Saturday 7 March 2015

Hentikan Sahaja Himpunan Kita Lawan Mohon Kelab Buskers Jalanan


Kelab Penghibur Jalanan Malaysia (MYBC) berharap penganjur perhimpunan #Kitalawan membatalkan demonstrasi jalanan yang dijadualkan berlangsung di ibu kota, hari ini.

Presidennya, Wady Hamdan berkata, MYBC menyarankan penganjur membatalkan perhimpunan itu, kerana ia akan mengganggu urusan dan aktiviti orang ramai di lokasi tumpuan.

“Perhimpunan seumpama ini sudah pasti mencemarkan keadaan aman dan makmur yang dikecapi semua pihak,” katanya.

Menurutnya, pemuzik jalanan atau buskers sendiri berperanan memeriahkan bandaraya Kuala Lumpur, dengan menampilkan bakat seniman jalanan tempatan kepada pelancong dalam dan luar negara.

“Aktiviti busking menjana sumber pendapatan baik kepada buskers. Kenapa perlu mereka adakan perhimpunan tersebut di tengah pusat bandaraya?

“Kenapa tidak diadakan sahaja di negeri-negeri pembangkang dan kenapa perlu menggugat aktiviti orang lain pula, dengan aktiviti mereka yang nyata tidak mendatangkan sebarang keuntungan,” katanya.

Beliau berkata, buskers sememangnya bersikap neutral dan tidak mewakili mana-mana parti politik.

Buktinya, program peringkat nasional, iaitu My Buskers Corner juga diadakan di Kelantan, atas permintaan golongan seniman jalanan di sana, tanpa mencampuradukkan sebarang fahaman politik.

“Busking kini menuju ke arah industri mampu maju dan sangat aktif di setiap negeri, termasuklah di Pulau Pinang dan Selangor.

“Oleh itu, pemuzik jalanan tetap menghormati hak orang ramai untuk membuat sebarang tindakan, tetapi kita kini membangkang apa sahaja yang melanggar peraturan dan undang-undang negara.

“Buskers sendiri adalah golongan kreatif, yang majoritinya terdiri daripada belia, bersikap neutral, selesa dan berterima kasih dengan segala sokongan yang diberikan kerajaan sekarang terhadap semua aktiviti kami.

“Kerajaan juga sudah mengiktiraf buskers sebagai tarikan pelancongan yang mempamerkan kebebasan gaya hidup, memberi ruang menunjukkan bakat secara lebih dekat kepada masyarakat, selain aktiviti sosial sihat dan mampu membentuk pembangunan belia secara positif,” katanya.

Pada masa sama, Wady turut menasihatkan buskers supaya tidak menyertai perhimpunan haram itu.

“Buskers yang sedang ‘cari makan’ di sekitar ibu kota pada Sabtu, janganlah terlibat dengan perhimpunan tersebut dan perlulah berhati-hati agar barangan atau peralatan muzik mereka tidak berada di situasi berisiko.

“MYBC juga akan memastikan tidak ada mana-mana buskers yang menyertai perhimpunan haram itu.

“Buskers ada hak untuk terus menghiburkan orang ramai, kerana golongan itu mempunyai permit sah,” katanya.

Dalam pada itu, Wady menegaskan, belia yang berminat dengan politik harus menceburi politik melalui cara bijak dan secara sihat.

“Hanya kerana retorik politik yang tidak pasti, kenapa perlu merisikokan diri dengan melibatkan diri dalam perkara yang melanggar undang-undang.

“Tanya diri sendiri, apa sumbangan sebagai rakyat yang sayangkan agama, bangsa dan negara,” ujarnya.

Dengan mengambil contoh buskers, Wady memberitahu, kumpulan itu sekurang-kurangnya mempunyai peranan tersendiri, tanpa perlu membabitkan diri dalam ketaksuban politik.

“Jangan terlalu taksub dengan ‘politik tak pasti’, hanya kerana kepentingan individu dengan menampilkan ekspresi ‘ketidakpandaian diri’ dan berisiko,” jelasnya.

Tambahnya, anggota polis juga perlu bersikap tegas, bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin.

13 comments:

  1. Suruh Mak long jijah bakar satay Kajang jerr kat Jln TAR. Adun kipas satay tu. Satay Kajang okey. Aku gerenti Izzah tak bawa anjing sesi touch d dog. So please don't be khuatir

    Bayaran satay adalah dgnn lilin sajaaa ( macam token)

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen pertama yg menyampah...... hampeh!!!! tahap sampah......
      perasan cerdik la tu konon yer.....

      Delete
    2. Aku pun tak suka buskers ni buat pertunjukan kat tepi2 jalan sambil mintak sedekah. Menyesakkan kawasan dan mengotorkan kawasan bandar. Segan kalu pelancong datang. Nak mintak sedekah cara moden pun pergilah cari tempat lain. DBKL mintak halau peminta sedekah cara moden ni.

      Delete
    3. Betul...pemuntak sedekah tahap sampah masyarakat

      Delete
  2. http://www.mohdrohaizad.com/2013/08/wady-hamdan-dituntut-ganti-rugi.html?m=1

    Harap tuan blog selidik dahulu org yg berkata itu disyaki menipu 99 org busker pada tahun 2013...

    ReplyDelete
  3. kalau pandai x la dia jadi busker...sebab tu bodoh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mintak sedekah tepi jalan sambil main gitar utk bagi makan anak bini

      Delete
  4. Presiden Karyawan Bantu Penghibur Jalanan

    Jelas Presiden persatuan tersebut, (Gambar) Datuk Freddie Fenandez yang turut hadir pada sidang media berkenaan berkata, pihaknya akan memberi masa selama dua minggu kepada Wady Hamdan untuk membayar pampasan yang dituntut oleh para pemuzik tersebut. Jika tidak, tindakan susulan akan diambil.

    "Dia (Wady) sudah banyak menipu pelbagai pihak. Malah saya difahamkan dia juga turut memperdayakan pihak penganjur festival tersebut di Croatia. Secara tak langsung ia telah menjejaskan nama baik negara kita.

    "Kita beri masa pada dia selama dua minggu untuk membayar ganti rugi yang dituntut oleh para pemuzik ini. Jika tidak, pihak Karyawan akan mengambil tindakan susulan", katanya. - MalaysianDigest.

    ReplyDelete
  5. Dikemaskini 5 Ogos 2013 - Kerana merasakan mereka menjadi mangsa dan dipermainkan, berpuluh artis jalanan telah membuat tindakan berani, menuntut hak mereka sebagaimana dijanjikan.

    Dengan bantuan Persatuan Karyawan Malaysia, 99 pemuzik jalanan menuntut pampasan daripada Presiden Malaysian Buskers Club (Mybc), Wady Hamdan gara-gara penyertaan mereka ke World Art Games (WAG) di Zagreb, Croatia dibatalkan pada saat-saat terakhir.

    Jelas Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, individu yang dikenali sebagai Wady itu telah berjanji dengan sejumlah 120 pemuzik jalanan untuk membawa mereka menyertai suatu pertandingan di peringkat antarabangsa dengan membawa nama Malaysia.

    "Setelah kesemua pemuzik itu bertungkus lumus melakukan persiapan dan menolak tawaran kerja lain selama dua bulan untuk memberi fokus kepada pertandingan tersebut, tiba-tiba mereka diberitahu semuanya tidak benar.

    "Jadi pihak yang kini menjadi mangsa telah memohon bantuan daripada Karyawan untuk membantu mereka menyelesaikan kemelut ini," katanya.

    Freddie berkata demikian dalam satu sidang akhbar di Bukit Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Jelas Freddie, perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku apatah lagi menjelang sambutan perayaan Aidilfitri kerana wang yang dijanjikan tersebut merupakan punca pencarian mereka.

    ReplyDelete
  6. Kesemua pemuzik yang terlibat sebelum ini dijanjikan elaun sebanyak RM5,000 seorang atas penyertaan mereka ke WAG namun setelah dua bulan melakukan pelbagai persiapan, mereka diberitahu pada saat akhir penyertaan mereka dibatalkan.

    Oleh yang demikian, pihak pemuzik tersebut menuntut wang pampasan atas kerugian yang dialami mereka sebanyak RM3,000 seorang dan bagi membuktikan tuntutan mereka itu serius, sebanyak 20 laporan polis telah dibuat oleh 99 kumpulan pemuzik tersebut.

    Wakil kumpulan itu yang juga merupakan bekas setiausaha Mybc, Mahathir Abdul Rahim, 42, pula berkata, tuntutan yang dikemukakan pihak mereka itu dirasakan berpatutan dengan kerugian yang ditanggung mereka setelah dua bulan melakukan persiapan dan peralatan muzik mereka diambil.

    "Kami bukan sahaja kerugian daripada masa persiapan dan latihan selama dua bulan, kami juga rugi apabila peralatan kami disimpan pihaknya lebih kurang dua minggu dengan alasan untuk dihantar ke kargo sebelum berlepas ke Croatia.

    "Disebabkan itu juga kami tidak dapat melakukan sebarang persembahan yang seterusnya menyebabkan pendapatan kami terjejas, apatah lagi dengan kehadiran bulan Syawal tidak lama lagi," katanya.

    Jelas Mahathir lagi, akhirnya hanya seramai enam pemuzik yang dihantar menyertai pertandingan tersebut, di samping beberapa pegawai yang turut dihantar ke sana.

    Oleh yang demikian, Karyawan dan kumpulan pemuzik jalanan itu memberikan tempoh masa dua minggu kepada Wady selaku ketua kontinjen pasukan Malaysia ke pertandingan tersebut.

    Jika tidak ada sebarang jawapan, artis jalanan ini akan mengambil tindakan selanjutnya, termasuk tidak menolak kemungkinan untuk membuat laporan polis atau mengemukakan saman. - Utusan Malaysia

    ReplyDelete
  7. Seramai 99 penghibur jalanan mendesak agar Presiden My Youth Busker Club (MYBC) yang juga merupakan ketua kontinjen Malaysia, (Gambar) Wady Hamdan membayar ganti rugi terhadap kegagalan pihaknya menunaikan janji untuk membawa mereka mewakili negara ke Festival World Art Games ke-3 di Croatia mulai 29 Jun lalu hingga 10 Julai lalu.

    Menurut wakil para pemuzik tersebut, (Gambar) Mahathir Abdul Rahim, 42 tahun, pihak berkenaan perlu membayar sebanyak RM3000 bagi setiap pemuzik tersebut atas kiraan persediaan sebelum berangkat ke sana.

    "Individu (Wady) ini telah mempergunakan kami dengan menabur janji-janji dan akhirnya kami mengalami kerugian. Seramai 20 orang di antara kami telah pun membuat laporan polis.

    ReplyDelete
  8. Aku menyampah pemuzik jalanan yang mcm sampah kat bandar kl...ingat hang baguih sangat ker. Tak laku main muzik kaki lima....sebagai peminat muzik .... Pemuzik jalanan mengganggu org nak keluar....ada yg berkumpul depan depa lps tu bikin orang ssh nak lalulalang....

    ReplyDelete
  9. MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888





    MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...