Saturday 27 June 2015

DAKWAAN HUBUNGAN PKR DAN PAS MASIH KABUR ... NAIB PRESIDEN PKR BIDAS LUMAT LUNYAI TIMBALAN KETUA MENTERI II PULAU PINANG.



Dakwaan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof Dr P. Ramasamy bahawa hubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS masih kabur serta tiada kata putus, adalah tidak wajar.

Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar semalam menjelaskan, wakil rakyat DAP itu tidak sepatutnya mencampuradukkan `dendam peribadi’ ke dalam perjuangan politik.

“Walaupun PAS dan DAP mempunyai perbezaan masing-masing, namun ini bukan masanya untuk pembangkang terus suram.

“Bagaimana dia boleh mempersoalkan kedudukan PKR dengan PAS dan DAP di Selangor memberi manfaat kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, apatah lagi Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS?” soal beliau.

Dengan mempersoalkan pentadbiran Selangor dan menggambarkan kedudukan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali sebagai `rapuh’, Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Andalas itu memberi amaran kepada Ramasamy bahawa sebarang krisis yang timbul daripada kenyataan itu boleh kembali menghambat Pulau Pinang dan Kelantan.

“Dalam aspek itu, Mohamed Azmin jelas telah mendapat persetujuan DAP dan PAS secara lisan dalam gabungan longgar itu untuk manfaat rakyat dan pembangkang. Mengapa cuba merosakkannya?”

“Ia memberi kesan kepada semua orang dalam pembangkang. Adakah kita mahu melihat keyakinan rakyat kepada pakatan terhakis dengan ketidaktentuan, berikutan pertelingkahan yang tidak sepatutnya?” katanya.

Xavier berkata, pada masa ini, pemimpin pakatan itu, terutamanya daripada DAP dan PAS perlu bertenang, berikutan kegawatan yang berlaku antara kedua-dua pihak.

“Masa dan persefahaman diperlukan. Bukan hanya DAP, tetapi di kalangan profesional PAS, berikutan kekalahan mereka dalam pemilihan parti itu.

“Mereka perlu berfikir dan merenung apa yang perlu dilakukan seterusnya dan terbaik untuk pakatan pembangkang.

“Sama ada Pakatan 2.0 atau gabungan baru ditubuhkan, ia bergantung kepada mereka. Jadi, berhentilah  membuat spekulasi lagi,” katanya.

Itu reaksi Xavier susulan sebuah portal bebas melaporkan Ramasamy yang mempersoalkan sama ada PKR  dan PR masih wujud, selain jika usahasama boleh wujud di Selangor, tanpa kerjasama antara DAP dan PAS.

Tambahnya, Mohamed Azmi yang juga Timbalan Presiden PKR kini menghadapi cabaran paling sukar, untuk cuba mengelakkan konfrontasi terbuka antara PAS dan DAP.

3 comments:

  1. Ramasamy Dan palanival kan satu jenis. Satu bingai, satu lagi tak da parti

    ReplyDelete
  2. Xavier Dan hanipa pun sama jenis. Agama saja lain

    ReplyDelete
  3. PAS dasarnya = Islam: DAP dasarnya Malaysian Malaysia: UMNO dasarnya Melayu: PKR dasarnya ??:: dan Parti baru G18 apa dasarnya pula???

    Parti2 yg tubuh tepi jln ni kerapkali merapu. Waktu nak tubuh ni semua semangat akn dpt sokongan...last2 berkecai....masing2 ikut jln masing2....sbb semua nak jadi ketua....masing2 pun ada idea sendiri.....sbb masing2 org bijak2 belaka...mana boleh dengar pendpt org lain....last2 tutup kedai.......Semua ni kerana ANWAR NAK JADI MB SELANGOR......DAP ada Pinang: PAS ada Kelantan: PKR kelam kabit di Selangor.....semua sbb LANGKAH KAJANG......Ai mana Rafizi???...suara pun dah hilang....dulu hebat sangat ....kerana nak buang TSKI sanggup Selangor jatuh kpd BN..... kalau kalah pun puashati.....skg sudah puashati nampatnya.....Selangor dlm huru hara. TAHNIAH RAFIZI....Anda telah nerjaya.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...