Tuesday, 3 March 2015

RUPA-RUPANYA DOKTOR YANG MENGELUARKAN SURAT CUTI SAKIT KEPADA PELAJAR KERANA SAKIT CHICKEN CHOP ADALAH LULUSAN DARI UNIVERSITI YANG PERNAH MENGHADAPI KONTROVERSI TIDAK DIIKTIRAF MAJLIS PERUBATAN MALAYSIA (MMC)


Semalam menjadi viral mengenai satu surat sakit yang dikeluarkan oleh sebuah klinik di Sungai Buloh yang mencatatkan penyakit dihidapi pesakit ialah Chicken Chop.

Doktor yang memeriksa pelajar dan mengesahkan cuti sakit berikut adalah kelulusan doktor perubatan dari Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS).

Setelah dijalankan sedikit siasatan dapati Universiti ini pada tahun 2011 pernah menghadapi kontroversi sehingga ada ura-ura Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tidak mengiktiraf Ijazah Sarjana Perubatan dan Sarjana Pembedahan (MBBSP keluarannya.

Nampaknya penilaian dan ramalan pihak Majlis Perubatan Malaysia (MMC) akhirnya terbukti ada benarnya.

Demi berlaku adil diperturunkan artikel-artikel yang berkaitan untuk dibaca, fikir dan nilai.


CYBERJAYA 3 Jan.  Impian sebahagian daripada 236 pelajar perubatan kemasukan sesi 2010 Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS) untuk bergelar doktor mungkin berakhir sebagai mimpi ngeri apabila Ijazah Sarjana Perubatan dan Sarjana Pembedahan (MBBS) di kolej itu berdepan masalah tidak diiktiraf oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

Hakikat itu terpaksa ditelan oleh mereka setelah CUCMS menerima arahan daripada badan profesional pengamal perubatan itu pada 29 November lepas agar mengurangkan bilangan pelajar perubatan sesi tersebut kepada 150 sahaja.

Setakat ini, senarai nama 86 pelajar yang akan digugurkan tersebut masih belum diumumkan.

Presiden CUCMS, Prof. Datuk Dr. Abu Abdullah berkata, sekiranya arahan itu tidak diikuti, besar kemungkinan program ijazah perubatan CUCMS menghadapi masalah tidak diiktiraf oleh MMC malah Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Sekiranya arahan tersebut tidak diikuti, ijazah pelajar perubatan tahun kelima, keempat, ketiga dan kedua kolej ini turut berdepan dengan masalah tidak diiktiraf.

Bukan itu sahaja, pelajar-pelajar itu juga dikehendaki untuk mengambil semula peperiksaan MMC, katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberikan penjelasan kepada pelajar dan ibu bapa dalam sesi pertemuan mengenai masalah itu di kolej berkenaan, di sini hari ini.

Abu berkata, pihak kolej juga tidak akan dapat membuat pengambilan untuk kemasukan pelajar untuk sesi tahun hadapan atau untuk terus beroperasi sekiranya tidak mematuhi arahan tersebut.

Bagi mengelakkan perkara itu daripada berlaku, pihak kolej diarah untuk bertanggungjawab mengagihkan lebihan 86 pelajar itu nanti ke program lain atau ditukar ke institut pengajian tinggi swasta (IPTS) lain, katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, CUCMS menawarkan mereka yang terlibat dengan pilihan itu untuk menukar pengajian ke bidang farmasi, menangguh pengajian untuk mengurangkan jumlah pelajar atau berpindah ke universiti lain.

Mengulas lanjut mengenai masalah itu, Pengarah Urusan CUCMS, Dr. Mohamad Salmi Mohd. Sohod berkata, pihak pengurusan kolej akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas dianggotai pihak pengurusan kolej, pensyarah dan pelajar dalam masa terdekat untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Perbincangan dan langkah penyelesaian akan difikirkan pada kadar yang segera untuk mengatasi masalah ini secepat mungkin, katanya.

Beliau menambah rayuan juga akan dikemukakan kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi, MQA dan MMC sendiri kerana ia melibatkan masa depan para pelajar.

Mohamad Salmi memberitahu, 108 daripada jumlah pelajar itu mendapat biasiswa tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), 57 lagi di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan selebihnya dibiayai keluarga sendiri.

Sementara itu, ibu salah seorang pelajar yang ditemui pemberita, Zehan Azizan, 43, berkata, dia berharap pihak pengurusan kolej dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan kadar segera.

Saya berharap pihak pengurusan dapat melakukan sesuatu kerana ia melibatkan masa depan pelajar yang mengambil jurusan perubatan ini, katanya kesal.

Dia berkata, masalah tersebut tidak sepatutnya timbul pada anaknya yang mendapat tajaan JPA untuk memulakan sesi pengajian bagi semester kedua pada awal tahun ini.

Bagi Sharifah Mat Said, 54, pula, jalan penyelesaian terbaik perlu dicari di antara pihak pengurusan kolej dengan pihak-pihak berkenaan kerana ia melibatkan masa depan para pelajar.

Saya telah berhabis banyak duit untuk membiayai yuran pengajian anak saya tanpa sebarang tajaan. Memang rugi dan tidak adil untuk menukar ke bidang pengajian lain mahupun belajar di tempat lain,katanya.

Seorang pelajar, Sarah Adibah Abdul Mutalib, 19, pula berkata, dia berharap masalah itu akan diselesaikan dengan segera oleh pihak pengurusan kolej.

Saya serah semua hal kepada pihak pengurusan dan berharap tidak akan ditukar ke bidang pengajian lain atau pun ke mana-mana IPTS yang lain,katanya.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0104&sec=Kampus&pg=ka_01.htm



PUTRAJAYA 4 Jan. - Kementerian Pengajian Tinggi telah mengarahkan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS) memindahkan sebahagian pelajar perubatannya ke institusi pengajian tinggi (IPT) lain pada November lalu.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, arahan tersebut dibuat selepas Majlis Perubatan Malaysia (MMC) mengesan berlaku pelanggaran syarat oleh CUCMS.

"Kolej itu diberi kuota untuk mengambil 150 pelajar sahaja seperti ditetapkan MMC namun mereka tidak mematuhi arahan badan profesional tersebut.

"Pengambilan pelajar secara berlebihan akan menjejaskan kualiti kerana MMC yang akan menentukan tempat berasaskan kepada infrastruktur, fasiliti dan tenaga pengajar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jelas beliau, antara syarat ditetapkan MMC ialah nisbah seorang tenaga pengajar bagi lima pelajar yang bertujuan memastikan pelajar yang dihasilkan oleh CUCMS menepati kualiti dan standard ditetapkan.

Semalam, sebahagian daripada 236 pelajar perubatan kemasukan sesi 2010 CUCMS berhadapan masalah serius apabila Ijazah Sarjana Perubatan dan Pembedahan (MBBS) di kolej itu tidak diiktiraf oleh MMC.

Seramai 86 pelajar terpaksa digugurkan ekoran tindakan kolej tersebut mengambil pelajar perubatan melebihi kouta ditetapkan.

Mohamed Khaled menegaskan, jika CUCMS mahu mengambil lebih pelajar, mereka perlu membuat perubahan dengan menambah tenaga pengajar kerana KPT mementingkan kualiti.

"Siapa suruh dia (CUCMS) ambil lebih (pelajar), kenalah patuh peraturan kita dan badan profesional, bila sudah kena nasiblah, kita tak boleh bantu.

"Kita sudah bermesyuarat dengan dia November lalu dan sudah arahkan kalau hendak selamat, pindahkan pelajar perubatan itu ke universiti lain," katanya.

Mengulas mengenai kekesalan para ibu bapa kerana sudah mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk membiayai yuran pengajian anak mereka, beliau berkata, perkara itu perlu diselesaikan dengan pihak CUCMS.

Beliau berharap ibu bapa pelajar terlibat memahami ketegasan kerajaan dalam usaha memastikan pelajar yang dihasilkan oleh IPT tempatan benar-benar berkualiti

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kampus&pg=ka_02.htm

56 comments:

  1. Tak diktiraf satu hal takut ape yg dipelajari tak cukup utk rawat org satu hal lain pulak ...hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda kecik nak bagi besor ker?
      Tak ada isu lain?

      Delete
    2. NAMPAK BODOH BENAR OMAK KAU NIH. ISU LEBIHAN PENGAMBILAN PENUNTUT MEDIC DI CUCMS YG DINYATAKAN OLEH MMC TU ADALAH CERITA LAMA IAITU 2011 YANG LALU. sEKARANG DAH TAHUN 2015 DAN CUCMS JUGA TELAH DIAKUI SEBAGAI UNIVERSITI PRIVATE DALAM BIDANG PERUBATAN YANG TERNAMA DI MALAYSIA. KEBANYAKAN PENUNTUTNYA ADALAH TAJAAN MARA DAN JPA. CUCMS JUGA MENYEDIAKAN PELBAGAI USAHA BAGI MENGHASILKAN DOKTOR TERBAIK BERBANDING DOKTOR DARI UNIVERSITI LAIN.

      TERLETAK DI CYBERJAYA TAK JAUH DARI PUSAT PENTADBIRAN PUTRAJAYA. NAK TAU LEBIH LANJUT, DATANG SENDIRI DAN TENGOK. BUKAK LAMAN WEB CUCMS PUN ADA. USAHA SIKIT CARI MAKLUMAT SUPAYA BENDA YANG DITULIS TIDAK MENAMPAKKAN KEBODOHAN.

      LAIN KALI CARI MAKLUMAT TERBARU. JANGAN JADI KATAK BAWAH TEMPURUNG!!

      Delete
  2. Doktor juga sepatutnya TIDAK BOLEH menulis diagnois ataupun penyakit. Di MC patut hanya tulis pesakit tidak sihat untuk bertugas/sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko bukan doktor...ko tau ape?
      errrr....macam pakar aje benda yg tulis kad MC...selalu beli MC kot?

      Delete
  3. Yang silap tulis tu rasanya kerani klinik (mungkin sedang haid kut). Tak sah nak kecoh-kecoh. Isu iktiraf tak iktiraf mungkin dah selesai. Selalunya lebih kepada masalah procedure atau rules universiti saja.

    Yang saya risau ni setengah menteri dalam kerajaan tu tiba-tiba ada Phd. Masa bila dia belajor...alih-alih dapat pulak Ph.D. tengok gaja bercakap macam tak pergi sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dah iktiraf pun....majoriti budak2 medic kat situ tajaan MARA ngan JPA. Cuma Omak ko aje yg ketinggalan zaman.

      Delete
  4. He..he.. chicken chop ! "Doktorandus"(Dr gak.. sebab turun status jadi doktor teori sastera dari jurusan perubatan) niiih suka chicken chop kut ?

    Macem-macem... ada buku doktor simpan poket jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doktor umno kat kajang tu, maae!

      Delete
    2. Ko doktor apa maae?
      Doktor bawah jambatan?

      Delete
  5. Doktor tu bekerja di klinik ni & dia dah akui silapnya sbb tak check details sebelum sign sheet cuti tu...Tuan punya klinik ni (juga Doktor) dah pun call pesakit tu & dia dah minta maaf atas kesilapan pekerjanya.....pembetulan dah dibuat semlm....so tak payah lah admin nak besar kan hal ni....lain kali periksa terus kat tuan punya badan...jgn membuka aib kesilapan orang di blog anda....carilah bahan yg lebih berfaedah utk dikongsi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah Tiba Masa De Facto PKR Berundur. Tiada Alasan Lagi

      Keadaan De Facto yang terbaru seperti yang dilaporkan dalam media alternative sungguh menyedihkan

      Masaalahnya, sekiranya De Facto PKR menolak nasihat yang nepotism kejam maka beliau redha dgn nepotism dalam kerajaan BN yang dilawannya.

      Adakah itu sebenarnya maksud De Facto PKR?

      Tidak tahukan beliau sekiranya ada pertandingan, jawatan2 penting PKR akan diisi oleh mereka yang dipilih rakyat sekaligus menutup pintu nepotism dalam untuk campur tangan dalam parti?

      Adakah De Facto redha bila PKR menguasai semua DUN dan Parlimen namun tiada satu kerusi kerajaan pun dipenuhi bukan ahli dan rakan2 beliau?

      Adakah De Facto mahu terus menjadi corong pembesar suara Nepotism kerana yang takutkan nepotism hanyalah orang2 cerdik?

      Fakta sejarah jelas menunjukkan Nepotism kalah teruk dalam pemilihan parti.

      Sebagai contoh, di Malagasy, Parti Sosialis Malagasy mendapat kerusi yang jauh lebih banyak dari pemerintah bagi Majlis Perbandaran Malagasy City.

      Rata-rata National Malagasy Party kalah mencium bumi.

      Kenyataan2 De Facto yang mahu bini beliau jadi Embee Selangor pada tahun 2014 ini jelas melanggar keputusan rakyat marhaen Kebebasan yang mahukan Pakatan Rakyat diperkukuhkan.

      De Facto PKR harus memilih samada:

      1) Berhenti sabotaj Parti sendiri dan mula hadir setiap kali ada malapetaka seperti banjir besar, kemarau panjang dan wabak penyakit
      2) Lepaskan jawatan De Facto supaya keputusan ahli bawahan tidak lagi diremehkan seperti sekarang

      Jangan jadi kuih talam

      Jangan mungkir janji.

      Jangan malukan parti

      TULANG BADAK
      Murtabak Waves

      Delete
    2. Lu lain yang ditulis kt blog lain pula lu komen lu terlebeh makan buah malagasy ka? Bsdigol punya mamat.

      Delete
    3. terlebih makan murtabak...

      Delete
    4. TULANG BADAK
      Murtabak Waves
      Keturunan anjing kuat makan tulang babi.

      Delete
    5. Kesian Mak ayah anon 14:53, dapat Anak yg bahasa kurang budiman

      Delete
    6. 14.58..aku sokong pendapat ko. Sebenarnya tulang badak tu bukan keturunan anjing. Dia keturunan babi. Tak kan ko tak tau?

      Delete
  6. hal ni libatkan wang pesakit...bukan free..aib lain cerita

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu nak free jumpa raja bomo amno la..

      Delete
  7. Yang ada kedoktoran dalam KERAjaan pon hampeh jugak. Buat polisi dan dasar cam taik...meyusahkan rakyat jee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu ko rasa menyusahkan, tak payah jumpa doktor. Jumpa bapakkk ko aje

      Delete
  8. rocky the great brown unused dick says: ini sume salah anak2 Anwar Ibrahim termasok Pakcik Azman sang sekuriti tuh; ade ke doctor macam ni buleh sain MC? cam mana lak dengan menteri2 yg ada "Dr"? pegawai2 tinggi kerajaan yang ada "Dr"; dapat guna duet rakyat tapi bila sambung balik perkhidmatan sekadar nak buat naek gaji tapi output setaraf bangla taboley verra..

    ReplyDelete
  9. Paling glamour lulusan Homeopati dan perubatan alternatif. Boleh letak Professor Dr lagi... apa KERAjaaan buat ?. Orang ramai selalu tertipu dengan gelaran-gelaran ini.

    ReplyDelete
  10. Inilah sistem pendidikian diMalaysia tiada keseragaman didalam mengambil keputusan kerana adanya individu yang tidak memikirkan menggunakan pemakaian kesempurnaan otak untuk menentu keputusan sebelum pilehan dibuat.

    ReplyDelete
  11. Salam.omak kau..anda tidak adil memberi persepsi seakan2 dr itu tidak layak.anda pasti ke dr tu tidak layak.memg dia lulusan cucms..tp kolej tu yg bermaslah..bkn pelajarnya.da berkemungkinan pelajar tu bkn dr batch yg terlibat.dia sudah dpt no pendftran mmc pun.kamu tunjuk bukti surat khabar tuk ape..untuk keadilan ke...tp sbnrnye apa yg sy rs..kamu cume nk merendahkan org lain.nk timbulkan persepsi.sudah2lah tu ... bnd ni pon da setel. Pasal cucms tu pun da lama..da basi..baru hrni kamu nk sibuk.

    ReplyDelete
  12. Ini sistem pendidikan kepala otak karat dan beku bodoh bangang dari kerajaan umno bn. Memang dasar puak umno bahalol hidup menyusahkan rakyat bila laa... nak mampos agaknya yee.

    ReplyDelete
  13. ARTICLE TER-LATEST DARI TULANG BADAK@ MURTABAK WAVES
    MONDAY, MARCH 2, 2015
    Mungkinkah Pihak Lilin Sendiri Yang Mahu Jatuhkan Haji Anuar?

    Siapakah yang sebenarnya mahu menggulingkan Haji Anuar?

    Gegak gempitajuak-juak reformist Jeff Ulu Yam menghalau orang dari parti sedangkan beliau sendiri hanya menjadi ahli PAS tahun 2000.

    Dia jadi warrior reformist pun atas hubungan rapat dengan biras.

    Jeff Ulu Uam pula belum lahir lagi waktu Tok Guru Nik Aziz meminta Dato Asri melepaskan jawatan Presiden (YDP Agung) secara terbuka dan dilaporkan oleh Berita Harian pada bulan Februari 1982.

    Tapi dia boleh membuat jangakaan PR akan berpecah.

    Tidak hairanlah Jesse Labu mengarahkkan beliau memberhentikan cirit birit mulut.

    Komen-komen grassroot di blog Omak Kau pula menjadi corong pembesar suara kepada reformist2 taraf bawah PKR ini seperti Jeff Ulu Yam dsbnya.

    Ia mungkin kerana gang lilin sendiri mahukan perpaduan PASMAcha-PKR menjadi realiti satu masa dulu.

    Namun, siapakah sebenarnya yang mahu menjatuhkan Haji Anuar.

    Mengikut sumber dalaman reformist yang Tulang Badak dapat mula2 usaha menjatuhkan Anuar sebenarnya sedang rancak berlaku di kalangan geng lilin sendiri.

    Mengikut sumber dalaman tersebut, Gang Lilin sudah hilang kesabaran dengan Haji Anuar bin Ibrahim.

    Walaupun Haji Anuar menyokong agenda Perpaduanwang dgn PASMAcha namun dia amat lemah dalam mengorak langkah ke arah perpaduwang.

    Puak2 Lilin sudah semakin bosan menunggu dan kesabaran mereka semakin hilang.

    Namun, mereka telah mendapat nafas baru dari piihak2 baru di Shah Alam.

    Tidak hairanlah panggilan mahukan ANuar naik ke Majlis Tertinggi datang dari kawasan Pandan dan bukan dari KAwasan2 yang dilihat pro bersahabat dengan PAS.

    Gang Lilin begitu yakin sehinggakan tidak pernah budak hingus PASMAcha dilayan sebegitu baik dan halus seperti yang dilayan kepada boss PASMAcha sekarang.
    Jadi, siapa sebenarnya yang hendak menjatuhkan Haji Anuar?

    Maklumat dalaman Reformist yg Tulang Badak dapat Haji Anuar hanya akan dinaikkan pangkat sebagai President. Timbalan Presiden akan ditolak ke Ketua Am serta orang lain dari Pahang akan mengganti Hajjah Jijah sebagai Presiden.

    Sejurus selepas itu agenda Perpaduang akan diisytiharkan dengan dimulakan oleh gang lilin dan ahli2 akan dipaksa tunduk.

    Panggilan Jesse Labu adalah mahukan Haji Anuar menjadi presidnet, sebuah jawatan yang lebih tinggi dari De Facto.

    Bagaimanakah itu dikatakan menukar Presiden?

    Tulang Badak
    Murtabak Waves

    Murtabak Waves tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman socialick. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian Tulang Badak

    ReplyDelete
    Replies
    1. WFauzdin, Cuba komen, sapa gang Pahang yg nak Jadi president ni

      Delete
    2. TULANG BADAK
      Murtabak Waves
      Keturunan anjing kuat makan tulang babi.

      Delete
    3. Anon 14:55, bahasa yg baik datang Dari Mak ayah yg pandai mendidik. Kesian Mak bapak kau. Nak marah pun pakai bahasa molek2 okey

      Delete
    4. 1503..aku sokong ko. Tulang badak tu bukan keturunan anjing la. Dia keturunan babi.

      Delete
  14. Masa tulis MC dia teringat chicken chop takkan itu pun kena mengena dengan universiti tempat belajar kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ARTICLE TER-LATEST DARI TULANG BADAK@ MURTABAK WAVES
      MONDAY, MARCH 2, 2015
      Mungkinkah Pihak Lilin Sendiri Yang Mahu Jatuhkan Haji Anuar?

      Siapakah yang sebenarnya mahu menggulingkan Haji Anuar?

      Gegak gempitajuak-juak reformist Jeff Ulu Yam menghalau orang dari parti sedangkan beliau sendiri hanya menjadi ahli PAS tahun 2000.

      Dia jadi warrior reformist pun atas hubungan rapat dengan biras.

      Jeff Ulu Uam pula belum lahir lagi waktu Tok Guru Nik Aziz meminta Dato Asri melepaskan jawatan Presiden (YDP Agung) secara terbuka dan dilaporkan oleh Berita Harian pada bulan Februari 1982.

      Tapi dia boleh membuat jangakaan PR akan berpecah.

      Tidak hairanlah Jesse Labu mengarahkkan beliau memberhentikan cirit birit mulut.

      Komen-komen grassroot di blog Omak Kau pula menjadi corong pembesar suara kepada reformist2 taraf bawah PKR ini seperti Jeff Ulu Yam dsbnya.

      Ia mungkin kerana gang lilin sendiri mahukan perpaduan PASMAcha-PKR menjadi realiti satu masa dulu.

      Namun, siapakah sebenarnya yang mahu menjatuhkan Haji Anuar.

      Mengikut sumber dalaman reformist yang Tulang Badak dapat mula2 usaha menjatuhkan Anuar sebenarnya sedang rancak berlaku di kalangan geng lilin sendiri.

      Mengikut sumber dalaman tersebut, Gang Lilin sudah hilang kesabaran dengan Haji Anuar bin Ibrahim.

      Walaupun Haji Anuar menyokong agenda Perpaduanwang dgn PASMAcha namun dia amat lemah dalam mengorak langkah ke arah perpaduwang.

      Puak2 Lilin sudah semakin bosan menunggu dan kesabaran mereka semakin hilang.

      Namun, mereka telah mendapat nafas baru dari piihak2 baru di Shah Alam.

      Tidak hairanlah panggilan mahukan ANuar naik ke Majlis Tertinggi datang dari kawasan Pandan dan bukan dari KAwasan2 yang dilihat pro bersahabat dengan PAS.

      Gang Lilin begitu yakin sehinggakan tidak pernah budak hingus PASMAcha dilayan sebegitu baik dan halus seperti yang dilayan kepada boss PASMAcha sekarang.
      Jadi, siapa sebenarnya yang hendak menjatuhkan Haji Anuar?

      Maklumat dalaman Reformist yg Tulang Badak dapat Haji Anuar hanya akan dinaikkan pangkat sebagai President. Timbalan Presiden akan ditolak ke Ketua Am serta orang lain dari Pahang akan mengganti Hajjah Jijah sebagai Presiden.

      Sejurus selepas itu agenda Perpaduang akan diisytiharkan dengan dimulakan oleh gang lilin dan ahli2 akan dipaksa tunduk.

      Panggilan Jesse Labu adalah mahukan Haji Anuar menjadi presidnet, sebuah jawatan yang lebih tinggi dari De Facto.

      Bagaimanakah itu dikatakan menukar Presiden?

      Tulang Badak
      Murtabak Waves

      Delete
    2. TULANG BADAK
      Murtabak Waves
      Keturunan anjing kuat makan tulang babi.

      Delete
    3. Anon 14:55, bahasa yg baik datang Dari Mak ayah yg pandai mendidik. Kesian Mak bapak kau. Nak marah pun pakai bahasa molek2 okey

      Delete
    4. Klu haji yang hajahnya x pakai tudung lagi sesuai jadi presiden..

      Delete
    5. 1502...aku setuju dgn ko. Tulang badak tu bukan keturunan anjing. Dia keturunan babi la.

      Delete
  15. Assalamualaikum admin.. tolong hentikan sebar bende2 ni.. x baik, lagipun kes da settle.. admin je yg besar2kan.. x baik.la admin.. dosa

    ReplyDelete
    Replies
    1. admin mana ada otak kat kepala. Otak letak kat kelentit.

      Delete
  16. Tak perlu la nk menghebahkn perkara sebegini. Tak melibatkn kehilangan nyawa pn. Dan admin bkn la org y sesuai utk menafikn kredibiliti doktor tersebut. Bg pendapat saya, post anda hanya bersifat mengaibkan semata mata. Harap admin delete entry ini. Selagi org membaca selagi itu la bermcm mcm fitnah y akan timbul. Sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Omak kau turut memfitnah CUCMS sebagai universiti yang tidak diiktiraf MMC sedangkan perkara tersebut sebenarnya telah berlaku pada tahun 2010/2011 dahulu. Kini universiti tersebut telah diiktiraf sepenuhnya. Harap Omak kau lebih berhati2. Jangan copy paste benda2 lama!

      Delete
  17. Xyah kecoh sgt lah kau. Bagus la tu nak quote berita lama balik?like hello cucms da diiktiraf ok. Kalau suka tulis blog mcm nie baik xyah tulis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la...blog sampah...... blog sampah memang ramai orang keluar masuk.

      Delete
    2. Semasa ramai jurusan perubatan di Mesir dihantar balik ke Malaysia, beberapa universiti termasuk CUCMS menjadi pilihan pelajar tersebut untuk menyambung semula bidang perubatan mereka di Malaysia. Mungkin Omak kau tak tau kot...Tu la, jangan asyik main politik aje.....heeee

      Delete
  18. Terima kasih Omakkau kerana bangkitkan perkara ini.
    Sikap sambil lewa ini perlu diungkit supaya doktor yang bertugas perlu bertanggungjawab walaupun dengan memberi alasan orang lain tulis atas medical leave certificate tersebut.
    Saya memang setuju disebut dari mana doktor ini belaajr dan dapat ijazah.
    kena terima kenyataan. Kenapa perlu sorok kesilapan sebesar ini?
    Kalau doktor yang sama melakukan operation yang melibatkan nyawa orang macam mana??
    tak kena kepada kita memang lah kita tak kisah. Cuba fikirkan ini melibatkan nyawa anda pulak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. elehhhh...setakat kertas MC sekeping manalah ada kena mengena dengan nyawa orang pulak. Bangang ker hapa ko ni? Lain la kalau salah bagi ubat ker, salah rawatan ker, salah operation ker... Doktor ni tak melakukan operation pun.... jangan nak menambah2 pulak...jangan nak berkalau-kalau pulak... tak ada kalau-kalau dah....MC aje yg salah tulis, MC tak ada kaitan dengan nyawa. Sikit pun tak ada kena-mengena...tak ada kalau-kalaunya...

      Delete
    2. biasalah..blog sampah. Blog sampah memang ramai orang keluar masuk.

      Delete
    3. serious aku tak faham bhgian mc dengan melibatkan nyawa tu.
      kertas tu boleh makan ke? ke kau yang bodoh sangat makan mc?

      tak sabar aku nak tunggu kau sakit dan doctor ni yang operate kau.
      kalau aku jadi kau la kn, aku mintak maaf sekarang sebab manusia hasrat dengki tu biasa. macam kau la.

      Delete
  19. A lot of ways to make your page sensational....one of it is to make it headlines for having to pay few millions for defamation against the said univ and doctor..please remove this post before a legal action taken

    ReplyDelete
  20. Apa nak kecoh. Mungkin tersalah tulis. Sangka baiklah

    ReplyDelete
  21. Apa la ignorant sgt admin page ni, univ tu dah lama recognised la. Currently it is one of the top performing private health science university in Malaysia kot. Ni bukan masalah univ mana grad tp kesalahan peribadi yg tak sepatutnya disebarkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita CUCMS yg admin tulis tu cerita lama daa....
      Sejak bila pulak admin ni jadi kaum tulang badak yg suka copy paste ni?
      Duit dah tak masuk ker? ...heeee

      Delete
    2. cerita dah 5 tahun pun nak ungkit balik....puiii

      Delete
    3. Admin mungkin tak tahu bahawa doktor lulusan CUCMS hari ini telah diiktiraf oleh MMC sepenuhnya. Mungkin admin selalu tertinggal bas....

      Delete
  22. Doktor ni memang tak bertanggungjawab.
    Tak semak apa yang dia tandatangan.
    Kemungkinan besar dialah yg bagitau pada kerani tu chicken Chop...
    Atau doktor ni lapar benar masa check patient???

    ReplyDelete
  23. MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888











    MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...