Saturday 14 March 2015

PETIKAN TRANSKRIP PENYATA RASMI (HANSARD) PERDEBATAN ANTARA AZMIN DENGAN MAXIMUS ONGKILI ISU PEMBATALAN AIR SELANGOR-PUTRAJAYA.



Berikut merupakan petikan transkrip Penyata Rasmi (Hansard) Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen Ketiga Belas (2015) di antara Ahli Parlimen Gombak yang juga Menteri Besar Selangor, Mohamad Azmin Ali dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili pada Selasa, 10 Mac 2015

Tuan Mohamed Azmin bin Ali (Gombak) minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan apakah Kerajaan Persekutuan masih komited untuk melaksanakan Master Agreement Penstrukturan Air Negeri Selangor yang hingga kini masih belum selesai.

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU & AIR (DATUK SERI PANGLIMA DR MAXIMUS JOHNITY ONGKILI): Tuan Yang di-Pertua, jawapan kita di Dewan mulia ini memang sentiasa berasas kepada prinsip kejujuran. Saya mohon untuk menjawab soalan ini sekali dengan pertanyaan lain pada 11 Mac 2015 dan 26 Mac 2015 memandangkan ia menyentuh perkara yang sama iaitu daripada Ahli Yang Berhormat Tanjong Karang dan Ahli Yang Berhormat Bandar Tun Razak.

TUAN YANG DI-PERTUA: Silakan.

DATUK SERI PANGLIMA DR MAXIMUS JOHNITY ONGKILI: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Persekutuan sentiasa komited untuk melaksanakan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Dalam hal ini, Kerajaan Persekutuan telah mengambil segala tindakan yang perlu bagi memudahkan, memudah cara penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Untuk itu, beberapa perjanjian telah ditandatangani seperti berikut:

(i) memorandum-memorandum persefahaman MoU pada 26 Februari 2014. MoU tersebut telah ditandatangani oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor;

(ii) Heads of Agreement (HoA) pada 1 Ogos 2014. HoA tersebut telah ditandatangani oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor;

(iii) perjanjian utama atau master agreement pada 12 September 2014. Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor, Pengurusan Aset Air Berhad ataupun PAAB dan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (PASSB), dan;

(iv) perjanjian jual beli saham Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) untuk pembelian ekuiti Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) oleh Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd atau nama singkatannya Air Selangor pada 11 November 2015. Perjanjian tersebut ditandatangani oleh PNHB dan Air Selangor.

Melalui perjanjian-perjanjian tersebut, Kerajaan Persekutuan telah memberi persetujuan untuk Kerajaan Selangor mengambil alih perkhidmatan bekalan air daripada syarikat-syarikat konsesi di Selangor iaitu SYABAS, PNSB, Konsortium ABASS dan Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor (SPLASH). Malah Kerajaan Persekutuan melalui PAAB juga telah menyediakan peruntukan sebanyak RM2 bilion bagi membantu Kerajaan Selangor mengambil alih ekuiti-ekuiti syarikat-syarikat konsesi tersebut.

Dalam hal ini, saya ingin menekankan bahawa Kerajaan Persekutuan telah mengambil inisiatif untuk mengadakan perbincangan sekurang-kurangnya 32 kali dengan pihak Kerajaan Negeri Selangor sejak MoU ditandatangani pada 26 Februari 2014. Perbincangan-perbincangan ini diadakan untuk memuktamadkan dan menguatkuasakan perjanjian-perjanjian yang berkaitan dengan MoU.

Sungguhpun perjanjian utama telah ditandatangani pada 12 September 2014 yang masih belum lagi berkuat kuasa kerana terdapat Condition Precedent (CP) yang belum dipenuhi.

Oleh itu, kenyataan Ahli Yang Berhormat Gombak bahawa Kerajaan Persekutuan telah melanggar perjanjian utama ialah satu kenyataan yang tidak betul dan mengelirukan orang awam, dengan izin, the agreement is not yet enforced because the condition precedents are yet to be fulfilled. So the issue of breach does not arise. Saya ingin menegaskan bahawa pelanggaran sesuatu perjanjian hanyalah boleh berlaku apabila perjanjian tersebut telah pun dikuatkuasakan.

Saya ingin memaklumkan pada Dewan yang mulia ini bahawa CP kepada perjanjian utama belum dapat dipenuhi kerana Kerajaan Negeri Selangor enggan menyelesaikan isu-isu seperti berikut:

(i) Air Selangor masih belum menyelesaikan urusan pindah milik aset air kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) untuk membolehkan PAAB menyediakan peruntukan berjumlah RM1.68 bilion bagi membantu Air Selangor membiayai kos pengambilan syarikat-syarikat konsesi iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Puncak Niaga dan Konsortium ABASS;

(ii) Selangor masih belum menyelesaikan urusan pindah milik aset air syarikat-syarikat konsesi ataupun CCWA (Concession Companies with the Asset) kepada PAAB sebagai balasan kepada pengambilan liabiliti syarikat-syarikat konsesi oleh PAAB yang berjumlah RM7.65 bilion; dan,

(iii) Air Selangor masih belum memuktamadkan senarai aset miliknya untuk membolehkan lesen individu kemudahan dikeluarkan kepada Air Selangor mengikut kehendak Akta 655.

Memandangkan Kerajaan Negeri Selangor memerlukan tempoh masa yang panjang bagi menyelesaikan isu-isu yang saya telah nyatakan tadi, pihak kepada perjanjian utama telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh cut-off date bagi memenuhi CP perjanjian untuk sebanyak tiga kali. Isu tersebut sepatutnya diselesaikan sebelum 11 November 2014 tetapi Kerajaan Negeri Selangor masih gagal untuk menyelesaikan isu-isu tersebut sehingga tamat tempoh lanjutan ketiga pada 9 Mac 2015. Dengan izin, the ball is in your caught, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor. The ball is in your caught, it is not in our caught.

Sehubungan itu, Kerajaan Persekutuan telah menawarkan untuk melanjutkan cut-off date bagi memenuhi CP perjanjian utama. Pelanjutan tempoh ini memerlukan persetujuan bersama semua pihak kepada perjanjian utama ini. Sebaliknya Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor melalui surat kenyataan akhbar pada media pada 9 Mac 2015 telah mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor tidak lagi berhasrat untuk melanjutkan perjanjian utama.

Pihak kita juga mengambil kesempatan ini untuk melaporkan kepada Dewan yang mulia ini kemajuan pelaksanaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan sistem agihannya LRAL2 sehingga 25 Februari 2015, kemajuan fizikal khususnya bagi pembinaan komponen loji rawatan air hanya pada tahap 1.18% berbanding jadual iaitu 3.43%.

Saya dimaklumkan bahawa kelewatan ini berlaku kerana Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan agensi dan pihak berkuasa tempatan menangguhkan pengeluaran segala kelulusan dan permit untuk pembinaan loji tersebut sehingga penstrukturan semula dimuktamadkan. Keputusan Kerajaan Negeri Selangor ini akan menyebabkan LRAL2 tidak dapat disiapkan pada tahun 2017 dan menjejaskan bekalan air kepada rakyat negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Dalam pada itu, pihak kerajaan ingin menegaskan bahawa tindakan Kerajaan Negeri Selangor ini adalah bercanggah dengan MoU dan Heads of Agreement yang telah ditandatangani. Pelaksanaan LRAL2 sebenarnya tidak ada kaitan dan tertakluk kepada perjanjian utama ini kerana hal ini telah diputuskan dalam MoU dan HOA.

Pada hemat kita, Kerajaan Negeri Selangor adalah yang telah melanggari MoU dan juga Heads of Agreement. Oleh itu, saya minta Kerajaan Negeri Selangor untuk menghormati persetujuan yang telah dimeteraikan melalui MoU dan HOA dan tidak lagi bertindak mengarah pihak berkuasa tempatan untuk menangguhkan pengeluaran permit dan kelulusan yang diperlukan untuk kerja-kerja pembinaan LRAL2.

Tindakan ini akan merumitkan lagi kedudukan bekalan air Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya bagi melengahkan bekalan air sementara menunggu siapnya LRAL2, Kerajaan Persekutuan sebenarnya telah memperuntukkan sebanyak RM990 juta untuk projek-projek mitigasi. Oleh itu, pihak kita ingin menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Selangor perlu ada perancangan alternatif untuk menyediakan sumber air yang mencukupi menjelang tahun 2017 berikutan tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang telah melewatkan pelaksanaan LRAL2 ini.

Terima kasih.

TUAN YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat Gombak.

TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI (GOMBAK): Tuan Yang di-Pertua, sebaik sahaja saya diberikan amanah pada bulan September 2014, saya telah memberikan jaminan bagi pihak kerajaan negeri bahawa kita mahu meneruskan dan melaksanakan perjanjian utama yang telah pun ditandatangani sebelum itu bagi menjamin bekalan air yang mencukupi dan satu sistem perkhidmatan air yang cukup efisien dan mampan di negeri Selangor. Malangnya Kerajaan Persekutuan yang tidak menghormati the sanctity of the agreement. [Tepuk]

Kalau Yang Berhormat Menteri memberikan jawapan dalam Dewan bahawa telah ada 32 kali perbincangan dan mesyuarat, itu tidak bermakna kalau perbincangan itu tidak terikat dengan semangat asal perjanjian itu ditandatangani.

Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, kerajaan negeri telah bersetuju untuk menyerahkan aset-aset air milik syarikat konsesi yang telah dinaik taraf dan ia telah dipersetujui ketika menandatangani perjanjian utama. Malahan spirit itulah yang telah menyebabkan kita bersetuju untuk menandatangani perjanjian.

Kerajaan negeri telah pun menyenaraikan aset-aset yang berkenaan dalam Appendix 1, Appendix 2 di mana aset-aset milik syarikat konsesi yang hendak diserahkan. Akan tetapi, malangnya dalam beberapa bulan yang lalu, Kerajaan Persekutuan melalui kementerian datang semula kepada kerajaan negeri memberitahu bahawa bukan setakat aset yang perlu diserahkan, tetapi tanah juga mesti diserahkan. Di mana spirit perjanjian yang telah ditandatangani?

Sebagai contoh Tuan Yang di-Pertua, kita ada 26,000 kilometer paip yang dimiliki oleh syarikat konsesi. Kita sudah kenal pasti. Sekarang ini, Kerajaan Persekutuan datang balik dia kata bukan setakat paip, tanah yang paip itu lalu pun kena serah kepada dia.

[Dewan riuh]

TUAN YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Boleh Yang Berhormat Gombak duduk dahulu? Sila duduk. Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain tolong senyap. Soal ini adalah soal penting. Ahli Yang Berhormat, saya tahu ini adalah sesi soal jawab. Tidak seharusnya dibuat sebagai berbahas. Namun memandangkan ianya perkara yang amat serius terutama sekali bagi rakyat Selangor, tidak apa saya benarkan Ahli Yang Berhormat Gombak, tetapi jangan terlampau panjang sangat. Nanti Yang Berhormat punya juga peluang untuk bahas.

TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI (GOMBAK): Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini isu besar Tuan Yang di-Pertua, isu nasional. Di mana Kerajaan Persekutuan melanggar semangat dan prinsip perjanjian.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya dengan Kerajaan Persekutuan, apakah Kerajaan Persekutuan ingin merampas kedaulatan Kerajaan Negeri Selangor? Saya hendak tanya 26,000 kilometer tanah hendak diserahkan kepada kementerian? Jadi saya hendak minta penjelasan, itu yang pertama. Yang keduanya Tuan Yang di-Pertua…

DATO' WIRA OTHMAN BIN ABDUL (PENDANG): [Menyampuk]

TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI (GOMBAK): Yang Berhormat Pendang, kalau kamu cerdik jadi Menterilah. Jangan berani menjerit di belakang sahaja. Nak jadi pencacai UMNO, kekal pencacai UMNO.

DATO' WIRA OTHMAN BIN ABDUL (PENDANG): Hendak buat jalan, kena ambil tanah buat
jalanlah.

TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI (GOMBAK): Ya, hendak buat jalan, kena bagi tahu…

DATO' WIRA OTHMAN BIN ABDUL (PENDANG): That’s why, I say you are stupid.

TUAN YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat Pendang, duduk Yang Berhormat Pendang.

DATO' WIRA OTHMAN BIN ABDUL (PENDANG): That’s why, you are so stupid!

TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI (GOMBAK): Ya, kalau kamu cerdik, jadi Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya hendak membawa Dewan kepada perjanjian yang telah ditandatangani. Perjanjian menyatakan kerajaan negeri akan menyerahkan aset-aset yang dimiliki oleh syarikat konsesi dan kita sudah senarai. Pada ketika itu Kerajaan Persekutuan tandatangan. Dia setuju senarai Appendix 1, Appendix 2. Cuma saya hendak tanya mengapa dalam satu dua bulan ini datang balik dan pinda perjanjian yang telah ditandatangani. Bagaimana kami boleh bersetuju di atas perkara baru yang telah dibawa oleh kementerian. Itu yang pertama.

Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, yang saya hendak minta penjelasan, pada asalnya kerajaan negeri sudah bersetuju dengan PAAB. Kita sudah ada draf perjanjian bagaimana mekanisme pembayaran kepada PAAB dengan menggunakan mekanisme ring fencing.

Maknanya setiap sen yang kita terima daripada pengguna, sudah ada jaminan penerima pertama adalah PAAB. Kita sudah beri jaminan kita akan beri pada PAAB. Sudah setuju. Sekarang ini dia
kata tidak boleh di mana sekuriti untuk PAAB, dia kata mesti beri tanah di atas aset yang dilalui oleh kemudahan-kemudahan tersebut. Jadi ini menyebabkan kita melihat Kerajaan Persekutuan
sengaja untuk melengah-lengahkan perkara yang telah dipersetujui.

Akhirnya saya minta penjelasan dari Yang Berhormat Menteri, apa sebenarnya Yang Berhormat hendak? Apakah jaminan Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri dan juga rakyat negeri Selangor. Apakah langkah-langkah seterusnya untuk menjamin satu sistem perkhidmatan industri air yang efisien dan mampan bagi menjamin kepentingan pengguna di negeri Selangor.

DATUK SERI PANGLIMA DR MAXIMUS JOHNITY ONGKILI: Yang Berhormat MB. Saya ingin katakan bahawa statement yang dikeluarkan tadi itu sebenarnya banyak yang mengelirukan. There are tiga perjanjian, precedent yang perlu. Ada lapan semua, tetapi tinggal tiga yang outstanding. Satu ialah mengenai dengan aset-aset berkaitan dengan RM7.6 bilion yang PAAB akan take over bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor seperti kita buat di negeri-negeri lain.

Kedua, selepas itu dia perlu juga mengemukakan aset untuk RM1.6 bilion daripada RM2 bilion itu kerana itu nilai yang concession yang akan ambil alih. Mereka perlu menyenaraikan aset-aset tersebut.

Ketiga, mengikut precedent, bahawa pihak syarikat baru air Selangor itu yang memerlukan lesen untuk operate, mesti menyenaraikan aset-asetnya financial model dan kemampuannya untuk menjadi pengurus baru air Selangor. Ini tiga daripada lapan precedent.

Masalahnya begini, bagi RM1.6 bilion ini dalam perbincangan-perbincangan dengan pihak Kerajaan Negeri Selangor kita minta senarai aset untuk diberi. Dia senaraikan Bukit Nanas, dia senaraikan Semenyih.

Apabila kita check dengan Pesuruhjaya Tanah dengan perlembagaan dan perjanjian-perjanjian, ini adalah milik Kerajaan Pusat. Tidak boleh dipakai.

Mereka mahu panggil constitutional lawyer hendak check and lawan. Kami bilang carilah aset lain kerana ini adalah milik Kerajaan Pusat. Dia kata tanah barangkali kamu punya, tetapi infra di atas kami punya. Namun dalam prinsip pengambilan tanah adalah good title.

TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI (GOMBAK): Yang Berhormat Menteri kalau…

DATUK SERI PANGLIMA DR MAXIMUS JOHNITY ONGKILI: Saya habiskan dahulu.

TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI (GOMBAK): …Tanah itu milik Kerajaan Persekutuan, jaminannya baru RM500 juta. Kita ada RM1.5 bilion lagi.

DATUK SERI PANGLIMA DR MAXIMUS JOHNITY ONGKILI: Good title ok. Termasuk juga dalam cerita tadi. Dia katakan paip siapa? You kasi saya paip tidak guna kalau land seperti juga rail track, seperti juga Yang Berhormat kasi siap kabel, kalau bukan tanah di bawah itu dimiliki bersama. Ini logik kah? Siapa mahu buat business bagi paip itu? Paip sudah buruk-buruk.

TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI (GOMBAK): Mana ada syarikat konsesi mendapat tanah, itu tanah pajakan, tanah milik kerajaan negeri.

DATUK SERI PANGLIMA DR MAXIMUS JOHNITY ONGKILI: So, this is a real issue. Sama juga dengan air Selangor. Apabila kita minta dia senaraikan aset, dengan izin you can be a good pengurus air di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan dan seterusnya they insist mahu senaraikan Semenyih, mahu insist juga senaraikan Bukit Nanas. Kami bagi tahu itu bukan tanah you, dia mahu contest, melewat dan lewat. Not our fault, Kerajaan Negeri Selangor yang melewat-lewatkan semuanya ini dia kena deliver the condition procedure.

Yang ketiga yang dikatakan tadi apa sebenarnya Kerajaan Pusat mahu. Tiada Kerajaan Pusat mahu. Kerajaan negeri sudah 15 tahun minta air ini, menjadi pengurus air di Selangor seperti negeri-negeri lain. Kita cerita-cerita tetapi mereka pun kuat lawan, akhirnya the last two years able to find solution. Or you want supaya air mencukupi untuk negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga Putrajaya.

Saya mahu maklumkan saat ini bagi last year -0.04 tiada margin. This year if the mitigation semua itu jalan 3.2 tapi saya beritahu Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua it’s going to be without Langat because delayed pada tahun 2017 it will be minus -2.64. Who’s suffer? More than 500 companies kita KIV kelulusan. Margin is 1% and negative tapi I’m here to give the offer. You want to take over dengan mantan MB dahulu, the exco, you want to take over, kami bilang okey this time take it, subject to this. You want to take over the loan for you RM7.6 billion I give you RM2 billion untuk beli damp out. And then we sign, we sign tapi main main punya. [Ketawa] Main-main punya. ‘Lewat-lewat’.

TUAN YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat.

DATUK SERI PANGLIMA DR MAXIMUS JOHNITY ONGKILI: Untuk makluman…

TUAN YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat, Yang Berhormat…

DATUK SERI PANGLIMA DR MAXIMUS JOHNITY ONGKILI: We have no other interest. Saya Menteri berasal dari Sabah ini orang-orang Sabah [Bercakap dialek Sabah]. Ini kamu ini peranakan orang potong kepalakah dahulu? [Ketawa] We don’t potong kepala now lah. So when we work, we really work. We work sincerely. So, I ask you what actually you want. I have given you everything I have.

TUAN YANG DI-PERTUA: Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih.

TUAN KHALID BIN ABD SAMAD (SHAH ALAM): Ini dua-dua tanya, what you want.

DATUK SERI PANGLIMA DR MAXIMUS JOHNITY ONGKILI: Saya merayu Tuan Yang di-Pertua supaya kepimpinan negeri diketuai oleh Yang Amat Berhormat dari Gombak, carry on the work of the previous and be the previous exco. They had done the good job to find the deal with us. If not, we live it to the people of Selangor. You will suffer you know because tidak mencukupi air. The interest of the rakyat di atas interest politic PKR semua. Sekian, terima kasih.

TUAN YANG DI-PERTUA: Terima kasih. Saya jarang-jarang buat saranan atau cadangan. Kalau boleh isu yang dibahas tadi itu adalah kompleks. Saya rasa tidak seharusnya kita bincang sewaktu sesi soal jawab. Kalau boleh saya buat saranan dengan ikhlas. Bolehkah Yang Amat Berhormat Menteri Besar baru dan Yang Berhormat Menteri duduk, trace out all the problem. Jangan libatkan dahulu pegawai-pegawai. Sila Yang Berhormat Tanjong Karang. Oleh kerana daripada Selangor dan jangan terlampau panjang sangat soalan tambahan itu. Ahli Yang Berhormat, kita berbahas cuma dua soalan. Soalan air, satu air banjir, satu air minum. Baru dua soalan. [Ketawa] Sila Yang Berhormat Tanjong Karang.

DATUK SERI HAJI NOH BIN HAJI OMAR (TANJONG KARANG): Dia ada satu air lagi yang sudah masuk penjara. Tuan Yang di-Pertua…

TUAN YANG DI-PERTUA: Sila Yang Berhormat Tanjong Karang, sila.

TUAN MANIVANNAN A/L GOWINDASAMY (KAPAR): Banyak cakap Tuan Yang di-Pertua, macam inilah. Sana, sana. Tuan Yang di-Pertua sana, bukan sini.

TUAN MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN (SEPANG): Tuan Yang di-Pertua, ini biadab ini.

TUAN ABDULLAH SANI BIN ABDUL HAMID (KUALA LANGAT): Ini sudah melampau.

TUAN MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN (SEPANG): Ini biadab, kurang ajar ini. Macam mana cakap air ini.

TUAN YANG DI-PERTUA: Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat duduk dahulu. Tengoklah apa yang dia buat.

DATUK SERI HAJI NOH BIN HAJI OMAR (TANJONG KARANG): Tuan Yang di-Pertua…

TUAN YANG DI-PERTUA: Ahli Yang Berhormat, sila duduk Yang Berhormat. Yang Berhormat Tanjong Karang duduk dahulu dan Yang Berhormat yang lain. Ahli Yang Berhormat, sering kali saya mengingatkan sebelum mengeluarkan hujah, timbang baik-baik. Jangan hujah itu mengundang reaksi negatif yang mengecohkan dewan. Tolong dan perkataan-perkataan yang lain tidak elok itu janganlah sentuh seperti bodoh, seperti biadab dan sedemikiannya. Jangan buat Ahli Yang Berhormat. Sudahlah yang itu. Kita kerja dengan serius, dengan baik-baik. Sila Yang Berhormat Tanjong Karang kemukakan soalan tambahan yang penuh berhemah.

DATUK SERI HAJI NOH BIN HAJI OMAR (TANJONG KARANG): Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

TUAN YANG DI-PERTUA: Mengenai dengan soal air minum.

DATUK SERI HAJI NOH BIN HAJI OMAR (TANJONG KARANG): [Ketawa] Soal airlah ini saya hendak cakap Tuan Yang di-Pertua. Saya bersetuju dengan pendapat Tuan Yang di-Pertua bahawa isu air ini amat penting lebih-lebih lagi di negeri Selangor. Bukan sahaja kepentingan rakyat negeri Selangor tapi Selangor ini negeri yang penting dalam Malaysia. Kalau Selangor ini mundur takut Malaysia pun akan jadi mundur.

Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya…

Seorang Ahli Pembangkang: [Menyampuk]

DATUK SERI HAJI NOH BIN HAJI OMAR (TANJONG KARANG): Saya cakap betul pun sebelah sini bising.

TUAN YANG DI-PERTUA: Teruskan, teruskan Yang Berhormat.

DATUK SERI HAJI NOH BIN HAJI OMAR (TANJONG KARANG): Saya cakap betul pun belah sini bising. Saya hendak tanya Yang Berhormat Menteri adakah Yang Berhormat bersetuju memandangkan air ini penting, maka soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Gombak ini yang baru jadi Menteri Besar tidak sampai enam bulan merupakan satu soalan yang kurang cerdik bila dia tanya di dalam soalan lisan.

Saya hendak tanya sejak Yang Berhormat Menteri Besar ini yang baru jadi Menteri Besar, berapa kali Yang Berhormat Menteri Besar ini datang berunding untuk menyelesaikan masalah rakyat seperti mana yang pernah dibuat oleh mantan Menteri Besar yang lepas kata tadi 32 kali berbincang. Ini waktu siapa. Jadi Yang Berhormat bersetuju ataupun tidak bahawa hari ini negeri Selangor bila menghadapi masalah air, saya hendak dapatkan penjelasan menyebabkan benar ataupun tidak bahawa lebih 700 projek di negeri Selangor yang tidak dapat dimulakan kerana masalah kekurangan air.

Apakah benar bahawa di negeri Selangor hari ini peluang-peluang pelaburan menurun begitu merudum? Seperti contoh tahun 2008 RM11.8 bilion pelaburan negeri Selangor dan sejak 2008 sampai 2014 daripada RM11.8 bilion hanya tinggal RM7 bilion sahaja yang melabur di Selangor. FDI daripada RM9 bilion merudum hingga tinggal RM3.2 bilion. Peluang pekerjaan daripada 30,837 peluang pekerjaan daripada 2008 hari ini turun merudum peluang pekerjaan di Selangor 2014 tinggal 15,000 orang.

Ini soalan airlah. Saya hendak tanya apakah kemeruduman, kejatuhan ekonomi negeri Selangor yang maju dahulu nombor satu sekarang jatuh nombor empat, adakah ia berkaitan rapat dengan masalah air di Selangor.

TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI (GOMBAK): Yang kita batal industri udang.

TUAN YANG DI-PERTUA: Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri sebelum jawab duduk. Duduk Yang Berhormat. Soalan daripada Yang Berhormat Gombak simple. Soalannya sama ada Kerajaan Persekutuan masih komitedkah tidak. Itu sahaja tetapi tiada. Kalau Yang Berhormat hendak jawab juga itu, boleh saya benarkan tetapi jangan perincikan sangat sebab soalan ini komited atau tidak. Saya dengar tadi Yang Berhormat kata komited. Itu sebab saya kata duduk sama-sama. Tidak payah jawab ini kalau menghabiskan masa. Kalau perlu juga sedikit tidak apa jawablah. Sila.

DATUK SERI PANGLIMA DR MAXIMUS JOHNITY ONGKILI: Tuan Yang di-Pertua, sebab apa yang disentuhkan tadi adalah satu kita punya komitmen untuk mencari penyelesaian. Saya mesti tersedia sebenarnya banyak signal tapi tidak ada masa untuk berjumpa sebab pada pendapat kami sedang berjalan dengan baik semua rundingan. Tiba-tiba hari enam political advisors memberi laporan bahawa they are not going to continue. Akan tetapi saya rasa ruang untuk berbincang pihak Kerajaan Pusat sentiasa di situ. Saya cukup yakin, cukup wisdom di dalam kepimpinan negeri Selangor. Hopefully better than the previous one tetapi saat ini tidak mencerminkan itu.

Terima kasih atas cadangan.

Kemudian dengan status saya telah katakan tadi tahun ini dijangka 2015 minus below 1% margin. Tidak ada margin. Kilang-kilang semua banyak yang mahu tutup, ada yang belum tunggu permit untuk minta masuk. Masih ada 500 lebih yang hendak melabur tetapi dengan kerana tidak mencukupi air dan mesej terkini mereka menggugurkan perjanjian.

I think kasihanlah rakyat dan business negeri Selangor, juga Wilayah Persekutuan dan Putrajaya. Ini kedudukan yang teruk sebenarnya seperti yang disentuh oleh Yang Berhormat Tanjong Karang. Terima kasih.

Ada political acumen lebih daripada politik sabun kilang orang Sabah, politik sabun ini. Main-main punya politik. Thank you very much.

7 comments:

  1. mak cik hanisya,

    Boleh tak makcik delete komen,
    1. Nombor ekor
    2. Tulang badak (dah tak lawak)
    3. Pining utara (dah basi)

    ReplyDelete
  2. Delete sekali komen2 macai PKR yang tak sedar diri, kaki carut dan langsung tak kelakar tu.

    ReplyDelete
  3. delete juga semua komen yg luar atau lari dari tajuk.... terutama komen jubo2 tu...
    geli.... geli.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen jubo2 tu punya rezeki penganut UMNO.mana boleh delete..trtutuplah periok nasi dia orang kalau takde komen jubo.sekian terima kasih.

      Delete
  4. Hahaha abg kepada sibapok tua gila dah dibodohkan dalam dewan...kesian....

    ReplyDelete
  5. kalau tak ada air mari kita beramai mandi di rumah azmin klang getas , suruh azmin pandai berlakon itu duduk rumah flat,
    1)dalam perjanjian kena suruh serah akan aset itu bodoh azmin ini, Dia ingat rakyat bodoh ke?, nak aku ajar ke apa itu aset, aset tak semesti nya saham je , tanah pun aset, ini bagi aset paip tak ada nilai jual besi timbang kati boleh lah,
    Ikut lagi pkr yg cuba bodoh kan rakyat itu, kalau ikut akulah tak patut bagi air percuma sebab paip makin hari makin mahal dan perlu di ganti, nak ke orang kerja itu bagi gaji kecih orang kerja betulkan paip satu hari kena banyar 70-100rm sehari

    ReplyDelete
  6. MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888











    MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...