KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Sunday, 8 March 2015

SETELAH KENA KANTOI AKHIRNYA THE MALAYSIAN INSIDER MOHON MAAF KERANA FITNAH PRESIDEN PAS TGHA DENGAN MENGGUNAKAN GAMBAR EDIT.



The Malaysian Insider ingin memohon maaf di atas gambar yang disiarkan semalam tentang peserta demonstrasi #Kitalawan yang berkumpul di hadapan Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur memegang banner dan poster bertulis “Undur Hadi”, merujuk kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Penyiaran gambar tersebut berlaku kerana kesilapan yang tidak disengajakan dan The Malaysian Insider tidak berniat untuk melakukan sabotaj kepada sesiapa.

Gambar tersebut sudah dikeluarkan petang semalam sebaik sahaja The Malaysian Insider menyedari ianya merupakan gambar palsu‎ dan tidak datang daripada kakitangan kami.

36 comments:

  1. CUBIT PUTING CUBIT!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ustaz Sheikh Nurruddin Al Banjari tidak boleh mengajar dah dalam TV, kerana bercakap benar,, ustaz dihentikan berceramah selapas menjawap soalan yg di tanya oleh penonton,,penonton tanya kepada ustaz, apa hukum GST ustaz? ustaz menjawap berdasarkan ilmu yg dia ada, GST Hukum dia Haram,,Nabi kata haram kamu mengenakan cukai kepada org Islam, cukai hanya untuk org bukan Islam,,orang Islam hanya kena bayar zakat, org kafir yg kena bayar cukai, kalau zakat kena cukai kena ini dinamakan zalim,,maaf bukan nak berpolitik ,aku tak takut diriku dibenci kerana menyampaikan berita benar, Di angkat pemimpin yg zalim oleh mereka2 yg zalim..sebarkan.. Copy & paste dr Group lain.

      Delete
    2. HUKUM KERAJAAN MENGENAKAN CUKAI
      Penulisan ringkas ini akan berkongsi persoalan cukai menurut ahli fiqh Islam berdasarkan ijtihad masing-masing. Secara umumnya, para ulama fiqh terbahagi kepada tiga kumpulan dalam menentukan hukum kerajaan mengenakan cukai. Ia seperti berikut:-
      1. Haramnya cukai secara mutlaq.
      Mereka berhujjah berdasarkan dalil :
      a. Firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah ayat 188 yang mengharamkan memakan harta sesama manusia secara bathil.
      Justeru, pungutan cukai dianggap tergolong dalam pendapatan yang bathil kerana tanpa rela dan keperluan mendesak.
      b. Sabdaan Nabi sallaallahu ‘alaihi wasallam yang menyebut
      أَلَا لا تَظْلِموا, أَلَا لا يَحِلُّ مالُ امرِىءٍ إلا بِطِيبِ نفسٍ منه
      Ertinya : Janganlah kami menzalimi dan tiada halal harta seseorang muslim yang (diambil) tanpa disertai rela dan izin dari pemiliknya. ( Riwayat Ahmad : hadis sohih)
      Justeru, mengambil cukai dari rakyat sedang rakyat tidak rela disebabkan pendapatan kerajaan yang mewah adalah tiada halal.
      c. Sabda Nabi sallaallahu ‘alaihi wasallam
      فوالذي نفسي بيدِه ! لقد تابت توبةً ، لو تابها صاحبُ مُكْسٍ لغُفِرَ لهُ
      Ertinya : Telah datang kepada Nabi seorang wanita yang berzina yang ingin dilaksanakan hukuman had ke atasnya tetapi baginda menjawab, “Demi jiwaku pada tangan Allah, seseungguhnya wanita itu telah bertaubat yang sekiranya seorang pemungut cukai bertaubat juga akan diampunkan baginya. ( Riwayat Muslim : Sohih)
      Justeru, pemungut cukai adalah haram kerana itu baginda Nabi menyebut ‘bertaubat’ menunjukkan ianya berdosa.
      d. Nabi bersabda :
      إنَّ صاحبَ المَكْسِ في النارِ
      Ertinya :Sesungguhnya penguasa yang mengenakan ‘Maks’ (sebahagian menterjemahkannya sebagai cukai) adalah di dalam neraka. ( Riwayat Ahmad : Sohih menurut Al-Suyuti)

      Delete
    3. 2. Harus secara sementara waktu ke atas si kaya pada kadar tertentu di musim wujudnya keperluan.
      a. Dalil mereka : Sabda Nabi ;
      إنَّ في المالِ لَحَقًّا سِوَى الزكاةِ
      Ertinya : sesungguhnya pada harta itu ada kewajiban lain selain zakat (Riwayat At-Tirmidzi : Dhoif menurut Al-Suyuti, Albani, )
      b. Berlandaskan Siyasah Syari’iyyah yang digubal berdasarkan keperluan semasa. Sebagaimana fatwa Imam Malik yang berkata :
      Ertinya: Wajib ke atas orang ramai menebus tawanan perang mereka walaupun mereka terpaksa menggunakan harta mereka sendiri (Ahkam al-Quran, Ibn Arabi, 60/1). Imam Al-Qurtubi juga menguatkan hal ini dengan katanya “Sepakat ulama apabila wujudnya keperluan untuk kaum muslimin dalam sesebuah Negara iaitu selepas digunakan wang zakat dari baitul mal maka wajib pula dibantu dengan menyalurkan wang (dari cukai rakyat). ( Tafsir Al-Qurtubi, 2/223). Hal ini juga ditegaskan oleh Imam Al-Syatibi dalam kitabnya al-I’tisom. Imam Al-Ghazzali juga menyatakan yang sam apabila dia menyebut:-
      Ertinya “Apabila sudah kosong milikan Negara dari harta, dan tiada lagi harta awam yang boleh memenuhi keperluan tentera, sehingga jika tentera terpaksa bekerja lain bagi mendapatkan pendapatan dan meninggalkan tugasan tentera, maka dibimbangi masuknya musuh ke neraka umat Islam atau pemberontakan fitnah, maka haruslah bagi pemerintah mengenakan kepada si kaya kadar (cukai) bagi memenuhi keperluan tentera. ( Al-Mustasfa, 1/426)
      Namun, konteks fatwa ini kelihatan tidak begitu menepati situasi Malaysia kerana negara kita masih tidak sampai ke tahap tersebut.

      Delete
    4. 3. Harus mengenakan cukai pada sekadar memenuhi maslahat umum pentadbiran Negara.
      Pendapat ini dipegang oleh Sheikh Mahmud Syaltut, (Al-Fatawa al-Kubra, hlm 116), begitu juga Sheikh Abu a’la al-Mawdudi yang menyatakan, harus dikenakan cukai jika wang bayaran cukai itu adalah bagi kemaslahatan awam. (Nazariyat al-Islam, hlm 313). Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi juga berijtihad harus dikenakan cukai bagi kemaslahatan awam sambil mengatakan perkataan ‘Maks’ di dalam hadis ancaman neraka itu oleh Nabi s.a.w itu membawa maksud khusus iaitu
      التي يفرضها بعض الحكام توسعة على أنفسهم وأتباعهم وتضييقا على شعوبهم
      Ertinya : iaitu jenis cukai yang difardhukan oleh sebahagian pemerintah untuk bersenang-senang mereka dengannya dan penyokong mereka walaupun menyempitkan rakyat mereka. ( Fiqh al-Zakat, Qaradawi, 2/987)
      Prof. Dr Ali Muhydin Al-Qurrah Daghi menyatakan Ini juga merujuk kepada sebahagian cukai yang dikenakan di zaman pemerintahan awal Islam seperti AL-KHARRAJ (cukai tanah), AL-'USHUR ( cukai perniagaan 10 % ke atas perniagaan non muslim) dan AL-JIZYAH (cukai individu) . Kesemua cukai ini digunakan sebaikanya untuk kepentingan dan kebaikan rakyat.

      Delete
    5. Sebahagian ahli ekonomi menyimpulkan cukai GST mampu membawa kestabilan fiskal dalam kewangan negara dan keutuhan pendapatan kerajaan selain dapat memperbaiki kutipan hasil cukai dari sebahagian besar golongan yang terlepas atau sengaja melepaskan diri dari membayar cukai.
      Manakala sebahagian yang lain menyatakan cukai hanya menyebabkan inflasi semakin sukar dikawal, kenaikan harga dalam majoriti barangan yang akhirnya membawa kesan buruk kepada hampir semua kelas pendapatan rakyat khususnya yang berpendapatan sederhana dan rendah. Disebabkan harga barang menjadi menaik, kuasa beli dan nilai matawang menjadi turun.
      Cukai seperti ini mungkin sangat releven bagi sesebuah negara yang belum memperkenalkannya khususnya seperti cukai pendapatan, korporat dan sebagainya. Namun, memperkenalkan cukai baru sedangkan kantung kewangan negara masih utuh dan perbelanjaan awam masih boleh dikawal dan diperbetulkan, sudah tentu lebih cenderung hukumnya kepada HARAM, kecuali jika ia bersifat sementara sebagaimana fatwa kumpulan kedua ulama.

      Delete
    6. Habis tu, kalau org miskin beli barang pun dah kena bayar GST, masih tak jatuh hukum haram lagi kah?

      Delete
    7. Banyak barang yg tidak dikenakan cukai untuk guna harian rakyat. Kalu org miskin nk beli brg yg dikenakan cukai bukan miskin lah namanya. Dia sudah mampu nk miliki brg yg dikenakan cukai. Ada duit beli aje lerrr.

      Delete
    8. Cukai GST ni bukan susah nak difahamkan, beli barang bayar cukai, harga barang mahal cukai pun tinggi. Mamang ada barang yang tidak dikenakan GST, tapi banyak lagi keperluan asas manusia yang dikenakan cukai, Manusia bukan perlu bahan makanan saja seperti pakaian, alat2 mesin dll. Jangan terpegaruh dengan iklan bodoh diTV. Cukai GST tak dikenakan kepada kenderaan awam. tapi cuba anda fikir, kalau tayar kena cukai, sparepart kena cukai, mereka akan serapkan GST kepada tambang, kalau tidak macammana mereka nak berniaga. Bagaimana kalau cukai GST itu dikenakan kepada orang miskin, orang tua, bayi yang tidak harus dikenakan ke atas mereka, apakah ini adil dan menepati roh islam. Umunnya yang didengar dari ustaz, orang islam yang mampu saja wajib membayar cukai, bukan semua orang kena bayar cukai. Jangan kita jual agama menjadi benteng sistem yang buruk untuk menghalalkan cara, nanti berbaloikah untuk dijawab selepas ma

      Delete
    9. 11.13...ooo....maknanya orang miskin hanya perlu beli barang yang tak ada gst aje la yer? Pandai betul ko ni...sekolah kat mana?

      Delete
    10. hm... korang nie cerita macam nak lari dari bayar cukai jer....

      Delete
  2. Kejahatan gang lilin dan fanatik PASMACHa tiada bandingan. Cukuplah fitnah sana sini

    Jesse Labu, N9ers
    Reformist Minang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak cukup TSKI dan Che Gu Bard. TGHA juga menjadi mangsa fitnah gang lilin

      Delete
    2. Saiyidina Umar Al Khattab pernah nk bagi harta zakat tp tiada seorang pun yg datang ambil. tau sbb ape?.. bila ditnya rakyatnya cakap kami sudah cukup keperluan dan kami hanya layak bayar zakat bukannya terima zakat.. ade ke kerajaan BN jaga rakyat smpi rakyat xperlu lagi bantuan??.. atas sbb itulah beliau mngenekan cukai pula utk pembangunan.. malaysia ni ramai lagi merempat tp agamawan asyik nak jual agama. phuiii!!!

      Delete
    3. Saiyidina Umar Al Khattab pernah nk bagi harta zakat tp tiada seorang pun yg datang ambil. tau sbb ape?.. bila ditnya rakyatnya cakap kami sudah cukup keperluan dan kami hanya layak bayar zakat bukannya terima zakat.. ade ke kerajaan BN jaga rakyat smpi rakyat xperlu lagi bantuan??.. atas sbb itulah beliau mngenekan cukai pula utk pembangunan.. malaysia ni ramai lagi merempat tp agamawan asyik nak jual agama. phuiii!!!

      Delete
    4. Saidina Umar al-Khattab semasa era pemerintahannya telah mengenakan cukai perniagaan sebanyak 10 peratus yang dipanggil 'Usyur kepada peniaga kafir harbi (bukan Islam dari negara musuh), 5 peratus kepada peniaga kafir dhimmi (bukan Islam yang bernaung di bawah negara Islam) dan 2.5 peratus kepada peniaga Muslim (Muwatta' Malik & Sunan al-Bayhaqi).
      Pengurangan cukai diberikan kepada peniaga Islam kerana mereka sudah mempunyai tanggungjawab membayar zakat perniagaan pada kadar tertentu.

      ABDULLAH BUKHARI ABDUL RAHIM AL-HAFIZ
      Pensyarah Jabatan Tilawah al-Quran, Pusat Bahasa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

      Delete
    5. Masalahnya apabila KERAJAAN bebelanja BOROS,rakyat pula terpaksa tanggung,Cuba baca kisah (hadith40) dizaman Iman Nawawi,apabila perintah memerintahkan supaya harta rakyat diambil untuk membaiyai peperangan, dengan tegas Iman Nawawi berkata Tuanku seorang Raja yang mempunyai harta yang melimpah- ruah,ambillah harta Tuanku dahulu daripada harta rakyat,setelah tiada lagi harta Tuanku barulah ambil hak rakyat, lalu Iman Nawawi dihalau keluar dari negeri tersebut. fikir-fikirkanlah.Takutilah kamu akan azab Allah bagi orang yang zalimi sekiranya ada terhadap rakyatnya sendiri.

      Delete
    6. Cukai gst pernah dirujuk oleh ulama atau majlis syura ker?.... xda penasihat cerdik pndai pun.... hukum tetap hukum... paling penting di padang mahsyar nanti ustaz yang beri penjelasan kena tanggung bila disoal.... palibg pentg dlm islam adalah zakat kerana allah bukan cukai tiada lafaz kerana tuntutan nya... jangan menipu masyarat bab kerajaan islam masa dahulu.... hukumnya berdosa besar menfitnah sahabat rasullullah... api neraka lah ustaz menanti anda.

      Delete
    7. Skrg kerajaan ada maslahat.. maslahatnya kerajaan x cukup duit... jd rakyat kene bantu kerajaan yg dlm maslahat dgn bantu bg duit... baguih betoi kerajaan cari duit tambahan untuk bantu rakyat... patutnya org kaya ja bayar cukai tuk bantu org yg kurang... tp skrg semua org bayar cukai untuk bantu semua org.... hahaha... toya lah......

      Delete
    8. Masalahnya dikenakan kpd semua org (xkira miskin atau kaya). Knpa susah sgt nk faham. Org kaya dikenakan cukai yg sama.......ADILKAH ??

      Delete
    9. Yg dipersoalkan bukan cukai secara umum tetapi , cukai2 yg memudharatkan ummah . Cukai yg bertindih2 . Cukai yg tersembunyi di atas cukai yg jelas . Apakah tidak ada kezaliman di situ ? Islam telah meletakkan garis panduan yg jelas yakni , sesuatu itu menjadi HARAM jika , sesuatu perkara itu memberat dan memudharatkan kehidupan insaniah .

      Delete
  3. Yg ramai2 demo smlm tu orang Nepal Dan Bangladesh. Dapat t shirt free ikut gang lilin berpiket. Satu T-shirt rm 6 ( harga pukal) x 1,000 hadron. Baru 6,0000.

    Inilah kebodohan pengikut ayah Janda bergetah. Pantai KL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wan WFauzdin. Kau jawap skittt
      Bangladesh makan ikan patin masak tempoyak macam famous kat Pahang tu. Jgn buat2 tarak tau ikey.

      Baiiii Baiiii Baiiiiiiii

      Delete
    2. Aku sudi menjadi suami Janda bergetah Pantai KL. Kah kah kah

      Delete
    3. tak penat ke otak sedara mengarang benda2 fitnah, membodek dan mengarut banyak2 pagi2 buta ni?

      Delete
    4. dia ni nak pesongkan ke pemikiran org islam ke....???? setahu saya orang islam tidak perlu membayar cukai, sbb cukai hanya perlu dibayar oleh orang bukan beragama islam, manakala org islam perlu wajib membayar zakat...siapa yg tidak membayar zakat wajib diperangi...

      Delete
    5. sebab apa nak buat gst? adakah disebabkan kerajaan sudah nazak

      Delete
    6. kalu dah hukum kata haram duk pertikai buat pa lg...

      Delete
    7. zaman saidina umar hanya org kaya saja kena cukai yg kita nak buat gst semua kena

      Delete
  4. Bukan menidak keintektual sialan jemaah pakatan busuk aka geng lilin nii, depa nii ibarat segumpal taik, dalam taik itu ada cacing, dan cacing itu makan najis tu balik, itu lah definasi Pakatan Rakyat geng lilin.... jadi tk usahlah kita nii, nak jadi taik mcm depa pulak, biaq laaa kita jadi pokok, dapat berbuah bg manusia mkn, itu lebih mulia dan bertamadun.....kesimpulannya, geng lilin itu najis, geng pakatan itu cacing, cacing dan taik, cukup tidak berguna kepada manusia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. duit GST tu....balik ke rakyat jugak...

      Delete
    2. Yg byk kena gst, kebykkanya rakyat yg suka berbelanja dan orang kaya, byk barangan asas tidak dikenakan gst, hasil dari gst nak membantu rkyt yg miskin sprti br1m dll.

      Delete
    3. Kalau harga gula sekilo 10ringgit, jadi GST=60sen. Apa yg mahalnya?Cukai henfon mahal2, kereta mahal2 boleh pulak korang bayar. Lagipun kerajaan dah bagi jaminan barang makan harian tak kena GST. Apa effectnya kat penduduk miskin x berkemampuan? Bodohnye lahai macai PR ni.

      Delete
    4. tak nak bayar cukai gst pindah aje dari malaysia. susah ke..

      Delete
  5. Hihihi.....kami je yg btul kata geng pr nilah ...hangpa semua tau pa ...

    ReplyDelete
  6. MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888





    MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888

    ReplyDelete