Monday 30 December 2013

MISI KEMANUSIAAN SKUAD ELITE DENGAN KERJASAMA KEADILAN CABANG SHAH ALAM, DUN KOTA ANGGERIK DAN JINGGA13 AGIH TELEKUNG,SEJADAH DAN KAIN BATIK/PELIKAT KEPADA MANGSA BANJIR KUANTAN DAN KEMAMAN

 
 
 
 
 
 



Skuad Elite, Jingga13 dengan kerjasama Keadilan Cabang Shah Alam dan DUN Kota Anggerik mengambil inisiatif di atas bencana alam yang berlaku di Kuantan dan Kemaman telah mengagih ribuan telekung, sejadah, kain bati/pelikat kepada mangsa-mangsa yang di ketuai oleh YB Dr Hj Yaakop Sapari yang juga mesra dipanggil dengan nama Pak Akop.

Turut hadir untuk misi ini ialah Sdr Kamaruddin calon ahli parlimen Kemaman PRU13 dan beberapa pimpinan PAS kawasan. Misi juga di sertai oleh NGO lain iaitu Jingga13.

4 buah kenderaan termasuk sebuah lori telah berkonvoi ke Kuantan dan Kemaman dengan membawa barangan sumbangan untuk di bahagikan kepada mangsa banjir. Pihak kami telah mendapat sumbangan dari pihak NGO dan orang ramai di sekitar Selangor.

Misi pada kali ini merupakan susulan misi bantuan banjir sebelum ini oleh kami di bawah kawal selia Pak Akop. InsyaAllah misi seperti ini akan menyusul di atas inisiatif dan sumbangan dari orang ramai. Omak Kau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dan kepada orang awam yang memberikan sumbangan, semoga Allah swt merahmati atas setiap kebajikan dan memberi kekuatan kepada mereka yang mahu menolong orang lain.

4 comments:

  1. Moga2 apa yg dikerjakan, mendapat pahala daripadanNYA

    ReplyDelete
  2. Tahniah PR.
    Satu sja aku kurang setuju. Ada plastik lambang PKR. Dah macam BN jugak, bagi bantuan utk jual lambang.
    Lain kali tak payah pakai lambanglah. Orang sekarang lebih suka pada yang bagi dgn ikhlas. Bukan lambang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaik jtuan, Betul jangan tunjuk guna lambang pada mana-mana sumbangan. Cukup sekadar uniform jentera. Semua ingat dan kenal. Jangan ikut budaya UMNGOK derma secupak heboh satu negara.Puitthhh itu pun bukan duit dia ...duit rakyat!

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...