Tuesday 8 December 2015

MUHYIDDIN YASSIN SUDAH BERPATAH ARANG BERKERAT ROTAN DENGAN UMNO??????



Tindakan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengadakan perhimpunan solidariti penyokongnya di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampong Baru Kuala Lumpur malam tadi, memberi suatu isyarat dan mesej yang amat jelas betapa dirinya sudah bertekad untuk berpatah arang berkerat rotan dengan UMNO. Sedar akan kesan dan impaknya kepada UMNO namun tetap berkeras dan bertegas mau jua meneruskannya.

Apa yang beliau lakukan malam tadi, bukan satu jalan penyelesaian yang baik tapi tindakannya itu kurang matang sebagai bekas seorang pemimpin nombor dua negara.

Mungkin dorongan itu dibuat untuk menggambarkan seolah-olah ada ramai penyokong yang setia bersama beliau. Malangnya ia tidak mengubah apa-apa sebaliknya menambahkan perpecahan sokongan di kalangan ahli UMNO sendiri.

Sedangkan beliau masih lagi Timbalan Presiden UMNO, adakah beliau terlupa? atau sebaliknya perhimpunan itu dilakukan malam tadi untuk memaksa Majlis Tertinggi UMNO memecat beliau?

Tekanan yang dihadapi Muhyiddin dalam parti sepatutnya tidak di ‘zahirkan ’ dengan menghimpunkan penyokongnya malam tadi, satu tindakan yang tidak menonjolkan beliau sebagai seorang pemimpin matang dan berjiwa besar.

Tindakan Muhyiddin itu juga seolah bertentangan dengan aku janjinya yang dibuat apabila beliau digugurkan daripada barisan kabinet pada Julai lalu untuk berdiri teguh di belakang Perdana Menteri dan UMNO.

Ahli Parlimen Pagoh itu tidak akan mampu mengajak ahli UMNO untuk melakukan penolakkan jitu terhadap kepimpinan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tidak dinafikan tindakan Muhyiddin sedemikian didorong kalangan penyokong sekelilingnya yang mahukan beliau berucap secara terbuka ketika perhimpunan agung UMNO bermula hari ini

Sebagai orang lama Omak Kau yakin Muhyiddin amat sayangkan UMNO dan tidak akan keluar parti untuk sertai parti lain.

Yang boleh menolak Najib hanya di kalangan perwakilan parti dan ahli parlimen sahaja.

Mungkin motif beliau untuk menyampaikan manifestasinya. Kita faham perasaan beliau sehingga sanggup buat perhimpunan sebegitu.

Beliau seharusnya lebih rasional sebagai seorang pemimpin yang lama berjuangan dalam UMNO, beliau seharusnya matang dan berjiwa besar.

Jika betul dia sayangkan parti seperti yang diucapkannya, sebaliknya perhimpunan diadakan itu tidak seperti apa yang dikatakan akan bersama parti dan kepimpinan sekarang.

Apa yang dibuat lain daripada apa yang dicakapkan. Ini tindakan orang marah, tindakan orang tidak puas hati.

UMNO adalah parti tunjang bukan setakat untuk BN tetapi parti tunjang kepada sebuah negara jadi jika benar amat sayangkan UMNO jangan pecahkan ahli parti.

Walaupun perhimpunan malam tadi sedikit sebanyak berjaya mengumpulkan kehadiran di kalangan penyokong Muhyiddin atau di kalangan mereka yang kecewa dengan UMNO, tetapi dari sudut pandangan lain, bukan itu pentasnya jika mahu menentang kepimpinan.

Majlis Tertinggi UMNO sebelum ini memutuskan Muhyiddin tidak akan berucap merasmikan pembukaan mesyuarat perwakilan sayap Wanita, Puteri dan Pemuda pada perhimpunan yang bermula hari ini.

Beliau juga dilaporkan tidak akan dijemput menggulung ucapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Larangan itu dibuat selepas Muhyiddin terus mengkritik Najib dalam isu wang RM2.6 bilion yang masuk dalam akaun peribadinya dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Namun Muhyidin berkata beliau berasa seperti ‘tunggul’ apabila tidak dibenarkan berucap dan sekadar duduk di sebelah Najib di atas pentas ketika pengulungan pada 12 Disember nanti.

Muhyiddin juga berkata beliau rela dipecat keanggotaannya dalam parti jika benar dirinya telah melakukan kesalahan yang serius, namun hingga kini keputusan pemecatan Muhyiddin belum lagi diputuskan MT.

Tindak tanduk dan uacapan beliau lebih menjerumus kepada mempelawa dan mencabar MT UMNO pecat beliau sebagai ahli UMNO.

Dari risikan dan maklumat di perolehi bukan sedikit bilangannya penyokong tegar pembangkang yang hadir dan kesemua penyokong UMNO pro Muhyidin yang turut serta sebab tidak kurang juga jumlahnya yang menyokong Najib datang sekadar ingin dengar apa yang Muhyiddin dan Mahathir mau cakap.

Intipati ucapan kedua mereka adalah sama yang diputar dengan nada lain ... tiada isu baru dan segar diucapkan.

Akhirnya kedudukan Najib masih teguh tetapi kedudukan Muhyiddin semakin rapuh dan serangan Mahathir sudah kurang ampuh.

36 comments:

  1. APA apa pun saya kagum dgn TSMY. dia bercakap dgn penonton yg ramai. Bukan macam PAN E-Mayam, makhluk halus lagi ramai dari orang.

    Nasihat kepada PAN E-Mayam, ada pengaruh macam TSMY bolei la cakap deras. Kamu tak da pengaruh senyap je la. Aku cadangkan PAN E-Mayam bertukar Dari Parti politik kepada syarikat MLM

    Yg Ikhlas
    Jeff Ulu Bernam
    Keadilan Reform

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum ada perkhabaran mengenai strategi PAN untuk melawan Umno yang sedang nazak, yang ada hanyalah strategi PAN untuk melemahkan PAS malah banyak juga provokasi yang pernah digunakan Umno satu ketika dulu dikitar semula oleh PAN.

      Aku rasa INI disebabkan sifat Kurang semula jadi PAN Imayam yg mesra DAP, mesra Syiah dan menyantuni LBGT.

      Mat Sabu tak mau selfie langgar Dada dgn Transgender kerrrr

      Delete
    2. Hello Dr Dzul PAN Imayam, cuba kao tengok crowd TSMY semua normal. Bukan menyantuni LBGT. Santun LBGT lebih2 boleh melecet belakang. Bahaya oooooooo

      Delete
    3. SERONOK BETUL NAJIB:
      Sudah ada tanda2 pas mahu bekerjasama dgn umno, kata najib malam tadi.

      Memang betul kata hussam. UG memang betul wujud rupanya.

      Saya sebagai ahli PAS amat kesal dengan perkembangan ini. Mungkin betul tindakan maz sabu keluat PAS kerana PAS sudah berubah.

      Delete
    4. Alooooo kasi fitnah UG lagi. PAn kan hamba abdi DAP

      Delete
    5. Badut 9:06,

      Halllloooooo Mr husam.Kau punya reference. Mai baca sini wahai Badut 9:06




      HUSAM MINTAK TUNDA, NAK BERSUMPAHNYA ENTAH BILA!!!

      Alasan demi alasan diberikan oleh Bekas Naib Presiden PAS ini dilihat sebagai satu langkah terdesak bagi membuktikan tindakan menghina kepimpinan PAS yang dilakukannya selama hari ini.

      Kalau sebelum ini, Si Husam tu dengan lagak SOMBONG dan ANGKUH telah mendakwa dia berani bersumpah Talak Isteri demi untuk membuktikan dakwaan yang dibuat terhadap PAS.

      Tapi sehingga ke hari ini, Si Husam Musa tu masih lagi tidak menjelaskan kepada ahli serta rakyat dikawasan dia tentang kenapa dia masih lagi tidak mengangkat sumpah Lafaz Talak tersebut.

      Sebaliknya, Si Husam tu dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini meminta agar diberikan masa untuk berjumpa dengan Jawatankuasa Harian PAS Pusat bagi menjelaskan tindakannya.
      SHAH ALAM - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa sedia untuk bertemu Dewan Harian Pas bagi menjelaskan mengenai teguran yang dibuatnya terhadap pentadbiran di Kelantan.

      “Saya menghargai kesediaan Dewan Harian Pas Pusat memanggil saya untuk menjelaskan teguran saya terhadap perjalanan kerajaan Kelantan.

      "Memandangkan notis itu amat singkat, saya sangat menghargai jika SUA Pas dan Dewan Harian Pas Pusat dapat menangguhkan, sekurang kurangnya seminggu selepas saya berada dalam negara," ujar Husam dalam satu kenyataan.


      "Ini untuk membolehkan masa dan keadaan yang lebih selesa bagi saya menyediakan apa-apa persiapan perlu," ujarnya.
      Secara tidak lansung, alasan yang dibuat oleh Si Husam yang meminta penangguhan itu menimbulkan keraguan dikalangan ahli PAS seolah - olah dia tak yakin dengan dakwaan yang dibuat.

      Kenapa Si Husam tu perlukan masa untuk menyediakan apa yang diperlukan sebelum berjumpa dengan Jawatankuasa Harian PAS Pusat sekiranya dia yakin dengan tuduhan yang dibuat?

      Dan yang lebih anehnya, kenapa Si Husam tu beria - ia sangat nak berjumpa dengan Jawatankuasa Harian PAS Pusat sedangkan sebelum ini dia dengan lantang mendabik dada nak angkat sumpah Talak Isteri? Takkan Si Husam tu hanya setakat pandai bercakap tapi TAKUT nak menyahut cabaran itu sendiri!!!

      Delete
    6. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    7. Hahaha...sokong perhimpunan ini kerana sebagai timbalan dihina sebegitu rupa oleh pemimpin yg cuba nak jatuhkan kewibawaannya. Kalau tidak bertindak bila lg??? Adakah tunggu semua org dah redha baru nak bertindak!! Omak kau pula kata jgn pecah belah kan ahli party tetapi tidak kah omak kau sedar omak kau telah pecahbelahkan ahli party selama ini??? Org lama kononnya!!! Semua org pentingkan diri dari party sdr. Bukan jatuhkan umno hanya tukarkan pemimpinnya sebelum umno ditolak ketepi oleh rakyat malaysia.

      Delete
    8. oii Anonymous8 December 2015 at 09:13 hang tak sekolah ke? buta IT kot.....citer dah basi nko ni baru kuar hutan ke apa
      omakkau jgn nak delete komen wa ni asyik kena delete jer cinabeng

      Delete
    9. Oi! Pencaci dan Penipu di 8:44.

      Saya adalah Jeff Ulu Bernam yang ori. KO cuma kaki fitnah dan kaki tipuu.

      Saya sokong PAN dan sanggup mati untuk PAN.

      Jeff Ulu Bernam Ori
      Keadilan Reform

      Delete
    10. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Has to fight, do or die.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emmmm...in-between do or die?...

      Delete
    2. PAN Imayam bukan macam TSMY, macho.

      PAN Imayam gang melalut kuciwak kah kah kah

      Delete
    3. Arab gila pun tak akan bagi duit banyak mcm tu kat orang - TUN MAHATHIR

      Delete
  3. Luar jangkaan, begitu ramai penyokong TSMY rupa nya.kalau saya ahli umno, saya harap perhimpunan mlm tadi akan dapat memberi sedikit momentum untuk proses islah/ menegur kesilapan pucuk pimpinan parti.-fastaqim

    ReplyDelete
    Replies
    1. TSMY bwrjuang kerana kebenaran
      PAN Imayam berjuang sebab Kecewa

      Delete
    2. Pemimpin umno memang teruk.
      Sekarang lagi teruk.
      Inilah akibatnya berbaik dgn Pas.
      Parti pun dah kelam kabut mcm Pas

      Delete
    3. PASMA-Cai DAKWA MAT SABU BUAT KERJA 'BANGANG'!!!

      Heh! Itu pun masih ada hati lagi Si Mat Sabu tu nak pertikai mengenai kepimpinan PAS dan membuat tuduhan yang bukan - bukan? Pun masih lagi Si Mat Sabu tu sibuk nak selak kain orang?

      Jika semalam kita dah nyatakan bahawa Si Mat Sabu tu wajar menjaga kain dia sendiri. Jangan sampai kain dia terlondeh dek kerana sibuk sangat nak masuk campur dalam urusan orang lain.

      Inilah masalahnya bila tubuhkan parti hanya semata - mata kerana nak menjaga kepentingan Politik Peribadi orang lain. Penyudahnya, diorang juga yang hilang kemaluan secara terbuka.

      Dalam keghairahan puak - puak Pengkhianat Amanah Negara yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu nak serang PAS, ada dikalangan mereka sendiri rasa tindakan yang dilakukan itu tidak wajar.

      Semalam, kepimpinan Si Mat Sabu ti telah dikritik secara terbuka oleh Pengerusi PASMA-Cai yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa parti yang dipimpin oleh Bekas Timbalan Presiden PAS tu.
      AIDCNews – 2/12/15 –Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi kini dilihat tidak lagi sependapat dengan presiden parti itu, Mohamad Sabu dari sudut pendekatan politik.

      Phahrolrazi yang juga Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) hari ini dilaporkan telah mengkritik pendekatan politik Mohamad Sabu yang lebih lebih dikenali Mat Sabu yang lebih menumpukan kritikan terhadap PAS berbanding dengan BN.

      “Sebagai NGO yang pro-pembangkang, kami merasakan sepatutnya fokus harus diberikan kepada BN mengenai isu-isu rasuah dalam parti pemeritah.

      “PAS bukan parti pemerintah, mereka hanya memerintah di Kelantan. Menyerang sesama sendiri memberikan kesan negatif kepada blok pembangkang,” kata ADUN Pengkalan Kundor itu ada sidang akhbar di George Town, lapor Malaysiakini.


      Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mat Sabu yang menuduh PAS kini sudah diresapi pemikiran ISIS merupakan punca beliau dan kumpulannya menubuhkan parti baharu, PAN.
      Secara tidak lansung, kenyataan yang dibuat oleh Si Phahrolrazi tu membuktikan bahawa parti pimpinan Si Mat Sabu tu memang ketandusan idea untuk mendapatkan sokongan dikalangan rakyat.

      Kot ye pun parti yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu terdesak sangat nak kumpulkan ahli, jangan la sampai tahap diorang mem-BODOH-kan diri sendiri dengan membuat tuduhan serta memburukkan PAS. Nampak sangat yang diorang ni takde kerja lain yang nak dibuat!!!

      Delete
  4. Luar jangkaan, begitu ramai penyokong TSMY rupa nya.kalau saya ahli umno, saya harap perhimpunan mlm tadi akan dapat memberi sedikit momentum untuk proses islah/ menegur kesilapan pucuk pimpinan parti.-fastaqim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau saya ahli PAN saya meraung sebab hanya bunian datang waktu ceramah PAn

      Delete
  5. Muhyidin umno akan pupus mcm mat sabu pas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolong jgn samakan TSMY dgn Mat Sabu.

      SAMAKAN SEMUA PAN IMAYAM DGN IBRAHIM ALI

      Delete
  6. Komen omak sokong najib kutuk tsmy melebihi kak ijat, apahal? dah banyak masyuk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerrr kerr, awat hang Ameno ka.............

      Delete
  7. Selamat berpadu suara wahai macai dan walauan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat sehati sejiwa wahai balaci DAP, Pencinta Qom-Karbala-Hari Asyura dan Penyantun LBGT.

      Sehina2 Parti kat Malaysia tu PAN Imayam

      Delete
  8. Tak tau pula omak kau lebih bijak dari TSMY

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAN tak terliur ker?

      ssalamualaikum,,,

      Majlis Profesor Negara(MPN) berpendapat tindakan bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk mengadakan perhimpunan solidariti penyokongnya di padang Kelab Sultan Sulaiman jam 8 malam ini, akan memecahkan Umno.Ketua Pegawai Eksekutif MPN Prof. Datuk Dr Radzuan Che Ros berkata, apa yang beliau lakukan malam ini, bukan satu jalan penyelesaian yang baik tapi tindakannya itu kurang matang sebagai bekas seorang pemimpin nombor dua negara.

      Ianya dikatakan bakal mala petaka kepada Umno.Berita kurang baik untuk Umno sepatutnya menjadi berita baik kepada parti pembangkang terutamanya PAN yang diwujudkan semata mata nak lawan Umno. nah! apa lagi peluang terhidang di depan mata sekarang, apa lagi yang PAN mahu

      Sehingga kini belum ada perkhabaran mengenai strategi PAN untuk melawan Umno yang sedang nazak, yang ada hanyalah strategi PAN untuk melemahkan PAS malah banyak juga provokasi yang pernah digunakan Umno satu ketika dulu dikitar semula oleh PAN.

      PAN kitar semula cybertrooper Umo untuk melakukan serangan psaikologi kepada PAS, PAN kitar semula provokasi pengganas dengan jenama baru, IS sesudah mereka kitar semula isu Memali, Al Maunah dan terbaru isu Syiahnya TGHH.

      Kesemua isu yang dibangkitkan PAN tidak langsung ditujukan kepada mengambil kesempatan kemelut yang berlaku dalam Umno malah PAN langsung tak mahu ganggu Umno sebaliknya PAN terus menerus mengusik dan menghogeh PAS.

      Ini membawa kita kepada tanda aras kepada tujuan sebenar kelahiran PAN ia itu bukan nak lawan Umno tetapi nak lawan PAS, bukan saja nak lawan dalam pilihanraya tetapi nak hapuskan terus PAS dari persada politik tanahair.Walaubagaimanpun , suka juga bertanya kepada mereka, tak terliur ker dengan keadaan nazak Umno ni? tak teringin ker nak hapuskan Umno yang akan membawa PAN ke Putra Jaya?

      kalau rasa nak, maka kerja kerja kitar semula bahan provokasi Umno tu kena tinggalkan sebaliknya tumpu kepada sokongan menangguk di air keruh kepada Muhyiddin.Rasanya itu antara option yang ada kepada PAN untuk ke PutraJaya sebab PAN tak boleh berangan dengan laluan yang akan diberikan PAS dan PAN seharusnya sudah nampak sekarang, PAS sudah lama berstrategi untuk menghapuskan Umno.Selama ini sikap dan pandangan TGHH merupakan strategi yang tidak bolih dihadamkan oleh ahli ahli dan penyokong PAN.

      "

      Delete
  9. Ini menggambarkan orang tak suka pada Njib dan Hadi serta Haron .apa punya otak omak aku dan kawan2 sekomen dengan kau.bodoh tak perlu di ajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aloooooooooooooooooo PAS sokong umno itu fitnah.

      Yg Benar, PAN Imayam balaci DAP

      Delete
  10. Aku rasa PAN Imayam tak payah komen la pasal TSMY. Dia pemimpin yg amat tinggi nilai perjuangannya. Takkan nak banding dengan President PAN Imayam yg Selfie dgn Amoy tu. Ibarat TSMY tu macam mahligai indah permata rakyat manakala PAN Imayam hanyalah loji kumbahan najis.

    Kalau golongan Pro Syiah Pro DAP try pi sesi TSMY tu, aku rasa hadirin dengan pantas akan menghalau mereka. Buat rosak imej berkawan dgn PAN Imayam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aloooooooo PAN Imayam, korang tak sebat belakang korang dgn cemati kaaaaa waktu hari Asyura.

      Syiah sambil buat tu sebut Yaaa Husin Yaaa Husin
      PAN Imayam sambil buat tu sebut Yaaaaa Abuya Sifoo Stalin Penang.

      Delete
  11. Samada DS Najib undur atau jadi ketua pembangkang selepas PRU 14 nanti. Itu sahaja pilihan yg ada.

    Ini suara akar umbi.
    Tak percaya....tunggu.

    ReplyDelete
  12. Sudahla...omakkau!
    Kau dh jd penjilat telo ah jib skrg...
    Bnyk masyuk ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sponsor omak adalah umno dan pas, double barrel...macai + walaun = malaun

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...