Thursday 25 June 2015

PARTI ISLAM BARU IMPIAN G18 TIDAK LEBIH DARI PARTI SYOK SENDIRI??????



Kisahnya, 70 peratus ahli, pendokong dan penyokong PAS akan bersama kumpulan profesional lagi progresif yang ingin menubuhkan parti Islam baru yang dihebohkan lepas Aidil Fitri ini.

Kisahnya lagi, jika parti Islam baru ini mau bertanding tiga penjuru dengan PAS dan UMNO, maka parti baru ini boleh menang bergaya.

Alasan diguna pakai, katanya ketika dan saat ini, UMNO berada dalam keadaan yang sangat lemah. Sokongan rakyat kian merudum disebakan terlalu banyak isu menyelimuti tubuh UMNO/BN kini.

Seandainya jika pilihan raya umum (PRU) diadakan sekarang, dengan pelbagai isu seperti GST, MARA, Tabung Haji, kenaikan harga barang dan minyak dan  1MDB, UMNO paling banyak hanya menang tidak lebih dari 50 kerusi parlimen. Begitu sekali dahsyat ramalan dan jangkaan diberikan.

Beginilah antara  sebab musabab mengapa betapa perlunya sebuah parti baru berkulitkan Islam mesti diwujudkan .. masa yang sesuai garis dengan alasan yang kukuh kononnya.

Punyalah bersungguh-sungguh mau parti baru ini diwujudkan kelihatan lebih ghairah dan meriah dijayakan berbanding kempen memastikan pemimpin profesional dan progresif menang dalam pemilihan di Muktamar PAS ke-61 awal bulan ini.

Pemimpin-pemimpin ini yang kelihatan tidak bersatu sebelumnya, yang tidak menduga perancangan rapi dan serangan hendap aliran pro-Ulama, tiba-tiba menyedari dan terkejut betapa mereka masih popular dan masih mendapat dokongan dan sokongan yang cukup kuat lagi padu dari ahli diperingkat akar umbi dan para perwakilan.

Namun, ada beberapa masalah konteks dan latar peristiwa yang mengaburi projek parti baru Islam terbuka kepada semua anutan agama dan bangsa tersebut.

Pertama, ia akan dianggap lubuk kepada pemimpin- pemimpin yang tewas, kecewa dan takut tidak dapat bertanding lagi dalam pilihan raya umum nanti atas tiket PAS jika masih menjadi ahli PAS.

Ini bermakna mereka ini tergolong dalam golongan barisan pemimpin pentingkan diri sendiri yang terpinggir dan kecewa tetapi tidak cerdik dalam sepak terajang ilmu politik sehingga tidak menduga diserang hendap sebegitu rupa oleh kumpulan ahli ugama anak-anak muda atau geng ustaz muda.

Keduanya, parti baru ini muncul dalam laungan DAP ingin menubuhkan suatu gagasan baru  pembangkang tanpa PAS sebagai salah satu rakan komponen.

Ketiga, parti baru Islam ini kemungkinan besar tidak meletakkan agenda hudud, syariah dan Negara Islam seperti mana sikap DAP yang menolak agenda yang sudah menjadi darah daging PAS.

Sekali lagi, parti baru ini akan dianggap tunduk dan melutut pada nafsu serakah DAP.  Sudah pasti tanggapan seumpama ini merosakkan imej parti baru sebelum ia ditubuhkan.

Keempat adalah justifikasi asas kewujudan parti baru ini berbanding PAS. Apakah keistimewaannya dan di mana silapnya PAS sehingga harus ada satu lagi parti Islam.

Jika tidak kemas, rasional tapak kewujudannya akan dipertikaikan banyak pihak, khususnya kenapa perlu parti lain sewaktu PAS dirasakan langgar perjuangan dan masih pegang kuat tujuan asal PAS ditubuhkan.

Rakyat berfikiran waras sudah pasti melihat PAS tidak buat salah apa-apa kecuali hanya  bersungguh-sungguh tekad kuat mahukan hudud dan menyebabkan golongan profesional dan progresif  ini tewas. Maka, apa justifikasi sebuah parti baru Islam ditubuhkan????

Maka sudah pasti kisah pergeseran PAS/DAP dan kaitan DAP dengan pemimpin aliran profesional dan progresif  menjelang muktamar lalu pasti akan diungkit-ungkit untuk melemahkan asas kewujudannya.

Kelima, dan yang paling penting dan utama, apa nilai tambah yang parti baru ini boleh sumbangkan kepada Pakatan Rakyat?

Atau, ia hanya memecahkan lagi kesatuan dan kesepakatan pembangkang selepas PAS dan DAP mencetuskan karenah politik yang merobohkan Pakatan Rakyat

Untuk itu maka elok imbau kembali sambil meneliti  apa bezanya parti-parti Tengku Razaleigh Hamzah Semangat 46 tahun 1990  dan Anwar Ibrahim PKR yang sebelumnya PKN tahun 1999  berbanding parti baru "Islam".

Tengku Razaleigh dan Anwar mampu merobohkan kekuatan dan kesatuan UMNO. Mereka menggugat dan menyerang UMNO dari dalam dan merobek-robek keutuhan parti itu, tiang seri pemerintahan BN.

Oleh itu, Ku Li dan Anwar memberikan suatu nilai tambah bernilai cukup tinggi kepada barisan pembangkang.

Nilai tambah ini menjadikan Ku Li dan Anwar "gadis manis" yang mahu cepat-cepat dipinang oleh parti-parti tradisi, PAS dan DAP. Seperti "nilai tambah" PBS kepada pembangkang menjelang pilihan raya umum 1990.

Tetapi kewujudan parti baru Islam ini dilihat hanya perebutan pengkalan sedia ada pengikut pembangkang, termasuk PKR dan PAS.

Jadi, persaingan PAS/DAP yang membawa kelahiran parti baru Islam tidak ubah seperti permainan bongkah-bongkah Lego.

Jumlah bongkahnya kekal sama malah mungkin berkurangan akibat penyokong yang kecewa, hanya rekaan Lego sahaja diubah-ubah.

Apa lagi daya tarik yang ada pada parti baru ini untuk meluaskan pengkalan penyokong pembangkang? Badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan bukan Islam? Dari mana datangnya mereka?

Beberapa hari lalu, Anwar mengeluarkan kenyataan: "Saya percaya bahawa pembangkang, setelah disusun semula dengan kekuatan baharu termasuk NGO-NGO, akan muncul bersatu dan lebih kuat selepas ini."

Tetapi sedarkah beliau bahawa mana lagi NGO yang beliau boleh harapkan? Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) atau Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)?

Semua NGO itu, termasuk bukan Melayu, pernah menyokong beliau dan pembangkang sejak 1998 lagi.

Jadi, di mana "nilai tambah" parti baru? Daripada PERKASA, ISMA atau Pekida? Daripada Belia 4B, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) atau NGO-NGO yang wujud sekadar tukang repot di balai-balai polis?????

"Nilai tambah" yang di maksudkan itu seumpama dampak dan krisis yang dicetuskan oleh rempuhan tsunami atau gelombang kuat lagi kencang seperti Ku Li dan Anwar, khususnya di awal-awal krisis menjelang pilihan raya 1990 dan 1999.

Dua tokoh nasional itu, yang berpengalaman luas dalam kerajaan dan berkedudukan kanan dalam parti pemerintah utama, menubuhkan parti baru selepas disingkirkan.

Tetapi siapa tokoh-tokoh parti Islam baru ini yang boleh mencipta gelombang nilai tambah pada pembangkang?

Parti baru ini (termasuk G18 atau PasMa) tidak mencipta nilai tambah. Semua kumpulan ini hanya berebut-rebut penyokong, pendokong dan ahli pembangkang sedia ada dimana ianya sudah pun  boleh disalurkan oleh PKR dan DAP.

Malah, parti baru ini bukan sahaja meretakkan lagi hubungannya dengan PAS, dan berpotensi menimbulkan konflik dengan PKR tidak boleh diketepikan.

Sebabnya sasaran kerusi dan pangkalan sokongan parti baru itu, khususnya di pantai barat Semenanjung, hampir-hampir sama dengan PKR.

Tetapi sebenarnya nilai tambah ini lebih kritikal saat ini berbanding zaman Ku Li dan zaman Anwar  untuk menampung kekurangan undi dan sokongan  akibat perpecahan dengan PAS.

Jika nilai tambah ini tidak wujud atau wujud dalam skala begitu kecil sahaja, dengan tidak mencipta suatu tsunami maka tidak syak  parti baru Islam ini hanya ingin melakukan suatu uji kaji berskala besar sahaja.

Eksperimen yang boleh menggugat Kelantan, Selangor dan gagal menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen – yakni "penanda aras" pencapaian terbaik pembangkang.

Risiko ini sangat besar kepada pembangkang.

Risiko ini, jika gagal, akan dimaki hamun habis-habisan oleh penyokong Pakatan Rakyat, khususnya generasi yang terpesona dengan laungan IniKalilah tahun 2013 lalu, yang kini makin keliru dan kecewa dengan permainan politik berlebihan pembangkang.

Parti baru Islam itu didirikan atas kemarahan mereka kepada PAS tetapi eksperimen mereka itu boleh menyebabkan hilangnya Selangor atau BN mendapat semula dua pertiga kerusi parlimen.

Apakah wajar risiko sebesar itu diambil demi menyelamatkan beberapa tokoh pemimpin PAS yang tewas baru-baru ini?????

Apakah wajar risiko sebesar itu didakap hanya semata-mata mau melayan sikap DAP yang angkuh berkepala besar menolak PAS?????

Bagaimanapun, wujud atau tidak wujud parti baru, ada satu lagi dilema yang semua pembangkang harus bertanya secara jujur dan strategik. Mampukah kewujudan parti Islam Baru ini  sebagai mengambil lompang yang ditinggalkan PAS memberikan kesan dan impak serta merampas kembali kesemua kerusi yang diperuntukkan kepada PAS semasa PRU ke-13 lalu????

Untuk PAS pula .... apakah PAS mampu mempertahankan kerusi-kerusinya, khususnya di pantai barat Semenanjung????

Konklusinya ... jika Parti Islam baru ini mau ditubuhkan pastikan ada suatu gelombang kuat lagi hebat diwujudkan bukannya sekadar gelombang sembang kencang cakap kuat yang dibuat-buat.

Jika tidak bolehlah diumpamakan suatu impian tinggi yang berakhir dengan syok sendiri.



54 comments:

  1. Jangan risau...lepas daftar sebagai parti baru, parti itu dah ada beberapa mp dan adun.

    Kemudian Pakatan didaftar sebagai satu parti. Pru 14 ada 3 parti bertanding iaitu bn, pakatan baru dan pas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan risau tapi memang tak jadi. Memang anon ni asshole tahap gaban

      Delete
    2. Knp tak masuk dap je wahai g18 yg konon terel gila nih...aparaaa...omakkau..you are the best..

      Delete
    3. Bn, pakatan barua dap dan pas...

      Delete
  2. Teruskan serangan anda OK.

    Lupakan dengan rasuah yang sedang mengila sekarang.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana rasuah yg menggila tu tunjuk sikit . .

      Delete
    2. Pegi tanya sprm lah 1744.

      Delete
    3. anon 17.47 duk dlm gua ke, sgt2 kesian.
      atau awk org ulu ke.
      klu nk list kes rasuah tk cukup ruang kt sini.
      yg terbaru kes MARA.

      Delete
    4. mana la sprm tu mcm mana boley kena tangkap? bukan ke sprm tu barua umno? pelik umno tangkap umno ke?

      Delete
    5. Berpegang teguhkah dgn tali sifu besar tuan guru nujum uturn insan suci lks...krn beliaulah oenyelamat kita semua...beliaulah nnt ug akan berhujah dpn tuhan allah bahwa kita umat islam habya wajib pose dgn berbuka kutma pemberian tuan guru sifu besar...solat tp jgn luatkan speaker...haji...zakat duit utk semua agama...dan mengucap jela...tapi kepentingan dap lbh utama....percayalah rakan2 seselamku...siapa lagi yg dpt jd pembantu pemberi syafaat kita klu bukan sifu besar kita...3hari je di timur tgh...senang2 dpt ilmu yg dicemburui ulamak2 islam dari zaman nabi smpi skrg....marilah bersama2 membangun bersama islam olahan dap

      Delete
  3. Satu pandangan bernas dari omakkau..keep it up

    ReplyDelete
  4. tuan tanah baru dapat payment. sebelum ni sibuk hentam azmin.kalini g18. tski da bg payment?

    ReplyDelete
  5. hahaha..Itu pandangan OMAK kau!! dIA SUNGGUH TERKILAN DGN TSKI MB yg digugurkan. Saya percaya PARTI BARU ini akan melangkah lebih jauh, memanglah di peringkat permulaan mesti ada perbalahan dan perbezaan pendapat,kali ini sokongan majority rakyat hebat,orang2 melayu bukan macam dulu, racist tak bertempat, orng melayu sekarang dah maju, mereka adalah akan belajar dari rakan cin/india yg berjaya, bukan cara kita dengkikan mereka.Kita jadi melayu yg Gentlement dan mempunyai jayajati yg kuat untuk berdikari, bukan melayu yg bertongkat....bila tak dapat sesuatu..........habis satu dunia orng dipersalahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua bangsa berjaya kerana ditongkat dan didukung..cuma melayu je bengong nak buang tongkat. Mcmlah hebat sangat. Chaitttt

      Delete
    2. kecian kat kamu pandangan kamu atas dasar kebencian semata mata . . dimana agama kamu untuk diperjuangkan? yg kamu perjuangkan hapuskan gst. . . kamu rasa pakatan rakyat kalu memerintah boley hapus ke gst? last sekali ko memuji tindakan dap . .

      Delete
    3. Terimala wahyu ug diterima ileh tuan guru sifu besar sewaktu berada 3hari di timur tgh...percayalah cko2 beliau...terimalah dgn hati terbuka...jgn ragu2...hanya tuan guru penyelamat kita dipdg mashyat nnt...siapa sangguo bersoaljwb dgnntuhan allah? Wahyu dah ada...

      Delete
  6. Itu pandangan / idea Fathi Aris Omar...... nak harap gol. NGO islam yg sokong tak der kot tak taula kalau sokongan dari Sister in Islam pasal Teresa Kok suruh orang awam contohi Marina mahathir bekaitan isu Hudud....Takkan GAMIS,ABIM,IKRAM nak sokong tolak Hudud kot??? kalau NGO bukan islam tuh ya ler .......Kalau berani cuba ler PR buat himpunan ramai2 Himpunan "No to Hudud" kalau set2 PASMA G-18 ada tulur sila ler....UMNO lak kalau brani buat kempen "Yes to Hudud"....ke dua2 x der tulur????

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul pandagan kamu . .xde satu parti politik pun selain pas yg menegakkan hukum islam . . melainkan anwar brhim yg terdesak nak guna sebb xde jalan lain . pelik kan bila hukum islam itu digunakn untuk selamtkan diri

      Delete
    2. Kahkahkah.ko ni bodo tahap maslan.kahkhkah

      Delete
    3. itu jeke hujah anon 21:32 ?? yela bijaklah sangat,,bijak dari IQ KEMAS......

      Delete
  7. apasal blogger skarang byk copy paste?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tulis sendiri tak ada idea. kira otak kosong gitu. kalau tulih lak merepet2 merban mcm org tua. jadi guna lah tektik copy org punya. biar nampak panjang. pastu tambah sebaris dua. pastu ngaku tu penulisannya. mcm blogger omak kau ni la. bloger syok sendiri gitu. jadi kita layan je la minah ni. bagi syok gitu..

      Delete
  8. selagi ada pakatan yang melibatkan china komunis lks kencing di tiang, selagi tulah mental orang sekelilingnya boleh dikatakan tak sihat. komunis ni nak kapir pegang persekutuan tanah melayu + sabah sarawak, itu aje. sekarang tengah viralkan isu skirt pendek, nak membuatkan orang melayu-islam kononnya kena berlembut. undang2 dah ada ikutlah! kira macam babi haram dimakan, jangan makan!

    nak hasut sabah sarawak keluar konon, yang tinggal nanti persekutuan TANAH MELAYU, lagi meroyan perkakas china komunis ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Undang2 yang ada mana cukup, buat lagi undang2...tapi kenapa hudud gagal bentang? Mano pi ayoh ping ?

      Delete
  9. Hidup omakkau....hidup TSKI.....sudah2 la belum apa2 omakkau dh buat komen merapu jgn nanti jilat lak parti baru sbb lg bagus dr Pas.....hahaha....biarkan2 sicibai terjun gan labunya....

    ReplyDelete
  10. oamak kau ni dah kena pil kuda atau dah kena rogol sebab cara dia menulis macamn khayal je.kau fikir semua peminpin yang disingkir pas tu takada otak ke macam kau,ptuiii perempuan apa kau ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janganlah marah omak kau...manalah tau dia mimpi jumpa nabi kot.Lagipon tindakan pulis aussie tu sedang tangkap menangkap sesuka hati @ syok sendiri.

      Delete
  11. Parti baru berperanan mcm pas. .biar keluarkan pas..byk kutuk n tak mau bekerjasama dlm isu besar..

    ReplyDelete
  12. Cepatlah parti Baharu tajaan dap dan Anwar ditubuhkan. Nak tengok 70 peratus momok ahli pas akan ikut. Buat dulu tengok berapa yang ikut, hilang mp hilang dun pas dah alamai hidup lagi.
    Mana ex adun pas ex mp pas yang jadi katak, apo nasib mereka. Tak yah pi jauh tengok saifudin nasetion udah laaaaaa. Dalam pkr pun dah disisishkan ketum apa cer.
    Depa ingat lawan ulamak pakai serban tapi depa lupo yang menghina ulamak Allah S.W.T perangi direct, hebat mana dap dan Anwar manusia mati binasa naming Allah S.W.T kekal Abadi abadan.
    Hancurkan musuh Islam

    ReplyDelete
  13. Anwar kata ulamak tidak boleh dipercayai, LGE kata ulamak pembohong LKS kata ulamak lapuk kau orang Sokong sanjung.
    Aku Sokong ulamak yang Anwar Benci, LGE hina dan LKS tempelak biar aku sorang sekali pun tidak akan aku jual syurga dengan neraka.
    Gila aku nak join LGE LKS dalam neraka jadi rakan subahat mereka. Sapo nak silalah join ucapan saya selamat sengsara selamanya di dalam neraka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Confirm ke ko masuk syurga!! ulamak ko tu selalu ponteng makan gaji buta!!ulamak ko tu selalu buat fitnah ok ka!!ulamak ko tu 1981 kata lain 2015 buat lain!!oka ka!! ulamak yg baik dia ikut cara nabi!!!dia tak ikut cara dia sendiri!!Kenapa ko racist sangat !!ko lahir islam terpijak,sejak dari kecil dah dapat islam!! ko ingat senang ka!!nak masyuk syurga!!cuba tenguk ayat 142 ali imran/Hidayat islam kuasa mutlak allah, hari ini kita kata orng kafir tu kafir,adakah kita tahu esok lusa!!sedangkang orng yg bunuh 99 orng pun boleh masuk syurga,iblis dulu pada kita duduk syurga, tapi sombong sebab itu di humban kenaraka, siapa kita yg nak judge orng tu masuk syurga ka tak!!!

      Delete
    2. Hanya tuan guru sifu besar dpt jamin kita olang islam masuk syuluga...mali2...islam halus ploglesip...hudud kuno...murtad normal...speaker masjid kasi ganggu tidur nenyak insan2 suci...pesta beer hanya utk olang2 kapir mau mabuk...olang islam boleh jemput hadir...elaun besaq2...apa takut dunia kita xkan miskin...marilah bersatu bersama sifu besar....

      Delete
    3. masuk syurga itu hak Allah tapi kalau kita berdamping dgn orang yg benar2 anti islam itu masyuk Dunia ... kalau kita mengiyakan pemimpin yg zalim dan jauh dari islam itu lagi merbahaya...ulamak yg buat fitnah biasanya kat dunia lagi kena balasanya tapi itu rahsia Allah.... selagi ulamak ada salah silap tegurlah penuh hikmah...tak perlulah kecam keterlaluan seolah2 kita lebih mulia darinya...kalau bab ponteng takkan org PAS satu2nya parti kuat ponteng?? PKR DAP dan yg lelain full attend ker?? tgh tiap2 ari kat tv tak penuh2 pun belah PR mahupun BN...nak hukum org tuh tak kira dari mana2 pihak observe bebetul jgn main dan jer....

      Delete
    4. akupun nak masuk parti baru g18. cepat sikit wei. Pas mcm nak ke parit je. mcmana nak tegakkan Islam.

      Delete
  14. Operasi carambola aussie tu main2 dan syok sendiri saja.orang melayukan kaya2, kalau beli tanah, rumah tak mau beli kalau harga tidak dinaikkan lebih tinggi dari harga asal.omak kau ulas sikit pasal carambola, apa maksud carambola tuh, jangan ikut resmi ayoh ping x nak ulas hudud bila balik dari jepung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ulas xpe lagi dari tolak bulat2 bodo..

      Delete
    2. O..lagu tu..patotlah tuang presideng perpaduwang gi jepung.tak bentang,tak ulas, takda patwa patwi kena patok ular...ular kan dalam semak bukan dalam lubang yang sama.yang ade kecoot telo tu pasai patwa klua pas kaper, tengglam.

      Delete
  15. Say no to Pas UG. Sekarang G 18 dah dapat satu undi saya.Insyaallah ramai akan menyusul sebab menyampah dengan ularmak hipokrit.Cepatlah tubuhkan parti ganti Pas UG

    ReplyDelete
  16. Bila ada pilihanraya baru tau kuat ke lemah....cuma omakkau saja yg dah kata parti baru lemah, kamu ni telan pil kuda ka? Jangan lupa, suara kami warga marhaen tidak dodengar oleh pucuk pimpinan dan inilah masanya pimpinan PAS mengkur kekuatan kami. BYE PAS. POOORRAAAH !

    ReplyDelete
  17. Omakkau sama kasta dgn Mokhtar senik...kedua2 suka merapu.

    ReplyDelete
  18. Ramai orang kata mungkir janji munafik tapi fahaman mereka bersifat literal semata2 senang kata x cerdik berlagak profesor tapi suruh ulas As-babul wurud hadis ttg ciri2 munafik semua cakap macam prof serba tau padahal tunggang langgang ....masih jugak menongkat pandangan dia lebih betul dan lebih faham dari gol. ulamak...itulah ciri2 umat akhir zmn...

    ReplyDelete
  19. Saya cadangkan sebelum tubuh parti baru sila lah semua mp dan adun G18 letak jawatan masing2 utk buktikan kekuatan mereka dlm menarik sokongan 70% penyokong pas.. bukak parti je dah dapat 700 ribu penyokong.. yg sebelah pas cuma tinggal 300 ribu jer..
    Tgk angka 300 tu teringat ana pada angka tentera islam pd perang badar !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan gulu sifu busat talak kasi itu mcm...demi iselam ploglesif...kekalkan kerusi anda...terus membangun bersama iselam ploglesif kami...ini iselam kami suka...sinang mudah talak susah2...

      Delete
  20. Saya cadangkan sebelum tubuh parti baru sila lah semua mp dan adun G18 letak jawatan masing2 utk buktikan kekuatan mereka dlm menarik sokongan 70% penyokong pas.. bukak parti je dah dapat 700 ribu penyokong.. yg sebelah pas cuma tinggal 300 ribu jer..
    Tgk angka 300 tu teringat ana pada angka tentera islam pd perang badar !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus cadangan anda.cadangan anda menampakkan diri anda benar2 bodoh. Kahkahkah

      Delete
  21. Kesian omakkau blogger UG nk mempertahankn UG tp amat jelas UG ni takut sgt dgn parti baru menggantikan kan Pasikulututcai.hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2...tuan gulu ckp simua betui...talak bohong...demi allah tuhan semua agama...kami syg sama simua olang iselam...itu pas apa mau kasi olang iselam susah2 sama hudud...manyak kijam...duit lagi pinting sikalang....

      Delete
  22. Sekali omakkau cuit bertempik cicak mengkarung mcm kena lastik.. Power lah omak ni.

    ReplyDelete
  23. SUDAH terang lagi bersuluh, Omak Kau berpihak kepada geng pro ulamak. kena beli ke. sbb aku tgk post sblm muktamar lain bunyinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manyal betui...kfn plo ulamak...mesti plo iselam ploglesip anjulan dap...lagi mudah...dunia mesti jaga...nnt mati sapa mau bkr duit utk olang pas? Mati dlm iselam ploglesip...kami bakaq likin...mau mercedes ka...bmwka...kami hantaq

      Delete
  24. Baik juga golongan profesional berteraskan islam ini kehadapan kerana nilai sejagat memerlukan golongan saperti ini..bukan hanya yg berkelulusan dr negara arab ja..yg boleh mentafsirkn alquran melalui peristiwa yg tersebut dlm alquran tetapi dpt menerapkn prinsip2 islam dalam lapangan saperti arkitek,jurutera,bidang kedoktoran dan lain2..byk lg bidang2 cabangan ilmu ini yg perlu diIslamkn..berbanding dgn hanya menyampaikn sesuatu dakwah melalui CERAMAH semata..dh ketinggalan jauh ke belakang..dulu bolehlah org nk dengar ceramah ja..sekarang Islam itu dpt diterapkn diperingkat Perlaksanaannya..Alhamdullillah..sy menyokong ummah tinggalkn lah pemikiran yg terkebelakang ni..Ia menunjukkan Islam itu tidak dpt disandarkan sehingga akhir zaman...

    ReplyDelete
  25. Sy sarankn parti baru golongan profesional yg berteraskn ISLAM ini masuk bertanding dimana-mana tempat yg afa calon pas pd pru14..baru kita dpt lihat ummat menyokong yg mana..IA SAPERTI PAS MELETAKKAN CALONNYA DI KOTA DAMANSARA pd PRU13..baru benar parti mana yg akan berkubur..amacam..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...