Wednesday 25 March 2015

TUDUH POLIS JADI PAK TURUT UMNO PENGARANG ROKETKINI.COM AKAN DIPANGGIL POLIS.


Polis akan memanggil pengarang portal berita DAP, Roketkini.com berhubung berita mengenai demonstrasi anti cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang berlangsung Isnin kelmarin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pengarang berkenaan akan diminta memberi keterangan dan mengemukakan bukti terhadap tuduhan yang berbaur fitnah dan hasutan.

Beliau menegaskan, “Eloklah Roketkini hentikan fitnah dan hasutan sebegini. PDRM akan panggil untuk kemukakan bukti tuduhan ini,” katanya menerusi kenyataan Twitter beliau sambil merujuk kepada paparan tajuk berita portal tersebut, semalam.

Semalam, portal Roketkini menyiarkan sebuah berita bertajuk “Demo anti-GST: Sampai bila polis nak jadi ‘pak turut’UMNO?

Kandungan berita tersebut adalah berkaitan kenyataan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang mempertikaikan tindakan PDRM menahan puluhan aktivis Gabungan Bantah GST selepas menimbulkan kekecohan di Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia, Kelana Jaya semasa menyerahkan memorandum bantahan semalam.


Diperturunkan isi kandungan berita yang dimaksudkan:-


Tanggungjawab kerajaan adalah mendengar masalah rakyat dan bukannya mengarahkan polis menangkap individu yang menentang kezaliman, kata Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.

Beliau berkata, penahanan hampir 90 orang awam semalam dalam protes anti-GST di Kelana Jaya tidak boleh diterima sama sekali.

“Sebagai warganegara mereka berhak meluahkan rasa tidak puas hati terhadap apa juga sistem cukai yang membebankan.

“Rakyat mempunyai hak dan ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan untuk meluahkan rasa tidak puas hati dengan kerajaan dan menuntut keadilan.

“Mereka juga mempunyai hak untuk menyatakan kesusahan kewangan yang dihadapi dan bagaimana dasar-dasar setengah masak BN seperti GST lebih menambah penderitaan,” kata Charles dalm satu kenyataan.

Semalam puluhan aktivis dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) termasuk Pegawai Pejabat Charles iaitu Jay Jay Denis telah ditangkap selepas enam jam berada di Jabatan Kastam.


Sebelumnya, mereka merancang bermalam di kompleks Kastam itu sebagai membantah GST yang bakal dikuartkuasakan 1 April depan.

Mereka turut berusaha mendapatkan jawapan daripada Jabatan Kastam, dan lebih 100 soalan tentang pelaksanaan GS dikemukakan

Namun, pertanyaan kumpulan tersebut tidak dilayan Ketua Pengarah Kastam, sebaliknya peserta duduk bantah GST ditahan dan dikasari.

Antara ditahan di Kelana Jaya termasuk aktivis Wanita DAP Syefura Othman, Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli, Pensyarah Kanan Akademi Sosial Demokrasi Hew Kuan Yau, Ahli Parlimen Sungai Siput Michael Jeyakumar Devaraj dan lain-lain.

Charles yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Selangor menegaskan, pertanyaan yang diajukan oleh puluhan mereka tentang permasalahan GST adalah sah dan wajar dijawab.

“Bilakah kerajaan dan polis akan memahami bahawa ia sememangnya dibolehkan untuk rakyat bertanya tentang dasar-dasar kerajaan?

“Bilakah agaknya mereka akan sedar bahawa orang yang berkuasa seperti mereka bertanggungjawab menjawab pertanyaan rakyat?

“Bilakah polis akan belajar bahawa mereka tidak boleh terus menjadi ‘pak turut’ UMNO? Dan sepatutnya melindungi kepentingan orang ramai?” soal Charles. -Roketkini.com

3 comments:

  1. Hahaha..Aper punya kongkeeek!!! Nak control Police mesti menang pilihan raya.. Bila pilihan raya main2!!....Police di negara INI menjaga kepentinggan kerajaan karna police dibayar dgn gaji..gaji itu pula menangung keutamaan dlm keluarga dan keperluan2harian.... aperpunya kongkeek INI.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengakuan tulus dari saya TKI kerja di malaysia
      saya mau mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga,, serta penghargaan dan rasa kagum yang setinggi-tingginya kepada AKI DARMO,,saya sudah kerja sebagai TKI selama 3 tahun di malaysia ,,dengan gaji lebih kurang 2.7jt/bln,,tidak cukup untuk memenuhi kebutuhan sehari-hari,,apalagi setiap bulan harus mengirim orangtua di jawa timur,,sudah lama saya mengetahui roomnya om ini,,juga sudah lama mendengar nama besar AKI DARMO,,tapi saya termasuk orang yang tidak terlalu percaya dengan hal ghoib,,jadi saya pikir ini pasti kerjaan orang iseng yang mau menipu..
      dan kemarin saya di beri 4d singapura,,saya benar2 tidak percaya dan hampir pinsang,,angka yang di beri AKI DARMO ternyata tembus,,awalnya saya coba2 menelpon,,saya bilang saya terlantar disingapura,,tidak ada ongkos pulang,,terus beliau bantu kasih angka..mulanya saya tidak percaya,,mana mungkin angka ini keluar,,tapi dengan penuh pengharapan saya pasangi kali 120 lembar,,sisa gaji bulan juli ternyata meledak….!!!
      dapat 300jt..sekali lagi terima kasih banyak AKI DARMO,,saya sudah kapok kerja jadi TKI,,rencana bulan ini mau pulang aja ke jawa timur,,buat AKI DARMO saya tidak akan lupa bantuan dan budi baik AKI..
      yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi
      AKI DARMO di nomor: (-082-310-142-255-)
      demikian kisah nyata dari saya tampah rekayasa..

      BUTUH ANGKA GHOIB HASIL RTUAL AKI DARMO
      angka;GHOIB: singapura
      angka;GHOIB: hongkong
      angka;GHOIB; malaysia
      angka;GHOIB; toto magnum
      angka”GHOIB; laos…
      angka”GHOIB; macau
      angka”GHOIB; sidney
      angka”GHOIB: vietnam
      angka”GHOIB: korea
      angka”GHOIB: brunei
      angka”GHOIB: china
      angka”GHOIB: thailand

      Delete
    2. Yang butuh angka togel 2d 3d 4d 5d 6d supayah anda bisa menang tlpon KI SUTA WIJAYA di 082354147666 trimakasih

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...