Tuesday 31 December 2013

EDISI DEDAH KEZALIMAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR !!!!! ... SEDIAKAN BAS PERCUMA KEKALKAN CUKAI KEDIAMAN DEMI MERINGANKAN BEBANAN KOS HIDUP RAKYAT!!!!!!


Apa lagilah Kerajaan PR Selangor ni .. masih tidak puas-puas lagikah untuk mendera dan menyeksa rakyat semenjak mengambil alih pentadbiran dari UMNO tahun 2008????

Macam mana UMNO, PERKASA, JATI, GAPS, PEKIDA, NGO ALI TINJU tidak naik angin dengan Dato' Menteri Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim.. asyik membuat polisi dan dasar yang membantu rakyat .. kalau macam ini sampai bila pun UMNO/BN akan gigit jari mati berangan nak rampas kembali Selangor dari Pakatan Rakyat.

Mohon kerjasama dan jasa baik Tan Sri Khalid Ibrahim akan berhentikan segera polisi yang membela rakyat .. ikut cara Najib Razak .. adakan pesta naik harga barang dan pekhidmatan yang boleh menyeksa rakyat.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan menyediakan perkhidmatan bas percuma, mengekalkan cukai premis kediaman selain menyediakan rumah mampu milik dan menambah peruntukan beberapa program dan skim yang sedia ada, dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bagi menghadapi tahun 2014.


Beliau berkata, biarpun Selangor mempunyai kuasa terhad dalam menentukan harga barangan keperluan dan perkhidmatan, itu tidak bermakna kerajaan negeri hanya membiarkan keluhan rakyat mengenai kenaikan harga barang dan perkhidmatan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).


Tambahnya, peluang sama rata juga diberikan kepada seluruh rakyat yang menetap di Selangor bagi menikmati hasil negeri tanpa mengambil kira keturunan atau kedudukan .


"Sebaliknya program-program kebajikan dalam dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor adalah berterusan dan diterima baik oleh majoriti rakyat negeri ini," kata Khalid dalam satu kenyataan sempena Tahun Baru.


Selain itu, Khalid berkata kerajaan Selangor memahami bebanan rakyatnya yang khuatir kenaikan barang dan perkhidmatan seperti tol dan kadar elektrik boleh menyebabkan harga kediaman rumah mampu milik menjadi mahal.


Katanya lagi, di atas kepercayaan rakyat yang memilih PR pada pilihan raya lalu, telah mendorong kerajaan negeri meneruskan kecemerlangan apabila dalam Belanjawan Negeri Selangor 2014, sebanyak RM2.28 bilion diperuntukkan bagi pembangunan negeri dan rakyatnnya.


Menurut Khalid, rakyat Selangor bakal menyaksikan kerajaan negeri menyediakan beberapa langkah mengurangkan beban rakyat.


"Lebih dari itu kerajaan negeri juga mahu keupayaan rakyat ditingkatkan bukan sekadar menerima pelbagai bantuan kebajikan, antaranya menerusi pembangunan desa yang dijangka dilaksanakan di kesemua daerah Selangor pada tahun depan," katanya.


Beliau pada masa turut menegur rakyatnya untuk menghormati kebebasan hak beragama seperti titah Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.


"Demi keharmonian yang berkekalan, saya percaya rakyat berbilang kaum dan agama serta budaya di Selangor sedia mengambil maklum akan titah Sultan Selangor Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah.


"Setiap rakyat perlulah menghormati kebebasan beragama dan tidak menyentuh perkara-perkara sensitif yang boleh mengundang perasaan marah atau berlakunya perkara tidak diingini," katanya.

9 comments:

  1. MB Selangor ni memang tak betul cara bertindaknya. Sepatutnya semua bantuan untuk rakyat negeri dibuat masa tempoh kempen pilihanraya akan datang. Yg buat sekarang ni pasai apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni pun kira strategi...time time kerajaan najib naik harga, selangor tunjukkan sebaliknya....

      lawat website ni http://bit.ly/1hRf37d

      Delete
  2. Betol lah anoy 14.09. Sepatutnya MB belasah kaw kaw kat rakyat Selangor tu cukai itu cukai ini,nak sana naik sini macam PM Najib dibelasahnya rakyat Malaysia sampai keluar hingus dan bipa dekat2 dgn PRU 14 nanti bodeklah semula rakyat Malqysia yg bodoh piang ni bagi lah apa apa yg patut supaya mereka mengundi BN. Kalau BN menang lagi jam tu lah PM samun semula wang dari saku rakyat. Camana pun aku tetap sayangkan MB Selangor walau pun aku bukan rakyat Sepangor. HIDUP MB KHALID semuga Allah oanjangkan usia dan mengekalkan kesihatan MB. Aminnn

    ReplyDelete
  3. Sogok musim pilihanraya ni fesyen UuuummNo..mcm2 janji... BR1M daripada RM500 akan bagi RM1200 ..... Tol akan diturunkan berperingkat-peringkat...tapi bila menang...??? berapa dia bagi???? Tok tak sah nak turun... statik pun tidak!!! malah naik pulak... letrik setiap tahun TNB umum keuntungan syarikat....tapi tetap belasah rakyat jugak.....

    ReplyDelete
  4. camne boleh bagi bas percuma pulak,kan duit dah habis utk naik gaji 300%.ni mesti pinjam dari najib,naik lg la cukai aku.

    kakimulut kerajaan

    ReplyDelete
  5. Tahniah MB slangor!!! inilah yg rakyat mahu...rakyat yg cerdik je lar..yg bodo tu..tetap dgn UMNO/BN.. dulu kini N sampai mampos..

    ReplyDelete
  6. terima kasih mb selangor. selamat tinggal noh omaq

    ReplyDelete
  7. Mana g macai2 lembu.sebelum ni dok kutuk mb sgor naikan cukai 300%.skrg tak jadi naik.macai2 dah abis 1 modal..pr dengar keluhan rakyat bukan mcm najib tuya dgr ckp bini je..

    ReplyDelete
  8. Potong stem betullah Selangor, orang baru nak rasa harga barang naik, cukai naik, letrik naik, gst.... Najib adalah PM terbaik, lain negara tak rasa macam kita semua barang naik... Kesian kat depa noo... Patut depa pun mesti ada PM macam kita....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...