Sunday 6 December 2015

AKHIRNYA KU NAN SEDAR SIAPA TARAF DIA YANG SEBENARNYA ... MAU RAKYAT ANGGAP DIA SEBAGAI KETUA KAMPONG SAHAJA BUKANNYA SEBAGAI SEORANG MENTERI



Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mahu dianggap sebagai ketua kampung, bukannya seorang menteri.

Katanya, melalui pendekatan itu, warga kota bebas bertemu dengannya dan segala permasalahan dapat diselesaikan segera.

“Kalau ada masalah beritahu kepada saya sebagai ketua kampung, datang jumpa saya. Boleh jumpa ketua kampung dan kita akan selesaikan masalah.

“Buat kerja beritahu saya juga supaya dia saya arahkan untuk laksanakan kerja dia dengan penuh amanah,” katanya yang dipetik daripada portal BNBBC.

Katanya lagi, beliau sentiasa bersifat terbuka dan berusaha untuk memperbaiki diri.

“Betul, ada kesilapan yang kami (kerajaan) buat kerana tidak ada kerajaan yang sempurna, saya juga tak sempurna saya bukan maksum. Yang penting kalau silap beritahu, saya akan ubah,” katanya.

Tengku Adnan berkata demikian di dalam ucapannya pada Majlis Perasmian Surau dan Pusat Penjaja, PPR Kg. Muhibbah, Jalan Puchong di Kuala Lumpur pada Sabtu.

21 comments:

  1. Paling bagus Jadi President PAN, ganti Mat Sabu. Kasi halau pemimpin PAN Syiah Dan Wahabbi Celup (JIM Wahubi)

    ReplyDelete
    Replies
    1. PASMA-Cai DAKWA MAT SABU BUAT KERJA 'BANGANG'!!!

      Heh! Itu pun masih ada hati lagi Si Mat Sabu tu nak pertikai mengenai kepimpinan PAS dan membuat tuduhan yang bukan - bukan? Pun masih lagi Si Mat Sabu tu sibuk nak selak kain orang?

      Jika semalam kita dah nyatakan bahawa Si Mat Sabu tu wajar menjaga kain dia sendiri. Jangan sampai kain dia terlondeh dek kerana sibuk sangat nak masuk campur dalam urusan orang lain.

      Inilah masalahnya bila tubuhkan parti hanya semata - mata kerana nak menjaga kepentingan Politik Peribadi orang lain. Penyudahnya, diorang juga yang hilang kemaluan secara terbuka.

      Dalam keghairahan puak - puak Pengkhianat Amanah Negara yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu nak serang PAS, ada dikalangan mereka sendiri rasa tindakan yang dilakukan itu tidak wajar.

      Semalam, kepimpinan Si Mat Sabu ti telah dikritik secara terbuka oleh Pengerusi PASMA-Cai yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa parti yang dipimpin oleh Bekas Timbalan Presiden PAS tu.
      AIDCNews – 2/12/15 –Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi kini dilihat tidak lagi sependapat dengan presiden parti itu, Mohamad Sabu dari sudut pendekatan politik.

      Phahrolrazi yang juga Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) hari ini dilaporkan telah mengkritik pendekatan politik Mohamad Sabu yang lebih lebih dikenali Mat Sabu yang lebih menumpukan kritikan terhadap PAS berbanding dengan BN.

      “Sebagai NGO yang pro-pembangkang, kami merasakan sepatutnya fokus harus diberikan kepada BN mengenai isu-isu rasuah dalam parti pemeritah.

      “PAS bukan parti pemerintah, mereka hanya memerintah di Kelantan. Menyerang sesama sendiri memberikan kesan negatif kepada blok pembangkang,” kata ADUN Pengkalan Kundor itu ada sidang akhbar di George Town, lapor Malaysiakini.


      Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mat Sabu yang menuduh PAS kini sudah diresapi pemikiran ISIS merupakan punca beliau dan kumpulannya menubuhkan parti baharu, PAN.
      Secara tidak lansung, kenyataan yang dibuat oleh Si Phahrolrazi tu membuktikan bahawa parti pimpinan Si Mat Sabu tu memang ketandusan idea untuk mendapatkan sokongan dikalangan rakyat.

      Kot ye pun parti yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu terdesak sangat nak kumpulkan ahli, jangan la sampai tahap diorang mem-BODOH-kan diri sendiri dengan membuat tuduhan serta memburukkan PAS. Nampak sangat yang diorang ni takde kerja lain yang nak dibuat!!!

      Delete
    2. Ciri2 munafik:

      Bila berjanji ia mungkiri.

      Betul ker ada mb nak letak jawatsn 1.1.2016?

      Delete
    3. Kebodohan manusia terserlah apabila mereka melantik imam Syiah menjadi pemimpin parti Kuali. Akibatnya imam Syiah menjadikan parti kuali sebagai balaci sifu roket penang mali untuk menyerang dan melemahkan parti Islam supaya hukum Allah tidak boleh dilaksanakan di negara ini.

      Inilah strategi Taqiyya (tipuhelah) Syiah untuk melemahkan kaum muslimin Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Orang bodoh termakan umpan Syiah !

      Delete
    4. Paling cun jadi tengku indon..betulkan dulu keturunan ikan kerapu batang ni...tengku mana mari dia ni...nama pun tipu ada hati nak sembang...puik.....

      Delete
  2. Aku tak twrkejut pun PAN buat kerja hina. Sebab dalam PAN penuh syiah

    Syiah Menguasai PAN


    AIDCNews – 10/9/15 – Kemasukan aktivis ‘Abu Turob’ ke dalam Parti Amanah Negara (PAN) mengukuhkan lagi persepsi yang mendakwa parti itu didominasi kumpulan Syiah Malaysia.

    Menurut PASMA Malaysia, ‘Abu Turob’ adalah pengasas Syiah Kelantan dan ulama syiah Malaysia.



    “Alhamdulillah…

    “Akhirnya Abu Turob (pengasas SYIAH Kelantan dan ulama syiah malaysia) bersama PAN (Amanah).

    “Admin menyeru semua penganut ajaran SYIAH agar bersama PAN dan DAP memperjuangkan Islam sebenar di bawah pimpinan Tuan Guru Mat Sabu. Hidup Syiah. Takdir,” dedahnya.

    Hazwan Faisal pula menjelaskan nama sebenar Abu Turob adalah Kamaruzaman Wan Ismail Golok yang telah dilantik sebagai Ketua PAN Kota Bharu.

    “Baju hitam Kamaruzaman Wan Ismail Golok. Nama manja Abu Turob

    “Antara rujukan utama syiah di Malaysia. Kamaruzaman dilantik ketua PAN Kota Bharu

    “Mat Sabu kan Pengerusi PAN!!!,”katanya.

    Kemasukan Abu Turob itu memberi isyarat Syiah telah mendominasi PAN, kata Kassim Masdor dan ini bakal meranapkan impian Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dari kumpulan IRC (Islamic Representative Council) untuk menguasai parti itu.

    “Puak syiah mula mendominasi parti Cangkul (PAN)….tipis nampaknya harapan Dr. Mujahid…,”katanya.

    Dua tahun lalu Facebook ‘Ayuh Sepakat Tolak Syiah‘ menyenaraikan rangkaian Mohamad Sabu di dalam PAS.

    Antara yang disenaraikan adalah Aris Awang (Kedah), Adly Zahari (Melaka) dan Onn Jaafar.

    Kesemua yang disenaraikan itu kini telah keluar PAS dan menyertai PAN pimpinan Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu

    Aris Awang adalah ketua pengiring Amal Relief Malaysia (Arif) yang mengiringi Mat Sabu semasa perhimpunan BERSIH 4.0.

    Adly Zahari adalah Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Melaka, manakala Onn Jaafar pula merupakan Ketua Penerangan GHB Johor.

    Ketika Mat Sabu berjawatan Timbalan Presiden PAS, Aris Awang, Adly Zahari dan Onn Jaafar masing-masing berjawatan Setiausaha PAS Kawasan Kuala Kedah, Pesuruhjaya PAS Melaka dan Ketua Penerangan PAS Johor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PARTI AMANAH NEGARA (PAN) SEDIA MENERIMA GOLONGAN LESBIAN, GAY, BISEKSUAL DAN TRANSGENDER (LGBT).



      Parti Amanah Negara (PAN) bersedia menerima kewujudan dan mendekati golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

      Menurut Pengarah Strategi PAN Dr Dzulkifli Ahmad, parti itu bersifat terbuka untuk berbincang bagi menghormati hak golongan berkenaan.

      “Mereka sebenarnya wujud. Adakah perlu kita mencampak mereka ke dalam laut, buang ke gunung atau sumbat mereka ke penjara ataupun bunuh mereka?” kata Dr Dzul ketika ditemui pada forum Forum Islam dalam Perlembagaan Demokrasi.

      Delete
  3. Mat Sabu Jurucakap DAP


    Kenyataan Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu yang mengaitkan PAS dengan IS adalah strategi DAP untuk terus memburukkan PAS yang kini dianggap sebagai musuh nombor satu DAP.

    Mengikut sumber dalaman, kenyataan ini sebenarnya tidak dipersetujui oleh sebahagian besar pimpinan utama PAN. Dan Mat Sabu membuat kenyataan ini tanpa merujuk dan mendapat restu mereka.





    Ketika ini, Mat Sabu dilihat lebih mementingkan survival politiknya sendiri berbanding PAN yang dia sendiri sudah sedar telah kehilangan 'steam' dan momentum setelah hanya beberapa bulan ditubuhkan. Walaupun majoriti pengundi Cina menyokong DAP tetapi masih terdapat sebahagian mereka yang masih menyokong PAS.
    DAP di bawah Lim Guan Eng mahukan dominasi total ke atas pengundi Cina apatah lagi dalam suasana menghadapi pilihan raya negeri Sarawak. Oleh itu, Mat Sabu cuba mengaitkan PAS dengan IS untuk menakutkan pengundi Cina.

    Khabarnya, Mat Sabu juga sudah mendapat jaminan Lim Guan Eng untuk bertanding di satu kawasan selamat dalam PRU ke-14 akan datang sama ada di bawah simbol PAN atau DAP.

    Ini kerana Mat Sabu sedar bahawa kedudukannya sebagai Presiden PAN goyah kerana pengaruh kumpulan Islamis Ikram, Alami dan lain-lain mula meresap dalam PAN dan golongan ini tidak senang dengan Mat Sabu yang mempunyai latarbelakang yang diketahui umum.

    Untuk menyelamatkan diri, Mat Sabu tidak kisah untuk menjadi alat atau jurucakap DAP apalagi persepsi umum sudah melihat PAN tidak lebih dari proksi DAP.

    Oleh itu, walaupun tuduhan itu berniat jahat tapi provokasi itu tidak akan memberi kesan kepada PAS kerana rakyat dan masyarakat umum sudah memahami pendirian PAS. Sebaliknya ia akan mengesahkan pandangan rakyat bahawa PAN dan Mat Sabu adalah proksi DAP sebagai satu realiti bukan lagi sekadar satu persepsi.

    Datuk Mustafa Ali
    Pengarah Pilihan raya PAS Pusat

    ReplyDelete
  4. Tanah dbkl di keramat dah jahanam jadi umah mampu tengok...tanah dbkl di jln ayer panas dan berdekatan pasar dah jahanam jugak...tanah dbkl sebelah bangunan ltat dulu bangunan karyaneka tunggu masa utk dijahanamkan jadi projek super mega jugak.....sapa nk pantau ketua kg nih pulak.....

    ReplyDelete
  5. Nak tnya. Ni blog isiskah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAN JADI "BADUT"!!!

      PAS gembira Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP tidak mendapat sokongan padu ahli dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti yang ditonjolkan dalam Kongres PKR 2015 kelmarin.

      Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim berkata, senario itu turut diakui oleh Timbalan PKR merangkap Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

      “Suasana di Kongres PKR kelmarin ketika nama parti PAS disebut, delegasi yang mewakili akar umbi PKR memberikan tepukan gemuruh berbanding bila disebut DAP dan PAN yang hanya diberikan tepukan ala kadar.

      “Timbalan Presiden PKR bila ditanya wartawan berhubung senario itu langsung tidak berselindung bila berkata itulah gambaran sentimen akar umbi PKR,” ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.

      Ahmad dalam pada itu mendakwa, pada waktu ini sedang berlaku tentangan terbuka oleh masyakat cina terhadap kepimpinan DAP yang diketuai anak-beranak Lim iaitu Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

      Beliau memberi contoh tindakan sekumpulan kaum Cina yang di Pulau Pinang menaikkan sepanduk meminta Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang supaya pulang saja ke Melaka.

      “Ini mungkin babak awal tantangan masyarakat cina tempatan kepada kepimpinan Lim itu,” katanya.

      Malah, katanya, beliau dimaklumkan satu program utama PAN peringkat nasional di Selangor baru-baru ini berada dalam suasana sugul, hambar, tidak ceria dan dipenuhi aura negatif.

      Delete
  6. PERHATIAN:
    SATU SYARIKAT SURAT KHABAR YANG SUDAH TAK LAKU SEDANG MENGADAKAN KEMPEN "BELI, BACA & BAGI".

    SAPA2 YG NAK BUANG DUIT FREE, BOLEH JOIN.

    HARAP MAKLUM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang baca mahalah LBGT kot. PAN lay katakan. PAN Imayam yg alim2 pula baca kitav syiah

      Delete
  7. ADAKAH ANDA MASIH INGAT MANUSIA KEJAM YANG MAHU MENGHALAU ORANG FAKIR MISKIN KELUAR DARI KUALA LUMPUR DAN MELARANG NGO MEMBERI MAKANAN DAN MINUMAN KEPADA ORANG FAKIR MISKIN?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda masih ingat, parti mana pro syiah dan LGBT

      Delete
  8. Kalau dah sedar, alhamdulillah as a muslim. Tp masih ada menteri2 dan wakil2 rakyat x kira parti mana pun yg masih x sedar2 diri dan anggap negeri atau kerajaan ni dia yg punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada pulak yg perasan Parti mereka, Abuya Sifoo Penang Yg punya. Betul tak PAN?

      Delete
  9. Terbuktilah PAN adalah parti yg paling terbabas di Malaysia kerana

    1. Pro SYiah
    2. Pro LBGT
    3. Pro DAP
    4. Anti Islam
    5. Anti melayu
    6. Anti Ulamak

    Nampak gaya PAN tempat sampah masyarakat dari Bani Melayu Bergayut.

    "Kami Progressive, Inclusive Dan Fahemmmmmmmmmmmmmmmmm"


    Bob
    PAN Burger

    ReplyDelete
  10. Bagus Ku Nan sedar dirinya Omak oiii...

    Sorang lagi yang setaraf dengan Ku Nan tapi masih tak sedar diri iaitu Presiden Pas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tau la kao simpati kat LBGT dgn Syiah. Kah kah kah

      Delete
  11. Ku Nan ni pekak ke bahlol.....x sedar ke umno dah rosakkan kehidupan orang melayu.Pemimpin mcm ku nan ni sepatutnya x ada dlm umno.Bodoh x bolih di ajar

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...