Tuesday, 3 March 2015

SESI PENERANGAN KES DSAI DAN MAJLIS MUNAJAT YANG HAMBAR TERCEMAR DENGAN PERBUATAN MENGHAMPAR BANNER TSKI DITANAH BAGI TUJUAN UNTUK DI PIJAK-PIJAK OLEH PARA HADIRIN????





Omak Kau cukup terkejut bercampur sedih apabila diberi tahu dengan kiriman gambar dalam mesej inbox laman sosial betapa sesi penerangan kes DSAI dan Majlis Munajat malam ini anjuran KeADILan Cabang Seremban di Gedong Lalang 162, Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan yang dihadiri tidak sampai 150 orang, dicemari dengan perbuatan biadap dan tidak bertanggung jawab dengan menghamparkan banner TSKI ketika bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR sebagai calon Nombor 3 di tanah seolah-olah menjemput para hadirin untuk melakukan tindakan memijak-mijak banner tersebut.

Antara para penceramah malam tadi selain Rafizi Ramli sebagai pemidato utama ialah Ustaz Dr Badrol Amin, Pesuruhjaya dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Timbalan Ketua Cabang KeADILan Seremban, Pengerusi Pimpinan MPN KeADILan Negeri Sembilan dan wakil KeADILan Melaka.

YB Nurul Izaah tidak dapat datang walapu di banner ada wajahnya sebagai antara penceramah utama.

Jika apa yang diberitahu ini sahih lagi benar maka wajar pihak berkenaan memberikan respon segera mengapa melakukan kerja jijik ini.

Apakah dosa dan kesalahan mantan Menteri Besar Selangor yang juga bekas Bendahari Agung KeADILan diperlakukan sebegini rupa???

Memandangkan sesi penerangan ini ada kaitan dengan kes Liwat II terhadap DSAI sehingga terpaksa merengkuk kedalam penjara selama 5 tahun, apakah TSKI terlibat dalam konspirasi politik untuk menjatuhkan DSAI dalam isu Liwat II????

Apakah sebelum Saiful Bukhari membuat laporan polis dia berjumpa dengan TSKI terlebih dahulu????

Apakah TSKI membiayai majlis perkahwinan Saiful Bukhari????

Apakah TSKI kawan rapat kepada peguam TS Shafee Abdullah????

Apakah terdengar kata-kata yang terpacul dari mulut TSKI bahawasanya jika DSAI masuk penjara beliau akan kenduri besar???

Mengapa begitu sekali teruknya pihak penganjur sanggup melakukan kerja-kerja jijik dan tidak beretika ini???

Beginikah budaya politik yang mau dibawa dan diserapkan kepada anggota parti diperingkat akar umbi??? Menanamkan perasaan benci melampau kepada bekas pemimpin parti yang dipecat???

Atau mungkin ada pihak yang cuba nak ambil hati Naib Presiden  yang juga Setiausaha Agung KeADILan YB Sdr Rafizi Ramli selaku perancang Langkah Kajang sehingga TSKI diturunkan dari jawatan MB Selangor dan seterusnya dipecat dari parti???

Ini bukannya politik damai lagi budiman yang diamalkan tetapi politik lawan bekas pemimpin parti kena lebih dahsyat dari berlawan dengan pemimpin parti lawan.

Gelagat ini cukup membimbang dan merisaukan sekali .. memberi mesej jelas dan terang betapa diakar umbi winners takes all sudah menjadi dakapan mereka.

Tiada apa lagi nak dinyatakan sebab dari gambar-gambar yang dimuat naik jelas kehadiran sesi penerangan malam ini tidak mendapat sambutan, hambar dan suam-suam kuku .. berlainan senario ceramah dilokasi yang sama semasa PRU 13 lalu.

Perlu pimpinan parti memberikan respon dan jawapan atas perkara yang cukup serius ini .. Ini budaya yang belum pernah diamalkan oleh parti sejak penubuhannya pada tahun 1998.

Nampaknya politik budiman, politik damai, politik matang, politik meraikan demokrasi dan perbezaan pendapat dan kepelbagaian sudah terpinggir dari arus perdana pemikiran anggota parti diperingkat akar umbi.

Omak cukup yakin pimpinan tertinggi parti tidak merestui langsung akan perbuatan jijik dan kotor ini .. walau bagaimana pun perlu berikan jawapan demi pencerahan.

33 comments:

  1. Dendam kesumat yg tiada penghujungnya..

    ReplyDelete
  2. bongoknya omak.biasa r letak banner utk duduk dgr ceramah.slama ni pun cmtu jugak.semua banner ada gambr kami duduk.apalah.cari la isu lain atau masuk umno je terus kan senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oii bangang..apesal banner tski je?

      Delete
    2. yg bongok tu ko..dah terang2 buat penghinaan lepas tu nak spin..puii..jenis haramjadah ko ni..

      Delete
    3. Hahaha......
      Kekasih pujaan di buat gitu mesti lah marah..... dah adat resam melayu tak hormat org asal dapat habuan semuanya bagus bila tiada apa lg anak sdr pun dah lupa. Melayu masih bermimpi di siang hari harapkan perubahan yg tak kujung tiba....tetapi perubahan lain pula dtg memcari.... bukan berita baik tapi bala meminta wang utk bangunkan negara sebagai alasan.hidup melayu!!!!

      Delete
  3. omakkau...saham akhirat ko berjln siang mlm. x takut dosa ker...aku hrp ko insaf. politik berpada2...agama jgn lupa. jgn biarkn hati makin hari makin hitam...nnti semua prkara yg betul yg benar nmpk salah depan mata...klu ko x terpikir benda ni x blh nk ckp apa. k bye

    ReplyDelete
  4. Siapa lancap anwar itu dan siapa masuk dna pada jubur saiful itu ?
    sebagai rakyat Aku tunggu jawapan dari pkr,
    Sehingga sekarang anwar tak bagi jawapan
    Yg kami dengar konpirasi tampa di bagi bukti ,manalah rakyat nak percaya
    mungkin pkr boleh menipu rakyat , tapi rakyat tak boleh di tipu lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah pasal.....diorang ingat rakyat semua bodoh?? aku rasa kalau semua rakyat M'sia ni bodoh dah lama PR pegang Putrajaya...dah lama anu-gerah jadik Pee Eym...dah lama Mat Sabun jadi Tee Pee Eym....kot...eh, Menteri Penerangan Smartphone tu jangan lupa ehh.....kalau dia jadik menteri boleh mintak Telco waive semua call charges kita ke Australia...huhuhu

      Delete
  5. Takde pun nmpak acara pijak memijak? setakat banner kat rumput utk org buat tempat duduk ke apa ke....gmbr anwar pun biasa org guna banner2 lama dia utk buat alas dan sebagainya.....saja cari alasan la konon....haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tak banner2 lama gambor Nuor? meh sini aku nak duduk & pijak2...

      Delete
  6. Kenapa gambar tski..letak la gambar banner pemimpin pkr yg lain.. tengok pun tau la puak PKR ni memang babi..

    ReplyDelete
  7. Kalau banner tu ada gambar anwar atau sepat kering, korang sanggup x duduk atasnya?

    ReplyDelete
  8. si khalid x ganggu idup ko pun omakkau....ingat...mengaibkan manusia x elok. takut2 kita ke mak ayah kita dpt benda yg sama. cmne rasa..?? pikir la omakkau....bg artikel ada unsur agama skit..

    ReplyDelete
  9. DENDAM YG TAK KUNJUNG PADAM. BILA AZMIN TUMBANG OMAK KAU RIANG SEPANJANG ZAMAN.

    SLOGAN UMNO IS DEAD...DAH LAMA HILANG. TAHNIAH OMAK KAU!

    ReplyDelete
    Replies
    1. misi utk tumbangkan umno sudah jd misi utk hancurkan pkr. baju pkr yg omakkau pakai hanyalah sediwara belaka.

      mungkin...mungkin ...omakkau sudah terima sesuatu habuan utk jalankan jarum ini.

      Delete
    2. Macai..macai...tegur pun x blh...jenis bodoh sombong

      Delete
  10. Nak laku ceramah ajak PASMAcha sekali. Mesti ada ramai orang datang sebab dihidangkan dgn bihun sup

    ReplyDelete
  11. Nurul Izzah APA kelas dua nak hadir. Bukannta ada lilin atau sesi touch d hanjing

    ReplyDelete
  12. Nurul Izzah APA kelas dia nak hadir. Bukannya ada lilin atau sesi touch d hanjing

    ReplyDelete
  13. jangan kata kat UMNO,nnti sia-sia jer kena isytihar MUFLIS,ISLAM MEMBERI RAHMAT UNTUK SEMUA.....ROBOHKAN RANGKAIAN PENINDAS......

    ReplyDelete
  14. Diharap jgn jd fitnah dijwb dgn fitnah jugak sudah lh...mutakhir ni fitnah dh mnjd2 hingga ketahap melampaui batas...seolah mengundang ngundang kemurkaan Allah ...bila manusia dh terasa dirinye hebat susah lh ...hee

    ReplyDelete
  15. La ni baru tau. Pas sokong TSKI sebab dia amanah, Tak keuarkan duit RM3billion untuk pakatan gunakan. Kerana duit tu amanah rakyat.
    Kesimpulannya: PKR & DAP sama perangai cam umno. Guna duit rakyat.
    Jadi mereka serupa!!!!
    Kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 08:24, saya sokong kenyataan anda 300%!!! Hidup RAKYAT!!

      Delete
  16. hey admin, tau ke tak masa pemilihan keadilan yg lepas cabang seremban beri undi penuh pd TSKI? isu banner sengaja dipijak tiada, perkara biasa banner lama dijadikan alas duduk. Admin sila berpolitik lebih matang, otak admin jgn letak di lutut ya. simpan bodoh tu sikit utk masa depan admin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aplaaaaa mareeee mareeeee. Nak baca cerita bodek boleh baca Malaysiawaves. Kat situ banyak cerita bihun sop PASMAcha

      Delete
    2. ooooiiiiii......ni bukan pasal pasma ke Pas ke PKR ke.....ni pasal si bloger babi tunggal betina ni byk sgt mainkan isu pecah belahkan PR.....kalau mcm ni la cara penulisan babi tunggal betina ni makin ramai yg tinggalkan PR......

      Delete
    3. sapa2 blogger PR yg menulis jenis suka pecah belahkan PR...mmg jenis bangang mengalahkan babi tunggal......menulis untuk kepentingan individu atau parti sambil tikam kawan2 dlam PR mmg la jenis penulis yng bodoh...salah sorg penulis adalah omakkau...menyondol 24 jam tak kira lawan atau kawan...abis semua di sondol...

      Delete
    4. Omakkau tukang lapur sahaja, yang memecah belahkan PR ialah PKR yang buat langkah kongkang, bila tak jadi mula nak kambing hitamkan PAS dengan tuduhan UG ( PKR ber UG dengan daPIGS tak pe pulak ). Pas tu daPIGS dan PASMAngkuk dengan sokongan PKR pergi kondem PAS terang2an. so PKR lah puncanya PR ni retak menanti belah. Yang aku pelik macai2 PKR ni samada tak nampak atau buat2 tak nampak. Dan blogger2 PR yang memecah belahkan PR ni ialah sebenarnya GREENBOC, MOUNTDEWELER, MALASIAN WAVES. Kalau korang tak puas hati dgn omakkau, pergi le kat sana.

      Delete
  17. dlm perjalanan pulang terpandanglah ia pada sekelompok manusia yg sedang berkumpul ..maka berhenti ia sejenak sambil bertanya atas sebab apa berkumpulnya kumpulan itu maka jawablah mereka ini adalah "Penerangan" bahawa anwar difitnah melalui konspirasi kes liwat kali kedua yg membabitkan seluruh badan penguatkuasa yg berada dibawah "penguasaan" UMNO / BN .. lalu apa yg "diterangkan" ? .. hanya anwar boleh "menyelamatkan" malaysia dlm ekonominya dan ..kemasyahalatan seluruh penghuninya .. ditanya lagi tiada org lain ke selain anwar .. maka mereka menjawab dengan tenang ...dia adalah "anugerah" tuhan .. tidak berpuas hati maka disambung pertanyaan .. apa pembuktian dan hujjah atas "penerangan" untuk anwar ? ... hujjah dan pembuktian kami cukup sekadar pada lisan beladiri yg datang terus dari siempunya badan (anwar) .. tidak merasa senang akibat banyaknya pertanyaan yg ditimpakan kepada kumpulan yg sedang berkumpul itu .. maka hampir semua mereka mengambil apa sahaja yg boleh dicapai lalu dilempar kepada yg bertanya .. maka terbanglah ia sambil berkata dengan suara yg nyaring ..sesungguhnya kamu adalah golongan yg taasub dan melampaui batas .. lalu melepaskan najisnya di atas pundak kelompok manusia yg taasub itu .. geli hatinya kerana sifat taasub kelompok itu sehingga tidak menyedari mereka sedang bersoal jawab hanya pada seekor burung yg dlm perjalanan pulang ke sarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko ni x abis2 dgn taksub2 ko ...relaxs lh bro...

      Delete
  18. Salam...saya mengulangi persoalan yang saya bangkitkan semalam....kini sahabat-sahabat seperjuangan Banduan Negara sedang mendesak dan berusaha untuk membawa Banduan Negara menghadiri sidang Parlimen pertama bagi tahun ini pada 9 Mac depan...antara alasan-alasan (lapuk) mengapa perlunya beliau hadir:- 1) Kejatuhan ekonomi negara dan pasaran saham dunia telah menjunam dan kritikal; 2) Perlu mewakili suara rakyat yang memilih beliau, bagi memastikan kepentingan rakyat terus diperjuangkan dan terbela.
    Ok...Saya cuma nak ulang akan persoalan-persoalan berikut yang masih tak berjawab oleh pendokong tegar Banduan Negara :- 1) Apa sumbangan beliau selama ini di Parlimen dan impak dari tindak-tanduk beliau, selain berdemo sana-sini dalam memastikan kestabilan ekonomi negara, sejak dilantik Ketua Pembangkang? 2) Apakah justifikasi "mewakili rakyat" menghalalkan ketidak-hadiran beliau dalam banyak sesi perbahasan di Parlimen sebelum ini? Rumusan saya (setakat Disember 2014):- 1) Beliau GAGAL dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. 2) Bila masih bebas, ikut suka hati dia nak hadir sidang atau tak tanpa sebab munasabah...(ini juga berlaku kepada sebilangan besar MP, namun biarlah rakyat yang menilai). Bila dah kena penjara beria-ia pulak nak hadir konon mewakili suara rakyat. Bukankah selama ini apa yang diperjuangkan hanyalah Diri Sendiri, Keluarga Sendiri dan Kawan-kawan Sendirian Berhad beliau?? Sejak bila beliau ke sana ke mari dan berhujah panjang demi rakyat?? Jika ada, apakah impaknya selain dari mendapat publisiti dan sensasi?? Sejak bila pulak beliau BERJAYA menyelesaikan masalah rakyat dan Malaysia dan masalah ekonomi yang kian meruncing?? Sejak bila?? Sejak bila?? Saya hanya pengundi berdaftar....tiada keahlian mana-mana parti politik...saya hanya melihat dari kacamata RAKYAT. Persoalan terbesar saya setakat ini ialah : Di mana kedudukan RAKYAT di kaca mata pemimpin PR?? Tiada siapapun setakat ini yang tampil beri jawapan yang betul-betul meyakinkan.......

    ReplyDelete
  19. Betul2 .....dia buat ape tah ...bila tgk video kg buah pala .......mcm ni punya orgpun org percaya .....pelik2

    ReplyDelete
  20. MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888











    MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...