Monday, 9 March 2015
AZMIN UMUM PERJANJIAN AIR PUTRAJAYA-SELANGOR TAMAT TANPA DIRUJUK KE MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR TERLEBIH DAHULU?????
Sudah mula kedengaran mengenai pengumuman yang dibuat oleh Dato' Menteri Besar Selangor mengenai penamatan perjanjian air Putrajaya- Selangor tidak mengikut semangat keputusan bersama secara kolektif kalangan para Exco Kerajaan Selangor yang sepatutnya dibawa ke majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor untuk dibincang dan diperhalusi sebelum membuat apa-apa jua keputusan dan pengumumkan.
Menamatkan perjanjian dengan kerajaan pusat apa jua bentuk perjanjian adalah suatu keputusan yang besar dan perdana. Perlu amat kesemua Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan negeri dijemput dan dipelawa untuk dibawa berbincang bagi mendapat suatu keputusan yang kolektif sejajar dengan semangat kerajaan berjiwa rakyat terutamanya jika iannya kerajaan Pakatan Rakyat yang cukup ambil berat dan serius tentang pemuafakatan sebelum hebahkan keputusan penting yang menyentuh kepentingan negeri dan rakyat.
Sudah puas juga Omak Kau membuat semakan untuk memastikan bahawa Azmin Ali ada membuat kenyataan yang berbunyi dan berbau betapa keputusan penamatan perjanjian air Putrajaya-Selangor adalah keputusan bersama dan kolektif selepas dibawa berbincang dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, namun tidak berjumpa.
Jika benar runggutan rakyat akar umbi ini maka ianya akan memberikan suatu gambaran betapa pentadbiran dan pemerintahan YAB Tuan Hj Mohamed Azmin bin Ali adalah pemerintahan diktator kuku besi. Buat keputusan perdana secara solo dan bersendirian.
Harap-harap Omak Kau khilaf dalam ketukan hati ini .. sebab itu perlunya suatu respon yang jelas dan menyakinkan dari Kerajaan Negeri Selangor demi pencerahan dan kebenaran.
Demi keadilan dan kebenaran maka Omak Kau perturunkan apa yang dihebahkan oleh Media Selangor Ku mengenai isu ni:-
Perjanjian induk penstrukturan air Selangor antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat yang berakhir hari ini tidak akan dilanjutkan selepas penangguhan kali kedua.
Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Pusat ‘melanggar terma’ perjanjian ditandatangani September 2014 menyebabkan Kerajaan Negeri tidak mempunyai pilihan.
Apabila saya menjadi Menteri Besar pada September tahun lalu, saya bersedia untuk meneruskan perjanjian, tetapi Kerajaan Persekutuan gagal memenuhinya bahkan meminta lanjutan tempoh.
“Apa pilihan yang kita ada? Saya mahu melihat syarat baru yang mereka ingin bincangkan dengan Kerajaan Negeri,” kata Mohamed Azmin di Lobi Parlimen.
Katanya, perkara sama turut berlaku pada Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) yang dibatalkan.
“Begitu juga dengan projek Kidex, selepas kita batalkan, baru Menteri Pengangkutan datang untuk berbincang berkenaan pelan pengangkutan awam,” katanya.
Kerajaan Selangor sebelum ini memberikan lanjutan tempoh sebanyak dua kali bermula Januari lalu.
Pada 12 September 2014, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor memeterai Perjanjian Utama bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air.
Dengan termeterainya perjanjian utama itu, Air Selangor Sdn Bhd (ASSB), sebuah entiti baharu akan mengambil alih operasi dan penyelenggaraan loji rawatan serta perkhidmatan pembekalan air yang sebelum ini dilakukan empat syarikat konsesi... SelangorKu
Keputusan itu dilihat bakal menjejaskan hasrat pusat untuk membina pusat rawatan air Langat 2.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
berhati hati jika hendak membuat perjanjian dgn puak umno bn sebab mereka ini perangai macam puak yahudi silap haribulan kita balik yg rugi.Waspada ada agenda yg tersembunyi disebalik perjanjian air langat 2.Yg hanya akan menguntungka kroni umno jadi kaya raya rakyat akan terseksa dgn harga air yg mahal.
ReplyDeletejawapan mudah je sumbah mulut azmin dengan wang sama berlaku dengan projek Kidex nak batalkan selepas sumbat mulut dengan wang diam azmin itu kemudia projek itu berjalan sama dengan projek datu di jalan jelatik sumbat dengan wang diam dia, beranikah azmin lantik juruaudit awan dan dedah kan pasti azmin tak berani dua2 projek itu
DeleteJika projek bekalan air tak untung azmin sebab azmin bising
Sape yg terang2 sokong yahudi ....bkan abg non ke....
DeleteApa pulak!!!!!! Dis Dah bodek royal dekat Abang non. Kau kena faham Anuar tu dictator ala Korea utara. Tak caya Tanya jijah kipas satay kajang
ReplyDeleteApa pulak!!!!!! Dia Dah bodek royal dekat Abang non. Kau kena faham Anuar tu dictator ala Korea utara. Tak caya Tanya jijah kipas satay kajang
DeletePatutnya yg ditukar lbh baik...tp terblk...
ReplyDeleteMAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888
ReplyDeleteMAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888