Tuesday 24 December 2013
PIHAK POLIS SEDANG MENYIASAT SATU PEMILIK AKAUN FB 1 JUTA RAKYAT MALAYSIA MENYOKONG KEPIMPINAN DS NAJIB DIBAWAH SEK 505 (b) KANUN KESEKSAAN KERANA MUAT NAIK BERITA PALSU BERNIAT JAHAT KONONNYA BERLAKU PEGEBOMAN DIBUKIT AMAN !!!!
TIADA BERLAKU INSIDEN PENGEBOMAN: PDRM menafikan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh sebuah laman Facebook yang mendakwa berlakunya pengeboman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang mengakibatkan kematian dan kecederaan beberapa pegawai serta anggota polis.
Adalah dimaklumkan keadaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman adalah tenang dan beroperasi seperti biasa.
Berikutan penyebaran khabar angin tersebut, satu laporan polis telah dibuat dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu dengan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan, ketakutan atau kegentaran kepada awam, yang membawa hukuman penjara dua (2) tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.
Perbuatan menyebarkan berita palsu adalah perbuatan yang keji dan PDRM akan mengambil tindakan yang tegas terhadap pelaku ini.
Orang ramai diminta bekerjasama untuk tidak menyebarkan berita seumpama ini kerana pihak polis akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang berbuat demikian.
SUPT Lai Lee Ching
SUPT Komunikasi Korporat
Urusetia KPN (Komunikasi Korporat)
Bukit Aman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
gila arh..!
ReplyDeleteBank dunia dedah najib jual aset negara kenapa tak siasat.
Deleteudah delete dah page tu ahhaha
ReplyDeletePolis mesti berkecuali,jangan jadi pak turut pemerintah yang banyak kecurangan ini, Polis Di Raja dah jadi Pois d umno, mana rakyat tak marah.Kerja lah dengan iklas dan jangan terlalu keumnoan nanti di benci orang. Masalah rasuah baik pak menteri dan penjawat awam mesti di perang habis habisan kalau tidak kecundang lah Malaysia. Bila rakyat miskin maka jenayah pun bertambah, nanti jadi mata mata pun tak senang dudok.
ReplyDeleteTebeng layan ah, aparat pemerentah nak test market ja.
ReplyDelete