KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Monday, 9 March 2015

Berita Gembira Yang Di Tunggu-Tunggu Mak Cik- Mak Cik FELDA ..... Harga Gas Petroleum Cecair (LPG) Akan Naik.



Harga baharu gas petroleum cecair (LPG) mungkin akan diumumkan pada mesyuarat Majlis Ekonomi Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata, beliau akan membentangkan cadangan kementeriannya berhubung perkara itu pada mesyuarat itu.

Satu kenyataan rasmi mengenainya akan dikeluarkan jika harga baharu itu mendapat persetujuan mesyuarat berkenaan.

Pada masa ini, kerajaan menetapkan harga LPG pada kadar RM26.60 bagi tong 14 kilogram.

“Sebenarnya kita sudah mengadakan perjumpaan dengan mereka yang berkepentingan dalam industri LPG ini. Sudah dua tiga kali kita bermesyuarat tetapi belum ada kata putus mengenai harga baharu LPG kerana ada beberapa masalah teknikal dan juga kerana mengambil (pendekatan) kepentingan rakyat didahulukan.

“Kita akui bahawa sejak 16 tahun yang lalu harga LPG ini tidak pernah dikaji. Berikutan itu, kita mengambil pendekatan mengadakan rundigan baru-baru ini untuk mencari jalan supaya industri LPG ini akan terus berkembang,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Koperasi Harapan Baru Kuala Pilah Bhd.

Mengulas lanjut, Hasan berkata, harga baharu LPG ini akan turut mengambil kira jumlah subsidi diberikan kerajaan, cadangan orang ramai serta kepentingan rakyat.

Ditanya sama ada harga baharu LPG ini lebih rendah atau tinggi daripada harga sekarang, beliau berkata ia bergantung dengan keputusan mesyuarat tersebut.

“Kalau kita sudah buat keputusan pada mesyuarat petang esok (Isnin) maka kita akan umumkan harga baharu LPG ini,” katanya.

11 comments:

  1. Selagi ada bulan dan bintang najib akan memperjuangkan nasib rakyat....bulan depan dapat GST pula..terima kasih banyak2 PM 1M.

    ReplyDelete
  2. Seluar dalam omakkau 3x ganda lg mahal dr tong gas

    ReplyDelete
  3. Org Terangganu ni banyak yang berada, bukan nak puji pula tapi itulah hakikatnya, kerana selain dp BR1M kami juga menerima 'wang ikhsan petrolium' kira2 banyak lagi dp BR1M. Setakat naik siikit2 tak kisah sangat. Taklah macan puak2 sana naik 60 sen pun hebuh satu dunia. Yang peleknya fresh orange 6RM boleh pula setiap hari.

    ReplyDelete
  4. Bestnye harga gas nak naik. Syukuur!!!. Depa suruh kita buat begitu. Jom le kita buat. Terima kasih bebanyak le ye Kerajaan. Hampa memang the best!!

    ReplyDelete
  5. Shukur Alhamdullah, tap payah susah2 pergi masuk hutan cari kayu api untuk memasak macan mak/pak kita dulu, pusing suiz saja api sudah ada. bestnya.
    Kalau Allah tarik balik nikmat ini kena kita cari kayu api sendirilah untuk memasak.

    ReplyDelete
  6. 16 tahun harga gas lpg tak naik?, ni menteri ni dari negara mana.. yang naik Manjang 1,2 ringgit selama ni natang mende tu.. kenapa lah di zaman aku ini ramai umno lahirkan menteri 2 asal cakap je mesti bodo..

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Menteri haramjadah namanya.dahlah bodo menyusahkan orang.kecik kecik taknak mampoos

    ReplyDelete
  10. Menteri kata harga tak.yg kena bayar kpd pembekal naik rm1 drpd biasa bulan apa menatang tu. . pembekal dtg dgn harga 26.50 harga kawalan 26.60 . 10 sen je untung. Kalau mcm ni baik tak payah jual. Mana perginya kempen turunkan harga walhasil dok tang tu jugak.

    ReplyDelete
  11. MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888





    MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888

    ReplyDelete