bertegas dgn rakyat yg protes kerajaan kenapa jenayah begini dibiarkan dan kerajaan berlembut apa ke ada pemumpin atasan terlibat sama.
ReplyDeletekalau polis buat pemindah wang haram, bagaiman dengan ahli politik pemerintah.yang makan rasuah, lebih baik bongkar sebelum negara kita terlungkup muflis'. Badan penguatkuasa anti rasuah dan anti pemindahan wang haram mesti di lantik dari badan yang tak bersangkut dengan pemerintah.Lihat america ada CIA dan FBI dua agency tak kenal satu sama lain, lihat mafia yang di geruni pun tumpas, Di malaysia polis dan sprm macam di cucuk hidung oleh pemerintah, pasal itu bekas ketua polis sejak zaman hanif di sogok berbagai incentive hanya nak tutup kecurangan pemerintah.La ni semua terbongkar, angkara ini rakyat menderita.. Kes kes berprofil tinggi melibat kan pemerintah sengaja di ketepikan guna kan kuasa.
ReplyDeleteSbb tu aku dari lahir lagi tak percaya ngn polis mesia! Bullshit!
ReplyDeleteInilah kelebihan jadi anjing suruhan umno.dapat duit rasuah hidup senang lenang sampai mampus.kahkahkah
ReplyDelete@.@
ReplyDeleteTakkan korang je nak duduk di banglo, takkan korang je nak pakai Vellfire atau pun bi em. Aku pun ade cita rase juge!!!
ReplyDelete
ReplyDeleteAWAS !!
Mesti Baca >>> CLICK HERE !!<<<