Tuesday 10 March 2015

MERASAKAN DIRI JAUH KETINGGALAN DARI SEGI KEPIMPINAN BANDINGKAN DENGAN TUAN GURU ABDUL HADI AWANG, MAKA TUAN IBRAHIM TUAN MAN TOLAK PENCALONAN PAS KOTA BHARU SEBAGAI CALON ALTERNATIF JAWATAN PRESIDEN PAS.



Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini menolak pencalonan beliau sebagai calon alternatif kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang dibuat PAS Kota Baru semalam.

Bagaimanapun, Naib Presiden PAS itu menyifatkan pencalonan itu membuktikan kesuburan demokrasi dalam PAS, meskipun seringkali parti dipimpin Hadi itu diserang sebaliknya.

Menyifatkan pencalonan itu satu kejutan, beliau berkata: "Seperti yang saya katakan kepada para wartawan yang bertanyakan hal ini hari ini: 'Kalau Datuk Husam (Musa) berkata 10 kali beliau pun tidak padan lagi dibandingkan dengan Hadi, saya yang berketinggian lima kaki dua inci pun mungkin ketinggalan lebih 5.2 kali di belakang Hadi dari segi kepimpinan'."

Beliau berkata, dalam sejarah kepimpinan PAS, jawatan presiden tidak pernah dipertandingkan khususnya, di era kepimpinan ulama.

"Saya melihat alangkah manisnya jika kita yang mendokong kepimpinan ulama, seperti yang dinyatakan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, untuk terus mengekalkan budaya tersebut," katanya merujuk kepada Yang Dipertua PAS Kota Baru.

Tuan Ibrahim berkata, PAS mencapai zaman paling gemilangnya di bawah kepimpinan Hadi sementara di peringkat antarabangsa pula, Kesatuan Ulama Sedunia mengangkat beliau sebagai orang nombor dua.

"Setakat ini tiada siapa yang dapat dipadankan secara dekat dengan kepimpinan dan juga ketokohan Hadi di dalam PAS," katanya.

Beliau juga menegaskan, dalam PAS, jawatan bukan sesuatu yang menjadi rebutan sebagaimana dalam parti lain.

"Pertandingan berlaku hanyalah di atas sifat 'fastabiqul khairat' (berlumba melakukan kebaikan)," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada PAS kawasan Kota Baru atas kepercayaan yang diberi.

Namun katanya, beliau tidak dapat menerima pencalonan tersebut kerana beliau akan terus mendokong Hadi sebagai presiden PAS dan membantunya.

"Biarlah orang lain kata tak setuju dengan ayah kita, tapi jangan pula anak-anak kata begitu,” katanya sebagai tanda menghormati Hadi sebagai pemimpin nombor satu parti Islam itu.

22 comments:

  1. Yg ni Bagus bukan macam Abang Non River Bamboo. Memecat TSKI yg cekap untuk diganti dgn Bini tercinta. Romantic style yahudi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam ni la bagus. Bila dah dpt GST tak perlulah tanding jawatan. Itu tandanya syukur dengan hadiah GST yg diterima.

      Delete
  2. Nampak gaya TuLang Besi Malaysiawaves menipu lagi. APA boleh buat. Nepal cap change posing kat taman pwrmainan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nepal pun berterima kasih dpt GST hingga kaya raya.patutnya kita tiru nepal

      Delete
  3. akhlak ulamak....berbeza...cer banding dgn kenyataan dr hatta...berdegar2 lbh...tapi akhlak...menyedihkan...tiada hormat atau malu...selagi blh balun...balun demi matlamat dunia

    berbeza pendapat adat manusia...tapi islam dah ajar...kembali rujuk pd siapa? dap? pkr? lks? lge? anwar? hawaii 5-0? atau quran dan hadis...

    bawa dalil quran dan hadis...then baru blh kata ulamak bergerak tanpa berpandukan quran dan hadis...if not...jgn dok ikut akal dan nafsu semata2

    fastabiqul khoirat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. cer banding lak ngan umno.... lagi parah.....macam langit ngan bumi woo....
      dari serendah2 jawatan sampai setinggi2 nya.... berebut2.... hinggakan jawatan penghulu dan jkkk pun.....
      fastabiqul khoirat gak ke....

      Delete
  4. Susah sangat bagi je dekat keluarga anwar ada dapat kita tengok dia rebut2 Kerusi baling kerusi kita nak juga tengok belaku dalam pas juga keluarga anwar bagi jawatan pada keluarga anwar itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi la kat geng2 UG. Bole sama2 rembat.

      Delete
  5. Pasma ni mmg sah bihun sup lbh msg...igtkan berdegar2 adalah calon handal sblh sana...pak pandir betul ydp kb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia terlebih makan GST kot .....

      Delete
  6. Alasan-alasan mereka yang gagal,

    1. Soalan tahun 1997 senang, soalan sebelum itu susah. Jawapan: ambil semula SPM masih tak skor.

    2. Rezeki. Jawapan: benar hasil mencuri pun rezeki apatah lagi hasil rampas hak orang.

    3. Tuition: jawapan kami dulu harapkan tution sekolah dan prep di asrama je.

    4. Gred diturunkan: jawapan sama dengan nombor satu.

    5. Kami science stream ko sastera: jawapan: ye ke mana ko tahu? Sastera stream pun tak boleh skor ko tu gebang lebih.

    6. Akhlak orang pandai teruk: jawapan habis akhlak orang malas belajar, tak dengar cakap ibubapa dan guru baik sangat ke.

    7. Pandai on paper: jawapan kalau on paper pun gagal do you expect hands on nak cemerlang?

    8. Dulu aggregate sekarang jumlah A: look aku pun 6 aggregate ok. Jadi 5A < sekarang = > 10 aggregate dulu ok?

    Tak nak tegakkan benang yang basah.

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) biar bodo buat kerja bodo , pandai buat kerja pandai . Adil untuk semua heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bior ramai yg bodo. Senang amno nak bagi gula2

      Delete
    2. Ni apa cerita ni.
      Mak ko dulu spm brp? Bengap mcm ko tak?

      Delete
    3. Kembalikan degree kelas ke tiga anwar Ibrahim dlm bidang sastera Dan digantikan otomatik PhD.kahkah.

      Jugs kembali mahpuz srp kepada buruh

      Delete
    4. Salam 1rasuah,

      Bila jawatan tukang ajar diberi kepada orang tak cukup ajaran maka lahirlah sampah insan. Bayangkan mereka ini dulu kawan-kawan anda yang rendah intelek dan rendah akhlaknya tak dengar cakap guru dan ibu bapa tiba-tiba diberi degree di KU mana tah orang tak pernah dengar. Bila grad jadi beban kepada rakyat. Graduan pandai terpaksa berebut jawatan dengan mereka, pekerja am terpaksa diimport dari luar menambah jenayah. Jawatan mulia seperti guru diberi pula kepada penjenayah yang terkenal waktu di sekolah dulu tidak pernah naik pentas kecemerlangan dan rosak akhlak maka lahirlah sampah insan perogol kanak-kanak.

      KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) biar bodo buat kerja bodo , pandai buat kerja pandai adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

      Delete
    5. Kepandaian dan kercerdikan adalah satu perkara yang subjektif serta luas tafsirannya..sebagai contoh seorang yang ada PHD sekalipun belum tentu pandai dalam bidang bidang yang diceburi oleh golongan yang tidak cerdik...bodoh dan cerdik adalah satu sunnahtullah ke atas manusia dan ramai manusia sekalipun punya degree,dr dan prof pada hakikatnya adalah manusia yang bodoh juga bila mereka enggan menerima kebenaran dalam politik,agama dan ketuhanan walaupun otak secerdik Albert Einstein keh keh keh

      Delete
    6. pandai tapi jadi peliwat buat apa, pandai tapi tak tahu berfikir buat apa, pandai tapi suka tunjuk jubur buat apa, pandai tapi jadi macam saipul buat apa sampai 9kali jubur oleh anwar itu korang tak tahu saipul itu ada DEgree tapi senang kena jubur 9kali dengan anwar itu. Pandai tapi aidil buat hanya tahu merusuh je, kita lahirkan orang tahu berfikir dan tahu menilai buruk dan baiknya, dan tahu menilai kehidupan,

      Delete
  7. Alahai PAS, takut sangat nak berubah.

    Kalau Tuang Presideng tiada tiba2 macamana...???????.

    Adakah PAS akan tutup kedai sebab tiada siapa yang ada kebolehan.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukannya takut nak berubah, tapi geng pasMACHA yang nak take over ni sama haprak macam geng liberal PKR. Dicampur dengan geng2 syiah dan berbagai lagi. PKR sepatutnya berubah, tinggalkan perjuangan sekular dan kembali kepada perjuangan ISLAM. Mana2 ketua parti yang sayang sangat kat daPIGS dan menyokong murtad dan menentang HUDUD WAJIB dipancung dan dibuang seberapa segera!!!!!!

      Delete
  8. Sebenarnya hadi dlm proses menerima bala Dari Allah akibat kooborasinya dgn cina dap kapir laknatullah Dan pkr parti campuran anutan..

    Terimalah kejatuhanmu wahai hadi.

    Insyaallah imamiyah kami mat sabu akan mengetuai pas. Kami jemaah berdiri teguh diblkg mu wahai mat sabu demi perluasan kewilayahan jemaah ini.

    Segala pujian utk imam mat sabu serta ahlul bait ya Hussein.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekian timakasih.....
      komen dari musang berbulu ayam...
      atau kalau tak pun , batu api...
      awas kalian semua....

      Delete
  9. MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888





    MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...