Tuesday 31 December 2013

GEMPAR!!!! ... NAZRI AZIZ SOKONG PERHIMPUNAN BANTAH TURUN HARGA BARANG DI ADAKAN?????



Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meminta penganjur perhimpunan haram menukar tarikh perhimpunan supaya tidak diadakan serentak dengan sambutan ambang Tahun Baharu 2014 malam ini.

Dengan nada sinis Mohamed Nazri berkata jika penganjur menukar tarikh perhimpunan tersebut, ianya mungkin boleh dijadikan "produk pelancongan" yang baharu kepada pelancong dari luar negara.

"Kita boleh menunjukkan dan membuktikan Malaysia mengamalkan demokrasi politik segar di mana rakyat boleh berprotes secara haram tanpa ditangkap.

"Mungkin saya boleh panggil pelancong untuk melihat keburukan segelintir parti politik di negara ini," katanya dengan nada sinis ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan haram untuk mengguling kerajaan yang akan diadakan malam ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur serentak dengan sambutan ambang tahun baharu.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014 oleh Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang hari ini.

Turut hadir Presiden Matta Hamzah Rahmat; Pengarah Urusan Malaysia Airport Holding Bhd (MAHB) Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid dan  Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Rashidi Hasbullah.

Mohamed Nazri berkata amalan berprotes adalah suatu benda biasa yang juga dilakukan di negara lain seperti di Mesir dan Ukraine namun janganlah dilakukan pada hari orang ramai ingin menyambut tahun baharu.

"Malam ini orang ramai mempunyai pilihan sama ada hendak ke Dataran Merdeka untuk menyambut tahun baharu atau menyertai perhimpunan haram," katanya.

KATA PERHIMPUNAN HARAM TAPI SOKONG DIADAKAN DILAIN WAKTU?????

7 comments:

  1. Bodoh punya penganjur.Ni yg aku bengang ni. Kami ahli pkr anak beranak dari datuk anak cucu turun kl..kosong je.
    Org malam ni ramai sambut new year kat icity n putra jaya.
    Tak dpt nak tumpang kemeriahan dan ambik gambar masuk fb kunun nak tunjuk ramai turun .
    babi sial betul. ambiga pun takde.mat said pun nyuruk. mudin rais ganja pun xnampak. kena kencing kita org.

    -PkR Sabah-

    ReplyDelete
  2. Dah banyak hari dihebohkan hal ini, last minit baru nak buka mulut. Mabuk ketum ke apa dia ni.

    ReplyDelete
  3. Berlakon kunun penyokong PKR.......pooodahhhh.....

    ReplyDelete
  4. Anon 2026 baik ko menyamar jd anjing,msti real

    ReplyDelete
  5. Juara kaki kelentong orang melayu. Poket sendiri penuh kesusahan rakyat langsung tak di peduli.Guna kepandaian hanya untuk kekal dalam kabinet, sambil makan rasuah mengkayakan keluarga. Sungguh malang orang kampong pilih wakil rakyat ini, di sebabkan tiada kebebasan media, segala kecurangan nya tak terbongkar dan begitu jaga pemimpin puak keris lain.

    ReplyDelete
  6. perhimpunan semalam rmai jgk yg bertopengkan pejuang monarki katolik.. x sangka ye..rupa2nya puak2 pakatan rakyat ni mengagungkan wajah pejuang kristian.. hmmm..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...