Thursday 5 March 2015

Soalan Maut Tangkap Nyawa .... Adakah Wakil-Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Terutamanya Dari Parti KeADILan Rakyat Akan Turun Demo Kita Lawan Sabtu Ini??????



"Ini tidak boleh diterima. Pemimpin anda di penjara dan anda mahu agih ang pow," kata satu posting di sebuah laman Facebook dalam bahasa Cina yang menggesa wakil rakyat Pakatan Rakyat supaya mengingati matlamat asal perjuangan mereka.

Laman yang baru dibuat itu mendakwa wakil rakyat PKR tertentu menganjurkan majlis sambutan Tahun Baru Cina pada hari Sabtu ini ketika perhimpunan besar-besaran dirancang di Kuala Lumpur untuk menuntut pembebasan pemimpin Pakatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang menjalani hukuman lima tahun penjara atas sabitan tuduhan liwat.

Juga dipaparkan di laman Facebook itu adalah risalah yang menyatakan bahawa wakil DAP Johor akan menghadiri satu majlis pada hari Ahad.

"Tak pasti sama ada wakil rakyat Johor akan menghadiri perhimpunan tersebut atau sama ada mereka mengharapkan ia berakhir dalam tempoh yang singkat seperti SOP (prosedur operasi standard) dan supaya mereka boleh menjadualkan majlis pada hari berikutnya," kata posting yang lain.

SOP itu dipercayai amalan yang sering menjadi bahan sindiran, iaitu "menghadiri perhimpunan, ambil gambar, memuat naiknya di Facebook dan pulang".

Penganjur protes itu, sebuah gabungan yang menggelar diri mereka sebagai Kita Lawan, merancang untuk mengadakannya di luar pusat membeli-belah Sogo di Kuala Lumpur dari pukul 4 petang Sabtu ini hingga tengah malam.

Selain daripada menuntut kebebasan ketua pembangkang itu, protes itu juga menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Kita Lawan menggesa semua wakil rakyat Pakatan menghadiri protes itu.

Bagaimanapun, semalam polis mengisytiharkan perhimpunan itu sebagai haram dan mereka yang mengambil bahagian boleh menghadapi kemungkinan ditangkap.

Oleh itu persoalannya ialah ketika pihak penganjur menyeru orang ramai menyertai protes itu, adakah mereka seperti Menteri Besar Selangor Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan mengambil risiko itu.

Protes yang diadakan semasa era Reformasi pada lewat tahun 90-an adalah berbeza. Pertaruhan kali ini adalah lebih tinggi.

Wakil rakyat mungkin secara automatik hilang kerusi mereka sekiranya mereka ditangkap kerana menyertai perhimpunan haram dan didapati bersalah. Undang-undang melarang mereka yang didenda lebih RM2,000 atau dijatuhi hukuman penjara lebih daripada satu tahun, daripada menjadi wakil rakyat.

Mengulas isu ini, Setiausaha Penganjur DAP Anthony Loke merangkap Ahli Parlimen Seremban berkata walaupun ahli Parlimen dan ADUN parti itu digalakkan menghadiri protes itu, tetapi ia tidak diwajibkan.

"Kita perlu tunggu sehingga hari Sabtu. Barulah kita boleh tahu jumlah orang yang akan hadir. Oleh itu tidak sesuai bagi kami untuk membuat apa-apa andaian sekarang, "katanya.

Loke sendiri tidak akan menghadiri protes itu kerana mempunyai urusan lain yang perlu dikendalikan.

Kerajaan Pulau Pinang akan mengagihkan RM100 kepada warga emas hujung minggu ini – sumbangan wang tunai tahunan kepada mereka yang berumur 60 tahun ke atas - dan biasanya wakil rakyat akan berada di cawangan-cawangan Maybank untuk membantu memudahkan pengagihannya.

19 comments:

  1. Kita kawan sudah Jadi kita lawak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya katiman dari surabaya kerja tki di malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu..saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang bapak tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Bila butuh angka togel ghaib yg sudah kami buktikan hubungi MBAH WITJAKSONO DI 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
      KLIK=> BOCORAN ANGKA TOGEL

      Delete
  2. ini kerja bebudak bahlol macai dan blogger tak da teloq pkr............semua boleh demi kuasa........matlamat menghalalkan cara !

    ReplyDelete
  3. Orang bangang jer yg nk demo di sogo tu....anwar tu bangang yg ko orsng nak ikut bangang skali dng dio wat ape....? Beza bangang anwar dng pengikut bangang hanya satu jer....se bangang bangang anwar dia cerdik memperbangang kan macai pkr...kah kah kah. ..

    ReplyDelete
  4. Pkr ni parti longkang...pemimpin teruk ahlinya pula bangang....mmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukankah Tun M cakap yang bangang semuanya ahli ameno..

      Delete
    2. Percaya plak ko ckp orang umno(tun m) tu..

      Delete
  5. Golongan akan turun merusuh
    Aku ramai kah golongan tujuk juburi itu
    Aku yakin ramai golongan LGBT macam pondon,gay dan lesbian akan turun.
    golangan fanatik anwar akan turun.
    kaki rasuah akan turun.
    Golongan murtad akan turun
    Golangan senang kena tipu akan turun
    geng lilin akan turun


    Golangan tak akan turun =
    Penyokong kahlid tak akan turun.
    Penyokong bn tak akan turun.
    orang tahu anwar kaki liwat tak akan turun.
    Orang matang berpolitik tak akan turun.
    penyokong azmin ada nak turun dan ada yg tak nak kecuai azmin sedia duit
    penyokong pkr.
    Penyokong pkr tak akan turun jika tak disedia bas tau tak mahu bayar duit bas dan elaun.

    akan berlaku pada anwar itu rakyat sudah menbenci anwar itu rakyat sudah bosan dengan rusuhan demi rusuhan yg anwar lakukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. takyah cakap banyak la weiiii... buang masa ajerr.... nak tau turun ke tak turun ramai ke tak ramai tu , cuba polis beri permit kalau nak tau... dan jangan dok pi ganggu... ada berani ke hah.....

      Delete
  6. Nuar bersungguh-sungguh nak jatuhkan Khalid sbg MB. Khalid ni lurus. Dio kedekut duit rkyt Selangor tapi amat pemurah dgn duit sendiri. Bas jelajah yg nuar naik tu dtg drpd duit poket Khalid sendiri. HQ PKR yg berbulan-bulan tertunggak sewanya, Khalid yg bayar. Anak nuar kawin pun Khalid yg kluar belanjo. Nak tunjuk Khalid ni sahabat baik nuar. Nuar gunokan Rafizi utk serang Khalid pakai isu hutang Khalid dgn Bank Islam. Betul-betul pukimak punyo member. Nuar sendiri tahu bhw Bank Islam langgar terms perjanjian itu sobab Khalid menyatakan sokongan terbuko terhadapnya. Khalid siap melawat nuar di Penjara Sungai Buloh. Bilo langgar perjanjian, Khalid yg sue Bank islam. Tapi Rafizi punyo spin tunjukkan bhw seolah-olah Bank Islam yg sue Khalid. Ingat geng, Rafizi & the gang cumo menjalankan tugas yg diarahkan oleh nuar. Rafizi & the gang adolah barua nuar.

    Musim krisis MB Selangor juga adolah musim menceritakan perihal keburukkan peribadi Khalid Ibrahim. Story Khalid bukan kaki solat pun keluar. Sdgkan ado bukti mato yg nampak Khalid berjemaah solat subuh dokek masjid. Sangat kontradik. Kalau seorg muslim tu dah mampu berjemaah solat subuh kt masjid, agak mustahil muslim tadi itu mahu meninggalkan solat-solat fardhu yg lain. Ironinya, setiap serangan (samo ado peribadi atau tidak) terhadap Khalid, Khalid balas dgn senyuman. Khalid juga menyediokan pasukan peguamnya yg sedio menyaman setiap fitnah yg dilontarkan terhadapnya.

    Setiap kali demo korang jerit, Reformasi! Reformasi! Reformasi! Khalid Ibrahim tak ponah jerit pun perkataan Reformasi di jalanan. Tapi reformasi berjayo dilaksanokan di bawah pentadbiran Khalid kt Selangor. Ramai ahli PKR merungut tak dapek projek kek Selangor. Kalau Khalid bagi jugak projek kpd mrk dgn menolak faktor merit, mako apo bezo pentadbiran kjaan di bawah PKR dgn kjaan di bawah Umno? Takdo bezo, samo shj. Jadi takdo pointlah korang terjerit melaungkan perkataan Reformasi di jalanan. Itulah Khalid, org yg berjayo mengimplimentasikan jeritan reformasi di jalanan ke dlm bentuk perlaksanaan. Bukan mudah bai. Hati kono kering. Muko kono tobal. Kono tahan maki. Bilo ramai tak dapek projek atas tiket parti, fitnah yg dilemparkan kpd Khalid berlambak-lambak. Tapi Khalid steady dan terus buek kojo utk rkyt Selangor.

    Tapi nuar tak hargai kesemuo jaso-jaso Khalid itu. Malah sanggup tikam belakang Khalid semato-mato nak jadikan Wan Azizah sbg MB. Walhal nuar dgn Khalid adolah sahabat yg baik dan akrab. Bagi sesetongah org, tikam member sendiri drpd belakang adolah doso bosa. Fitnah member sendiri. Tikam belakang. Mengutuk member sendiri dopan org ramai. Tikam belakang. Mengeksploitasikan member sendiri utk kepentingan diri sendiri. Juga tikam belakang. Rakyat Msia nampak nuar sanggup dan sampai hati tikam belakang sahabat akrabnya sendiri. Kalau dosa ini kau dah sanggup buek, doso-doso lain apo tah laie. Lolap mato yolah kau buek. Ini persepsi umum bai. Kau jgn memain. Bilo persepsi umum ini tertanam dlm minda para pengundi (rakyat Msia), adokah nuar masih layak menjadi PM Msia untuk tanahair ini? Kalau dah member sendiri kau sanggup tikam belakang, org lain yg bukan member apo tah laie bai. Lobih parah drpd tikam belakang la jwb ey. Kau sanggup menanggung risiko memilih pemimpin (jadi PM) yg sedemikian rupo?

    Akhirnya Khalid mengundur diri dan Azmin berjayo jadi MB Selangor. Tapi reputasi PKR tercalar & terjejas teruk. Tidak mungkin pulih dlm maso yg singkat. Hadi dah semakin jauh hati dgn nuar. Bukan setakat jauh hati, malah bermusuh. Bermusuh la bilo tahu Pasma tercipto atas arahan nuar. Khalid sungguhpun gagap dan tak pandai berpidato, juga mempunyai ramai penyokong. Bilo Khalid dibuang 'kerakyatan' sbg ahli PKR, ramai penyokong Khalid pun ikut samo. Cumo tak isytihar je. PKR berpocah lagi. Tetapi kali ini amat teruk. Yg bagi pocah bukan BN tapi nuar sendiri. Betul ado faktor-faktor lain yg bikin lesu demo PKR pd arini tapi cukup dgn faktor nuar, abis gone trus demo yg mcm dulu. Yang tinggal berdemo utk PKR arini cumo mrk-mrk yg taksub kpd batang tubuh nuar shj.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana menganiaya TSKI, Che Gu Bard, arwah TGNA Dan TGHA., career Abang Non sudah masuk longkang.

      Izzah d Janda, tolong update Bapak kamu okey

      Delete
    2. Bapanya lagi power sekarang...dah di dalam tapi macai2 di luar masih dalam ketakutan.

      Delete
  7. Salam Omakkau, saya ingin bertanya mengenai aktiviti copy and paste yang trending sangat sekarang ni. Adakah Omakkau setuju dengan aktiviti ini? Sekadar bertanya, dan maaf jika tersinggung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham kisah Benar INI. Ketahuilah yg merosakkan PR dan PKR adalah Anuar Sendiri. Gampang politik paling suweyyy di nusantara.

      Cuma orang2 bodoh macam Addin. Greenboc, mso, PASMAcha, gang lilin dan Mamat gemok Malaysiawaves saja yg kena torak dgn jebon Anuar ni

      Mari kita bersama2 dgn TGHA untuk membawa obor obor reformasi

      Yg Benerrrrrr
      Jeff Ulu Bernam
      (Dulu Ulu Yam)
      Reformist yg Originel

      Delete
  8. wakil rakyat PR datang ke tak datang itu tak penting...yang penting OMAK KAU mesti datang sebab saya akan tunggu kamu dalam suasana tegang......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datang. . .datang. . .lepas tangkap gambar baru kami balek. Kalau korang kena tangkap bagi tau. Talipon saya sentiasa on.

      Delete
  9. Tunggu punya tunggu...kempunan jugak akhirnya anwar nak jadi pee em...tak dapat jadi pm yg dapat jadi banduan...
    Mati semut kerana gula...mati anwar kerana gila...
    Lubang yg keruh jangan sangka tiada buaya..bila dah kena ngap baru padan muka...
    Gendang gendut tali kecapi...yg gendut ialah rafizi ramli...
    Tiap tahun baru cina maka banyaklah limau..tokong guan eng rasuah limau...
    Mat Sabu bau hamis....mat sabu bodek cina mengaku dia pejuang komunis...
    Malam jumaat bulan mengambang...rambut rosmah kembang mengerbang... oppss...

    ReplyDelete
  10. MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888





    MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...