Wednesday 24 June 2015

INI APA KES!!!! ... KATA G18 TIDAK PELAHAP JAWATAN TAPI BELUM APA-APA DAH NAK REMBAT URUSAN PASMA TUBUH PARTI BARU.


Cakap punyalah lunak dan merdu sekali ... tidak berhajat nak rebut jawatan ... belum apa-apa dah nak rampas dari pengasas dan presiden PasMa penubuhan parti baru yang mesra ketat intim rapat dengan DAP ... sampai sanggup memburukkan Presiden PasMa lagi tuuuu ... apa punya sikap pemimpin begini.

Pemimpin progresif PAS yang disingkirkan merancang untuk menubuhkan parti baru jika kepimpinan parti yang baru bersikap lebih pendiam dan tertutup dan mereka mahu NGO PasMa menyerahkan urusan penubuhan parti itu kepada kumpulan profesional.

Kumpulan progresif yang dinamakan sebagai G18 mendakwa bahawa PasMa tidak mempunyai daya tarikan yang cukup dengan akar umbi untuk memimpin sebuah parti baru.

"Saya tidak kata (PasMa) tidak baik... tetapi secara realistiknya sejumlah ahli PAS masih sangsi mengenai PasMa.

"(Presiden PasMa) Phahrolrazi Mohd Zawawi adalah seorang lelaki yang baik tetapi bagi mereka (akar umbi) dia seorang pengacau dalam kemelut Kedah itu," kata bekas ahli jawatankuasa pusat Hanipa Maidin kepada Malaysiakini.

Beliau merujuk kepada peranan Phahrolrazi di Kedah dalam krisis menteri besar yang bermula pada 2011 apabila bekas timbalan pesuruhjaya PAS Kedah itu didakwa cuba menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Hanipa juga berkata sikap tidak percaya anggota PAS terhadap PasMa mungkin disebabkan ahli tidak memahami matlamat asal NGO itu yang menurutnya untuk mengisi kekosongan sama ada PAS perlu ditendang keluar atau jika ia memutuskan untuk keluar Pakatan Rakyat.

Tetapi adakah puak progresif mempunyai daya tarikan yang lebih daripada PasMa? MP Shah Alam Khalid Samad memikirkan demikian.

"Dari sudut reputasi dan trek rekod dalam lapangan politik, saya percaya kami ada lebih (tarikan) daripada apa yang ditawarkan PasMa," katanya kepada Malaysiakini.

"Setakat yang saya faham, PasMa mahu kekal sebagai NGO, maka mereka perlu berbuat demikian dan jangan terlibat menubuhkan parti politik. Jika ada usaha buat parti baru, bilahlah kami yang buat.

"Saya rasa apa yang mereka sedang lakukan ialah cuba meningkatkan kesedaran mengenai parti baru, mereka akan menyokong penubuhan parti baru tetapi mereka tidak akan melakukannya sendiri," katanya.

PasMa bincang G18

Hanipa dan Khalid merasakan adalah lebih baik bagi PasMa untuk menyertai parti baru.

Pasma ditubuhkan pada Ogos tahun lalu ekoran keretakan mula berlaku dalam Pakatan ekoran krisis menteri besar Selangor.

Selepas DAP mengisytiharkan Pakatan telah 'berkubur' minggu lepas, NGO itu mendedahkan bahawa ia akan menubuhkan sebuah parti baru yang akan menjadi sebahagian daripada pakatan baru dengan DAP.

PasMa berkata ia sudah membincangkan perkara itu dengan G18, tetapi Khalid memberitahu Malaysiakini bahawa kumpulan progresif telah menyatakan dengan cukup jelas pendirian mereka.

Bagi Phahrolrazi, PasMa akan terlibat dalam menubuhkan parti baru bersama dengan G18.

"Pihak-pihak yang akan tubuh parti baru itu sebenarnya lebih kepada kumpulan yang kita buat sekarang.

"PasMa terlibat, bekas pemimpin progresif terlibat, dan beberapa NGO. Ia adalah satu usaha sama," katanya kepada Malaysiakini.

Phahrolrazi merancang untuk membuat pengumuman mengenai penubuhan parti baru itu selepas Hari Raya Aidilfitri.

Manakala G18 telah memberikan tempoh 100 kepada kepimpinan baru PAS dari tarikh muktamar, untuk 'berubah' atau berdepan dengan kuasa baru.

13 comments:

  1. apa masalah engkau sebenarnya OMAK KAU ?
    rasanya pengadu domba paling dajal dlm malaysia adalah OMAK KAU...
    apakah anda dibayar sebagai agen yahudi sebagai batu api?
    jangan nanti pembaca akan panggil puki omak kau...

    ReplyDelete
  2. Pas tak goyang la...
    ini pasma..g18..ni ape la sgt..macam kucing kurap je..buang masa hadi je layan dorang

    ReplyDelete
  3. Khalid berahim upah omak buat kecoh. Hadi bawang upah khalid. Sama sama cari makan.

    ReplyDelete
  4. Walau apa pun parti yang munculnya dari Pasma atau G18 ini...walau apa pun wadahnya...kalau mesra DAP...orang akan cap dan tetap ingat...ini hanyalah sayap Melayu parti DAP....

    ReplyDelete
  5. PASMA masih dikekalkan sebagai NGO bukan parti la bodoh. PASMA akan menubuhkan parti baru ganti PAS dalam PR, namun begitu jika ada pihak yg ingin menubuhkan parti baru, PASMA akan bekerjasama. Tujuan PASMA ialah mengukuhkan PR, BLOGGER OMAKKAU jangan ramal lebih-lebih sampai nak tahu seluar dalam Pahrolrazi buat apa, jangan MENYIBUK tak tentu pasal...BIAQ RAKYAT YG TENTUKAN.

    ReplyDelete
  6. Si delima merah darah haid yg meroyan.. bodoh punya org.. yg kau tu menyemak kt sini buat apa.. tp x pe la .. at least kau pn salah sorang bongok yg menaikkan rating blog omak kau ni.... hahaha..

    ReplyDelete
  7. OMAK KAU!!! orang PKR geng TSKI, yg melalut tak tentu arah, suka mengadu domba,tak kira siapa.Di PKR ramai orng tak suka mulut hamlauuuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  8. Omakkau i lebiu..moga sukses selalu.. Pedulikan macai cicak mengkarung. Spesis ini datang dan pergi.. Kipidap

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari csra kau maki itu... tu memng budaya puak pkr n dap macai la katakan

      Delete
  9. Kah kah kah

    Macai2 dap gila meroyan bila geng18 nak pancung pasma cai dap...

    Teruskan gila meroyan macai2 dap semua...gumbiranya ati ku ini...kah kah kah

    ReplyDelete
  10. Ramainya macai umngok kat sini..

    ReplyDelete
  11. Kah kah kah mmg puak2 macai ni kebulur jawatan dan tak sabar2 nak jadi ketua hamla ........ lepas depa jolok kepimpinan Pas , depa pi jolok sesama depa pulak ....... tak pa jolok piilah mmg aura jolok menjolok dah terpalit kat depa ! Ini semua hak asasi bagi depa sama mcm lgbt !

    ReplyDelete
  12. Dah lah beribu ahli pas buat pembersihan..main nak ugut2 pulak,macam gila kuasa je..macam mekanik malu je..ada pas hairan..kita tu baru 299 penyokong..hahaha perasan lebih..betul tu omak kau

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...