Sunday 8 March 2015

Mulai Bulan Depan Semua Rakyat Di Negara Ini Akan Di Kategorikan Sebagai Rakyat Yang Kaya.


Tahun lepas Timbalan Menteri CGPA 3.85 cakap dan memberi pengakuan bahawa GST hanya dikenakan terhadap orang-orang yang bertaraf kaya sahaja dinegara ini.

Nah!!! sekarang apa kes!!! Top up yang berharga RM10 pun kena GST .. setiap pengeluaran duit sendiri tidak kira berapa jumlahnya dari ATM oleh semua rakyat yang berurusan dengan bank pun dikenakan GST.

Apakah ini beerti sudah hampir 100% rakyat Malaysia mulai bulan depan sudah termasuk dalam golongan orang-orang kaya raya??????

Apa lagi rakyat Malaysia mau!!!!! Dalam sekelip mata sudah menjadi kaya raya .. Mana nak dapat beb!!!!

125 comments:

  1. dari awal lagi aku memang xsetuju dgn GST ni.

    tapi masalahnya ramai jugak yang percaya dengan kelentong kerajaan pasal GST. tunggu je. bila dah kena nanti, baru menyesal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak nak gst pindah la keluar malaysia

      Delete
    2. Rakyat malaysia memang kaya.
      1. Kaya hasad dengki.
      2. Kaya suka buat fitnah.
      3. Kaya menuduh tanpa bukti.
      4. Kaya suka kutuk orang. Walaupun dalam masjid.
      5. Mengaku miskin walau pun lebih mewah dari orang lain
      6. Selalu tamak

      Delete
    3. duduk setinggan tapi pakai alphard. Duduk PPRT tapi naik audi. Suruh bayar gst bising satu dunia. BR1M nak pulak...

      Delete
    4. Anon 11:59 Mesia moyang hang punya ke?

      Delete
    5. Lupa pesan ia orang pakai telifon binbit bil dah lama kena sst, adil ke orang yg tak pakai bil tak kena gst

      Delete
    6. Kalau msia ni moyang aku punya dh lama aku suruh moyang aku terajang moyang ko berambus.

      Delete
    7. ini semua Salah anwar, anwar yg mula2 kenal kan gst itu di malaysia, jadi jika najib perkenal gst kena ikut sebab ini salah anwar mula2 perkenalkan gst itu

      Delete
    8. Sebenarnya nak kutip duit GST tu tujuan dia nak buat apa ha???
      Nak buat bayar hutang negara yang jumlahnya dah ratusan bilion tu ker?
      Atau nak carik duit buat bayar BRIM yang dah dijanjikan tu?
      Tak boleh carik cara lain ker? Kata pandai....

      Delete
  2. Pada dasarnya GST ni senang je. Semua barangan dan serbis uruniaga di kenakan cukai 6%. Orang kampung pun kena bila beli barang. Nak kelentong macam mana lagi. Kalau nak menipu pun patut2 la. Hanya macai yang percaya. Apa nak dikato.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita mesti berkorban. kita bayar gst boleh tolong bayar hutang negara

      Delete
    2. mungkin kewangan negara sudah terlalu nazak. jadi marilah kita bayar gst

      Delete
    3. Idea yg bengong. Org kampung nak makan pun x cukup duit. Kenapa mereka perlu dicukai. Klu nak membodekpun biar bertempat.

      Delete
    4. Sampai bila GST ni nak dikenakan?
      Kalau besok ekonomi dah baikpun masih nak kenakan GST, hukumnya HARAM. Kalau HARAM hukumnya dosa. Kalau dosa masuk NERAKA. Kau tak takut masuk NERAKA???

      Delete
  3. nak buat mcm mana.suka x suka pun kena terima.mcm harga barang naik.kami terpaksa membeli.takkan nak biar anak anak dirumah tak makan.jadi nasib kami ni mcm durian dgn timun.menggolek pun kami luka,digolek pun kami luka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak barang yang tak kena gst. belilah barang yang tak kena gst sahaja.

      Delete
    2. roti jala dengan kuah kari tidak dikenakan gst

      Delete
    3. harga kereta bila ada gst akan turun 1 hingga 3 peratus. untung orang miskin sbb bila ada gst mereka boleh beli kereta baru.

      Delete
    4. barang apa tak kena gst bro? percaya iklan memperbodohkan tu buat apa...sayur ikan tak kena gst...abih ikan sayur tu pegi market sendiri ke? Mesti naik lori..insurans lori kena gst, minyak hitam, tayar, spare part semua ada gst....abih ikan sayur tadi logiknya nak makin murah ke nak makin mahal....simple matematik pun tak paham susah berhujah dengan totok ni

      Delete
    5. orang miskin jangan beli barang yang ada gst. Kalau spender kena gst jangan pakai spender. kalau baju kena gst jangan pakai baju.

      Delete
    6. kalau ikan mahal, jangan beli ikan. ternak ikan sendiri atau pergi laut tangkap ikan. kalau sayur mahal, jangan beli sayur. tanam sayur sendiri. kat bumbung flat pun boleh tanam sayur. tak pun kalau sayur mahal jangan beli sayur, tukar beli ayam pulak.

      Delete
    7. 1220...untuk mengelakkan harga ikan dan sayur naik, aku cadangkan sayur2 dan ikan2 diangkut dengan menggunakan basikal. Jadi tak perlu beli petrol serta alat ganti.

      Delete
    8. betul ke harga kereta turun,cam kena kencing je.

      Delete
  4. Elok Pun kurang2 kan telifon awek itu top Pap itu bukan barang keperluan

    ReplyDelete
    Replies
    1. nam posen pun bising ke

      Delete
    2. ini negara demokrasi. sapa yg menang pilihanraya dialah yang berkuasa menentukan dasar termasuk cukai gst... kata sokong demokrasi, apa pasal bising?

      Delete
    3. sebelum gst dibuat, dah rujuk ulamak yang dipercayai. ulamak kata OK tapi kenapa rakyat yang pengetahuan tak seberapa pula yang bising?

      Delete
    4. komen cam x sekolah,guna fon utk fon awek je ke.sial la dpt anak cam ko ni

      Delete
  5. Orang Melayu takut nak tukar kerajaan. Ada pula yang sangat setia lurus bendul. Tetapi itu lah kesetiaan tak di hargai oleh pemimpin yang rata2 jelas hidup mewah semewah2 nya. Tapi tak mengaku pulak. Dan rakyat yang nampak situasi ini mengaku tak nampak pulak. Habis tu camno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. duit gst tu kumpul2 bagi kat orang miskin balik dalam bentuk BR1M. Siapa yang untung? Bukan orang miskin jugak ker?

      Delete
    2. brunei pun ambik gst. sebab tu brunei kaya raya. elaun kpd penganggur di brunei tu dari gst la

      Delete
    3. Bagi BR1M cukup2 untuk bayar GST. Mungkin tak cukup pun. Pi mai pi mai tang tu jugak.

      Delete
    4. Takut jugalah nak tukar kerajjaan, manalah tau bila tukar nanti gaji pi em munkin turun tapi elaunnya melambung sampai ke langit. contohh dah ada depan mata.

      Delete
    5. Tu la pasal. Kena pilih pemimpin yang betul2 takut pada Allah SWT dan faham bahawa dunia ni bukan dia punya. Contohnya Arwah TGNA. Takut kerana Allah. Malangnya pemimpin macam tu dah semakin pupus. Kaki buncitkan perut ramai. Mudah2an ada lagi pemimpin yang hatinya tak tergoda pada dunia bila peluang ada di depan mata. Kita berdoa muga2 masih belum pupus lagi.

      Delete
  6. kalau tak nak kena gst drp pihak bank, simpan duit gaji kita bawah bantal, Bantal kita tak ambik gst

    ReplyDelete
  7. Bayor je dulu .....nanti kita mintak depa pulak bayor ke kita .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau diaorang mintak undi kita besok, kita suruh diaorang bayar gst jugak

      Delete
  8. Sapa2 yang nak kahwin, nak tambah isteri, nak kahwinkan anak2....buatlah sebelum bulan april. sebaik2nya 27 ke 28 Mac. kalau buat lepas tarikh tu kos sudah naik 6 peratus sbb gst dah jalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kahwin pun, kena ada RM 16,000 beb! bukan free!

      Delete
  9. Kerajaan tahu GST tak popular. Macam mana nak popular sebab rakyat kena keluar duit lebih nak beli barang. Usah nak temberang kata jadi makin murah. Tak mungkin lah. Tapi kerajaan nak laksanakan juga. Mungkin kah ekonomi negara dah memang teruk sangat dan di sorokkan dari pengetahuan kita ni.Mudah2an janganlah begitu hendaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takkan negara Singapore teruk.

      Delete
    2. Gst biasanya dibuat oleh pemimpin kafir

      Delete
    3. Kat Singapura gaji pekerja berapa ribu dollar?
      Rasuah rasuah x main
      Pengangkutan awam cekap

      Delete
    4. di singapore tak main rasuah, duit di singapore main rasuah perempuan, di malaysia lagi teruk terutama jika anwar jika dia jadi pm 'anwar akan jadi rasuah lelaki jambu sebagai rasuah utama

      Delete
  10. Sebak baca luahan hati org miskin... Syukur padamu tuhan kerana kurniakan aku rezeki yg melimpah ruah.

    ReplyDelete
  11. GST menjadi satu lagi "fitnah" kepada sipemerintah ... bertempiklah golongan yg kufur nikmat (tidak bersyukur) .. mereka mendiamkan diri pada segala nikmat yg masih ada buat diri dan kaum kerabatnya.. lalu dengan sombongnya berkata .. segala nikmat yg masih kekal bersamaku ( harta benda..ilmu pengetahuan..) adalah hasil usahaku .. kamu sendiri merupakan kaum yg zalim .. mengapa bertempik pada kezaliman org lain (pemerintah). ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman nabi cukai utk kafirun aje

      Delete
    2. cukai dlm pemerintahan kerajaan islam ada buat umat islam cuma jumlahnya dan nama panggilannya (cukai itu) .. berubah2 mengikut peredaran zaman .. ia boleh menjadi zalim .. ia juga boleh membawa manfaat .. apatah lagi dlm keadaan kerajaan umat islam pada waktu ini di seluruh pelusuk dunia yg bukan lagi menjadi penguasa ilmu pengetahuan ...

      Delete
    3. cukai dlm pemerintahan kerajaan islam ada buat umat islam cuma jumlahnya dan nama panggilannya (cukai itu) .. berubah2 mengikut peredaran zaman .. ia boleh menjadi zalim .. ia juga boleh membawa manfaat .. apatah lagi dlm keadaan kerajaan umat islam pada waktu ini di seluruh pelusuk dunia yg bukan lagi menjadi penguasa ilmu pengetahuan ...

      Delete
    4. cukai dlm pemerintahan kerajaan islam ada buat umat islam cuma jumlahnya dan nama panggilannya (cukai itu) .. berubah2 mengikut peredaran zaman .. ia boleh menjadi zalim .. ia juga boleh membawa manfaat .. apatah lagi dlm keadaan kerajaan umat islam pada waktu ini di seluruh pelusuk dunia yg bukan lagi menjadi penguasa ilmu pengetahuan ...

      Delete
    5. Org Islam zakat aje. Utk yg miskin tak kena. Utk org Islam selain zakat adalah mengebas.

      Delete
    6. MASUK NERAKA NI BUKAN SAHAJA SEBAB TAK SEMBAHYANG, TAK PUASA. KENAKAN CUKAI TAK TENTU HALA PUN BOLEH MASUK NERAKA. TAK TAKUT MASUK NERAKA KE???

      Delete
  12. ada khilaf antara ulama dlm urusan cukai yg menjadi hak kepada sipemerintah dan cukai yg haram kepada sipemerintah ...maka jgnlah org awam yg tidak mengetahuinya menjadi "penyambung" kepada fitnah dan adu domba dlm urusan ini ... demikianlah akan perihal GST .. sistem cukai yg lama sering dimanipulasi dan diputar belit oleh penguasa ekonomi yg majoritinya adalah non muslim .. dengan GST ruang untuk mereka mengaut "laba" hasil tipudaya melalui sistem cukai yg terdahulu akan semakin sukar .. kini terpulang kepada sipemerintah dengan jln apakah "hasil" dari GST akan dibawa manfaatnya .. mengapa pula org awam seperti kamu bertempik laksana GST yg akan dilaksanakan itu akan membuatkan kamu muflis..bercerai anak bini..atau kehilangan segala apa yg ada padamu ? kamu cuma terlalu benci kepada sipemerintah ... tetapi "menadah tangan" tanpa rasa malu pada segala nikmat hasil usaha sipemerintah ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah2an demikian jadinya ....

      Delete
    2. Klu harta2 negara dan pemimpin dah habis utk tampung duit negara barulah org Islam boleh dicukai. Klu duit negara byk lagi atau duit pemimpin masih berkepuk2 atau kutip utk tujuan yg bertentangan, hukumnya tetap haram.

      Delete
    3. agaknya kau ni terlalu pandai ... dlm 160 buah negara yg mengamalkan GST termasuklah negara2 yg dikuasai umat islam ... carilah kamu ..didlmnya ada beberapa buah negara yg sangat terkenal pada pelaksanaan syariat islam yg lebih baik dari tanah melayu..pastilah kamu akan malu pada kebodohan kamu yg menjadi penyambung pada fitnah akan fungsi sebenar GST ...

      Delete
  13. Nanti ada orang kata bayar GST itu berjihat ke jalan Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan segala urusan yg baik itu adalah "jihad ke jln Allahswt" ...iktiqadkan GST itu termasuk dlm urusan yg baik .. inysaAllah ia termasuk dlm jihad kerana Allah swt .. maka terlepaslah urusan GST dar org awam (rakyat) itu kepada sipemerintah sepenuhnya.. jika mereka berlaku curang dlm pelaksanaan GST..senang bukan ..tak perlu turun kejalanan..tak perlu bersepanduk..tak perlu terpekik ..yg perlu hanyalah doa kehadrat Allahswt .. dlm urusan pelaksanaan GST

      Delete
    2. Dulu zaman khalifah Islam, mereka kutipcukai utk biayai peopeoerangan dan bukan tujuan naikkan gaji pemerintah. Itupun bila harta negara dah betul2 kering. Harta pemerintah juga dah kering. Baru boleh kutip cukai org Islam yg kaya dgn kadar 2.5% saja. Org miskin dikecualikan. Itu hukum.

      Delete
    3. alangkah "ruginya" umat islam org bijak pandai seperti kamu tidak dimanfaatkan ilmunya ...

      Delete
  14. pernah suatu ketika .. dibantah sehabisnya pada pembinaan putrajaya .. difitnahkan antara lain urusan itu (putrajaya) adalah simbol kepada Tun sebagaimana piramid menjadi lambang kepada firaun .. dibawakan segala macam hadis .. yg "mengharam" kan pembinaan putrajaya dengan bersandarkan pada fitnah yg dibawa sebab musabab kenapa hendak dibangunkan putrajaya ..mereka terlalu kufur untuk menerima sebab dibangunkan putrajaya adalah kerana hendak memusatkan kuasa pemerintahan satu kawasan yg bersepadu .. demikianlah halnya pada setiap urusan yg berkait pada sipemerintah (proton..petronas..sepang ..dll).. kini GST..1mdb..feedlot .. ingatlah golongan yg kufur ini akan sentiasa hadir dan diganti oleh golongan kufur tanpa henti sehingga matahari terbit dibarat .. cermin diri adakah kamu tergolong didlm mereka yg kufur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cukai ni lain. Org Islam miskin dilarang kutip zakat apatah lagi cukai. Org kafir miskin pun dilarang kutip cukai. Islam kaya wajib zakat. Kafir kaya wajib cukai. Gst main borong tak kira Islam ke kafir. Tak kira kaya ke miskin.

      Delete
    2. sedarkah kamu wahai kalian semua.... bahawa pemerintah yg ada ialah yg kufur nikmat....justeru jangan kamu terlalu lancang menuding jari menuduh bahawa rakyat telah kufur(nikmat).....atau adakah harus bagi pemerintah untuk kufur (nikmat) nikmat itu... menjadikan kamu bermati2an dlm membela kezaliman ....
      cerminkan pendapat sendiri... agar tidaklah terlalu taksub...

      Delete
    3. setuju 2324...merekalah yang patutnya bersyukur kepada rakyat kerana rakyatlah yang memilih mereka. Tetapi ini pula balasan kepada rakyat yang telah memilih mereka, dicukainya kita.

      Delete
  15. akan datang suatu masa kelak .. arak tidak lagi dinamakan sebagai arak... ia diberi nama samaran ..demikian jugalah golongan yg memerangi sipemerintah tanpa sebab yg dihalalkan syariat .. golongan ini tidak lagi menggunapakai namanya yg asal yakni khawarij dan si kufur nikmat .. mereka menjenamakannya dengan nama panggilan yg baik2 .. lalu mereka melakukan kerosakan demi kerosakan semata2 untuk menggulingkan sipemerintah ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akhir zaman ada 2 jenis ulamak. Satu jenis yg didik manusia supaya patuh perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Satu lagi yg menghalang manusia drp melaksanakan hukum Allah Dan member I pelbagai alasan supaya hukum Allah diabaikan. Jenis kedua dipanggil ulamak syaitan.

      Delete
    2. Tugas ulamak. Harus hukumnya jika datang kepada pemerintah yang zalim dengan tujuan untuk menegur atau memberi nasihat supaya kembali ke jalan yang lurus. Haram hukumnya mendatangi pemerintah yang zalim dengan tujuan untuk mengampu, mengipas, apatah lagi meniru dan memberi sokongan sehingga kezalimannya berterusan.

      Delete
  16. mereka menamakan puak mereka sebagai "pembangkang total" yg bersifat khianat yakni mendiamkan diri pada segala perkara yg tunduk kepada syariat.. tetapi menyebarkan fitnah..adu domba..prasangka buruk dan ramalan yg aib pada perkara2 yg terkeluar dari syariat .. dinamakan juga kumpulannya dengan gelar yg indah dan baik maknanya dlm bahasa melayu dan bahasa islamic (bahasa arab ) .. Maha Suci Allahswt tidaklah segala samaran yg mereka gunapakai itu berjaya pada golongan yg berakal dan berilmu .. golongan ini sangat succes pada waktu ini di kebanyakan negara2 dibenua arab..afrika dan sedikit di asia sasarannya adalah dimana sipemerintah itu dari kalangan umat islam .. di tanah melayu ini mereka sedang bergasak habis-habisan .. siapakah golongab ini .. ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau takde pembangkang lagi lah depa berleluasa tanpa sempadan. Masaalahnya orang yang dibagi tanggungjawab mengambi kesempatan memperkayakan diri depa. TContohnya feedlot tu. Takkan la nak tengok dan tepuk tangan sukacita.

      Delete
    2. kamu membangkang secara total ... jika beserta pembuktian ia ibarat bonus (cth kecil kes feedlot) .. kerana sifat jelik inilah kamu terhalang dari sifat syukur ... dada kamu penuh dengan keluh kesah .. segala hak2 kamu sebagai rakyat sudah dianggap sebagai satu "kemestian" .. tanpa ucapan yg baik dan doa pengampunan buat sipemerintah .. kini GST yg belumpun dilaksanakan secara menyeluruh ...kamu sudah penuhinya dengan fitnah dan rintihan ..kelak kamu akan penuhi dada anak muda dengan sifat buruk ini ... dan mereka akan meneladaninya untuk sipemerintah mereka ...

      Delete
    3. Pemerintah yg baik ialah pemerintah yg tidak menyusahkan rakyat. Rakyat ada hak menukar pemerintah mengikut cara yg betul jika pemerintah menyusahkan rakyat

      Delete
    4. dan kamu pun membela secara total....
      sekalipun dgn seribu bukti......namun takkan mampu lagi untuk menyedarkan kamu.... bila ketaksuban dah melampau...maka kebenaran yg terhampar dihadapan mata... tidak bisa lagi kamu melihat....kerana terhalang oleh sifat jelik tetsebut....lalu pada pandangan kamu ,hanyalah kamu yg benar... dan semua yg lain .... adalah salah....

      Delete
  17. GST

    Gasak Sampai Tertonggeng.

    Rakyat kena bayar sebab nak menampung pemborosan dan ketirisan wang negara.

    Kos sekali dandan rambut je mencecah rm1200.

    Rakyat la yang kena bayar tu semua.

    Hamlau punya kerajaan BN.

    Ada 48% lagi rakyat Malaysia yang tak tau matematik pasal tu kerajaan Hamlau ni masih berkuasa.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alangkah malangnya 52% dari golonganmu yg masih tidak dapat mentadbir ... untuk menghapuskan ketirisan dan pemborosan yg dilakukan pemerintah yg sedia ada .. aku juga tertanya2 bagaimana 48% yg bukan dari kalangan kamu masih kekal berkuasa .. sama2lah kita tunggu di PRU akan datang

      Delete
    2. Pemerintah yg menyusahkan rakyat dgn pelbagai cukai akhirnya akan tumbang. Sejarah tamadun dunia selalu menjadi bukti. Cuma masa shj yg menentukannya. Insyaallah.

      Delete
  18. Terima kasih Ahmad Maslan dan kerajaan Umno Barisan Nasional kerana mengiktiraf aku adalah salah seorang yang kaya kat Malaysia ni.

    Akhirnya cita-cita aku nak jadi kaya tercapai juga.

    Kerajaan negara lain pon tak mampu iktiraf rakyatnya kaya.

    Hanya di Malaysia.

    Boy Putra.
    JKK Kg Bintang.

    ReplyDelete
  19. Kelentong rakyat hanya buih lior je..6% gst bukan diperolehi dari kelentong kelentit umngok bn.

    ReplyDelete
  20. kamu hanyalah seorang yg bodoh ... tidak mengetahui pada apa yg datang dihadapanmu ... segala nikmat yg ada pada kamu dan kaum kerabatmu ...adakah datangnya secara tiba2 ? ..kamu hanya seorang awam (rakyat) yg dinaungi oleh sipemerintah...banyak hak kamu yg terlaksana adalah kerana adanya kepimpinan yg berilmu .. sayang sekali golongan sepertimu semakin bercambah dlm kalangan bangsa melayu yg beragama islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahadir pemimpin yg memudahkan hidup rakyat. Selepas beliau semuanya menyusahkan rakyat. Brim pun bukan semua dapat. Gst semua dapat. Tak bolehkah jgn bagi brim supaya tak perlu buat gst?

      Delete
    2. kelakar sungguh tatkala ada dari kalanganmu yg "mula" memuliakan Tun mahathir .. tahukah kamu zaman pemerintahannya selama 22 tahun merupakan zaman bergulungnya segala macam fitnah..adu domba..prasangka buruk .. dizaman inilah "rakyat" yg kufur nikmat sangat tersiksa zahir dan batin .. mereka "mendengar" dan "melihat" melimpah ruahnya segala macam nikmat tetapi sangat sedikit untuk org yg tidak mahu bersyukur .. kerana inilah zaman dimana Tun digelar Mahazalim..Firaun ..dll .. mungkinkah kamu baru lahir ? .. dan ingatlah golongan yg kufur dan tidak mahu bersyukur .. pasti penuh didlm dadanya sesalan dan rintihan ..sehingga ia tidak sedar mereka "meredhai" pada pemerintahan sebelumnya .. walaupun .. dan tahukah kamu dizaman Tun ..golongan yg sama turut merintih dan berkeluh kesah .. sehingga mereka menyatakan "kerinduan" pada mulianya pemerintahan sebelum Tun ...demikianlah keadaan kamu ... kelak dimasa akan datang ..kamu pasti akan "meredhai" pada zaman najib .. lebih baik dari pemerintahan yg berkuasa pada waktu itu... inilah "hukuman" yg dipikul oleh golongan yg kufur nikmat

      Delete
  21. menyirap jer darah aku ni tgk muka maslan!

    ReplyDelete
  22. Jika anda meminta kami untuk bersyukur kepada pemerintah, maaf ye. Kesyukuran itu hanya kepada Allah SWT.Kita menyeru kepada kebaikan tetapi yang munkar itu kita akan lawan habis2an.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah satu pembuktian pada ikrar kamu bersyukur kehadrat Allahswt ..adalah kamu terlebih dahulu bersyukur sesama kamu yakni dengan ucapan yg baik dan doa pengampunan .. bagaimana kamu mampu bersyukur kepada Allahswt pada segala kenikmatan melalui hak2 kamu sebagai rakyat yg telah terlaksana .. tetapi dlm masa yg sama kamu mencela sipemerintah .. cth kecil dahulu datu nenekmu terlepas dari nikmat kemerdekaan .. sedang kamu pada tarikan nafas yg pertama sudah mengecap nikmat itu .. lalu kamu mendakwa kamu bersyukur pada nikmat ini .. tetapi sipemerintah yg masih berupaya mengekalkan kemerdekaan ini kamu "lawan" dengan kata2 celaan...fitnah dan adu domba

      Delete
    2. Nikmat itu Allah yg bagi. Kalau Allah tak bagi siapapun pemimpin tak kan kemana. Bersyukur kpd Allah dulu. Allahuakbar dulu. Jangan hidup melayu dulu.

      Delete
    3. fahami makna syukur terlebih dahulu wahai kawan ... seorang anak "tergantung sifat syukurnya kehadrat Allahswt sebelum dia bersyukur terlebih dahulu kepada org tuanya".. adapun sifat syukur sianak kepada org tuanya adalah dengan ucapan yg baik dan lunak ..doa pengampunan .. dll .. seseorang " tergantung sifat syukurnya kehadrat Allahswt" .. sebelum dia bersyukur terlebih dahulu diatas pertolongan org lain kepadanya dengan ucapan yg baik dan mulia (paling klise ucapan terima kasih) dan mendoakan pengampunan buat yg menolong .. lalu hidupmu sebagai org awam ditanah melayu ini.. aku percaya begitu banyak hak2mu sebagai rakyat yg telah terlaksana dlm (urusan fardhu kifayah&fardhu ain)..hatta dlm kamu mencela sipemerintah kamu masih menghirup nikmat keamanan .. bagaimana kamu boleh menyatakan syukurmu kehadrat Allahswt ? tanpa kamu terlebih dahulu bersyukur kepada sipemerintah dengan ucapan yg baik lagi mulia dan mendoakan pengampunan buatnya .. ni sifat syukur alaf baru ke ? ..

      Delete
  23. Terima kasih datuk Najib yang memasukkan Malaysia kedalam 160 buah negara yang akan mengennakan ( cukai) GST (http://www.gstinfocentre.com/about-gsc/countries-implementing-gst-or-vat/. )
    Diharap dg perlaksanaan ini maka org kaya akan dikenakaqn cukai lebih dp biasa sementara org miskin kurang dp biasa. Biarkan puak2 yang nak menentang itu kerana mereka tentulah org kaya jadi bisinglah bila kena bayar lebih sikit.
    MAJORITY ALWAYS WIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar..tetapi sipemerintah perlu didoakan supaya tetap hati dan kemahuannya supaya GST tidak menjadi satu lagi jalan buat kecurangan musang berbulu ayam yg masih berada dlm kuasa pemerintahan .. besar beban mereka dihadapan Allahswt kelak

      Delete
    2. Ko lambat pergi Jumaat kan? jadi ko tak dengar apa yg took Khatib doakan!!

      Delete
    3. Islam tak suruh kita bayar banyakkkkkk cukai. Itu kerja org kapir yg kita tiru

      Delete
  24. demontrasi demi demontrasi yg kamu lakukan adakah sifatnya tunduk pada syariat ? .. dengan segala macam sepanduk yg bersifat celaan..fitnah dan adu domba kepada sipemerintah .... adapun kepimpinan yg kamu taasubkan itu juga tidak terlepas dari segala macam perbuatan curang ..malah diadakan didlm urusan pentadbiran mereka kecurangan yg tidak pernah diperbuat oleh pemerintah yg telah kamu berjaya tumbangkan (sesi touch the dog ..oktober fest.. pembatalan had ruang rumah ibadat non muslim..candle light vigil untuk anwar..pembinaan kandang babi mega dan tersusun di penempatan paling hampir kepada umat islam ..dll) apa lagi yg "menarik" ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu segala kerosakan di muka bumi ialah judi dan arak. Kalau kita pemerintah dan dipilih serta diberi kuasa, kita mesti mwnghapuskannya. Jangan pula ambil
      kesempatan utk dptkan cukai arak & judi utk bangunkan negara. Tak berapa berkat

      Delete
  25. Bodohnya penyokong umngok be end.sikit2 menghalau org yg tidak setuju dengan penindasan terhadap rakyat terbanyak/majoriti.Kalau rasa dasar umngok be end tu terbaik sangat..cuba kamu pindah keluar negara. Tolong eksport dasar umngok be end keluar negara..kita mau tengok pencacai cari makan diluar negara dengan dasar2 penindasan umngok be end.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dasar nephotesma perlu dihapuskan segera kerana dasarnya menindas rakyat miskin. Adapun demokrasai adalah pilihan terbaik selepas Islam kerana dasar mementing rakyat terbanyak

      Delete
  26. pemerintah ni byk.golongan..klo pemerintah cm najib tu aku xtaat pon xpela..agak2 ko rosmah taat x kt najib? klo taat dia xkn dedahkn aurat dia kt org lain. laen la klo najib sdiri mmg xpnh mtk dia ttp aurt. abes cmtu punyer org ko msh nk taat kn dia sbgai pemerintah ker. tggjwb yg allah wajib kn pd ketua kluarga pon.dia gagal bt. cmne dia nk jdi ketua ngara@pemerintah yg betol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. urusan najib dengan bininya berkisar pada keluarganya .. dan urusan najib sebagai PM ..adalah berkait pada negara ini .. dan ketaatan kamu sebagai rakyat hendaklah hanya kepada urusan najib sebagai PM .. terpulang jika kamu merasakan UMNO itu sudah gagal..dan kamu berhak untuk menggantikan dengan pemerintahan yg lebih baik menurut pandanganmu ..tetapi tunaikan terlebih dahulu hak2 sipemerintah yakni dengan ucapan yg baik dan doa pengampunan buatnya .. kerana masih banyak nikmat buatmu dan kaum kerabatmu dibawah pemerintahan UMNO .. itu lebih baik buatmu sebagai umat islam yg berbangsa melayu.. Ok sahabat

      Delete
    2. Betul cakap kamu, terpulang kepada majoriti rakyaat menentukannya setiap lima tahun sekali. Tidakkah ko lihat bagaimana Khalid Ibrahim dizalimi sebegitu rupa , ditendang keluar tanpa apa2 alasan pun. DAN JANGAN LUPA DOA ORG YANG DIZALIMI TIADA YG MENGHALANG UNTUK SAMPAI KPD ALLAH 'AZAWA JALLA.

      Delete
    3. antara urusan najib dgn bini ialah salun rambut.... tak lah nak dihairan kan berapa harganya.... pasal diorang memang mampu....tapi bila dah aurat tak tertutup lalu menjadi pasik... tentu kamu lebih arif apakah hukum sipasik.... adakah di izin oleh syarak untuk menjadi pemerintah....

      Delete
    4. Insysallah pru akan datang aku pangkah pembangkang pulak. Bag I peluang kpd umno jadi pembangkang pulak.

      Delete
  27. Buktikan kepada rakyat apa dasar umngok be end yang sudah dieksport keluar dan menguntungkan negara luar.kalau belum ada dasar umngok be end yg belum diamalkan diluar negara janganlah cuba kelentong rakyat.

    ReplyDelete
  28. Bukti yg ko bofo nsk msmpos yg bn perkenal hingga dunia mrngiktiraf dan jafi contoh....yabung haji dan felda jafi ikutan dan contoh negara lain .....fakta yu bodoh.....klu Anwar bukti economic ikut IMF nk prlingkum negaara itu pun FAKTA ....bodo.. bodo.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marah ke kena gst? Relak la....
      Tabung2 tu buat supaya senang nak ciluk

      Delete
  29. Mempergunakan ugama untuk.mempertahankan pemerintahan yang serba serbi nampak sumbang dan tak nampak minat nak kearah ugama. Peeergh. Baik aku undi PAS. Nampak juga vision ugama nya.

    ReplyDelete
  30. Kita harap pencacai dan pemimpin umngok be end yang gah tu pindah keluar negara eksport dasar2 yang diwar-warkan menguntungkan negara.takan pencacai dan mngok be end berotak batu mengharapkan ulat mencuba nasib hidup dalam batu.

    ReplyDelete
  31. Apa lah yang nak di banggakan pencapaian UMNO ni. Dah lebih 50 tahun memerintah. Ekonomi Melayu tak hebat sangat pun, akhlak Melayu teruk jugak, sosiial Melayu nak bangga macam mana . Hukum Islam kalah dengan Hukum Civil. Kehidupan rakyat makin susah. Yang nampak jelas pemimpin macam kaya raya tetapi bercakap dengan fakta yang merapu. Camno la nak berterima kasih kalau gitu penampilannya. Hang pikir la sendiri.

    ReplyDelete
  32. Untungnya pencacai dan pemimpin umngok be end...jual dasar2 negara pun bole buat untung.

    ReplyDelete
  33. Gst tu sekadar mengikut langkah negara luar..apalah dasar negara malaysia yang menjadi ikutan negara lain.ikut2 dasar malaysia yang mrnguntungkan negara luar.knapa vietnam beli kapal selam cara vietnam dan bukannya cara scorpene malaysia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau anwar jadi pm pun anwar tak laksanakan gst ke?
      Anwar sendiri mengangku gst itu baik

      Delete
    2. Itu time anuar bangang dulu.
      Bila dah pandai dia tolak gst.
      Tak kan ko pun nak jadi bangang

      Delete
    3. Nak baik anwar dan pengikut keluar dari umno kalau tak umno juga jadi bangang. Cuba tengok siapa sokong anwar semua ahli jubur

      Delete
  34. Harap PAS pun dah banyak setan kah ksh ksh...pas ada akidah syiah...dan libralisme....harsp anwar akidah dan iman digadai dengsn lgbt...libralisme dan pluralisme.....puiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal gst pun boleh konar sampai ke situ. Patutlah ketua ko kata ko bangang

      Delete
  35. Bila takde point nak debat balik ke Anuar lagi. Macam mana nak.membangun minda Melayu ni ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gst senangkan rakyat
      Jika hotel dulu 16% cukai sekarang hanya 6% tak ada lagi cukai room servis buat2 oleh pihak hotel,
      Jika dulu restoren mewah di cukai 10% hanya di kena sst 6% dan10% servis tebal sekarang hanya gst 6% tak ada lagi cukai servis tebal Yg buat2 pihak restoren
      .kalau ikut top pap itu bukan barang keperluan hanya orang bodoh je perjuangkan nya
      Sepatut pkr ini pergi merusuh pada tokey cina yg naik harga barang itu

      Delete
    2. Bukan masaalah orang bandar yang makan kat restoran dan duduk kat hotel le. Yang itu kena cukai ape pun takpe lah. Sekarang ni orang kampung yang susah2 tu pun kena cukai bila beli barang le. Ada faham ke.

      Delete
  36. Pengilang bayar GST, Pemborong bayar GST, Peruncit bayar GST pada kerajaan . Boleh claim balik, siapa yang bayar GST ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak nak kena gst pakai baju pasar malam, ini tak nak juga pakai baju Shopping complex

      Delete
    2. Ooo... Tujuan buat gst ialah suruh rakyat pakai baju pasar malam? Bagus betul org umno ni

      Delete
  37. Membangun ke klu bersama pluralisme lgbt dan syiah....srmua ada dalam pakatan.....tak perlu srbut anwar pun x pe....dia tu bodoh ...nothing dan proxi yahudi...TSKI yg pandai ekonomi pun disepak kuar....puiiii

    ReplyDelete
  38. Setuju dengan 21:57.

    Nak sangat bagi komen tapi takde point.

    Puak ni la yang UMNU sayang.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul itu mari Sertai progaram yg di anjur kan oleh pkr secara beramai2 kitaliwat hanya orang kana liwat je akan datang dan orang tunjuk jubur nya pua ada sekali
      Kitaliwat

      Delete
    2. Akhirnya bila sudah tak dapat bercakap pasal GST, jalan terakhir ialah mendendangkan semula jubur dan liwat. Memang jelaslah bahawa jubor dan liwat menjadi penyambung hayat kepimpinan biru karat serta puak2nya

      Delete
  39. Terlalu obses tentang liwat ni mengape?. Mungkin dah kena liwat ke. Di cadangkan supaya pergi buat lapuran ke balai polis le.

    ReplyDelete
  40. GST d lncarkn pd 1 april 2015...jgn prcaya semo...ini lah April Fool yg kerajaan nk main2 dgn rkyat..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haram april fool sama macam haramjadahnya gst

      Delete
  41. MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888





    MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...