Wednesday 18 March 2015

ADA AHLI UMNO BERSIFAT MUSANG BERBULU AYAM AKUI AHLI PARLIMEN UMNO/BN.



Sudah sampai masanya Presiden parti sekali lagi menegur ahli UMNO agar bersatu sekiranya mahu mengharungi cabaran mendatang.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz berkata, bukan sekadar dalam menghadapi pilihan raya malah untuk mengisi kemajuan negara.

“Isu yang seringkali kita dengar kononnya orang Melayu tidak bersatu… orang Melayu harus sedar dan faham sekiranya tidak bersatu maka kita akan kalah.

“Sekiranya ini terjadi maka sudah terlambat untuk kita bersatu,” tambah beliau.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Konvensyen UMNO Kedah 2015 baru-baru ini, bahawa UMNO tidak akan berjaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sekiranya anggota parti itu bersengketa dan berpecah-belah.

Othman seterusnya mengingatkan, “Jangan ‘ada musang berbulu ayam’ di dalam parti sekiranya mahu melihat UMNO terus menjadi tonggak negara ini.”

“Bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat. Pepatah ini perlu dilihat akan kebenarannya. Kita tidak ada jalan lain selain daripada bersatu dalam erti kata sebenar,” dalam temu bual ekslusif bersama UMNO-Online.

Tambahnya lagi, semua fakta menunjukkan bahawa UMNO sebenarnya sedang dihimpit dan jika tidak berjaga-jaga maka berkemungkinan PRU ke-14 bakal menjadi pilihan raya terakhir Barisan Nasional (BN) memerintah.

“Adakah perlu sudah terantuk baru terngadah… kita kena ingat betapa pentingnya bersatu. Cogan kata UMNO ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ itu sendiri jelas menunjukkan betapa pentingnya bersatu.

“Maka dalam perjuangan kita itu perlu ada keikhlasan, parti di hadapan. Mungkin kita hadapi pelbagai rintangan tetapi ini adalah perkara biasa…kita harus duduk sebaris dan ikut ketua demi memastikan UMNO terus kukuh dan relevan,” kata Othman yang merupakan pengarah konvensyen tersebut.

13 comments:

  1. Kalau ahli2 UMNO bersatupadu tapi berterusan akur pada pemimpin yang terus menghimpit kehidupan rakyat takkan menang juga pilihanraya. Kena lah tunjuk kepimpinan yang bermutu tinggi. Tukar je la. Takkan tak faham2 lagi keluhan rakyat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamu mahu tukar dengan siapa ? dengan gerombolan bangsa yg sifatnya menumpang tetapi perilakunya tak ubah seperti "belanda dapat tanah" .. atau golongan yg taasub hatta kepada seorang yg telah disabitkan pada jenayah liwat ( kesukaan kaum Nabi Luth a.s ) ..atau jemaah yg banyak ahlinya tetapi sering berjual beli ilmu yg ada di dalam dadanya .. lihatlah kamu kolompok ini sangat disukai oleh NGO2 yg sesat lagi menyesatkan .."redhanya" mereka hingga sanggup dibuat union yg diberi nama "COMANGO" .. penganut syiah juga lebih suka menyertai kelompok ini dari menyerap masuk kedlm kerajaan yg berkuasa pada waktu ini ..ini adalah fakta .. bukan auta

      Delete
  2. Babi berbulu ayam

    ReplyDelete
  3. Tapi ramai lagi gang pembodek cap lilin mengaku reformist. Adam Adli Dan manjeet singh, Nasib mereka tidak dipedulikan oleh Segam-Boot.

    Ada tak janda pantai KL tu sebut, ada 2 rakan kits masih ditahan. Mesti DLM hati dia kata cakap " mampuihhh hang laaaa budak Adli dgn member Bengali hang." " janji aku lepas". Kata janda Anak orang nepotism tuuuu

    ReplyDelete
  4. jenis makhluk golongan umgok ni dah sedap bertahun2 bermaharajalela bersultan dimata beraja dihati buat sesuka hati menindas rakyat utk kepentingan peribadi dan memastikan mereka terus berkuasa... kena buang terus golongan ini.. dah tak boleh nak baiki... bunag terus dlm longkang...ada pemimpin pun jenih tak cerdik... hancur negara...rakyat sengsara...duit minyak habis...duit kepala sawit langsai.. duit getah licau... duit cukai hanchus... duit hasil galian lesap... tapi tembolok makhluk2 ini masing2 kembung dgn duit haram yg mereka kebas... dah tak boleh ubah dah... nunggu maut jer nanti ... kita pakat2 buang terus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas tu nak tutup kesalahan sendiri depa cari kesalahan orang lain. Di canang se kuat2 nya.Politik kampung zaman silam di zaman moden. Jgn le perbodohkan Melayu lagi. Cuba lah berubah sikit. Utamakan le rakyat. Ikut nafsu nak kayakan diri memanglah takkan puas. Ingat le bangsa sikit. Ikut jalan ugama le.

      Delete
  5. Kerja rasuah macam mana nak bersatu. boleh cukup ke duit.

    ReplyDelete
  6. Be End akan kalah teruk dalam PRU akan datang kerana rakyat sudah bosan dengan pelbagai skandal speperti GST, 1MalaysiaDahBankrap, jet mewah, dandan rambut RM1200, cincin gelang dan rantai, dakwat PRU ajaib yang mudah luntur, MH370, MH17, pelbagai cukai dan tol yang memiskinkan rakyat, salah-guna kuasa, rasuah, skandal lot tanah , Skandal Scorpene, Skandal PKFZ, main golf semasa rakyat dilanda banjir yang teruk, Skandal lembu RM250 juta, Skandal penggunaan wang zakat dll.

    Macai-macai Be End perlulah bertaubat kerana mereka selalu membela kemungkaran dan mengutuk dan menfitnah kebaikan. Mereka sibuk menfitnah PR semasa bos mereka melarikan wang ke Pulau Cayman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari pada anwar berbasikal di new zealand semasa banjir dulu najib dah tengok rakyat dulu di pahang sebelum berangkat ke amerika ia. kemudia balik lebih cepat dari anwar selepas tahu keadaan banjir lebih buruk.
      Apa alasan anwar ,new zealand dengan amerika mana lagi jauh?
      alasan anwar tak tiket pada dia boleh balik bila jika dia ada duit dan anwar boleh turun di mana negara jiran dan kemudia sambung penebangan ke malaysia.
      Lagi dandanan rambut ia rosma tak jadi buat di rumah sebab mahal ia, macam mana ada murah ia kalau panggi mak amdam datang ke rumah pun makan ribu di K.L ini
      mh 370 anwar cakap boleh selesai masa satu saat nak kumpul seluruh negara untuk cari pun dah makan semingguh ini akan cari mh370 makan satu saat.
      Cuba baca Skandal Scorpene mensabah diakal ke altantuya jadi jurucakap dcns perancis itu dia bukan syarikat cikai dia penah menjual peralatan seluruh dunia tak kan syarikat dcns tak tahu berbahasa inggris itu, cuba kau cari youtube itu dcns itu ia mereka manpu berbahasa inggris dengan baik
      mana ada skandal pengunaan zakat ia suruh bagi bukti tak boleh bagi, yg aku tahu skandal pkr bagi idea bagi zakat pada bukan islam mengakui ia, cari je bukti apa peminpin pkr cakap bagi zakat pada bukan islam ia

      Delete
    2. Sepatutnya PM dan menteri-menteri berada di dalam negara semasa negara dilanda banjir bukan main golf atau melancong dll di luar negara ! Anwar Ibrahim bukan ketua kerajaan maka dia tidak mempunyai kuasa untuk mengerahkan ATM dll dan menggunakan semua jentera kerajaan membantu membantu mangsa banjir.

      Rosmah merungut terpaksa bayar RM1,200 dandan rambut. Sumber: themalaysianinsider.com 23/2/15

      Siapakah yang bertanggung-jawab menangani kehilangan MH370....Anwar atau Najib? Jangan salahkan Anwar untuk menutup kelemahan kerajaan !

      Mengapa Shaariibuugiin Altantuyaa dibunuh sedangkan dua aggota polis yang didakwa membunuhnya tidak mengenali Altantuyaa? Apakah motif pembunuhanya?

      Percubaan macai-macai Be End untuk mempertahankan kelemahan atau penyelewengan Be End adalah seperti percubaan menegakkan benang basah !

      Mengapa wang zakat RM63,500.00 tidak diberikan kepada lapan golongan yang layak ?

      Delete
    3. Klu harga ikan naik pun mereka akan salahkan anwar..begitu lah yg ada dlm otak macai2 BeEnd...tahap pemikiran yg che det kata.

      Delete
  7. pada PRU yg lepas kaum bumiputra dari semenanjung dan sabah sarawak hampir 78% telah memilih parti yg berasaskan kaum ...UMNO dan lain2 disabah dan sarawak .. sedang hampir 80% atau lebih dari sekalian bangsa yg sifatnya menumpang dengan dibantu minoriti dari kaum bumiputra "bersatu" untuk merebut peluang untuk menjadi pemerintah yg baru ... UMNO memenangi 80 kerusi parlimen dan DUN dari 222 kerusi yg disediakan untuk DUN dan Parlimen .. bumiputra yg bersifat minoriti terlalu sombong dan bodoh masih berbangga dengan 52% undi popular walaupun mengetahui undi popular yg diperolehi itu majoritinya adalah dari sifat perkauman sekalian bangsa yg menumpang itu ... untuk memburukkan penganut islam didlm kelompok bangsa yg menumpang itu tidak sampai 10% ... maka bertempiklah kaum bumiputra itu "kami bukan rasist" .. sedang kaum yg menumpang itu terus "membuai" si minoriti dengan kata2 yg lunak ..supaya mereka kekal dengan kebodohan mereka

    ReplyDelete
  8. MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888












    MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...