Tuesday, 1 December 2015

KAKITANGAN JABATAN DI RAJA JOHOR DILARANG MENGGUNAKAN PRODUK VAPE



Satu surat perintah dikeluarkan Jabatan Diraja Johor semalam, melarang kakitangannya dan semua petugas di kawasan istana daripada menggunakan rokok eletronik atau vape ketika berada di sekitar kawasan itu.

Surat bertajuk 'Arahan Larangan Mengunakan Produk Vape' itu sebagai menjunjung perintah titah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mengharamkan penggunaan vape di negeri Johor mulai 1 Januari depan.

"Semua pegawai/kakitangan Jabatan Diraja Johor dan petugas dari jabatan lain yang bertugas di istana dilarang sama sekali mengguna produk vape dengan apa cara bentuk sekalipun ketika berada di sekitar kawasan istana dan Rumah VIP yang terdapat dalam negeri Johor.

"Arahan ini berkuatkuasa serta-merta," kata Pengelola Bijaya Diraja Johor, Brigedier-Jeneral (B) Datuk Ali Musa dalam surat itu.

Katanya, mereka yang ingkar arahan tersebut akan dikenakan tindakan tatatertib sebagaimana Perintah Am Bab D, Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Bahagian II - Tatakelakuan; Seksyen 4(2)(i).

Ahad lalu, portal mStar melaporkan, Sultan Ibrahim bertitah mengharamkan kedai menjual vape di seluruh Johor dan memberi tempoh sehingga 1 Januari akan datang kepada pekedai bagi menghentikan operasi.

Titah baginda, Johor berhak menggunakan undang-undang kerajaan tempatan bagi menguatkuasakan arahan itu dan baginda tidak mahu mendengar sebarang alasan.

"Ia ada kaitan dengan isu kesihatan dan kesannya kepada golongan muda, bukan melibatkan perniagaan atau perkauman," Sultan Johor itu dilaporkan bertitah.

6 comments:

  1. Inshaallah kami sokong penuh pengharaman vape.

    Pada masa yg sama.minta gerakan Syiah dipantau. Ini impact kat ugama Dan merbahaya

    Dimasa umat Islam ah lul Sunnah Jamaah di hentam oleh Syiah, PAN Imayam pun lahir dengan sokongan DAP yg anti Islam

    Mari kita baca tulisan dibawah ini
    https://aidcnews.wordpress.com/2015/09/10/syiah-mendominasi-pan/

    Syiah Mendominasi PAN

    AIDCNews – 10/9/15 – Kemasukan aktivis ‘Abu Turob’ ke dalam Parti Amanah Negara (PAN) mengukuhkan lagi persepsi yang mendakwa parti itu didominasi kumpulan Syiah Malaysia.

    Menurut PASMA Malaysia, ‘Abu Turob’ adalah pengasas Syiah Kelantan dan ulama syiah Malaysia.



    “Alhamdulillah…

    “Akhirnya Abu Turob (pengasas SYIAH Kelantan dan ulama syiah malaysia) bersama PAN (Amanah).

    “Admin menyeru semua penganut ajaran SYIAH agar bersama PAN dan DAP memperjuangkan Islam sebenar di bawah pimpinan Tuan Guru Mat Sabu. Hidup Syiah. Takdir,” dedahnya.

    Hazwan Faisal pula menjelaskan nama sebenar Abu Turob adalah Kamaruzaman Wan Ismail Golok yang telah dilantik sebagai Ketua PAN Kota Bharu.

    “Baju hitam Kamaruzaman Wan Ismail Golok. Nama manja Abu Turob

    “Antara rujukan utama syiah di Malaysia. Kamaruzaman dilantik ketua PAN Kota Bharu

    “Mat Sabu kan Pengerusi PAN!!!,”katanya.

    Kemasukan Abu Turob itu memberi isyarat Syiah telah mendominasi PAN, kata Kassim Masdor dan ini bakal meranapkan impian Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dari kumpulan IRC (Islamic Representative Council) untuk menguasai parti itu.

    “Puak syiah mula mendominasi parti Cangkul (PAN)….tipis nampaknya harapan Dr. Mujahid…,”katanya.

    Dua tahun lalu Facebook ‘Ayuh Sepakat Tolak Syiah‘ menyenaraikan rangkaian Mohamad Sabu di dalam PAS.

    Antara yang disenaraikan adalah Aris Awang (Kedah), Adly Zahari (Melaka) dan Onn Jaafar.

    Kesemua yang disenaraikan itu kini telah keluar PAS dan menyertai PAN pimpinan Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu

    Aris Awang adalah ketua pengiring Amal Relief Malaysia (Arif) yang mengiringi Mat Sabu semasa perhimpunan BERSIH 4.0.

    Adly Zahari adalah Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Melaka, manakala Onn Jaafar pula merupakan Ketua Penerangan GHB Johor.

    Ketika Mat Sabu berjawatan Timbalan Presiden PAS, Aris Awang, Adly Zahari dan Onn Jaafar masing-masing berjawatan Setiausaha PAS Kawasan Kuala Kedah, Pesuruhjaya PAS Melaka dan Ketua Penerangan PAS Johor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenyataan mengenai vape memang kami sokong.

      Di masa yg sama orang Islam.wajib memboikot juga DAP yg anti Islam

      Mengapa DAP yg Anti Islam mahu sokong PAN
      (Bukti PAN dipenuhi oleh Syiah diatas dan Bukti DAP anti Islam dibawah)

      http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/


      APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

      Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

      Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

      BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

      Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

      Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

      Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

      Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

      Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

      Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

      Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

      Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

      Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

      DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

      Delete
  2. RENUNGAN BERSAMA

    Jangan Menyibukkan Diri Dengan Aib Manusia

    Anas bin Malik radiyallahu anhu meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda:

    " طُوبى لمنْ شَغَلَهُ عَيبُه عن عُيُوبِ النّاسِ"
    أخرجه البَزّارُ بإسنَادٍ حَسن. ورواه أحمد والطبراني وابنُ حِبّان والحاكم

    "Berbahagialah sesiapa yang keaiban dirinya menyibukkan dirinya daripada berbicara tentang keaiban-keaiban manusia lain."

    [Hadis dikeluarkan oleh Bazzar dengan isnad yang Hasan. Juga diriwayatkan oleh Ahmad, Tabrani, Ibnu Hibban dan Hakim].

    HURAIAN

    1. Berkata Imam al-Munaawi; Berbahagialah seseorang yang disibukkan dengan keaiban dirinya lalu tidak berbicara tentang aib orang lain. Maka sewajarnya bagi orang yang berakal menguruskan keaiban-keaiban dirinya. Sekiranya didapati ada satu keaiban dan kelemahan sibukkanlah diri dengan memperbaiki keaiban tersebut lalu merasa malu untuk mengeji orang lain.

    2. Berkata al-Hakiim; saya merasakan tiada orang yang sibuk memperkatakan aib orang lain melainkan kerana leka tentang dirinya sendiri. Sekiranya dia prihatin terhadap kelemahan dan aib dirinya tentulah dia tiada masa untuk memikirkan aib orang lain.

    3. Berkata ahli ilmu, tidak sewajarnya bagi seseorang mengintai dan mencari kelemahan dan keaiban saudaranya bahkan selayaknya setiap orang lebih sibuk memikirkan kelemahan dirinya. Seorang mukmin berusaha mendidik dirinya sebelum menyibukkan dirinya mencari keaiban dan kelemahan orang lain.

    4. Demikianlah juga, tiada seorang yang sempurna. Setiap orang pasti memiliki kelemahan di samping kebaikan. Timbanglah kebaikan dan kekuatan diri yang ada pada seseorang sebelum menyibukkan diri kita untuk menilai kelemahan dirinya kerana kita sendiri pun tidak sedikit kelemahannya. Apakah kita suka untuk manusia berbicara tentang segala keaiban kita yang masih disembunyikan oleh Allah?

    5. Di zaman perhubungan manusia menjadi mudah dan cepat menerusi aplikasi whatsapp dan facebook tidak sedikit yang terlalu sibuk membicarakan keaiban dan kelemahan orang lain secara terbuka sehingga menimbulkan pelbagai prasangka sedangkan dia sendiri berpeluang menegur secara tertutup.

    6. Berkata bijaksana Arab; "keaiban dan kelemahan seseorang dilipat simpan bukannya diriwayat dan disebarkan."

    7. Biarlah aplikasi perhubungan sosial semasa memberikan pahala bukannya menambahkan dosa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Embuka cerita Syiah yg ramai dlm PAN Dan DAP anti islam bukan memvuka aib, tapi untuk.menjaga kedaulatan Islam ITU sendiri

      Delete
  3. Daulat tuanku, Moga tuanku sentiasa dirahmati oleh Allah swt. Utk makluman semua,,malaysia adalah negara no 1 di Asia paling bnyk menggunakan vape!!. Inilah dia nilai jatidiri anak2 melayu hasil didikan system pendidikan sekular di malaysia selama ini. Jika berlaku kes bulidi sekolah agama,,riuh satu dunia,,tapi pelajar2 smk berzina dan beranak pinak di sembunyikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ya.. Sekolah agama baguih.

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...