Thursday 19 March 2015

ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH II ... KETUA PEMUDA PAS TEMPELAK PEMUDA DAP SEBAGAI TIDAK MATANG DAN BERTINDAK TERBURU-BURU.




Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat berkata, Pemuda DAP seharusnya bertindak matang dan tidak terburu-buru dalam membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan mendakwa masalah yang berlaku sekarang hanya lumrah dalam berpolitik.

“Perbezaan dalam politik adalah lumrah. Masalah dalam politik adalah perkara biasa,” katanya bagi menjawab ugutan Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong untuk mengkaji semula kerjasama dengan Dewan Pemuda PAS ekoran tidak puas hati dengan pembentangan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015).

Pembentangan kanun jenayah itu dibuat oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob semalam dan dijangka diluluskan hari ini.

Kata Suhaizan, perbezaan pendapat yang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) hanyalah 10 peratus namun 90 peratus lagi adalah perjuangan bersama.

Tambah beliau, Pemuda DAP tidak seharusnya menjadikan Hudud sebagai alasan untuk mereka bertindak membuat ugutan kepada PAS kerana tindakan sedemikian boleh mengeruhkan lagi keadaan sebaliknya mereka perlu bertidak menyuburkan perbezaan pendapat yang berlaku.

“Berulang kali kita telah sebutkan kanun Jenayah Syariah II yang kita bentangkan adalah perjuangan PAS. Ia bukan dipersetujui oleh PR. Maka PAS perlu teruskan walaupun bersendirian.

“Tiada ruginya parti rakan dalam PR bersetuju kerana seperti yang PAS janjikan perlaksanaannya di bawah mahkamah Syariah. Non muslim langsung tidak terlibat,” jelasnya.

Sehubungan dengan itu, Pemuda PAS yakin bahawa keputusan yang akan dibuat pemuda DAP berhubung isu yang berbangkit adalah keputusan yang matang, katanya ketika menjawab soalan sama ada Pemuda PAS bersedia untuk berpisah jika DAP bertegas untuk berbuat demikian.

“Saya yakin DAPSY (Pemuda DAP) matang dalam membuat keputusan,” akhirnya.

Sebelum ini, Pemuda DAP membidas sikap PAS yang membelakangkan semangat dan setiakawan dalam PR apabila tetap berdegil mahu hudud dilaksanakan di Kelantan, sehingga ingin mengkaji semula kerjasama dengan Pemuda PAS.

Malah mereka mendakwa, pembentangan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di sidang DUN Kelantan semalam adalah permainan politik semata-mata, bukannya untuk keperluan dan kepentingan rakyat mahupun penekanan ajaran Islam yang bijak serta syumul.

24 comments:

  1. Kanun Jenayah Syariah II hanya untuk orang Islam sahaja, yang GERAKAN, MCA & DAP bantah apa hal..?
    Kanun Jenayah Syariah II hanya untuk orang Islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab hudud pas tak adil...
      sebab org kafir dikecualikan...
      mana keadilan ??

      Delete
  2. Aku pun pelik dgn penyokong Bengali kiok sondol jubur Lori ni. Ni takde kena mengena dgn u all lah

    ReplyDelete
  3. Kat kelantan ramai cina ke?..apa lu org takut

    ReplyDelete
  4. Musnahlah harapan org kafir utk bertapak di kelantan..itu yg meroyan tu..

    ReplyDelete
  5. Maka bertempiaran lah lari keluar para kafirun dari kelantan krn takutkan hudud....syabas pas...

    ReplyDelete
  6. mmg cina tak banyak tp penyokong cina dap banyak spt macai pkr, pasmacha, jebon. depa ni pun tak suka hudud.........tu yg hari2 pong pang2 dok tulis kutuk tghh..............depa kata bantu mangsa banjir lebih utama dari hudud, jaga hati & perasaan cina dap lebih penting dpd melaksanakan hudud. kalau taka caya tanya tok shekh pasmacha Kota Bharu Wan Rahim, Dr Hatta, Mat Sabu, Hanipa Maidin (Dia ni pelingkup RMjuta2 duit Kohilal), dan blogger2 seagkatan greenboc, alhusyeen, tulang besi dan ramai lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku nak tengok bagaimana rupa greenboc ni? Kerjanya siang malam asyik nak kutuk PAS aje. Dia aku suspek makan duit DAP sebagai red bean army. Greenboc, al-hussein, malaysian waves sama je MO depa. Bila kita nak komen sume kene reject. Dah buat kerja fitnah adu domba bantai saudara seISLAM tau pulak takut. Kalau berani bukalah ruangan komen untuk SEMUA. Aku tengah nak asah lidah ni. Aku nak bagi depa sume ni cukup2.

      Delete
  7. Dibawah hukum allah. Menjadi kafir 100 kali lebih baik dari jadi muslim. Atas duniia kena seksa, akhirat nanti dilempar dlm neraka.itulah habuan bergelar muslim. Apa yg manisnya islam.

    ReplyDelete
  8. Jangan percaya lagi pada PAS FOR ALL. Orang kapir Sabah Sarawak dan Semenanjong jangan berniat untuk tukar agama asal kepada agama islam. Kamu akan dipaksa potong zakar, jika disabitkan kesalahan mencuri tangan kamu akan dipotong. Jika kamu murtad leher kamu akan dipenggal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga hidayah Allahswt datang kepadamu wahai sahabat ... tahukah kamu dibelanda adanya seorang ahli politik yg berhaluan kanan yg sangat menentang pada agama islam .. demi bencinya kepada agama ini lalu ..dia mengambil inisiatif untuk "mengambil tahu" akan isinya Alquran untuk dijadikan senjata sebagai memerangi..memfitnah..mengadu domba supaya tiada lagi seorang yg kafir "mengucap dua kalimah syahadah" .. akhirnya dia memeluk agama yg benar ini .. dia masih lagi seorang ahli parlimen belanda ..dan tahukah kamu di eropah dan USA .. islam menjadi agama paling ramai statistiknya penganut baru(bukan syiah). manisnya islam ? pandang cermin kemudian tanyakan pada "org" yg didlm cermin itu .. siapa tuhan kamu .. apa agama kamu .. siapa imam (Nabi ) kamu .. siapa saudara kamu .. apa kitab kamu .. cari jawapannya .. dlm pencarian inilah kamu akan dapat "manisnya" islam ?..

      Delete
    2. Kat eropah tu takde hukum allah lagi.. Kalau ada statistik tu akan turun mendadak. Takda sapa yang waras nak humban diri mereka dlm agama yg membinasakan. Potong tgn saudara seagama, humban mereka kepenjara sebat mereka mcm binatang kerana tak pakai tudung. Itulah islam. Manissss.

      Delete
    3. Anon 11:02 dan 11:50 klu ko org islam cepat2 lah mengucap kerana sudah menghina hukum Allah tetapi klu ko memang kafir lantak ko lah.

      Delete
    4. Lantak koranglah.. aku tak duduk kat kelanten. Selamat..

      Delete
  9. Soal kena potong zakar,potong tangan pencuri dan penggal leher orang murtad bukan salah PAS FOR ALL atau pemimpin PAS yang memandai mandai tapi itu adalah perintah Allah dan kalau ko tak puashati maka ko komplen pada Allah bro... jika ko anggap hukum tur tak masuk akal ...lagipun yang menganut Islam itu amat beruntung kerana mereka telah mendapat hidayah Allah serta cahaya Islam dan kebanyakan manusia yang lain mendapat hidayah setan yang memperdayakan mereka... Sumer undang undang Allah tur bukan untuk kebaikan PAS tapi untuk kebaikan manusia sejagat juga...kalau tak nak undang undang Allah ko ikut cara hidup setan yang akhirnya ko pula dihukum menurut hukum setan atau hukum jahiliah juga yang ko anggap masuk akal sepertimana kes dsai tur... ...dan dalam dunia ni mana ada benda hidup yang tiada peraturan hatta langit,bumi,tumbuhan,komputer,robot,mesin,kenderaan ,kesemuanya ada peraturan tersendiri yang perlu diikuti sepertimana kehendak manual masing masing yang telah ditetapkan oleh perekanya...Allah sebagai pencipta manusia telah menurunkan kitab suci Al Quraan sebagai manual kehidupan manusia di alam dunia dan untuk alam akhirat...hidup manusia bukan hanya setakat makan minum dan sex sahaja tetapi pengabdian dan patuh kepada pencipta.....dan satu perkara pelik atau terbalik koc kalau ada mengaku umat Islam tapi benci pada hukum Islam ibarat seorang pengemar capati yang benci pada tepung gandum heee

    ReplyDelete
  10. Wahai DAP. Anda kena faham pakatan tu maksudnya Pakatan le. Bukan maksudnya Pas masuk.DAP. Atau DAP masuk Pas. Lagi pun orang bukan Islam tak terlibat dengan Hudud le. Orang Islam nak memperaktikkan ugama di negara sendiri pun takkan tak boleh. Jangan susahkan benda yang senang la.

    ReplyDelete
  11. Jutaan manusia yang dibunuh atau kena potong tangan bukanlah kerana mereka dihukum menurut hukum Allah atau negara berkenaan PAS yang memerintah tetapi mereka dihukum menurut hukum rimba,hukum nafsu, hukum jahiliah dan hukum setan...hukum Allah telah wujud sebelum kelahiran nabi Muhammad dan para cerdik pandai eropah memeluk Islam kerana mereka melihat keindahan Islam termasuk hukum serta undang undangnya yang logik serta masuk akal. Dalam Islam pelaku yang salah tetap salah tidak kira saudara seagama,darah daging,kaum kerabat dsb kerana itulah asas keadilan dan spesis yang tidak suka pada undang undang ialah spesis yang suka melakukan kejahatan,kezaliman,kerosakan serta perosak keamanan dan spesis yang tidak suka pada Islam pula ialah spesis setan,iblis,manusia kufur,munafiq,zalim dan fasiq heee

    ReplyDelete
  12. (User Info | Send a Message)
    Kepada mereka yang menaja kempen ini terutama orang "ISLAM", aku ingin bertanya tahu kah kamu apa itu "HUDUD"? Kebanyakan mereka yang bahlul, bila di sebut "HUDUD" yang mereka nampak ada lah potong tangan. Bukan kah HUDUD itu bermakna had-had yang telah ALLAH tentu kan, ia nya termasuk keseluruhan ibadat yang mengikut sunnah sahaja, yang mengikut adat saperti mana yang di laku kan oleh orang "ISLAM" yang tak berilmu tidak termasuk dalam kategori HUDUD malah boleh menjadi syirik.
    Sebagai contoh solat lima waktu, ALLAH telah menetap kan raka'at nya. Kata kan hari ini hari minggu dan kamu agak "RAJIN" maka di tambah satu raka'at. Itu salah. Pada pengamatan tu, sebenar nya ramai dari kalangan orang ISLAM tidak melakukan solat sapertimana yang di sarankan oleh Rasulullah S.A.W.

    ReplyDelete
  13. Setuju dgn anon 12:16

    ReplyDelete
  14. Bila saya tengok org yg Bukan Beragama Islam cuba nak jadi juara dalam urusan orang Islam yg Allah Perintah, gua tarak heran punya, sebab Tuan Alla ( Allah Subhanahu Wataala) dalam quran dah kasi tahu sepertimana ayat dalam suroh ke 2 Al-Baqoroh : ayat 120..." Dan orang2 Yahudi dan Nasrani tidak akan rela ( tidak rela selama2nya) kepada mu ( Muhammad/orang islam) sebelum engkau mengikuti agama mereka ( fahaman mereka/kehendak mereka). Katakanlah sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang sebenarnya. Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu kebenaran sampai kepada mu, tidak ada akan bagimu pelindung dan penolong dari Allah.

    Jadi kepada mereka2 yg senada dan seirama dgn DAP, GERAKAN dan seumpamanya, tiada erti PAS nak bersengkokol dgn puak2 ni hatta di anugerahkan PUTRAJAYA SEKALI PUN. Adakah bila dpt Putrahaya depa2 tu akan izinkan pelaksanaan undang-undang Allah.....nahi...nahi...ayat 120 dah siap khabaq.

    ReplyDelete
  15. Potong zakar eh? Org yahudi pun berkhatan, ramai org lelaki caucasian yg berkhatan atas tujuan kebersihan..anon 11.02 banyakkan lah cari maklumat dulu.

    ReplyDelete
  16. dok cara pasal hudud pulak dah..... patutpun bising bangor....haru haru.....
    kita orang tak nak campur arr....pasal kita tak berapa reti la....cuma nak tanya sikit je....
    hudud ni wajib atas sape laksanakan....kalau wajib atas kerajaan yg memerintah.... tapi nape lak kerajaan umno/bn senyap je dlm isu ni....ke tak wajib atas diorang ?... patutnya umno /bn lah yg menjuarai dlm hal ni.... sebab dia keraajaan pusat ... ada kuasa penuh...... ni dak lak gitu , hanya pas je yg beriya2.....
    hairan aku ..... hairan tul la....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Jgn gaduh dgn daop. Dap banyak duit. Nanti siapa nak bagi duit pada pas.
      Tengok pasma. Mewah. Jgn gaduh dgn dap.

      Delete
  17. MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888












    MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...