Friday 27 December 2013

KETUA PERKASA SELANGOR BENGANG HABIS DENGAN ISA SAMAD SEBAB PECAHKAN RAHSIA BESAR, PERKASA MENERIMA SUMBANGAN DANA DARI UMNO!!!!



Pendedahan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad bahawa Perkasa menerima dana daripada agensi kerajaan dikritik pertubuhan tersebut.

Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya menyifatkan pendedahan itu tidak sepatutnya berlaku dan dibongkarkan kepada media.

"Jika benar pun berlaku (dana) tujuan suntikan itu juga pastinya untuk membantu Umno-BN menang dalam PRU14 kelak.

“Beliau (Isa) veteran parti yang sekian lama berkhidmat dan tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan yang mendedahkan kepada risiko seperti ini untuk digunakan ‘musuh’ menyerang kerajaan.

“Kalau tahu pun, diam saja tidak perlu heboh. Sekiranya Perkasa menerima suntikan modal pun ia untuk membantu kerajaan juga dalam kelangsungan survival politik BN pada PRU14 kerana agenda utama Perkasa ialah memperjuangkan hak keistimewaan Melayu dan Perlembagaan Negara bukannya kegunaan peribadi,” katanya semalam.

Sebelum ini,  Setiausaha Agung Perkasa, Syed Ali Syed Hassan mengakui menerima bantuan kerajaan seperti dakwaan Isa namun menyifatkan bantuan tersebut tidak sebanyak yang diterima oleh badan bukan kerajaan (NGO) Cina dan India.

Bagaimanapun, beliau meminta Isa menyenaraikan jumlah bantuan kerajaan yang diberikan kepada pertubuhan itu dalam menjayakan program mereka selama ini.

"Senaraikan jumlah bantuan yang diberikan kepada Perkasa. Berapa banyak? Berjutakah? Berbilionkah? Kami tidak nafikan ada agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Biro Tata Negara (BTN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) membantu Perkasa,” katanya.

15 comments:

  1. biasa lar tu..PERKOSA kn pencacai UMNO/BN.. cam Xthu lar plak..juak2 UMNO kn tue...

    ReplyDelete
  2. perkasa tanpa wang akn mampus tanpa kubur sbb biasalah umno n perkasa 2 X 5 gerak dg wang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kejaan BN mesti beritahu rakyat, berapa juta wang bantuan telah diberi kepada perkasa. Najib mesti beritahu rakyat, dari duit mana bantuan kepada perkasa itu diambil?

      Negara hutang menggunung pun masih nak membazir duit nagi kat perkasa. Bukankah lebih baik jika duit yang didermakan kepada perkasa itu digunakan untuk membayar subsidi gula dan petrol! bukan ke lebih elok kalu duit tu digunakan untuk bayaran konsesi tol! Apa pula faedah yang rakyat dapat daripada bantuan derma kepada perkasa itu?

      Kejaan, BN dan najib perlu menjelaskannya kepada rakyat.

      Delete
  3. Apakah anda faham bahawa PERKASA diwujudkan adalah untuk menjaga kepentingan UMNO Baru untuk terus berkuasa dan bukannya atas kepentingan bangsa melayu dan agama islam...?

    Dan perangai PERKASA dan UMNO Baru adalah serupa iaitu menipu, berbohong, berpura-pura.....

    Oleh kerana itu "Bercakap benar" seperti yang dilakukan oleh Isa Samad adalah salah dalam peraturan memperbodohkan orang melayu dan Isa Samad akan dipersalahkan.

    Apakah bangsa melayu layak diperbodohkan ? Jawapannya ialah....memang patut ditipu diperbodohkan diperalatkan malah layak dizalimi setiap masa kerana mereka suka makan rasuah....

    Melayu Bangsat...bila nak sedar ?



    ReplyDelete
  4. Sah PEKASA sebenarnya Apparatus, aparat, halat kakas, terompah kayu, tali barot, BAROA Omnu

    Kalu buat mende mende serang kepentingan PR senanglah Omnu belagak lembu kenyang konon tak telibat tak tahu kerja PEKASA padahal terompak kayu dia... BAROA.... SIAL

    ReplyDelete
  5. Padan lah perkasa perangai macam bahalol umno jugak , dua dua makan duit haram rakyat....

    ReplyDelete
  6. Yang mengkedarah duit orang2 atasan PERKASA lah tapi yg jadi ahli PERKASA dapat hampeh dan di PERKOSA oleh kepimpinan PERKASA. Nasihat aku kepada yg menjadi ahli PERKASA sila berundur jangan jadi kerbau kena cucuk hidung. Yang kat atas tu duit berkepoi hangpa kat bawah dapat apa. Bodoh lagu buah peliaq lah hangpa ni.

    ReplyDelete
  7. Kesatuan samseng kampongan yg mentekedarah duit rakyat.

    Natang bodoh Ibrahim Ali ni, bila la nak mampos.

    ReplyDelete
  8. Ahli-ahli PERKASA..bila la korang nak sedar ni? Org atasan PERKASA dpt duit dah tu suruh diam-diam lak supaya ahli biasa ingat org atasan tu jujur konon berjuang guna duit sendiri. Dia org cantik punya sapu duit, korang yg bawah ni jd kuli batak la suruh jerit sana jerit sini. Sakit tekak duit air pun tak dpt..jihad la konon....kesian dia

    ReplyDelete
  9. Kalau pertahankan puak lahanat curi jual hak bangsa, lebih baik tak usah terhegeh hegeh bawa banner Hidup Melayu, yang senang untuk atasan sahaja.Guna kan perkasa untuk kaburi orang melayu seolah olah bangsa lain tak boleh gugat tapi sebalik nya untuk pertahankan penipuan puak keris yang mencuri, makan rasuah dan raja fitnah jahat.

    ReplyDelete
  10. Daripada habis duit kat PERBANGSAT ni baik bg rakyat...bodoh pnye UMNO! Sial punye UMNO! Bias!!! Bileeeerrr lah UMNO nak lupus niiii...tension betol aku!

    ReplyDelete
  11. Melayu ni dr dulu kini dan selamanya ditipu ..tp tak sedar2

    ReplyDelete
  12. Perkasa ni boleh diibaratkan seperti israel laknat yg dianggap sebagai negeri ke 51 usa secara x rasminya...israel juga tukang tolong buat kerja2 kotor usa kat dunia ni utk bangsa yahudi laknat...perkasa pun sama la tukang buat kerja2 kotor bn kat malaysia yg berselindung di sebalik perjuangan utk bangsa melayu..

    ReplyDelete
  13. Laahhh ingatkan MENYALAK sebab garang ghupenye sebab ade oghang bagi tulang!!!!

    ReplyDelete
  14. kan betul perkasa tu cabang nya um noo !!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...