Saturday 14 December 2013

SULTAN YANG BENAR-BENAR BERJIWA DAN BERLAGAK SEPERTI RAKYAT BIASA.



Rakaman gambar DYMM Sultan Kelantan solat Jumaat semalam diMasjid Tabung Haji yang terletak di sebelah bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur.

Baginda berpakaian amat sederhana, seperti rakyat biasa, berbaju T lengan panjang dan berseluar denim.

Baginda tidak memerlukan saf dan ruang khas yang disertai dengan sejadah baldu yang tebal dan berwarna kuning.

Tiada kawalan keselamatan dan juga tiada protokol Di Raja.

Rakyat Kelantan khasnya dan negara amnya sedikit pun tidak terkejut dengan gelagat Tuanku Sultan Kelantan ini yang memang tersohor dengan sifat merendah diri .. ALLAHUAKHBAR!!!!!

10 comments:

  1. Teringat aku satu ketika dulu aku kerja kat bangunan tu. Sorry ye bukan dengan tabung aji!! Solat Jumaat dibawah. Cara kebetulan aku berada dibelakang mamat tua nombor wahid dalam kerajaan tetapi dah pencen. Semasa solat sunat Jumaat mamat ni terduduk atas kepala aku yang sedang sujud. Terkejut beb. Orang sebelah ialah kawan aku. Kawan aku kata ni ada peluang naik pangkat. Punyalah kelakar katanya. Yang aku nak cerita ni mamat ni guna sejadah mahal mungkin dari Iran. Tak pernah tengoklah. Lepas solat cepat-cepat lipat tak bagi orang lain pijak. lepas tu angkat punggok terus belah. Salam dengan orang sebelah pun tak sudi. Aku kalau duduk sebelah Tuanku pun takkan perasan mesti salam macam biasa je. Bertuahnya rakyat Kelantan dapat Sultan macam ni.Semoga Allah swt memanjangkan usianya dan mesngkutkan imannya. Amin

    ReplyDelete
  2. Daulat Tuanku......

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni kawe nok peringat jah, demo jange dok kecek ikok sey
      mogo Tuanku Sultan titah "Saya Tukar Daulat Tuanku Kepada Allahuakbar Supaya Pelafaznya Dapat Pahala" - Sultan Kelantan ....

      Delete
  3. Gud boy. Good preparation. Harap sultan lain juga sedemikian. Negara ini negara rakyat. Dibawah Pakatan diketuai oleh revolusi ANuwar Ibrahim kita bakal menuju ke arah Negara Republik. Dan semua ini bakal menjadi kenangan. Negara ini negara rakyat. Bakal maju seperti jiran kita Singapura.Hidup Pakatan.

    Ngai Kor meng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen tak ada 'sibstance'. Komen yg dibuat-buat.....tak gitu.....

      Delete
    2. Typo error kot? Substance bukan sibstance. Sedara better be careful dgn keyboard. Proof read dulu sebelum publish....

      Delete
    3. BangNon 1748 bakpe pulok gitu,
      napok sangat jahil tukey
      napok pulak jahat peel perangai

      Apa ? Tuanku Sultan berkeadaan begitu adalah mencerminkan pekerti dan kefahaman Tuanku yang murni mengikut perintah tuhan.

      Belum sampaikah kepada BangNon 1748 bahawa tuhan berfirman "Tidak diterima sesiapa yang datang mengadapKu dengan segala adat kebesaran"....... ini adalah selaras dengan tuntutan maksud akhir ayat surah al-Kahf.

      Sekadar ingat mengingat sesama kita, kepada BangNon 1748, usahlah mengambil kesempatan di atas ketulusan orang lain, kelak diri menanggung musibah pula

      Delete
  4. Allahuakhbar. Ya, Allah ampunilah segala dosa sultan ini!!!.....

    ReplyDelete
  5. Aku salah seorang yang ada ketika kejadian itu...solat jumaat di tabung haji...dan secara kebetulannya, aku satu saf dengan Tuanku..walaupun tak dekat tapi aku nampak dengan jelas rentetan peristiwa bermula dari saat Tuanku sampai ke tabung haji..masa Tuanku sampai, terus masuk ke dalam kawasan tabung haji untuk mencari tempat seperti orang2 lain...kemudian lebih kurang 4-5 minit kemudian Tuanku keluar dan mencari pula tempat di sekitar luar tabung haji seperti dalam gambar tu..beberapa orang lain yang perasan Tuanku terus memberi laluan dan ruang solat pada Tuanku..tapi apa yang sangat menyentuh aku adalah Tuanku menolak pelawaan dan hanya duduk di sebuah kerusi batu di bahagian belakang saf yang aku duduk jugak..Tuanku masuk ke ruang kosong saf setelah ada satu ruang yang kosong dihadapan Tuanku..tanpa ada kawalan, tanpa ada pengawal yang meneyediakan ruang solat khas, tanpa ada sebarang keistimewaan..Tuanku masuk ke saf solat sama seperti orang2 awam lain..Walaupun aku bukan rakyat Kelantan, tapi aku sangat bersyukur kerana masih ada seorang sultan yang layak untuk aku panggil Sultan..Allahuakbar!!!

    ReplyDelete
  6. Tuanku adalah Timbalan yg dipertuan Agong. . .
    ALLAH HU AKBAR , ALLAH YANG MAHA BESAR!!!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...