Thursday, 5 March 2015

Haram Bina Monumen Peringatan MH370 Kata Datuk Mufti Wilayah Persekutuan



Hukum membina monumen peringatan adalah haram, kerana Islam menegah umatnya melakukan apa jua perbuatan dan amalan berunsur syirik dan menyerupai amalan jahiliah serta berlebih-lebihan dan membazir.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, Islam mengharamkan perbuatan membina, mengukir atau memahat apa jua bentuk patung, sama ada manusia atau haiwan untuk tujuan pemujaan, peringatan atau sebagainya.

“Tidak dinafikan, negara kita Malaysia telah mengalami banyak ujian dan kesengsaraan, seperti kemalangan MH370, MH17 dan banjir besar di Kelantan yang menjadi peristiwa hitam dan sejarah yang sukar dilupakan.

“Rentetan daripada peristiwa tersebut, mungkin sebagai memperingati, maka dicadangkan pembinaan monumen atau memorial.

“Sekiranya binaan tanda peringatan tersebut hanya mengandungi ukiran nama dan bentuk, selain daripada manusia dan haiwan, ia adalah diharuskan, selagi mana tidak berlaku pembaziran dan perbuatan-perbuatan yang boleh menjejaskan akidah, seperti unsur-unsur pemujaan dan amalan-amalan lain yang bertentangan dengan syarak,” katanya dipetik di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Jelas Zulkifli, perkara itu selaras keputusan Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 hingga 23 April 2009, yang telah membincangkan Hukum Pembinaan Monumen Peringatan Bagi Angkatan Tentera.

“Bagaimanapun, acara-acara seperti majlis peringatan, termasuk bacaan doa selamat, Yasin, tahlil dan sebagainya tidak boleh dilakukan di hadapan binaan peringatan tersebut dan hendaklah dilakukan di tempat berasingan, seperti masjid atau bangunan lain semasa meraikan hari perayaan yang berkaitan.

“Amalan atau perbuatan membina tugu telah diwarisi umat Islam daripada pihak penjajah. Amalan membina tanda peringatan, sekiranya dibiarkan tanpa kawalan dan panduan, akan berleluasa dan sukar dikawal pada masa akan datang.

“Satu garis panduan perlu disediakan, bagi memastikan hanya tanda peringatan yang tertentu sahaja dibenarkan, tanpa sebarang unsur-unsur pembaziran,” katanya.

5 comments:

  1. hamas pun bina monumen roket r160 dan m75 menunjuk kan kemenangan besar pada rakyat gaza menentang isreal dan akan menakut isreal jika dia serang lagi, aku lagi setuju bina monumen itu bukan untuk sembah tapi ingatan pada sejarah malaysia kisah m370 dan m17 bina kapal tebang lagi baik. Daripada pkr hanya tahu nyalakan lilin macam yahudi dan kristen Seoleh-oleh anwar itu dah mati ,yg aku orang suka nyalakan lilin untuk ingati orang yg lama telah pergi atau dah mati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya katiman dari surabaya kerja tki di malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu..saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang bapak tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Bila butuh angka togel ghaib yg sudah kami buktikan hubungi MBAH WITJAKSONO DI 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
      KLIK=> http://togelsingapu.blogspot.com

      Delete
  2. jangan ikut negara org bro.. hukum bukan boleh ikut ikut, negara kita, mula2 ok lah ikut nasihat, lps tu dah mcam2 di puja nya.. tugu negara tu satu hal.. kita suka ikut penjajah.. negara kita pulak kalau buat projek membazir, tugu 1msia pun main juta juta.. skrg dah hilang..

    ReplyDelete
  3. I say man.....macam mana nak buat nih? Menteli dah kawtim baik punya dgn kontraktor untuk dapat komisyen. Kalau jadi tentu boleh mark up harga, I help you you help me.....Rugilah kalau projek ini dibatalkan, bukannya sikit komisyen tu!!!

    ReplyDelete
  4. MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888





    MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...