Monday 30 December 2013

KENYATAAN YANG SUDAH DI JANGKA .... SPRM TIADA KUASA UNTUK SIASAT ANAK ROSMAH MANSOR BAGAIMANA DIA MAMPU BELI KONDOMINIUM MEWAH BERHARGA RM110 JUTA DI NEW YORK!!!!


TETIBA SPRM TERUS HILANG TARING DAN KUKU!!!

Badan pencegah rasuah Malaysia tidak boleh menyiasat pembelian kontroversi kondominium mewah bernilai RM100 juta anak tiri Perdana Menteri kerana tiada undang-undang untuk menyiasat individu yang membeli aset di luar kemampuan mereka.


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengatakan mereka mencadangkan agar klausa itu dimasukkan ke dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 akan tetapi Putrajaya masih belum membentangkannya di Parlimen.


“Walapun ini bukanlah fungsi penuh kami, SPRM mengalu-alukan perkara ini dimasukkan ke dalam cadangan pindaan Akta yang akan dibawa ke Parlimen tahun hadapan,” katanya badan itu dalam satu kenyataan malam tadi.


Laporan media mengatakan lelaki berumur 36 tahun itu bekerja dalam industri perbankan di London di mana beliau mengumpul kekayaannya dalam ekuiti dan hartanah. Riza juga memiliki Red Granite yang menerbitkan filem terbaru lakonan bintang Holywood Leonardo DiCaprio, “Wolf of Wall Street” - diarahkan oleh Martin Scorsese.


Seorang kolumnis hiburan menulis tentang pembelian kondominum mewah ini pada Disember 2012 akan tetapi berita tentangnya hanya menjadi tajuk berita selepas laman sesawang Sarawak Report melaporkannya minggu ini, mempersoalkan pembelian tersebut.


Kondominium tersebut dikatakan antara paling mahal dan eksklusif di dunia, kata kolumnis tersebut, mempunyai 15 bilik dengan keluasan 7,738 kaki persegi dengan pemandangan menarik dari beranda seluas 1,244 kaki persegi.


Akan tetapi laman sesawang hartanah New York, The Real Deal mengatakan Riza membeli hartanah mempunyai tujuh bilik di West 63rd Street Park Laurel pada 19 November, 2013.


LA Times melaporkan minggu ini Red Granite mendapatkan wang daripada sekumpulan pelabur tidak dikenali dari Timur Tengah dan Asia dan hanya akan membiayai filem ini sahaja. Wolf of Wall Street dilaporkan berkos AS$100 juta di mana Red Granite mengeluarkan dana sepenuhnya.


Bagaimanapun, ahli politik pembangkang Malaysia lebih berminat kepada hartanya berbanding cara beliau berniaga dengan Naib Presiden PKR Chua Tian Chang mengatakan,” “Pendedahan tersebut mengejutkan.

Pada ketika rakyat bergelut dengan kenaikan kos sara hidup, sesetengah pihak berbelanja mewah.”

“Dari manakah dia (Riza Shahriz) mendapat wang sebanyak itu? Kerana angkanya terlalu besar iaitu RM110 juta,” katanya semasa mendesak SPRM menyiasat perkara tersebut.

Menurut SPRM, tindakan menyiasat individu yang hidup di luar kemampuan mereka juga dicadangkan oleh panel penasihat badan pencegah rasuah itu termasuk jawatankuasa khas Parlimen dalam isu rasuah.


Katanya laporan tahunan SPRM 2012 juga menyatakan keperluan untuk akta dipinda bagi membolehkan individu mengisytiharkan harta mereka sebelum penyiasatan awal dilakukan terhadap mereka.


“Suruhanjaya dan orang ramai melihat ini sebagai penghalang terhadap usaha untuk memerangi rasuah dengan lebih efektif oleh kerana masih terdapat pemegang jawatan atau penjawat awam mempunyai aset di luar kemampuan mereka,” kata SPRM.

13 comments:

  1. sprm ni elok bubar je...bukan ada fungsi pun...ngabihkan bores je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni lah nasib kita rakyat marhaen berhempas pulas tiap hari nak isi perut...depa senang2 jer salah guna kuasa....

      Time2 umno merogol duit kocek kita semua, jom peluang buat duit kat sini, copy & paste kat browser http://bit.ly/1hRf37d

      Delete
  2. SPRM bacul lar..almaklum lar anak al-fadil najib..Xleh wat ape2..nanti SPRM pn kene halau keluar negara..undang2 MALAYSIA, Xsuke..duk hutan@ berambus keluar negara..

    ReplyDelete
  3. Selagi SPRM di bawah kerajaaan selagi itu lah rasuah tok menteri dan kroni tak akan terhapus.Kerja senang, pasal nak lindung si lahanat bangsa yang makan rasuah kerja jadi komplicasi.Nama gah SPRM tapi cuma nak tunjok penguasa betul lawan rasuah.Satu dunia tahu negara kita No. 1 king rasuah kolar putih.Menang PRU 13 pun cara rasuah ini kan pula dah berkuasa lebih rakus merompak harta rakyat..Selagi melayu tidak betul bertakwa sepenuh nya, soal dosa tak di indahkan.Balasan mereka yang kuat makan rasuah, keluarga amat susah sholat 5 waktu,aurat tak di jaga, minum arak, belanja bermewah mewah ikut nafsu setan,tidak peduli rakyat miskin sebab di anggap beri brim terus senyap , suka tinggal macam rumah mahligai dan kuat cakap bohong dan janji tak di tepati.Mengapa kah melayu bodoh sangat pilih manusia lahanat durjana ini jadi pemimpin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu lah saya...agak2nya melayu mudah lupa kot..

      Delete
  4. Macai.... mana engkau macai... ngape senyap.

    Mana carut engkau ? Mana kejian engkorang kat TGNA dan DSAI?

    Itu ajelah modak korang....

    Yang benar pasti akan mengatasi yang batil.

    ReplyDelete
  5. Buat lu laporan or surat layang ke SPRM.. Baru la diorang boleh bertindak.. Ada x mana2 pihak buat laporan kat SPRM berhubung dengan pembelian kondo ni? kalo xda laporan camna diorang nak siasat? mungkin itu yang cuba SPRM sampaikan kot....

    ReplyDelete
  6. SPRM ni hanya tangkap ikan2 bilis macam pegawai awam pangkat rendah tetapi bila siasat ikan jerung macam mat taib, siap kena halau balik lagi. Selamanya rasuah akan bermaharajalela selagi umno berkuasa. Anak bekas menteri MCA berumur 28 tahun memiliki harta RM800 juta sebab bekas menteri itu sapu duit tetapi dilepaskan oleh makamah tanpa perlu didakwa kerana menipu PM & kerajaan.

    Lawak antarabangsa - pencegah rasuah tiada kuasa siasat rasuah???

    ReplyDelete
  7. USA gomen sola so as at b away at a AMLA

    ReplyDelete
  8. kalu ikan bilis, dema ada kuasa laa nak siasat. Yang jerung2 dema tak ada kuasa.

    dema takut hilang kuasa!

    ReplyDelete
  9. Beng Hock dan Sarbini disiasat hingga ke hujung nyawa, boleh pulak!

    ReplyDelete
  10. Negara ni lebeh kurang Korea Utara aje...bezanya kita ada PRU untuk menutup segala yang penyapu menyapu dan juga saperti negara Afrika Tengah.......We should be like Taiwan and South Korea where ex presidents yang songlap atau pun rasuah kena hukuman setimpal....itu baru telus namanya......SPRM no male egg only telor ayam betina aje

    ReplyDelete
  11. Tindakan SPRM ni boleh membantu kerajaan bn bagi meruntuhkan negara.kenapa le melayu2 umno masih xpaham2 lagi.ya Allah bantu lah kami kerjaan pr.supaya dapat memerentah negara m'sia dgn.segera supaya negara ini aman.aamiin...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...