Saturday 14 March 2015

MENGIMBAU SEJARAH MENJELANG HARI POLIS KE-208 .... PASUKAN POLIS NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU




Anggota-anggota polis Melayu dari Pasukan Negeri-Negeri Melayu Bersatu di awal pemerintahan British
Tahun 1874 satu detik penting dalam sejarah negara kerana bermulanya sistem Residen Inggeris di negeri-negeri Tanah Melayu yang dipelopori oleh negeri Perak. Dalam tahun 1892 lahirlah pula gagasan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, keempat-empat buah negeri tersebut disatukan dalam sebuah Persekutuan.

Pembentukan tersebut menyatukan pasukan pasukan polis negeri-negeri tersebut kedalam Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Kewujudan pasukan polis itu adalah serentak dengan pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang berkuatkuasa pada 1 Julai 1896.

Mengikut Perlembagaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Pasukan Polis, Kastam, Jabatan Ukur, Buruh dan Pertahanan diletakkan dibawah bidang kuasa Kerajaan Pusat yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu adalah dibawah pemerintah tertingginya, iaitu Pesuruhjaya Polis. Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan dijadikan sebagai Kontinjen Polis dan diketuai oleh seorang Ketua Polis Negeri (Chief Police Officers). Walaupun Pesuruhjaya Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu bertanggungjawab keatas pentadbiran dan pengawasan pasukan polis tetapi ia adalah dibawah kawalan dan arahan Ketua Setiausaha Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Seksyen 3, Police Force Enactment (1924) ada menyebut bahawa,
"The Superintendent and administration of the Police Force shall be in the hands of the Commissioner and subject to the orders and control of the Chief Secretary".

Orang yang pertama dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ialah Kapten H. C. Syers, Penguasa Polis Negeri Selangor. Syers telah memindahkan Ibu Pejabat Polis Negeri itu dari Klang ke Kuala Lumpur (Bukit Aman sekarang) dan mengekalkan Bluff Road Hill itu sebagai Pusat Pentadbiran Polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Jawatannya sebagai Penguasa Polis Selangor digantikan oleh Christian Wagner.

Di bawah Kapten H.C. Syers, Polis Negeri Negeri Melayu Bersekutu mengalami beberapa perubahan yang pesat dan menggalakkan. Untuk menimbulkan rasa kesatuan, pakaian seragam warna biru diperkenalkan. Tiap-tiap negeri dibezakan oleh bentuk butang dan lencana.

Syers mengambil inisiatif dengan menyusun semula pentadbiran polis di Perak. Kontinjen Polis Perak diketuai oleh seorang Ketua Polis berpangkat Timbalan Pesuruhjaya Polis yang mengambil alih sepenuhnya peranan pasukan Sikh di Perak yang dianggap bukan lagi sebahagian daripada pasukan polis tetapi Malay States Guides. Kontinjen Perak pada masa itu mempunyai seramai 842 anggota 15 pegawai Eropah, 472 pegawai dan anggota Sikh dan Pathan, 14 orderli dan 302 pegawai pangkat rendah dan konstabel Melayu. Keanggotaan di Kontinjen Selangor pula ialah enam orang pegawai Eropah, 32 Pathan dan 500 pegawai pangkat rendah dan konstabel Melayu.

Dengan tertubuhnya Malay States Guides dibawah Kolonel Walker pada tahun 1896 yang kekuatannya enam kompeni infantri dan dua kompeni artillieri (900 anggota). Semua tugasan berbentuk ketenteraan yang dulunya menjadi sebahagian tugas dan tanggungjawab Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang diambil alih oleh pasukan tersebut.

Ketua Polis Kontinjen Pahang ialah Duff dan pasukan itu mempunyai 245 anggota. F.W. Talbot pula mengetuai Kontinjen Negeri Sembilan. Dibawahnya terdapat dua Inspektor, 56 anggota Sikh dan 250 pegawai pangkat rendah serta konstabel Melayu.
Tahun pertama wujudnya Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu mencatatkan jumlah anggotanya lebih kurang 2000 orang. Masalah yang wujud sehingga 1903 ialah penggabungan polis itu masih longgar, Residen turut mempunyai kuasa dalam pentadbiran polis tiap-tiap negeri. Pesuruhjaya Polis di Bluff Road (sekarang Bukit Aman) tidak mempunyai kuasa sepenuhnya, melainkan sebagai `Inspecting Officer' sahaja.

Menjelang tahun 1902, kekuatan pasukan polis ialah 2160 orang, iaitu tiga orang Timbalan Pesuruhjaya, dua Penolong Pesuruhjaya, 25 inspektor, dua Pegawai Bumiputera, 1961 pegawai pangkat rendah clan konstabel, 93 detektif clan 14 orderli. Sementara itu anggota-anggota polis Kontinjen Selangor dan Pahang bersenjatakan dengan `Martini-Enfield Converted Carbines'.

Negeri-negeri lain pula menerima `Martini rifles' dan carbine.
Pada tahun berikutnya iaitu 1903 Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu barulah benar benar dibawah kuasa dan kawalan Pesuruhjaya Polis. Usaha ini dibuat oleh H.L. Talbot yang berusaha untuk mengalihkan kuasa dan peringkat negeri ke pusat menerusi berkuatkuasanya Police Force Enactment 1903.
Satu masalah yang dihadapi oleh pemerintah Pasukan Polis

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ketika itu ialah untuk mendapatkan anggota-anggota yang terlatih. Sebelum itu anggota-anggota biasanya diambil dari pasukan-pasukan tentera India. Untuk mengatasi masalah sebuah Pusat Latihan (Depot) ditubuhkan di perkarangan Bluff Road pada bulan Oktober 1903.
Bagi mengubah pandangan terhadap polis dan menggalakkan orang Melayu berkhidmat dengan pasukan polis, British telah menggunakan nilai-nilai taat setia kepada Raja yang terdapat pada orang Melayu. Untuk itu Raja Alang lskandar, putera Sultan Idris dari Perak lulusan Oxford yang bekerja di Sekretriat Taiping telah dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya pada 1 Ogos 1905 dengan persetujuan Paduka Sultan Perak.

Raja Alang Iskandar merupakan orang Melayu pertama diberi pang kat yang tertinggi oleh British. Dia adalah seorang putera raja yang bersemangat dan mempunyai tingkah laku yang menyenangkan. Dia kemudiannya ditempatkan di Polis Depot dan diberi tanggungjawab untuk pengambilan t anggota-anggota polis Melayu. Raja Alang Iskandar tela menjalankan berbagai usaha untuk menarik minat orang-orang Melayu berkhidmat dalam pasukan polis. Selepas 37 tahun pusat latihan ini dipindah ke Riffle Range Road (Jalan Semarak) iaitu yan dikenali sebagai PULAPOL (Pusat Latihan Polis) sekarang ini.

Sehingga tahun 1908 beberapa kemajuan jelas kelihatan dengan organisasi peringkat Kontinjen dan Daerah polis telah disusun. Depot pula semakin lengkap. Cawangan detektif dan Pendaftar Rekod Jenayah yang baru ditubuhkan berjalan lancar. Pegawai-pegawai percubaan didatangkan dari England.
Apabila Talbot meninggal pada 31 Ogos 1909, Douglas yang memangku jawatan Pesuruhjaya Polis sejak Talbot sakit dikekalkan memegang jawatan tersebut. Douglas adalah Ketua Polis Perak sejak 1897.

Pada tahun 1911, anggota Pasukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu terus bertambah. Dalam masa sepuluh tahun keanggotaannya ingkat iaitu daripada 2138 orang kepada 3241 orang. Jumlah pegawai Eropah juga bertambah dan 41 orang menjadi 72 orang. Masalah yang dihadapi oleh polis pada masa itu ialah perjudian dikalangan kaum Cina dan juga jenayah yang berkait dengan candhu. Tetapi dengan kecekapan pasukan polis keadaan dapat dikawal.

Pada masa ini juga telah wujud Police Force Enactment yang dikuatkuasakan pada 9 Januari 1924. Enakmen ini lebih teratur, menjelaskan peranan dan tugas serta tanggungjawab polis Negeri Negeri Melayu Bersekutu.

Dengan meletusnya Perang Dunia Kedua dan jatuhnya seluruh Tanah Melayu ketangan Jepun maka Polis Negeri-Negeri Bersekutu dengan sendirinya terbubar. Ketua Polis yang terakhir, E.Bagot turut melarikan diri ke Singapura setelah kekuatan pertahanan British tidak mampu untuk menahan kemaraan tentera Jepun. Apabila Singapura turut jatuh ketangan Jepun, E. Bagot turut ditawan.

11 comments:

  1. Artikel Terlatest Dari Tulang Badak

    Anuar Beraheem, De Facto yang Syubhah
    Sungguh misteri status posisi Anuar beraheem.

    Misteri2 tersebut adalah:

    1) Perlantikan beliau sebagai De Facto masih sah walaupun tidak diketahui oleh ramai orang. Pengumuman dibuat oleh media2 Blogger Pro PASMA-CHA yang Anuar masih De Facto PKR.

    2) Pengumuman hanya di buat oleh Penolong Admin Blog Hampas Kunyit. Apakah SU PKR Pusat tidak mampu membuat pengisytiharan? Apakah Ketua2 PKR sendiri tidak mampu membuat pengumuman sedangkan dlm isu MB Selangor begitu galak mahu memecat TSKI

    3) Mengapakah berkata jawatan De Facto masih sah sedangkan tuan punya body dlm penjara, walaupun memang betul Anuar Beraheem difitnah

    4) Melantik De Facto baru adalah cadangan yang amat popular di kalangan ahli2 dan akar umbi

    5) Anuar Beraheem tidak layak menjadi De Facto kerana beliaulah yang membawa najis Nepotism ke dalam PKR. Beliaulah punca utama perpecahan dalam PKR sekarang ini

    Tulang Badak@ Murtabak Waves
    Kasi Forward Sama MalaysiaWaves Okey

    TULANG BADAK @ MURTABAKWAVES YANG DIILHAMKAN OLEH PASMA-CHA KEPADA SAYA DEMI MEMPERJUANGKAN PEMBODEKAN, KETAHYULAN DAN KESAKSAMAAN, SELARAS DENGAN BIHUN SOP PASMA-CHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya katiman dari surabaya kerja tki di malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu..saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang bapak tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Bila butuh angka togel ghaib yg sudah kami buktikan hubungi MBAH WITJAKSONO DI 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga KLIK=> BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D

      Delete
  2. Ketum jaawatan yg tidak dipertsndingkan malah ditunjuk oleh prmimpin pkr.....juars demokrasi konon jawatan ketum lsndung tsk menunjukkan ciri ciri demokrasi....babi tul...

    ReplyDelete
  3. infonya sangat bermanfaat sekali gan, makasih. beritanya bagus dan sangat menarik sekali untuk di baca. Ijin share ya gan, thanks..semoga semakin bermanfaat!

    ReplyDelete
  4. Berat anwar turun 3kg lg..aduhh kan dah ckp aljuburi takkan berhenti bt provokasi walaupun lpk dlm penjara. Hantar kt pulau pun dia akan ckp hari2 minum air kelapa je..haha. Jabatan penjara elok bg sejadah & tasbih kt anwar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelik mcm mn ada timbang dlm sel anwar. Banduan lain dpt timbang tak?

      Delete
  5. bila pkr hormati polis ,yg aku tahu anwar selalu ajar orang pkr panggal polis anjing umno itu ajaran nepotisma penang utara cara benci orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ALLAH.. tak takut kah anda dgn neraka ALLAH.. memfitnah.. engkau akan sedar bila anda berhadapan dgn ALLAH kelak.. berapa byk org baca tulisan anda.. semoga hidayah ALLAH dtg pd anda.. InShaAllah

      Delete
    2. betul apa, aku sendiri dengar ahli pkr cakap polis anjing umno dari 1998 hingga 2015 anwar ajar korang menbenci polis, menangku je lah anwar ajar kaorang pkr benci polis itu

      Delete
    3. Kenapa perlu mengaku kalau aku sendiri tak pernah diajar oleh anwar dan pemimpin2 pas atau dap... SubhanALLAH.. BERAT TUDUHAN KAU.. kami pun ramai saudara2 yg bekerja dengan polis.. Lain kali hati2 lah tulis.. segeralah bertaubat.. ALLAH maha pengampun .. TP Mereka2 yg difitnah bagaimana? Wallahuaqlam

      Delete
  6. MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888











    MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...