Monday 9 March 2015

Muhyiddin Yassin Dan Mukhriz Mahathir Tidak Hadir Perjumpaan Tertutup 160 Ketua Bahagian UMNO Seluruh Negara Dengan Najib Isu 1MDB




Sejumlah 160 ketua Bahagian Umno seluruh negara hari ini menyatakan sokongan sepenuhnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang komited dalam menangani isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perdana Menteri yang juga presiden UMNO itu telah menjelaskan isu berkenaan dalam satu perjumpaan tertutup yang diatur ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Anggota Majlis Tertinggi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dalam pertemuan itu Najib telah memberikan penjelasan berhubung beberapa isu termasuk 1MDB.

“Semua (ketua bahagian) menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri kerana akhir-akhir ini beliau difitnah dan dihina.

“Menjadi tanggungjawab kita untuk bersama-sama Perdana Menteri dalam menghadapi tekanan dan fitnah ini,” katanya kepada pemberita selepas perjumpaan itu.

Ismail Sabri yang juga Ketua Umno Bahagian Bera berkata ketua-ketua Umno bahagian memandang berat sekiranya wujud penyelewangan dalam 1MDB.

Bagaimanapun katanya Najib mengulangi komitmennya supaya syarikat pelaburan strategik kerajaan berkenaan diaudit oleh Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara bagi menjamin ketelusannya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata perjumpaan tersebut merupakan pertemuan kali kedua. Yang pertama pada tahun lepas.

Katanya pada pertemuan pertama di kediaman Perdana Menteri, pihaknya bersetuju untuk mengadakan pertemuan seumpama itu sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Katanya selain isu 1MDB, Najib turut menyampaikan pesanan supaya anggota Umno di semua peringkat bekerja lebih kuat dalam mendapat sokongan rakyat sempena mesyuarat Agung Cawangan Umno yang bermula pada bulan ini.

Ditanya ketidakhadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada perjumpaan itu, Ismail Sabri berkata Timbalan Presiden Umno itu telah menyatakan minat untuk hadir, namun mempunyai komitmen lain.

Beliau berkata beberapa Ketua Umno bahagian termasuk Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah dan Johor, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tidak hadir kerana terikat dengan komitmen kerja masing-masing.

13 comments:

  1. Salam 1rasuah,

    Raja adil raja dihormati.

    Kurangkan juga penjawat awam, tender kerajaan, hapuskan PTPTN dan jumlah menteri.
    1 pejabat kecil dikhabarkan mempunyai 7 orang kerani sedangkan pejabat sudah dilengkapi sistem pengkomputeran, tujuan komputer ialah mengurangkan manusia dan kertas. tender kerajaan, 1 pen RM14, 1 karipap RM3, pasang paip RM5K claim RM300K harus dihapuskan. Hapuskan PTPTN dan lesen IPTS, beri biasiswa kepada skorer SPM, berhenti jual degree kepada bodo melalui ipta dan s untuk mengurangkan perbuatan jawatan degree dan ke bergantungan kepada PATI. Kurangkan jumlah menteri, kita ada menteri wanita, kenapa masih dilantik shahrizat yang kalah menjadi penasihat menteri wanita, pejabat najib sahaja mempunyai 40 orang kakitangan membazir!

    Kurangkan perbelanjaan kerajaan tambahkan subsidi kepada rakyat.

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya, biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa betui ka, patutlah Malaysia dudud ditempat yang tercorot sekali dlm dooniaa ini.

      Delete
  2. PASMA MENTERAI PERJANJIAN DENGAN DAP - BALA BAKAL MENIMPA KAUM ISLAM DI MALAYSIA.



    “MENANGISLAH anakku bak kaum wanita menangis ke atas kerajaanmu yg hilang krn kamu tidak dapat memeliharanya seperti kaum lelaki.” Begitulah ucapan seorang bonda Raja dlm sejarah Islam di Andalus, Sepanyol. Ia diucapkan oleh Aisyah kpd anaknya Abu Abdullah drpd puak Bani al-Ahmar, Raja terakhir kerajaan Islam Granada pd 21 Muharram 897 Hijrah (H) yg memeterai perjanjian penyerahan kerajaannya kpd Raja Kristian Sepanyol, Ferdinand dan Isabella. Dgn itu, berakhirlah era kerajaan Islam di bumi Eropah yg berkuasa selama 800 tahun. Begitu jugalah perjanjian dan kesepakatan PASMA dan DAP tak ubah seperti ini. Bani kaum Muhadjer ini ibarat PASMA yang bersekongkol dengan DAP bagi menghancurkan Islam dan umatnya. Perjanjian yg membabitkan 67 perkara itu termasuk jaminan keselamatan orang Islam di Sepanyol yg pd akhirnya tidak pernah direalisasikan bahkan selepas 300 tahun kemudian, Islam dan tanda-tandanya terhakis di bumi Sepanyol, seolah-olah Islam dan tamadunnya tidak pernah wujud di negara itu walaupun ia pernah menyinari dan menerajuinya selama 800 tahun. Perjanjian ini akhirnya dimeterai krn menerima banyak tekanan drpd orang Kristian Sepanyol termasuk kejadian paling memilukan dlm sejarah Islam pd 892 H. Pd masa itu ribuan umat Islam yg dijanjikan boleh menyelamatkan diri dgn berlayar ke Afrika dibunuh beramai-ramai secara kejam dan tidak berperikemanusiaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah padahnya apabila kerajaan Islam berbalah sesama sendiri merebut wilayah. Sekrang pun apa kurang di bumi Arab sana. Kalau tidak bagaimana 6 juta org Isreal boleh di geruni oleh 300 juta umat arab.
      Disini pun lebik kurang jugalah, 30% cina dipujapuji oleh segelintir dp 70% bumipurta. Mangkuk punya org.

      Delete
  3. Janda kaki spin Pantai KL mengatakan bapaknya diletakkan bawah sekuriti ketat yg berunsurksn politik.

    Ni jawapan aku, sekuriti ketat tu untuk kebaikan papacd Janda ni jugak. Alkmaklum 90% Rakyat Malaysia ni Dah menyampah kat ahli ahli politik tua yg cakapacam DJ kedai karpet kat Nilai 2

    Pembac . Harap bersabar. Klip klap 5 tahun berlaku. Waktu tu dia tak tahan nyamuk. Bini dia komplen tak boleh tidur.

    Moga2 tulisan Saya membawa kebaikan kpd pembaca2

    ReplyDelete
  4. Biasalah dlm mana2 mesyuarat pun, tak kan semua nak hadir kut. Kalau Joko Widoyo atau Tony Abbott call siapa nak jawab. Takkann nak serah pada apek LKS nak jawab nanti dia jual bebudak melayu sekupang dua pula.

    ReplyDelete
  5. UMNO ni sebenarnya tak lah teruk sangat. Tetapi nampak teruk di sebabkan macai macai nya takde otak asyik obses pasal Anwar dan keluarganya. Macam takde benda lain dalam otak depa. Betul tak PM Najib. Memang bangang kan.

    ReplyDelete
  6. aper nyer.... ko kata umno tu tak teruk.... !!! bior betul dol.... bunyi macam kelakar jer...ko buat lawak ker hah....
    woiii.... dah tahap parah la wei... tunggu masa aje nak go....nasib baik maslh ada macai2 dan balaci2 yg bodo2 tu , kalo tak....dah lama dah bungkus wooo....

    ReplyDelete
  7. Bila dh menang pilihanraya, dpt jd adun atau ahli perlimen..nk pnggil dlm majlis, mimpilah nk dtg...sebelum pilihanraya tawar diri nk dtg konon nk turun padang meninjau masalah rakyat...pundek la...itu orng umno/bn.

    ReplyDelete
  8. Kalau Anwar masuk semula UMNO kan best.

    ReplyDelete
  9. MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888





    MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...