Wednesday 4 December 2013

TIDAK TAHAN KENA KRITIK USTAZ KAZIM ELIAS AKHIRNYA TOLAK PELAWAAN NAJIB MENJADI AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO.


Ustaz Mohammad Kazim Elias mengumumkan menolak pelantikannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno.


Pengumuman tersebut dibuat beliau di hadapan kira-kira 2,000 hadirin dalam satu program ceramah agama Taman Ria, di sini, malam tadi, menurut sumber RTM.

Sabtu lalu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengumumkan sembilan lagi ahli MT parti itu, termasuk Mohammad Kazim.

Mohammad Kazim atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim sebelum ini berkata,  beliau masih belum membuat keputusan muktamad sama ada untuk menerima pelantikannya sebagai anggota MT Umno.

Katanya, sebelum membuat sebarang keputusan, beliau perlu berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengetahui peranannya dalam parti itu, selain menimbang tugasnya sebagai pendakwah.


22 comments:

  1. Ermm apa la masalah uztaz ni ya..? Kejap sana kejap sini.. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalahnya bukan kejap sana kejap sini.. sebab Ustaz teguq yang sana silap dan sini silap.. itu saja.. takkanlah nak jadi macam Uztaz UMNO atau Uztaz PAS.. tak berani nak tegur Parti Masing2..

      Delete
  2. taik awok..
    penoh ke gi muktamar ? presiden pas pun kene tegur kalo ade kelemahan, barulah baik kepimpinan terbuka.. yang takot tegur tu dlm UMNO kot.. ke ade?

    ReplyDelete
    Replies
    1. patutla Ustaz Nasha kena pecat.. apa kes Ustaz Salleh Man?

      Delete
    2. Si naza kena pecat sebab tiada maruah islam sebenar...dan cuma ikut cakap moiden dan najib. Macam mana tu? Ceritanya panjang...sila lihat harakah bil 508 tahun lepas(klu tak silap..jika silap carilah dlm harakah sebelum atau selepas tu) jika tak caya semua cerita tu boleh saman harakah. Us saleh man tak dipecat walaupun beliau penyokong sebalah sana.

      Delete
  3. Kalau nak mempertahankan yang batil maka masuklah UMNO, Muhyidin kata nak memperkasakan perjuangan suci semasa ucapan perasmian pemuda, puteri dan wanita UMNO. Perjuangan suci apa kalau pemimpin mcm ketua wanita sendiri terlibat dgn pelbagai penyelewangan dan pecah amanah. Apakah kerajaan yg diteraju oleh UMNO terpalit dgn kes-kes rasuah dan pecah amanah serta pemborosan, ketirisan sepertimana laporan ketua audit negara dikatakan perjuangan suci? Mengkaya kroni dan diri mereka sendiri itu perjuangan suci. Sahabat nabi Umar ibnu Khatab sebelum dilantik menjadi khalifah beliau mempunyai 100 ekor unta akan tetapi selepas dilantik menjadi khalifah beliau telah menjual dan menginfakkan semua unta-untanya yang tinggal hanya seekor unta kurus untuk digunakan sebagai kenderaan, apabila ditanya mengapa beliau melakukan sedemikian maka beliau menjawab, aku tidak mahu difitnah kerana mempunyai harta yg banyak semasa menjadi khalifah sekalipun harta ku ni diperolehi sebelum aku menjadi khalifah...nah ini baru dinamakan contoh perjuangan suci tapi pemimpin UMNO tidak mereka semasa masuk UMNO cuma ada kereta buruk tinggal pun dirumah murah je..tapi lepas pegang jawatan tak sampai satu penggal jadi kaya raya..perjuangan suci konon...ptuih..ptuih..wek..wek

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak der bukti katernyer.....lembu depan mater pun tak nampak.......disondol kang baru tau...hihihihihi

      Delete
    2. Cai PAS jgn taksub tak tentu kala ..kalu x tau tanya..cuba baca ni.......http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/no-holds-barred/60781-the-non-umno-deputy-prime-minister

      Delete
  4. kawan tu dpt tawaran digelar ustad UMNO, khinzir mcm2, kawan tu tolak dikata tak tahan kritik...wakakakkaka

    ustad buat Sholat istiqoroh الِاسْتِخَارَةَ-korang nk kata apa pulak? mmg bangang puak2 nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. perlembagaan umno x benarkan lantik sesuka hati yop....bukan x nak....

      Delete
    2. Anon 4 December 2013 19:51..
      Cai PAS jgn taksub tak tentu kala ..kalu x tau tanya..cuba baca ni.......http://www.malaysia-today.net/mtcolumns/no-holds-barred/60781-the-non-umno-deputy-prime-minister


      Delete
  5. Syabas ust Kazim tolak tawaran tu...dia tau tak kemana dia dlm amno...tengok mcm ust firdaus imam masjid negara mana pegi la ni tak ketahuan dah....

    ReplyDelete
  6. aper kene kamu ustaz...dlm sidang akhbar....berlagak...kunun.....biarlah najib yg umumkan.......tup....tup..tup.....kamu pulak yg umumkan........kamu tentu sifat org munafik kan?????? habih apasal diikut........

    ReplyDelete
  7. klu ustad kata dia dpt petunjuk dari Allah lps . الِاسْتِخَارَةَ-..korang nk terus maki hamun jugak ker? maki hamun dah jadi budaya puak2 korang jer

    ReplyDelete
  8. Belah sane idak, belah sini pun idak sebab belum dibelah lagi. Make mule nampak sedikit berseghi muke Mukhriz tu.

    ReplyDelete
  9. La ingat ka ustad sudi jadi TEROMPAH Omnu, kalau ustad bener bener jiwa merdeheka jauhilah mahklok bernama Omnu kerana putorbelit mereka ini menjadikan ugama ikut telunjok dan diperkuda padahal Tohan bawak mari ugama untok memperbetolkan peel perangai menesia, sebetolnya menesialah kena ikut perentah ugama, bukan ugama ikut telunjok pemimpin Omnu

    Elok sangatlah mike bolayan pekakas Omnu tuh ustad, banyak lagi keroje lain nak di buat yang lebih menafaat daripada melayan pekakas Omnu nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cai PAS.. hang sama jer ngan cai UMNO....kalu dah fanatik kat parti ni mmg la masalah.....cuba bwk bertenang pikior pakai otak....

      Delete
  10. ustad kazim bagitau dia dah mengadu kat Allah manusia2 yg memaki hamun, fitnah dan yg mengelar dgn gelaran yg hina..korang tak rasa apa2 ke.? tak gementar ke? ostazah ummi syifa camna ko taknak minta maaf ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. depa mana takut.. ostad depa dah jamin masuk syurga..

      Delete
  11. Hm...lebih baik Uztaz Kazim tolak MT dan ishtihar keluar PAS jika akan mendatangkan fitnah...
    Aku pernah dengar ceramah : Bukankah lebih baik menolak perkara (perbuatan) yang boleh mendatangkan fitnah....
    Ini adalah jalan yang terbaik bagi uztaz...
    Yang duk caci maki dia tue ko tunggu je la azab Allah di Neraka....

    ReplyDelete
  12. Takpelah, Ustaz berdakwah la molek2, mungkin ada hikmah yang lebih baik, apapun UMNO mahupun PAS kena dengar apa nasihat dari ulamak.

    ReplyDelete
  13. memang sepatutnya pendakwah tidak perlu mencampurkan adukkan hal agama dan politik!!sebaiknya Ustaz Kazzim boleh bertidak menjadi penasihat kepada Parti Islam di negara ini..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...