Monday, 9 March 2015
CALON PAS PRK DUN N06 DIUMUMKAN.
Bendahari Pas Pengkalan Chepa, Ahmad Fathan Mahmod, 42, dinamakan calon Pas di Dun Chempaka bagi meneruskan legasi bekas Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pengumuman itu dibuat Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di hadapan kira-kira 1,000 penyokong di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) semalam.
Terdahulu, Tuan Ibrahim dan beberapa barisan kepimpinan Pas negeri dan Pusat memberi ucapan aluan.
Turut bersama Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah; Pengarah Pilihanraya Pas Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan dan barisan Exco Kerajaan Negeri.
Dalam ucapannya, Ahmad berkata, pemilihan Fathan dibuat berdasarkan kajian pusat strategik parti selain sumber sumber yang menunjukkan Fathan calon yang paling layak.
Malah katanya, Fathan memiliki perwatakan yang baik untuk meneruskan kerja-kerja yang ditinggalkan Nik Abdul Aziz.
"Kita yakin ia calon terbaik dan kehendak pengundi bagi meneruskan kerja-kerja Islam dan khidmat kepada masyarakat sekurang kurangnya program yang disusun Tok Guru diteruskan," katanya.
Sebelum ini, aktivis Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Sharif Mahmood mengumumkan hasratnya untuk bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya itu.
Ia menjadikan individu kedua mengumumkan hasrat bertanding sebagai calon Bebas di Dun Chempaka selepas Yang Dipertua Kelab Bumi Rahmat Kelantan, Fadzillah Hussin menyatakan hasrat sama.
Dalam masa yang sama, seorang ahli perniagaan dari Pasir Puteh, Aslah Mamat juga dikatakan mahu bertanding sekali gus menjadikan PRK ini berkemungkinan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Pas dengan tiga calon Bebas.
BN sebelum ini mengesahkan tidak akan meletakkan calon dalam PRK ini malah menyatakan tidak terlibat termasuk menaja mana-mana calon Bebas.
PRK Chempaka diadakan berikutan kematian Nik Aziz pada 12 Februari lalu akibat kanser prostat.
Pada PRU13, Nik Aziz menang dengan majoriti 6,500 undi.
Beliau mendapat 12,310 undi, manakala calon BN, Wan Razman Wan Abd. Razak memperolehi 5,810 undi.
Biodata Calon PAS PRK N.06 Chempaka
UST AHMAD FATHAN BIN MAHMOOD @ MAHAMAD
Tarikh Lahir : 4 April 1973
Umur : 42 Tahun
Isteri : Azizah Hanim bt Mohd Daud @ Ali
Anak : 7 orang
Pendidikan : BA Syariah Universiti Al-Azhar Mesir, MA Syariah Universiti Malaya
Pekerjaan :
- Timbalan Pengetua & Pensyarah IDIP (Institut Dakwah Islamiah Perkim)
- Imam Tua Masjid Mukim Baung Besar
Jawatan Parti:
- Ketua PAS Cawangan Baung
- Ketua Urusan Ulamak DUN Chempaka
- Bendahari PAS Kawasan Pengkalan Chepa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Segala puji puji bagi ALLAH.. ISLAM adalah perjuangan kita.. ALLAHhuakbar
ReplyDeleteKat Kelantan takder.nepotism. semua jawatan nak bagi Anak Bini. Sapa tu???? Mamat yg Tinggal DLM jail untuk 5 tahun tu
ReplyDeleteKat Selangor ada tua tak guna yg memecat mb yg baik untuk diberi jawatan kat bini
DeleteBetul itu jawatan bukan untuk di warisi kita lihat perangai keluarga anwar sebenarnya jika anwar bagi dun pematang pauh itu Pada anak nya itu nepotism pining utara yg ada dalam pkr macam korean utara
ReplyDeleteHampa ni balik2 Anwar. Hampa dh kena liwat ke?. Pergi lah report kat balai polis tu. Otak penuh dengan Anwar Anwar Anwar saje. Cuba fikir benda lain lah. Sini Kelantan l. Ada faham ke.
ReplyDeleteHati2..dr hatta dh bg hint....jgn smpi putus 2 baru nk amik tindakan. Mayb next target ulamak pula n mayb nyawa harus dikorbankan
ReplyDeleteMAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888
ReplyDeleteMAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888