Wednesday 15 April 2015

TAMBAH NILAI PRABAYAR DI KEDAI 7 ELEVEN .... CELCOM TIDAK ADA GST SEDANGKAN MAXIS ADA.


Helo Ahmad Maslan CGPA 3.85 dan Hasan Malek KDPNKK ... ini apa cerita ni????  .. tambah nilai di kedai 7 Eleven Celcom tidak ada GST sedangkan Maxis ada dikenakan GST .. kenapa ada berlainan dalam melaksanakan GST pula ... apa jawapan dan alasan mau diberikan kepada rakyat .. tak kan nak suruh rakyat buka syarikat telekomunikasi sendiri pula jika enggan bayar GST .

Mohon respon sikit dengan jawapan yang logik dan berasas.


24 comments:

  1. Senang cerita BN berhentilah jadi kerajaan.

    Pasal topap 10 ringgit pon tak boleh selesai.

    Patut lah ekonomi negara makin nazak sedangkan hasi mahsul terlampau banyak.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam melayari bahtera di lautan yang sangat bergelora, ada yang mabuk, ada yang pitam, ada yang muntah sana sini dan mungkin yang tercirit-birit.
      Ada juga yang terpelanting keluar, jadi hulurkanlah tangan, tali atau pelampung untuk selamatkan rakan-rakan kita agar dapat bersama dalam satu bahtera menuju kejayaan.

      Delete
  2. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinasihatkan supaya tidak mengkhianati kepercayaan pengundi jika beliau dicalonkan dan menang di Permatang Pauh.

    Nasihat itu diberikan oleh bekas Pembantu Peribadi beliau, Faekah Husin, yang turut menasihatkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya tidak lagi mengulangi kesilapan pada 2008.

    “Jangan sampai peristiwa 2008 berulang di mana beliau melepaskan kerusi Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tindakan Wan Azizah ini telah mengecewakan pengundi,” katanya ketika dihubungi FMT pada Selasa.

    Faekah, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) berkata, beliau percaya keputusan untuk bertanding itu bukan mudah untuk Wan Azizah kerana beliau juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang.

    Bekas ahli PKR itu berkata, dia simpati kerana Wan Azizah pernah menyatakan hasrat untuk mengurangkan aktiviti politik bagi memberi tumpuan kepada cucu dan aktiviti keagamaan.

    Dia secara sinis menyatakan mengosongkan kerusi semakin membudaya dalam PKR seperti di Permatang Pauh dan Kajang di mana kedua-duanya kerana Anwar bukan faktor rakyat.

    Faekah diketahui mempunyai hubungan sangat rapat dengan keluarga Anwar tetapi hubungan itu mula regang selepas dia dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 2010.

    Dia bertindak keluar PKR kerana tidak bersetuju dengan beberapa keputusan parti termasuk memecat Abdul Khalid dan Langkah Kajang.

    Sementara itu, blog pro Pakatan Rakyat, omakkau.blogspot melaporkan ahli akar umbi PKR tidak setuju jika Wan Azizah bertanding di Permatang Pauh kerana perlu memberi tumpuan di Kajang.

    Blog itu mendakwa, PKR sepatutnya meletakkan calon muda yang berkebolehan dan mempunyai pengaruh kuat kerana parti itu sudah berpecah antara kem Mohamed Azmin Ali dan Nurul Izzah Anwar selepas pemilihan 2014 yang lalu.

    FMT difahamkan usaha mencalonkan Wan Azizah di Permatang Pauh adalah strategi untuk menyekat Azmin daripada dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. _ FreeMalaysiaToday

    ReplyDelete
  3. WAN AZIZAH MENGGELUPOR TAKUT KALAH DI PERMATANG PAUH!!!

    Dek kerana takut kalah dalam Pilihan Raya Parlimen Permatang Pauh yang bakal diadakan tak berapa lama lagi membuatkan Si Wan Azizah tu dilihat semakin menggelupor tak tentu arah.

    Takut jadi macam nasib yang menimpa puak - puak DAPigs di Teluk Intan sebelum ini membuatkan Si Wan Azizah tu lebih berhati - hati. Maka sebab itulah dia dilihat cuba nak merayu supaya mereka tak bergaduh sesama sendiri.
    Soalnya, kenapa baru sekarang baru Si Wan Azizah tu nak bersuara? Kenapa sebelum ini dia buat - buat tak peduli dengan krisis yang melanda puak - puak Pakatan Haramjadah tu secara terang - terangan?

    Baru hari ini dia nak ingatkan pemimpin - pemimpin dikalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu untuk memberikan perhatian terhadap agenda membela nasib rakyat diperingkat bawahan?

    Bukan ke selama hari ini, dia jugak yang cuba nak mengheret rakyat dalam agenda peribadi yang melibatkan suaminya sendiri? Bukan ke dia jugak yang meminggirkan Kebajikan Rakyat secara terbuka?

    Barang perlu diingatkan! Tuduhan moral Si Ketua Penipu tu adalah kes peribadi. Ianya tidak ada sebarang kaitan lansung dengan rakyat. Tapi kenapa keluarga Si Wan Azizah tu beria - ia nak heret rakyat untuk turut serta?

    Dan apa yang lebih menghairankan kita ialah, kenapa pulak Si Wan Azizah tu dilihat sibuk sangat nak masuk campur dalam masalah orang lain walhal masalah dalaman parti dia sendiri pun tak mampu nak diselesaikan?

    Sehingga hari ini, perpecahan didalam kepimpinan PKR itu sendiri pun masih lagi tidak dapat diselesaikan secara berhemah. Itu pun Si Wan Azizah tu sendiri tak dapat nak selesaikan.

    Perpecahan didalam PKR tu sendiri pun masih boleh dilihat dengan jelas. Terutama sekali sewaktu Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh bakal menjelang tidak berapa lama lagi.

    Perkara itu semua orang pun boleh lihat dengan jelas. Tapi, takkan la Si Wan Azizah selaku Presiden PKR tu sendiri pun tak nampak apa yang sedang berlaku? Takkan la dia buta sangat!!!

    Kesimpulannya, tak usah la Si Wan Azizah tu nak sibuk masuk campur dalam urusan orang lain. Adalah lebih baik untuk dia selesaikan dulu urusan rumah tangga dia supaya jangan bercelaru tak tentu arah!!! Jangan nanti, yang dikejar tak dapat yang dikendong pulak berterabur!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tak mungkin kalah.
      Pas akan bantu.
      Umno gigit jari lagi.
      Ini suma gst punya pasal.

      Delete
  4. Menyemak sungguh komen kt atas ni....klu dh x suka wan azizah jgn masuk blog ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam all,

      Mari kita tentang wan jijah habits habisan di Permatang Pauh. Kalau tidak guru KAFA yg ramai di Seberang Prai akan menjadi anak tiri.

      Jangan kita ditipu lagi oleh keluarga gila nepotism.ini

      Delete
    2. ni blog umno.menyamar letak logo 3 parti.sudah la omak,rakyat da tau sape kamu.duri dlm daging.

      Delete
    3. Ini blog org yg kuciwa.

      Delete
  5. Bagi senang jawapan. Senang je.
    maxis Malas kliam vat
    Celcom rajin cliam Vat walaupun makan masa 14 hari
    Maxis tak bagi akaun di tengok oleh kerajaan entah apa dia nak rahsiakan
    Celcom rajin benar akaun ditengok kerajaan lihat akaun nya

    Ini menbukti celcom iklas melaksanakan gst.
    Maxis sikap tertutup dan tak menbenarkan akaun dilihat oleh kerajaan untuk menipu keutungan syarikat, tapi sebenar mereka lupa laporan tahun syarikat, kerajaan lihat meminta cukai keuntungan maxis itu mereka juga tak boleh lari dari cukai.
    Siapa rugi maxis juga sebab tak mahu klaim vat dan tak mendapat pelepasan cukai dan diskon cukai syarikat

    Ini pendapat aku je apa aku lihat oleh luar negara dan terbaca buku gst dan vat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabtu lalu penduduk bandar Kajang sekali lagi terpaksa menyingsing lengan dan melipat kaki seluar untuk berhempas pulas menahan air banjir yang melimpah ke dalam rumah serta kedai mereka.

      Namun mereka kecewa juga kerana harta benda mereka musnah bersama-sama dengan barangan peribadi serta barangan lain.

      Setelah air surut, pekan Kajang tidak lagi kelihatan seperti sebuah bandar dengan sampah sarap, lumpur dan segala jenis perabot berterabu di sana sini manakala penduduknya pula bertungkus lumus melakukan pembersihan.

      Bagaimanapun, dalam ramai-ramai orang itu hanya seorang sahaja tidak kelihatan, iaitu wakil rakyatnya yang juga bukan pendudukan bandar berkenaan

      Delete
  6. KAJANG: Penduduk kawasan Kajang hari ini berkata mereka kecewa dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Datuk Seri Wan Azizah Ismail kerana tidak turun padang dan tidak membawa perubahan kepada penduduk.

    Seorang peniaga di pasar kajang, Ramlah Daud 54, berkata sejak Wan Azizah menjadi wakil rakyat di kawasan itu hanya sekali sahaja beliau menemuinya ketika berkempen dalam PRK Kajang Mac lepas.

    “Memang susah nak jumpa dia (Wan Azizah), kali pertama dan terakhir saya jupa beliau semasa kempen PRK lalu,” katanya.

    Jelas beliau, pihaknya juga mengesa Wan Azizah supaya menunaikan janji beliau semasa berkempen dalam PRK untuk menyelesaikan masalah banjir dan sampah yang dihadapi penduduk.

    “Memang Wan Azizah datang melawat kawasan ini ketika banjir kilat namun, setelah melihat insiden ini beliau beredar begitu sahaja dan masih tiada jalan penyelesaian,” jelasnya.

    Tambah beliau, penduduk Kajang diabaikan pembangkang bukan sahaja semasa Wan Azizah menjadi wakil rakyat, malah mereka juga menerima nasib yang sama semasa pentadbiran Lee Chin Cheh.

    “Saya minta Wan Azizah tunai janjinya untuk berkhidmat kepada penduduk, dan tidak hanya cakap tak serupa bikin,” ujarnya.

    Sementara itu, seorang perniaga, Geengamah, 58 berkata, Wan Azizah, jarang berjumpa dengan perniaga dan bertanyakan masalah yang dihadapi perniaga di kawasan itu.

    Geengamah mengulas, sejak beliau berniaga di kawasan pasar Kajang, tiada langsung perubahan yang berlaku, malah kawasan tersebut dihimpit dengan pembangunan lain.

    “Saya tengok kawasan lain banyak bangunan dibina, tetapi keadaan pasar disini masih lagi tidak berubah dan kedai-kedai sudah mula tutup,” katanya.

    Tinjauan Free Malaysia Today di sekitar Pasar Kajang hari ini mendapati, rata-rata masyarakat kecewa kerana wakil rakyat kawasan mereka kerana tidak turun padang menemui penduduk dan berharap dengan aduan mereka itu dapat menarik perhatian Wan Azizah untuk terus berkhidmat kepada rakyat Kajang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak sgt x pernah pergi kajang

      Delete
  7. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail gagal menunjukkan kredibilitinya sebagai pemimpin walaupun beliau Presiden PKR dan pernah menjadi Ketua Pembangkang.

    Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Azmi Hassan berkata, penglibatan Adun Kajang itu dalam politik juga hanya secara kebetulan, bukan kerana kepimpinannya.
    Katanya, memang ketara kelemahan Dr Wan Azizah ketika berhujah di Parlimen.

    "PKR juga berdepan dengan banyak masalah seperti isu pemilihan yang berpunca daripada kelemahan pimpinan.

    “Banyak keputusan PKR dibuat oleh Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Berdasarkan penilaian ini, ia jelas menunjukkan kegagalan Dr Wan Azizah sebagai pemimpin,” katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tengok prof azmi kena lipat dgn rafizi?
      Cuba Google:
      Rafizi 1MDB

      Terkulat2 geostrategis ni kena bedal selamba oleh rafizi

      Delete
  8. Mungkin air-time tak sama? ....
    Kena cek dulu ...
    pastikan air-time sama ...
    kemudian baru masuk dlm blog ...
    Barulah orang tak boleh pertikai....


    ReplyDelete
    Replies
    1. Reformist yang dikasihi

      Inilah kita kena selamatkan PKR. Lepas 2008 Nepotism berleluasa. Sebelum 2008, PKR adalah hak ahli.

      Masalahnya ketua umum, melakukan nepotism dlm PKR. Presiden dan jawtan tinggi hanyalah untuk anak bini. Sampaikan jawatan Eksekutif Selangor mahu diberi pada bini. Jahat ni. PKR milik ahli bukan milik ketua umum.

      Delete
    2. Ikut suka dialah.
      Aku pangkah dia aje

      Delete
  9. Sudah masanya Azmin diberi peluang menjadi President. Saya percaya dgn Azmin kerana keikhlasan hati beliau yg disenangi oleh Rakyat. DSWA, kamu resign sajalah

    Jeff Ulu Bernam
    Yg Indah ITU yg real lagi originel

    ReplyDelete
  10. Sudah tiba waktu wan azizah berehat jaga cucunya, sudah tiba azmin gantikan selaku ketua presiden pkr itu,

    Nasihat dari ahli pkr kampung baru K.L bahagian titiwangsa
    Penah memakai baju (justice for papa) sejak 1998 lagi

    ReplyDelete
  11. Takut dengan Ananda Krisnan...Terhutang budi....Kuasa duit lebih hebat dari kuasa politik...

    ReplyDelete
  12. Ada macai yang obses pasal Wan Azizah ni. Dia pasti menang le cai. Jangan buang masa nantikena jumpa pakar jiwa la pulak. Masih adake bangang penyokong UMNO setelah banyak isu berat terlondeh sana sini.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...