Tuesday 31 December 2013
UNIT AMAL @ JABATAN AMAL DEWAN PEMUDA PAS, KINI DILIHAT SEBAGAI PENGGERAK UTAMA PAKATAN RAKYAT UNTUK TAWAN MINDA DAN JIWA RAKYAT DEMI RAMPAS PUTRAJAYA.
Dengan banjir besar dan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, PAS menemui senjata baru – Unit Amal sebagai pasukan sukarelawan dan kebajikan – untuk menembusi kubu Umno bagi membuka jalannya ke Putrajaya.
Ia sangat penting setelah dua kali PAS dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya tanpa kemajuan memberangsangkan untuk ke Putrajaya.
Menjelang PRU-14, PAS dijangka dapat mengembangkan sayapnya lagi di Kemaman, Terengganu yang selama ini sukar ditembusi. Begitu juga, pengaruhnya dikembang lebih meluas di Kuantan, Pahang ekoran keberkesanannya dalam kerja-kerja sukarela ketika banjir melanda kedua-dua kawasan itu baru-baru ini.
Inilah pasukan yang menjadi tenaga baru dalam PAS sekarang. Kalau selama ini mereka yang dikenali sebagai budak-budak baju merah ini menjadi penjaga trafik dan keselamatan untuk majlis-majlis PAS dan Pakatan Rakyat, sepanjang banjir di Terengganu, Pahang dan Johor baru-baru ini, mereka menjadi barisan depan PAS.
Ketika PAS melancarkan manifesto "Negara Berkebajikan" menjelang pilihan raya umum 2008, tidak ramai yang faham maksud negara berkebajikan PAS.
Namun apabila banjir menyerang Kuantan, Kemaman dan sebahagian Johor baru-baru ini, orang ramai mula merasai nikmat negara berkebajikan yang dimaksudkan PAS melalui kerja-kerja kebajikan yang dibuat oleh PAS melalui unitnya yang sangat berkesan, iaitu Unit Amal, atau nama rasminya Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS.
Demikian kata para penganalisis politik dan pemimpin PAS sendiri dalam menilai perkembangan parti Islam itu, enam bulan selepas pilihan raya umum ke 13 berlalu.
Melalui Unit Amal, jentera PAS bergerak menemui masyarakat yang memerlukan bantuan tanpa mengira siapa mereka.
"Mereka datang dengan senyap, buat kerja dan pulang dengan senyap," adalah gambaran cara bekerja budak-budak berbaju merah ini.
Presiden PAS sendiri merekodkan kebanggaannya kepada mereka dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat baru-baru ini.
"Seorang pengerusi JKKK (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung) jumpa saya. Dia kata, sekumpulan ahli Unit Amal bantu dia ketika banjir baru-baru ini. Lepas itu, dia hulurlah sedikit duit untuk mereka.
"Mereka menolaknya dengan berkata, kami tak perlukan wang. Kalau nak balas jasa kami, undilah PAS dalam pilihan raya nanti," cerita Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan sebak ketika mempengerusikan mesyuarat di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Beliau sebak kerana sangat bangga dengan kerja yang dibuat oleh anak buahnya yang menganggotai Unit Amal.
Seorang pemerhati politik PAS yang juga kolumnis, Timmy Say menyifatkan, pengaruh pasukan ini semasa banjir baru-baru inilah yang sangat ditakuti oleh BN menjelang pilihan raya umum ke 14 nanti.
"Bagi saya, isu Syiah adalah untuk menenggelamkan segala jasa Unit Amal dalam membantu mangsa banjir baru-baru ini," katanya ketika mengulas kenapa isu Syiah tiba-tiba meletup serentak dengan banjir di Kuantan dan Kemaman baru-baru ini.
Onn Jaafar, Ketua Penerangan PAS Johor, berkata orang-orang Johor tidak pernah mengenal PAS sebelum kejadian banjir besar melanda Johor pada tahun 2006.
"Selepas banjir 2006 baru mereka kenal dan iktiraf jasa PAS," kata Onn.
Pada tahun 2006, banjir besar melanda Kota Tinggi, Segamat dan Batu Pahat.
"Ketika semua pihak panik dan tidak tahu apa nak buat kerana pertama kali dilanda banjir, tentera merah PASlah yang membantu mereka," kata Onn.
Ekoran itu, kata Onn, pada pilihan raya umum ke-12 yang diadakan dua tahun selepas itu, iaitu pada tahun 2008, PAS buat pertama kalinya menang dua kerusi DUN, iaitu Maharani dan Sungai Abong di Johor, "terima kasih kepada Unit Amal".
"Buat pertama kalinya juga, calon PAS di parlimen Kota Tinggi tidak hilang deposit," kata Onn yang bertanding atas tiket PAS di Parlimen Kota Tinggi pada pilihan raya umum ke-12 lalu.
Anggota Unit Amal sedang memindahkan sebuah rumah di Kemaman selepas senget dilanda banjir.
Apabila Pahang, Terengganu dan Johor dilanda banjir lagi, Unit Amal adalah antara pihak yang sampai dahulu memberikan bantuan.
"Saya sampai di Kuantan pada hari Rabu iaitu selepas bandar itu dilanda banjir mulai Selasa," cerita Juhari Osman, 38, Ketua Pengarah Unit Amal Dewan Pemuda PAS Pusat.
Beliau dan rakan-rakannya mula sampai ke Kuantan untuk menjalankan kerja-kerja 'rekki' atau kaji selidik sebelum pasukan lain datang memberikan sumbangan masing-masing.
Beliau menganggarkan kira-kira 2,000 anggota Unit Amal dari seluruh negara terlibat membantu mangsa banjir di seluruh negara, khasnya di Kuantan dan Kemaman yang teruk dilanda banjir.
Pada hari pertama banjir di Kuantan, kira-kira 80 anggotanya di negeri Pahang sudah mula menjalankan tugas membantu mangsa.
"Bila kami mula sampai, kerja pertama yang kami buat di Kuantan adalah menjaga lalu lintas di Jalan Gambang, Kuantan, kerana 'traffic jam' di mana-mana akibat banjir," cerita Juhari.
Kerja Unit Amal tidak habis dengan bantuan ketika banjir. Anggota Unit Amal dari seluruh negara turun ke Kuantan dan Kemaman untuk membantu membersihkan rumah mangsa pula.
"Alhamdulillah, kami dapat masuk ke semua rumah dengan pakaian Amal ini. Kalau pakai baju PAS mungkin susah," cerita Juhari bagaimana mesej PAS dapat di bawa masuk ke mana-mana melalui Unit Amal.
Sebagaimana yang dinyatakan Abdul Hadi, mesej yang dibawa PAS kini melata melalui Unit Amal ini. Tiada siapa boleh menyekat kerana semua orang memerlukan bantuan ketika bencana.
TAKBIR!!!!!!! ... ALLAHUAKHBAR!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
TERIMA KASIH...diatas keringat yg dcurahkan..moga2 segala usaha yg dberikan,mendapat ganjaran dari yg MAHA ESA..
ReplyDeleteTahniah Unit Amal, kami bangga dengan anda.
ReplyDeleteTahniah. Sudah tiba masanya Unit Amal menggantikan peranan pemuda umno, putra umno dan puteri umno dalam masyarakat kita. Kami amat mengalu-alukan sumbangan anda.
DeleteSalut red army,syukran..takbirrr
ReplyDeleteSaya nk ucap byk2 terima kasih pada Unit Amal sebab tolong cuci rumah saudara kami di Kuantan. Kerjanya begitu halus, ahlinya tak marah2 bila diminta tolong walaupun keletihan.....dan tak mintak apa2 bayaran. Kami memang terhutang budi.
ReplyDeleteMoga Allah saja yg dapat membalas jasa kalian....pada zaman semua orang bertuhankan wang ringgit, kamu semua hanya mengharap redha Allah...
Unit Amal berkhidmat untuk dapat keredhaan Allah, pihak UMNO berkhidmat untuk dapat duitla
ReplyDeleteSekadar cadangan. Unit Amal ini mesti ditubuhkan di setiap cawangan/ daerah. Saya percaya jika aktivitinya dirancang dengan baik dan sempurna, ia akan menarik ramai anak muda untuk menyumbang tenaga. Tenaga Unit Amal ini boleh digunakan dalam semua program kemasyarakatan seperti semasa kenduri-kendara, gotong-royong, mengawal kesesakan dan sebagainya secara percuma. Pas kena berubah dengan menarik tenaga muda dan dalam masa yang sama meningkatkan kefahaman Pas kepada masyarakat secara lembut dan bukan memaksa.
ReplyDeleteTenaga Unit Amal juga perlu dimaksimumkan pada setiap masa dan tidak berbentuk penyertaan bermusim. Di mana ada masyarakat, di situ Unit Amal boleh menyumbang bakti. Umpan duit, janji palsu dan rasuah secara halus, bukan segala-galanya untuk memenangi hati rakyat.
Unit Amal memeinkan peranan besar untuk menjayakan misi menawah putrajaya.
Hampir semua ubatan yang baik baik yang laris di pasaran selalunya ada orang akan ambil kesempatan buat ubat tiruan yang apabila dimakan bukan semakin baik/semboh penyakit tetapi semakin parah atau pitih habih nyakik dak degih
ReplyDeleteDalam situasi gawat begini aktivis PAS kena beringat/ berhati hatilah maklomlah memandangkan kedudukan Omnu dalam sakratul nazak di ambang penghujong hayat dibimbang Omnu akan berbuat menyamar budak budak baju merah dan melakukan kerja kotor dan dengan serta merta kertas tandas Meloya, kertas tandas Hairan, media 3suku dan yang sama waktu dengannya akan menyiarkan di muka hadapan segala berita burok untok memburokkan imej baju merah
Berjimat sebelom habis, Beringat sebelom terkena