Sunday 29 December 2013

SETAKAT INI DUA DARI EMPAT KUMPULAN YANG DINAMAKAN OLEH POLIS KL SEBAGAI PENGANJUR "HIMPUNAN GULING KERAJAAN " SUDAH MENGELUARKAN KENYATAAN TEGAS AKAN LEKAS AMBIL TINDAKAN SAMAN PDRM TERUTAMANYA TIMBALAN KETUA POLIS KUALA LUMPUR KERANA DITUDUH MEMFITNAH!!!!!




JINGGA 13 SANGKAL KENYATAAN POLIS : LAPORAN POLIS DAN AKAN SAMAN PDRM

Saya selaku Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia menyangkal sekeras-kerasnya tuduhan dan dakwaan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur bahawa Jingga 13 terlibat sebagai penganjur Perhimpunan Guling Kerajaan dalam Sidang Media 27 Disember 2013 .

Satu FITNAH yang terancang dilakukan bagi memburukkan imej Jingga 13 di mata rakyat dengan tuduhan "bagi menunjukkan rasa tidak berpuas hati mereka ke atas kerajaan dan seterusnya mahu menimbulkan kekacauan ".

Malah kenyataan beliau yang tidak masuk akal dan dilihat tidak waras apabila mengaitkan Jingga 13 turut "dipercayai akan mendirikan khemah di sekitar Dataran Merdeka dengan membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan bagi melakukan kekecohan".

Saya MENAFIKAN segala tuduhan dan dakwaan yang telah dibuat oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur tersebut yang ternyata berniat jahat dan bertujuan mengaibkan Jingga 13 dengan sesuatu yang tidak melibatkan kami.

Justeru memandangkan saya sekarang berada di Malaysia Barat , satu laporan polis akan dibuat oleh Timbalan Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia Sdr. Amizudin Ahmad diiringi peguam kami YB Surendran terhadap PDRM dan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur sepertimana di bawah :

Laporan Polis terhadap PDRM dan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur :

Tarikh : 29 Disember 2013
Masa : 11 pagi
Tempat : IPD Dang Wangi , Kuala Lumpur

Sidang Media Jingga 13 Untuk Saman PDRM dan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur :

Tarikh : 29 Disember 2013
Masa : 12.30 tengahari
Tempat : IPD Dang Wangi , Kuala Lumpur

Tuduhan dan dakwaan pihak PDRM terhadap Jingga 13 sedikit pun tidak melemah dan menggentarkan kami dalam gerakan membantah "kenaikan berantai' oleh Kerajaan UMNOBN yang dijangka bakal dilaksanakan pada tahun 2014 demi kepentingan rakyat marhean .

Saya mendapat maklumat bakal ditahan bila-bila masa sahaja . Saya tidak akan berganjak daripada pendirian bahawa tindakan mengaitkan Jingga 13 dengan perhimpunan Guling Kerajaan adalah merupakan FITNAH dan akan melawan habis-habisan .

Tindakan mengaitkan Jingga 13 dan beberapa NGO lain adalah satu usaha yang bertujuan mengekang demokrasi dan membuktikan PDRM menjadi 'boneka' kepada pimpinan Kerajaan UMNOBN yang gentar dengan kebangkitan dan kemarahan rakyat terhadap siri kenaikan yang bakal membuat rakyat sengsara daripada peningkatan kos sara hidup melibatkan kenaikan perkhidmatan dan harga barang makanan serta keperluan hidup ,

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia


SHAH ALAM - Pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak agar Timbalan Ketua Polis Wilayah, Datuk Amar Singh Ishar Singh menarik semula kenyataan beliau yang mengaitkan pertubuhan tersebut sebagai antara penganjur himpunan guling kerajaan pada 31 Disember ini.

Jelas Presiden SAMM Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard, kenyataan tersebut adalah berbaur fitnah, dan pihaknya tidak teragak-agak untuk menyaman Timbalan Ketua Polis Wilayah tersebut sekiranya tiada bukti kukuh yang mengaitkan pertubuhan tersebut dengan himpunan itu.

“Saya dengan ini mendesak fitnah ini ditarik balik oleh Datuk Amar Singh Ishar Singh dan permohonan maaf dituntut.

“…dia harus dedah apa sumber dia, dan dedah bukti gred A sekiranya ada. Saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan semua media jahat yang menjadi lidah penyambung fitnah tersebut.

“…isnin ini (30 Disember), Chegu Bard dan SAMM akan menghantar notis undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan media-media terbabit. Saya akan memulakan proses saman sebanyak RM100 juta ke atasnya,” katanya yang dipetik menerusi kenyataan medianya.

Semalam, memetik laporan berita polis telah mengenal pasti empat kumpulan yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dijangka akan membuat kecoh pada sambutan ambang Tahun Baharu di Dataran Merdeka,31 Disember ini.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pertubuhan tersebut ialah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

"Kami tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas dan menangkap individu yang menimbulkan kekecohan pada malam tersebut," katanya.

8 comments:

  1. Tak payah nak tunggu umno dan baruanya minta maaf saman je sampai bangkrap.kahkahkah

    ReplyDelete
  2. Setuju. Jika maklumat itu satu fitnah, saman perlu dibuat. Pemfitnah wajib bertanggungjawab atas tindakannya tidak kira siapapun dia.

    ReplyDelete
  3. encik polis, kalau aku pergi sana nak tengok bunga api malam tahun baru pun tak boleh ker?

    ReplyDelete
  4. PDRM ingat rakyat semuanya bodoh macam ahli UMNO Baru dan para prebet mereka.

    Kononnya mereka dari agensi penguatkuasa maka mereka boleh mengeluarkan apajua kenyataan tanpa perlu ada fakta dan bukti.

    Perbuatan itu sama seperti "TEMBAK DULU SIASAT KEMUDIAN" yang pernah disuarakan oleh menteri KDN ketika mempromosi diri sebagai calon Naib presiden parti UMNO Baru.

    Rakyat zaman ini tidak akan membiarkan diri mereka dibuli dengan bukti palsu. Dan mereka juga akan bertindak balas apabila PDRM terlibat membuat fitnah.

    ReplyDelete
  5. Aku pun semalam pun gelak habis gak bila dengar Singh tu cakap ada bom.aku pelik gak kat malaysia nie bila masa........nak himpunan bersih polis jumpa parang sama jer saiz dan baru nya.jumpa bom molotov dari botol plastik.pelik senjata jumpa kecoh satu donia tapi tangkapan tiada.la kecoh plak nak guling kerajaan siap yakin ader bom plak.kira hebat ler tu.taktik lama bro.pencacai haprak mcm papagomol dan parpundek dan padi jantan dan seangkatan bodoh dengan nya sahih percaya ler citer polis tu.tapi kita yg berakal nie sori.tah tah yg nak bawa bom tu geng 2000 gelang kuning kut.saper yer geng gelang kuning seramai 2000 orang tu.kerja jahat nie sekejap jer lubang pecah bro Singh.nak sabotaj pun agak agak ler.tak percaya tunggu masa himpunan turun harga nanti.yg mana havoc lain mcm jer kita pakat lutu kepala sorang sekali.bila pening jer tanya dari mana.sahih jawapan nyer TIDAK mengejutkan.sejarah telah membuktikan.

    ReplyDelete
  6. Tuan Singh itu dalam himpunan RPG tarak ka.itu scorpene ada kar.itu F18 tarak ceritar kar.itu Abrahams mesti adar kar.ayo ayo malaysia punya orang kasi demo banyak advance lerrrrr.lu cakap siap mau kasi bom.saya mati kalu aaaaa,kalu kasi can idup balik aaaaaar,saya tarak picayar ooooooo.

    ReplyDelete
  7. Kerja sama rakyat, pemimpin sudah bikin banyak salah kasi awak orang susah kerja.Dalam Islam fitnah banyak dosa tau singh tapi itu pemimpin kerajaan sekarang taktahu dosa kerana mereka tak heran lagi mereka pun dah bertan tan buat dosa.Tengok bos bos u lalu bodek, sudah pencen lagi dapat kerja dengan gomen kompani tapi ingat hati boleh senang kah?If you work sincerely, honestly and full of justice you would live in peacefully.

    ReplyDelete
  8. Kici kici lumbu jaga,suda besar polis jaga..woi,jgn la marah dia,salah kak ijat sume ni,g amik lumbu dia buat pe..tu yg dia marah n merapu tu..nanti kita suma kasi pulang kn suma lu pnye lumbu lps bn jatuh..sabar ya singh

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...