Tuesday 24 December 2013

JINGGA13 SERANG ZAHID HAMIDI MOHON KEMENTERIAN DALAM NEGERI MENARIK BALIK PENGANTUNGAN PERMIT AKHBAR 'THE HEAT' DAN MENGANGKAT HAK-HAK KEBEBASAN MEDIA



KENYATAAN MEDIA

JINGGA 13 MALAYSIA

24 DISEMBER 2013


KEMENTERIAN DALAM NEGERI WAJAR MENARIK BALIK PENGANTUNGAN PERMIT AKHBAR 'THE HEAT' DAN MENGANGKAT HAK-HAK KEBEBASAN MEDIA

Tindakan Kementerian Dalam Negeri mengantung akhbar mingguan 'The Heat' adalah satu tindakan yang tidak demokratik dan profesional serta mengambarkan sikap anti kebebasan media yang telah menimbulkan rasa kurang senang rakyat serta pengamal media .

Walau apa jua alasan yang di berikan oleh Kementerian Dalam Negeri namun ianya dilihat serta dipercayai sebagai satu hukuman drastik terhadap The Heat ekoran penyiaran artikel berjudul "All Eyes On Spending PM Najib" berkaitan perbelanjaan boros Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Akta Penerbitan dan Mesin Cetak sewajarnya bukan dijadikan 'senjata' untuk ditujukan kepada mana-mana penerbitan dan kelompok media sehingga dilihat oleh rakyat dan dunia sebagai akta yang mengekang kebebasan bersuara dan anti kebebasan media.

Justeru di atas prinsip keprihatinan dan menjunjung kebebasan media dan amalan demokratik , JINGGA 13 Malaysia memohon agar YB Datuk Seri Ahamad Zahid Hamidi dan Kementerian Dalam Negeri :

1. MENARIK BALIK pergantungan akhbar The Heat SERTA MERTA dan membenarkan The Heat beroperasi seperti biasa

2. Kementerian Dalam Negeri, melalui Jawatankuasa Bebas, menyiasat ke akar umbi ke semua insiden-insiden keganasan polis terhadap wartawan dan pengamal media sewaktu Bersih 3.0 pada 2012.

3. Menghapuskan peraturan yang mewajibkan permit penerbitan dan meminda Akta Penerbitan dan Mesin Cetak agar selari dengan hak-hak kebebasan media.

4. Memohon maaf secara terbuka kepada semua pengamal media atas kes-kes pencabulan hak kebebasan media sepanjang BN mentadbir negara ini.


Sekian .

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

NIKSON ABDILLAH
Koordinator Tuga-Tugas Khas
JINGGA 13 MALAYSIA

7 comments:

  1. Zahid tarak kat pejabat dia tengah shoping ngan moiden bersuka ria dan hilangkan penat berehat tenteramkan hati di london sambil menghirup udara segar di kawasan pearanginan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib laki bini pulak kat arab saudi melawat raja arab dan selepas tu dengar2 kata akan ke italy dgn tujuan untuk berehat menghilangkan penat lelah pru13 sambil bersuka ria dan menjaling hubungan kasih sayang ngan bini ditempat peranginan terkenal di garota azura italy.

      Delete
    2. Mak semah akan mengambil kesempatan untuk bershoping sebab jenama italy adalah paling terbaik didunia.

      Delete
  2. apa -2 pun tunggu kat mahkamah je la ,kata zahib.

    ReplyDelete
  3. Fuyooooo....Betol ke Reduan Tee sekolahkan umno!

    "Kita ingatkan bila ahli ekonomi dilantik senator menjadi menteri, ditambah dengan pengalaman begitu luas, beliau akan memerah otak, memberikan buah fikiran kepada kerajaan, cara terbaik untuk menjaga kebajikan rakyat. Ini tidak, jawapannya begitu simplistik."

    Baca di http://penburukonline.blogspot.com/2013/12/ultra-cili-umno-dibelasah-kaw-kaw-oleh.html

    ReplyDelete
  4. gambar dgn muka topeng jesuit kristian? kesian mangkuk2 yg mengaku jinggay tu.
    Macai anjing kristian rupanya. takyah komen lah..

    ReplyDelete
  5. Sejata media adakah taktik mereka terus berkuasa.Bila mereka bercakap wasatiyah, gambar menunjokan berbelanja mewah dengan negara, jdi nak tutup malu ban The Heat.Itu lah kebodohan pemimpin puak keris cakap tak serupa bikin. Bila terbongkar penipuan munafik mereka, guna kuasa untuk hentikan penerbitan, kalau gitu kalau mereka berkuasa lagi berbillion billion hilang dan penyelwengan akan jadi senyap sepi,dan tahu tahu semua naik harga.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...