Sunday 6 December 2015

LUAHAN HATI TMJ ATAS KEMANGKATAN ADINDA KESAYANGANNYA TUNKU LAKSAMANA JOHOR.



Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim meluahkan kesedihan baginda di atas pemergian adinda kesayangannya, Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil akibat kanser.

Menerusi nukilan ringkas di Facebook rasmi Johor Southern Tigers, TMJ berkata, baginda sayangkan dengan sepenuh hati dan sangat rindukan Tunku Abdul Jalil.

Baginda berkata, Tunku Abdul Jalil menjadi sumber inspirasinya kerana mempunyai sifat terpuji – jiwa penyayang dan rendah diri.

“Kepada adikku yang dikasihi… Dalam banyak malam yang berlalu, inilah malam yang paling sukar untuk saya. Kita semua amat sayang dan rindukan kamu.

“Kamu yang sentiasa membuatkan kita tersenyum. Kamu juga kekuatan dan inspirasiku. Kamu punyai satu sifat yang kita tiada; jiwa yang penyayang dan rendah diri.

“Saya sayangkan kamu sepenuh hati dan sangat rindukan kamu. Kamu takkan dilupakan. Namamu akan dibawa oleh warisku. Senyumanmu adalah kekuatanku. Semoga Allah merahmatimu, a…dikku. Saya sentiasa sayangkan kamu,” luah baginda.

Tunku Abdul Jalil mangkat di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada Sabtu.

Tunku Abdul Jalil, 25, mangkat pada jam 7.11 malam dan jenazahnya akan dikebumikan di Makam Diraja Mahmoodiah hari ini.

6 comments:

  1. Macai2 ug mesti kata ni kerja pan imayam dap lah ni.kahkahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni bodoh punya komen.kenapa la admin omakkau papar juga komen bodoh mcm ni.

      Delete
    2. Anon 10:29 memang barua sekular yg berkiblatkan zionist! Sebab tu mulut dia celupar macam yahudi laknatullah!!

      Delete
  2. Banyakkan lah berdoa kepada Allah semoga arwah sentiasa dalam keadaan diredhai oleh Allah...kepada ahli keluarga diraja johor belajarlah menerima takdir...janganlah sedih berpanjangan...teruskanlah berdoa yang baik2 kepada arwah..."kalau kita doa yang baik2 kepada orang lain, insyaAllah malaikat akan aminkan dan kita juga akan dapat kebaikan yang sama"...

    ReplyDelete
  3. Semuga roh arwah dicucuri rahmat dn diletakkan bersama sama org2 yang beriman...Aamiin.

    ReplyDelete
  4. ajal tidak megira usia dan darjat

    hanya org yg tidak ingat ajal saja yg masih rakus merembat harta negara dn mengukuhkan kuasa dgn merampas kuasa raja..

    dikiranya akan hidup selama2nya.

    dikiranya akan boleh guna kuasa dharurat terhadap malaiakt maut yg dtg utk 'menjatuh'kan kuasanya.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...