Tuesday 31 December 2013

BETUL KE INDIVIDU INI DI IKTIRAF OLEH MAHKAMAH ANTARABANGSA ICJ SEBAGAI SULTAN MELAKA YANG SAH??????



Raja Noor Jan menunjukkan surat daripada ICJ melalui laman sosialnya hari ini.

Seorang individu yang mendakwa dirinya Sultan Melaka berjaya mendapat pengiktirafan daripada Mahkamah Agong Antarabangsa (ICJ) mengenai tuntutannya menduduki takhta raja di negeri Hang Tuah itu.

Dalam satu kenyataannya hari ini, individu yang mahu dirinya digelar Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah itu memaparkan surat daripada mahkamah tersebut di laman Facebooknya.

Dalam statusnya menyebut;

”Adalah dengan ini, Beta DYMM Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah Shah bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izinnya beta telah berjaya mendapat pengiktirafan dari Mahkamah Agong Antarabangsa tentang tuntutan Beta sebagai Sultan Melaka,”

Menurutnya, beliau akan mengadakan sidang media khas untuk memaklumkan perkara itu kepada umum tidak lama lagi.

Salinan surat daripada mahkamah antarabangsa itu diterima pada 25 Disember lalu.

Beberapa tahun lepas, Raja Noor Jan telah menggemparkan negara apabila menuntut untuk menjadi Sultan Melaka kerana mendakwa beliau merupakan keturunan sultan di negeri itu yang sah berdasarkan salasilah yang dimilikinya.

Menetap di Gombak, beliau dan pengikut-pengikutnya juga telah ‘mendapatkan semula’ beberapa peralatan kebesaran negeri Melaka termasuk Keris Taming Sari melalui upacara di pesisir Sungai Melaka.

Tuntutannya bagaimanapun tidak diiktiraf oleh pihak kerajaan kerana salasilah keturunan yang didakwanya itu sudah terputus kira-kira 600 tahun dan sukar dibuktikan kesahihannya.

Melaka pada zaman dahulu merupakan Empayar Kerajaan Melayu tetapi kesinambungannya terputus selepas ditakluki penjajah dan kini mempunyai Yang Dipertua Negeri Melaka, Tan Sri Khalil Yaakob
.

31 comments:

  1. First.... Hahahaha DAULAT Tuanku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg tiga bintang tempek kat baju dia tu ambik kat mana ek? Yg rantai tu juga ambik kat mana ek? Tempah kat kedai ke? Klu keris boley beli kat mana2 ada.

      Delete
    2. Tuanku paduka baginda sultan intan payung ....dah ke tuanku jadi ahli omono? Klu belum maka tak sah pertabalan tuanku paduka baginda sultan paku buah keras untuk jadi raja melaka....ke memang tuanku dah lama jadi ahli omono?

      Delete
  2. After fist...haha dolat tuku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haluuuuuuu. ........

      Cukup2lah Jan oiiiiiiii.....yg dh ada ni pun x larat dah den nk tanggung....Tambah ko sorang lagi ....den x tau nk cri mna lgi duit byr gji ko. Ko dh makan ubat blum....p mkn ubat pastu turun sertai TURUN lbih baik dri ko dok khayal ganja ni....

      Khak tuih mangkuk

      Delete
  3. khalil yaakop kena letak jawatan Yang Di Pertua Melaka,pru kena di adakan semula di Melaka.ade harapan PR menang besar,barang naik(BN) lingkup terus.

    ReplyDelete
  4. kena tambah lagi la peruntukan nampaknya.
    buat istana baru. duit elaun anak beranak 7 keturunan.
    org melaka sila makan cencalok tanpa GST.
    susah kalu banyak sgt free loader.

    ReplyDelete
  5. Mampos umno kali mana nak dia nak letak YDP Negeri Malaka yg suka-suka bagi pingat datuk tu mcm shah rukh khan, tak kan Khalil Yaakub nak kena turun tahta kot? Habis la kak mak the big mama dah tak boleh suka suka bagi pingat.

    ReplyDelete
  6. Piut kepada Puteri Gunung Ledang tak ada ke nak buat kesaksian mengenai perkara ini? Kalau ada minta jelmakan diri.

    ReplyDelete
  7. misai tu tebal sangatlah tuanku..keh keh keh

    ReplyDelete
  8. Mamat ni penipu besar la,kluarga dia aku kenal la,mak dia urut org je..mak dia pn ckp dia ni penipu..asal parit,perak..nk ngaku sultan melaka konon,hahaha..salasilah dia haram ade dlm salasilah kesultanan perak..kesultanan perak dan melaka ade related,cb cek ngn pihak istana
    perak..Bau kentut pn x de..yg di ketahui,nenek moyang nye ade lah sbahagian dr gundik istana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUL KE TUAN?? JANGAN LAH ORANG YANG SALAH AMBIL ALIH MENJADI RAJA MELAKA....MELAKA SUDAH BERATUS TAHUN X DE RAJA...LAST SULTAN MAHMUD...DIE X KAHWIN PUN..SO X DE ZURIAT....MACAM MANE NI

      Delete
    2. As Salam tuan,
      Sebenarnya kalau betul dia pewaris pun, dia dah tak ada hak ke atas takhta tu. Pertama, kerana nenek moyangnya dulu kalah dan cabut lari bila diserang Portugis. Ini bermakna hak ke atas negeri tu habis liaw la.
      Kedua, perlembagaan dah terima pakai Perjanjian Negeri-Negeri Selat 1824 yang memutuskan Singapura dan Melaka di bawah kuasa Residen, Pulau Pinang pula diperintah Leftenan Gabenor.

      Delete
  9. Apa kata dapatkan khidmat pakar untuk periksa DNA. Jika langsung tidak bertepatan undang2 kan ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. DNA siapa kita nak ambik buat perbandingan?

      Delete
    2. Gali makam yg disahkan oleh pakar sejarah dan muzium, ambil sample then bolehlah diuji. Sekiranya ada zuriat yg masih hidup periksa salasilah yg benar2 disahkan untuk pengambilan sample. Kawalan mesti rapi.

      Delete
    3. Ada ke lagi tulang temulangnya yang dah dimakan tanah beratus-ratus tahun..?

      Delete
  10. ICJ tidak membicarakan kes individu. ICJ mengadili pertikaian antara negara dan isu2 antarabangsa yg dibawa kepada ICJ sahaja.
    Nampak sangatlah pembohongannya itu..

    ReplyDelete
  11. ingat report kt ICJ tu mcm report kt ahlil nujum negara ke? senang2 dapat pengiktirafan. ingat org malaysia ni xcukup ilmu macam 'tuanku' jugak ke?

    ReplyDelete
  12. Sultan perak yg pertama ade lah dr keturunan sultan melaka,cb bc sejarah blik pasti akn jpe.

    ReplyDelete
  13. Samdul dia ni...hakim mhkmah icj tt Surat pun pakai dkwat biru kilometriko jaa..ngong tu pun ade pngikutnye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi tuanku .....patik rasa tuanku pakai baju tu warna tak kuning sangat laa...macam tak kena tuanku...mestilah kuning betul2 ni kuning ada macam ala2 sikit2 macam taik budak kecik. He he he maaf tuanku ..terlebih mulut.

      Delete
  14. Hari Christmas ICJ xcuti ke? Pelik2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo nak bedal si pembohong ni jgn le sampai ko ni jadi pembohong gak..bole terserlah kebangangan nyer pulak. Krismas bulan november ke?

      Delete
    2. Kan kat atas tulis 25 disember bro....lu tak bace ke? Lu pun klu nak bedal orang telitilah sikit...lu ni apa laaaa main hantam je.

      Delete
  15. kalau susah tukar jadi Raja Lingam Atau Raja Gopal langsung tak da yang bangkanag.La ni kalau nak lantik sultan ciri utama ialah orang alim, hafal dan faham AlQuran.Setakat misai tebal tak boleh tolong apa pun, jadi jaga lokap memang cucuk beb.aatau berlakon watak bengis.Sebagai orang Melaka, cuba ajak ramai ramai ke masjid, dalami ugama, tingkat takwa lebih baik dari jadi raja.Kalau raja atau sultan tak menaikan Islam,tak guna lah mereka.

    ReplyDelete
  16. Samdol betul la....berangan nak jd raja kunun.....umveno oh umveno......

    ReplyDelete
  17. 1. ICJ hanya membicarakan pertikaian antara "States". States ialah ahli di kalangan 192 negara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB/UN).

    2. ICJ tiada apa-apa kuasa membicarakan kes-kes individu, NGO, syarikat dan entiti persendirian. ICJ juga tidak boleh memberikan mereka nasihat perundangan atau apa-apa bantuan dalam urusan mereka dengan pihak berkuasa "States".

    3. Tiada apa-apa kes dibicarakan di ICJ berkaitan Melaka/Malacca pada tahun 2013.

    4. Perbicaraan terakhir di ICJ di mana "Malacca" disebut ialah pada tahun 2008 dalam kes Batu Puteh antara Malaysia dan Singapura.

    5. Penandatangan surat yg dikatakan daripada ICJ itu ialah "HRH Lord Windsor Ricky Nathaniel". Carian internet mendapati individu yang sama telah melantik "Islamic King of Asia" di Kuala Lumpur pada Oktober 2013. "Daulat" raja itu ialah Sulu, Borneo dan Filipina ! - http://www.sorgexaminer.com/index.php?option=com_content&view=article&id=90:new-sovereign-islamic-king-redeemed-their-lost-kingdom-&catid=45:latest-news&Itemid=69

    6. Profail Ricky Nathaniel itu ada di facebook - https://www.facebook.com/rickynathanielartgallery/info

    7. Kesimpulan - ada orang telah kena "scam"....

    ReplyDelete
  18. surat nie mesti template je...beli kat aliexpress kot.....kekekekeke

    ReplyDelete
  19. Ooooo.....macam tu ceritanya.....

    ReplyDelete
  20. kenapa la manusia buang masa nk rebut benda yg menyusahkan org kt dunia ni.

    sedangkan peluang terbuka luas utk menjadi RAJA di akhirat. setiap org ade peluang mengejar syurga yg mana akan menjadi raja dalam syurga. ade pendapat tk pasti hadith atau bukan yg mengatakan... Serendah2 nikmat dlm syurga adalah seperti kita menjadi raja kepada 7 empayar dunia ini. huh.. apa nk lagi.

    dan menjadi raja disyurga itu kekal selamanya. bidadari dayang2 pun semakin hari semakin cun asyik keje mengusap raja je. permaisuri pun telah dicabut sifat cemburu buta. kt sana tk perlu fikir masalah rakyat atau politik umno. kat sana raja betul2 jadi bersultan dimata, beraja di hati. enjoy la sepuas2nya sebagai raja.

    alangkah dangkal dn singkat nya akal yg bertaraf kangkung.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...