Wednesday 2 December 2015

KECELUPARAN MELAMPAU MAT SABU KAITKAN PAS DENGAN IS MENYEBABKAN BELIAU DI TIBAI SECARA TERUK OLEH MAZLEE MALIK



Langkah Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu yang mengaitkan PAS dengan Pengganas Militan Islam (IS) disifatkan sebagai satu tuduhan tidak cermat dan tidak wajar.

Penganalisis Politik Tempatan dan Antarabangsa, Dr Maszlee Malik berkata, contoh-contoh yang disebut oleh Mat Sabu tidak wajar dijadikan ukuran untuk memukul rata parti Islam itu dengan menyamakannya dengan IS.

“Perlu diakui bahawa walaupun aspirasi PAS untuk menubuhkan negara Islam yang melaksanakan hudud dan juga sikap fanatik ahli-ahli PAS kepada parti mereka lantas bersikap keras terhadap fikrah yang berlainan adalah mirip kepada pendekatan IS.

“Namun, PAS dengan jelas menolak perjuangan bersenjata di Malaysia dan juga memilih cara muwajahah silmiyyah (penentangan secara aman) berdasarkan sistem demokrasi.

“Hal ini merupakan garis pemisah utama di antara PAS dengan IS.

IS diketahui umum bahawa mereka menolak proses demokrasi malah mengkafirkan sistem demokrasi dan juga sesiapa yang terlibat dengannya.

Ini bukanlah sikap PAS semenjak hari pertama ia ditubuhkan sehingga kini,” katanya dalam kenyataan yang disiar di laman portal Sinar Harian Online.

Mengulas lanjut, Dr Maszlee berkata,tidak dinafikan terdapat segelintir ahli-ahli PAS dan juga pemimpin parti itu yang bersimpati dengan IS atau mempunyai fikrah yang cenderung kepada takfiri (mengkafirkan sesama Muslim) seperti IS, namun itu tidak boleh dijadikan ukuran.

Dalam pada itu, Dr Maszlee turut menegur Mat Sabu dan memberikan nasihat kepadanya agar lebih cermat dalam isu berkenaan.

Katanya, kenyataan pukul rata yang digunakannya itu tidak akan membantu usaha pihak berwajib dalam menanggani isu IS.

“Bagi pihak PAS juga, mereka hendaklah bersikap lebih pro-aktif di dalam membantu kerajaan dan pihak keselamatan di dalam melakukan kempen anti-keganasan dan anti-IS sebagai sebahagian dari usaha mereka untuk menasihati kerajaan BN dan menjaga keamanan negara,” ujarnya.

53 comments:

  1. TERBAIK!!! BIARKAN MAT SABU MENYALAK BUKIT!!!

    Hahaha!!! Memang terbaik kenyataan yang dikeluarkan oleh Pesruruhjaya PAS Selangor ni. Memang itu yang sepatutnya dilakukan oleh PAS terhadap puak - puak Pengkhianat pimpinan Si Mat Sabu tu.

    Biar je diorang nak bercakap apa pun. Lantak diorang la kalau diorang nak jadi seperti 'Anjing yang Menyalak Bukit'. Takde faedah pun kalau dilayan keranah puak - puak Pengkhianat tu.

    Lagi pun kita semua dah sedia maklum. Puak - puak Pengkhianat yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu kalau bercakap pun bukannya diorang mewakili suara rakyat diperingkat akar umbi.

    Sebaliknya, puak - puak Pengkhianat tu bercakap hanya demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi 'Abang Besar' diorang, DAPigs je. Al-maklum la, BARUA Kafir Harbi la katakan. Jadi, memang patut sangat la kalau puak - puak PAS tu tak layan kenyataan yang dibuat!!!
    SHAH ALAM - Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad mengakui tidak mengambil peduli sebarang kenyataan Presiden Amanah, Mohamad Sabu mengenai kedudukan parti itu yang dikatakan tidak menumpang apa sahaja perkara berkaitan PAS.

    Jelasnya, ia dikira isu berlainan daripada perjuangan parti yang jelas misi mahu membela rakyat serta fokus terhadap pentadbiran khususnya dalam soal belanjawan negeri.

    "Saya tidak ambil pot (peduli) apa yang Mat Sabu hendak kata mengenai Amanah atau PAS. Misi dan fokus PAS jelas untuk merealisasikan harapan rakyat terutama selepas pembentangan bajet negeri baru-baru ini," katanya ketika ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.

    Dalam perkembangan berkaitan, Iskandar berkata tidak tahu mengenai sebarang pertemuan Mat Sabu dengan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

    "Banyak sangat spekulasi mengenai pertemuan itu. Kita juga tidak mahu layan perkara sedemikian yang boleh menjejaskan apa sahaja fokus parti," ujarnya.

    Sementara itu tegasnya, PAS Selangor melihat sebarang spekulasi yang melibatkan parti itu dengan Amanah atau DAP bukan keutamaan yang perlu didahulukan.

    "Kita tidak layan spekulasi atau cakap-cakap orang mengenai apa sahaja bentuk kerjasama PAS dengan Amanah atau DAP. Biarlah apa orang kata mengenai Pas dengan pakatan pembangkang baharu. Kita komited untuk meneruskan pentadbiran negeri ini sebagaimana yang telah diamanahkan oleh rakyat kepada parti itu pada pilihan raya umum (PRU) lepas," katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://aidcnews.wordpress.com/2015/09/10/syiah-mendominasi-pan/

      Syiah Mendominasi PAN

      AIDCNews – 10/9/15 – Kemasukan aktivis ‘Abu Turob’ ke dalam Parti Amanah Negara (PAN) mengukuhkan lagi persepsi yang mendakwa parti itu didominasi kumpulan Syiah Malaysia.

      Menurut PASMA Malaysia, ‘Abu Turob’ adalah pengasas Syiah Kelantan dan ulama syiah Malaysia.



      “Alhamdulillah…

      “Akhirnya Abu Turob (pengasas SYIAH Kelantan dan ulama syiah malaysia) bersama PAN (Amanah).

      “Admin menyeru semua penganut ajaran SYIAH agar bersama PAN dan DAP memperjuangkan Islam sebenar di bawah pimpinan Tuan Guru Mat Sabu. Hidup Syiah. Takdir,” dedahnya.

      Hazwan Faisal pula menjelaskan nama sebenar Abu Turob adalah Kamaruzaman Wan Ismail Golok yang telah dilantik sebagai Ketua PAN Kota Bharu.

      “Baju hitam Kamaruzaman Wan Ismail Golok. Nama manja Abu Turob

      “Antara rujukan utama syiah di Malaysia. Kamaruzaman dilantik ketua PAN Kota Bharu

      “Mat Sabu kan Pengerusi PAN!!!,”katanya.

      Kemasukan Abu Turob itu memberi isyarat Syiah telah mendominasi PAN, kata Kassim Masdor dan ini bakal meranapkan impian Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dari kumpulan IRC (Islamic Representative Council) untuk menguasai parti itu.

      “Puak syiah mula mendominasi parti Cangkul (PAN)….tipis nampaknya harapan Dr. Mujahid…,”katanya.

      Dua tahun lalu Facebook ‘Ayuh Sepakat Tolak Syiah‘ menyenaraikan rangkaian Mohamad Sabu di dalam PAS.

      Antara yang disenaraikan adalah Aris Awang (Kedah), Adly Zahari (Melaka) dan Onn Jaafar.

      Kesemua yang disenaraikan itu kini telah keluar PAS dan menyertai PAN pimpinan Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu

      Aris Awang adalah ketua pengiring Amal Relief Malaysia (Arif) yang mengiringi Mat Sabu semasa perhimpunan BERSIH 4.0.

      Adly Zahari adalah Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Melaka, manakala Onn Jaafar pula merupakan Ketua Penerangan GHB Johor.

      Ketika Mat Sabu berjawatan Timbalan Presiden PAS, Aris Awang, Adly Zahari dan Onn Jaafar masing-masing berjawatan Setiausaha PAS Kawasan Kuala Kedah, Pesuruhjaya PAS Melaka dan Ketua Penerangan PAS Johor.

      Delete
    2. KISAH PERCINTAAN ANTARA TUANG PRESIDENG PARTI PANdir DAN IMAM-IMAN SYIAH

      Semasa pengganas-pengganas Syiah Al-Sesat sedang sibuk membunuh kanak-kanak, perempuan, pemuda dan pemudi dan orang dewasa dan orang tua kaum Muslimin Ahlus Sunnah Wal Jamaah di Iran, Iraq dan Syria, pemimpin-pemimpin parti PANdir termasuk tuang presideng Mat Sabun Al-Syiah pula menjalinkan hubungan kasih sayang dengan pemimpin-pemimpin Syiah. Mat Sabun Al-Syiah dan parti PANdir dan imam Syiah berpisah tiada ibarat murid dengan gurunya.

      Kita tahu balaci-balaci Syiah dan imam-imam Syiah telah mencela dan menghina Aisyah isteri kesayangan Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat Rasulullah saw dan sedangkan Rasulullah sangat mencintai Aisyah dan melarang orang Islam mencela atau menghina sahabat-sahabat Rasulullah saw.

      Di antara kesesatan Syiah ialah menghalalkan zina melalui nikah mutaah walaupun Nabi Muhammad s.a.w. telah mengharamkan nikah Mutaah. Apakah hukum menghalalkan yang haram?

      Balaci dan imam Syiah mendakwa imam-iman Syiah bersifat maksum sedangkan kita semua tahu hanya nabi dan rasul yang bersifat maksum dan Nabi Muhammad s.a.w adalah rasulullah yang terakhir. Ini bererti keturunan Nabi Muhammad s.a.w. tidak bersifat maksum maka imam-imam Syiah juga tidak bersifat maksum.

      Puak-puak Syiah mendakwa bahawa al-Quran yang ada pada tangan orang-orang Islam sekarang ini tidak lengkap dan terdapat juga beberapa ayat yang telah diubah2. Malah, mereka mengatakan yang ada cuma 1/3 sahaja. Ini bererti Syiah telah berbohong dengan mendakwa Al-Qur'an tidak lengkap dll sedangkan kita semua tahu bahawa Allah sentiasa memelihara dan menjaga Al-Qur'an berdasarkan ayat Al-Qur'an berikut:

      "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya."(Al-Hijr 15:9)

      Taqiyya (tipu helah) adalah ajaran pokok Syiah di mana Imam-imam Syiah dan pengikut-pengikut Syiah telah menggunakan hadis Syiah palsu dan mengganggap hadis dhaif (lemah) sebagai hadis sahih untuk menipu dan memperdayakan kaum Muslimin Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

      Sejarah juga telah membuktikan bahawa menteri-menteri Syiah dan puak-puak Syiah telah bersubahat dengan Hulagu dan pengganas-pengganas Mongol menghancurkan empayar khalifah Islam, memusnahkan Baghdad yang menjadi pusat tamadun Islam dan membunuh 1 juta orang Islam di Iraq.

      Kerajaan Iraq yang dikuasai puak Syiah telah membentuk pasukan pembunuh yang dinamakan Briged serigala di bawah arahan Kementerian Dalam Negeri Iraq dan dianggotai oleh komando-komando Syiah dan pasukan pembunuh Syiah telah menyiksa dan membunuh beribu-ribu orang Ahlus Sunnah wal Jemaan yang tidak bersalah di Iraq.

      Bukankah tindakan pemimpin-pemimpin parti PANdir menjalin hubungan kasih sayang dengan imam Syiah adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap Ahlus Sunnah wal Jamaah? Maka tidak wajar pemimpin-pemimpin parti PANdir menjalin hubungan kasih sayang dengan Syiah yang sedang membunuh kaum Muslimin Sunnah wal Jamaah) dan menyelewengkan ajaran Islam.

      Delete
    3. Ciri2 IS tu memang dah ada.
      Membimbangkan.

      Delete
    4. Hahaha....siapa kata isis bukan pengikut islam??? Satu dunia kata isis adalah penganut pengikut islam kalau bukan apa??? Apa itu isis??? Bukan ke is adalah islam dan ada pihak kata israel penganas!! Tak kira apa alasannya islam telahpun dilebalkan penganas oleh dunia!!! Oleh sebab itu isis bukan islam kerana penganas adalah penganut islam cuba melibatkan islam .

      Delete
    5. Ada beberapa persamaan ciri antara pas dgn isis. Klu rajin mentelaah anda akan dpt jawapan.

      Delete
    6. Anon 13:01 13:06 Dan 14:12/adalah penyokong Mat Sabu yg menyanjung Nasrullah.menfitnah orang lain adalah sifat syiah yg melampau.

      Harap KDN Dan majlis agama akan mengambil tindakan

      Delete
    7. Sikap memuji Syiah adalah bertentangan dgn majlis fatwa . Ingat tu

      Delete
    8. Komen Anon 13:06,

      Di dunia ini telah wujud pengganas Yahudi, Kristian, Hindu, Buddha dll. Pengganas Kristian, Buddha dan Shinto telah membunuh 120 juta manusia semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua.

      Pengganas Yahudi telah membunuh berpuluh ribu orang Palestin kerana Yahudi mahu merampas tanah orang Palestin.

      Pengganas Hindu telah menyerang dan membunuh berpuluh ribu orang Islam dan memusnahkan masjid dan kampung orang Islam di India.

      Pengganas Buddha sedang menindas dan membunuh beratus ribu orang Islam yang tidak bersalah di Myanmar.

      ISIS telah ditubuhkan, dilatih dan disokong oleh Israel, Amerika Syarikat dan NATO maka jenayah yang dilakukan oleh ISIS adalah kerana arahan Israel, Amerika Syarikat dan NATO.

      Jika ISIS mengikut ajaran Islam, ISIS tidak akan melakukan jenayah terhadap tawanan perang dan orang awam kerana Islam amat melarang penindasan, penyiksaan dan pembunuhan orang-orang yang tidak bersalah. Ini bererti ISIS tidak mewakili Islam.

      Delete
  2. Sila Tengok Video ini

    SYIAH SESAT - Siri Membongkar MAT SABU

    https://www.youtube.com/watch?v=IMBqxEZcwB4

    ReplyDelete
  3. Mujahid Yusuf Rawa, Khalid Samad, Saari Sungib wajar bersatu untuk menyatakan PAN tidak menerima Syiah dalam parti mereka dan memecat semua yg berfahaman syiah. Gesaan ini wajib untuk menyatakan PAN menolak syiah berdasarkan Majlis Fatwa Kebangsaan

    Adakah Parti Amanah mahu Power Bank (Syiah) merosakkan Umat Melayu Islam di negara ini. Kami menanti penolakan kamu semua terhadap Syiah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujahid Menghina Ayahnya Sendiri!



      Mujahid dan Kamarul Bahrin yang mengadakan sidang media di Parlimen pada 24 November 2015 lalu menyerang PAS kononnya PAS adalah parti ekstremis, mengalakkan cerai isteri talak 3, mengkafirkan orang Islam lain.

      Corak pemikiran inilah yang membentuk gaya Isis dan seumpamanya yang amat membahayakan masyarakat katanya pada sidang media tersebut.

      Mujahid Yusof Rawa menghina PAS, menghina pemikiran dan corak serta aliran pemikiran PAS. Sama dengan Faiz Fadhil yang banyak mempertikaikan tarbiyyah PAS. Mereka semua sebenarnya menghina dan mencerca ayahanda=ayahanda mereka sendiri.

      Mereka lupa bahawa berapa lama aliran pemikiran PAS dipengaruhi oleh pemikiran Dr Yusof Rawa dan Ustaz Fadhil Mohd Nor.

      Sama juga mereka lupa sebenarnya mereka juga menghina Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang kononnya AMANAH mengambil penghayatan perjuangaan TGNA.

      Apa yang berlaku adalah sinar kebenaran yang ingin mencerita kepada masyarakat bahawa Mujahid dan Faiz ini adalah mereka yang tidak bersama dengan Ayahandanya dalam perjuangan Islam PAS semasa hayat ayahanda mereka hidup. Mereka ada penyeleweng gerakan Islam.



      Nordin Bin Ali
      nordinbinali@gmail.com
      http://nordinali.blogspot.com/

      Delete
    2. Nordin...
      Sila tulis artikal pembalakan haram oleh geng tok lebai dan kesannya pd alam sekitar di kelantan. Boleh tak?

      Delete
  4. Syukur akar umbi sudah dapat menjejak siapa ejen2 pro Syiah dlm PAS, dan berjaya mengalahkan mereka.dalam Muktamar yg lalu.

    Syukur keatas kemenangan kaum2 muda Sunnah dlm Muktamar.

    Biarkanlah Bangaki2 Pro SYiah ini bergelumang dalam PAN

    ReplyDelete
  5. Kahkahkah. Haje pemalaih macai2 UG..kopipes pjg2 je keje nye.kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah PAN Imayam meludah dan enfitnah kaum sunnah tapi mengagungkan Hassan Nasrullah syiah tu

      Delete
    2. Kaum sunnah?
      Kaum sunnah tak rembat duit balak.
      Kaum sunnah tak cilok duit potongan gaji cikgu.
      Kecuali kaum sunnah wal-merembat.

      Delete
    3. Orang syiah suka la mencela orang sunnah.

      Delete
  6. Baik sungguh Pengkhianat PAN Imayam saudara sunmah kamu kahu fitnah Dan ludah. Nasrullah yg terang2 Syiah kamu sanjung.

    Orang sunnah kamu kata extremist. Termasuklah mujahid yg memaki.allayarham ayah beliau. Hassan Nasrullah kamu sayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengkhianat sebenar ialah tok lebai serban besar yg cilok duit potongan gaji cikgu Yik sampai 14 juta. Buatnya pas kalah kat kwlantan, sapa nak bayar duit hutang tu?

      Ko yg sebat ko nak suruh org lain bayor?
      Ceh......

      Delete
    2. Mutakhir ini, pimpinan Parti Amanah Negara (PAN) mulai menyerang PAS dengan mengaitkan PAS dengan ISIS atau terrorisme. Yang terkini, kenyataan Presiden PAN sendiri seperti yang dilaporkan dalam The Malaysianinsider, antara sebab PAN ditubuhkan disebabkan PAS kini dipengaruhi oleh ISIS.

      Sebelum ini, PAS dituduh mahu bersekongkol dengan parti pemerintah, iaitu Umno atau BN atas nama Kerajaan Perpaduan (UG), yang juga dimomokkan sebagai punca mengapa PAN ditubuhkan.

      Melihat kepada tuduhan-tuduhan tersebut, Pusat Penyelidikan PAS (PPP) melihat dengan jelas berlakunya 'paradox' antara tuduhan ISIS dan tuduhan UG.

      Sesebuah kumpulan yang terpengaruh dengan ISIS, sifat mereka begitu melampau terhadap pemerintah Muslim yang tidak sealiran dengan mereka.

      Dalam berhadapan dengan pemerintah seperti ini, ISIS akan mengangkat senjata untuk memcapai matlamat mereka, dan tiada langsung jalan perdamaian.

      Pada masa yang sama PAS dituduh pula mahukan kepada UG, iaitu membentuk kerajaan perpaduan bagi membetulkan sistem dan budaya politik tempang dalam negara ini.

      Ramai pemimpin dan penyokong PAN menuduh PAS mahu berkerjasama dengan Umno dan BN, sehingga mereka keluar dan menubuhkan parti baru.

      Jika PAS dituduh diserapi pemikiran ISIS, mengapa pula PAS dituduh mahu berkerjasama dengan pemerintah kerana pendekatan ini jauh berbeza dengan ISIS.

      Berdasarkan 'paradox' kedua-dua tuduhan itu, PPP melihat kepimpinan PAN lah sebenarnya yang semakin keliru dan celaru.

      Mereka tidak tahu, peluru mana yang mahu diguna untuk menyerang PAS. Mereka juga sedang mencari alasan memberikan jawapan kepada ahli-ahli mereka yang 'pening' bagi mewajarkan mengapa mereka keluar dari PAS.

      Kepimpinan PAN dinasihatkan menyelesaikan dahulu kecelaruan mereka, dan mencari titik persamaan supaya kumpulan pro Syiah, pro Tanzim Alami dan pro Anwariyyun dapat disetarakan pemikirannya. - HARAKAHDAILY 1/12/2015

      Delete
  7. Tengok Style Mat Sabu, Ahli Sunnah dikatakan Extremist, Hassan Nasrullah dipuja puja. Orang extremist akan tuduh orang lain extremist. Tak percaya sila tengok video ini

    Video KDN disini

    PENDEDAHAN KDN: ISU SYIAH MAT SABU

    https://www.youtube.com/watch?v=BH_lc-unX3c

    ReplyDelete
  8. Wahai DAP, kamu kata kamu sekular, tapi kamu menyokong Mat Sabu yg menyokong Nasrullah yg terang2 Syiah. Mungkin kamu dah tahu wahai DAP, tapi ini mungkin perancangan DAP mahu merosakkan Orang Melayu Islam Sunnah Wal Jamaah di Malaysia ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makin clear ciri2 IS dlm Pas.
      Fitnah jadi zikir harian.
      Bukti gred A jadi sahadah.

      Delete
    2. Ada perbezaan jelas antara sunnah wal-jamaah dgn sunnah wal-rasuah.

      Harap maklum.

      Delete
  9. KPD HJ HADI:
    Mana surat drp ulama tersohor dunia yg hj kata penubuhan Amanah itu haram. Kalau ada sila tunjuk. Minta tunjuk seblm 1.1.2016 sbb saya bercita2 nak masuk pas.

    Kalau tak ada jugak, saya gelar tn haji dgn gelaran hj hadi al-tipuni. Boleh ye tn haji...

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  10. oit kaki drama , jgn dok perasan baguih bole dk....
    padahal kita nie penuh penyakit....
    apa pun aku tak pernah tgk agenda PAS perangi syiah...
    adakah PAN itu syiah....
    kalau aku penguatkuasa , aku tangkap habis syiah...
    tak tau la nk ckp apa ngan hampa nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gred A mana?
      Babi dah telan ke?

      Delete
  11. Semua hukum hakam jakim yang buat. Nanti mati, KALAU pilihan yang ditetapkan oleh Jakim salah, amatlah tidak adil jika individu itu dimasukkan ke neraka...kan. Patutnya yang menetapkan lah masuk neraka...kan? Konpius aku. Aku ni jahil orangnya, tanya je kot kot ada yang sudi membantu.

    ReplyDelete
  12. Pas suka mengkafirkan org.
    Tu bukan ciri IS ker tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat itu saja ko nak samakan Pas ngan Isis..?
      Nampak cetek pemikiran ko...

      Delete
  13. Apa hukum guna duit amal jariah org miskin dan anak yatim utk bagi gaji anak beranak wanita umno hingga ratusan ribu sebulan. Errrr....boleh jakim keluarkan hukum tak?

    ReplyDelete
  14. Ciri2 isis - kafirkan org, ugut orang, serang rumah orang, bunuh orang, geng dia saja betul.

    Ciri2 pas - geng dia saja betul, ugut orang, serang kreta orang, serang rumah orang, mewalikan orang islam dgn kafir, menuduh org sesat, sikap walaon.

    Ada ciri yg sama tak?
    Sendiri fikir la yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. CAKAP BANYAK TEMBERANG KENCANG TAK GUNA LA.

      Kalau nak cerita pasal islam, pasal hudud, pasal hukum hakam, duit potongan gaji cikgu Yik 14 juta tu kasi settle dulu. Jgn meroyan aje lebih. Itu hak cikgu Yik, bukan hak bapak awak.

      Delete
    2. Ciri2 Pas dan Isis olih Anon 13:43..

      Dah fikir dan dah pertimbangkan...
      Dari fakta2 yang ada...
      Nampaknya ko bengap..

      sekian,, terima kasihh..

      Delete
  15. Cantik gambar mat sabu mcm sedang menyalak bukit.pening sudah geng mat sabu tu.seorg kata pas is seorg kata pas ug seorg kata pas syiah seorg kata pas sesat seorg pulak kata syiah tak salah.seorg kata syiah sesat.habis terbalik kot.konar baring u thurn kluk klek.apa yg pasti semua itu spt peluru mkn tuan sj.sabu =kelabu tak boleh buat apapun sbb tak nampak mcm jerebu.itulah islam mat sabu n pan.jika kekabu boleh juga buat bantal.kuheh.omakkau keep cool ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko pun ada ciri2 is.
      Pandai2 mengata islam mat sabu mcm kekabu.

      Delete
    2. Kpd hj hadi.
      Surat mana surat?

      Delete
    3. Bukan kekabu la tp kelabu.kelabu tak nampak jln mcm jerebu.itu sbb tuduh pas mcm mcm untuk mengelakkan org dr nampak yg islam mereka tu berjerebu.islam penjilat dap tp nak buat islam.dap pulak tak terima islam.habis celaru semuanya.pas masih tetap dijlnnya juga.slow n steady will win the rase.geng langar mat sabu pula akan terlangar bukit.kelabu.baca betul betul.geng mat sabu selalu membuat kesilapan dlm pembacaan utk memutar belit fakta menjadi auta.apapun omakkau mmg pakar meny

      Delete
    4. Makin jelas ciri isis

      Delete
    5. Pembetulan.omakkau mmg pakar menyediakan gambar yg sesuai.anon 14:21 adalah isis yg tak memerlukan kpd ciri ciri.

      Delete
  16. Tak payah tanya jakim la.
    Haram ambik duit anak yatim & org miskin.
    Duit tu utk mudahkan kehidupan anak yatim & org miskin. Duit tu bukan utk menjutawankan wanita umno.

    ReplyDelete
  17. IS memang pengganas sebab buat serangan berani mati bunuh orang awam. Bagaimana pula Israel (yang menembak orang awam sejak tahun 60an lagi), geng2 Amerika (termasuk Uk dll) yang menghujani bom2 di Afganistan, vietnam, syria dll? Apakah mereka bukan Raja Pengganas? Kerajaan PERLU nyatakan pendirian RASMI terhadap sikap Amerika dan Israel ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bini pun bg amerikan kiss, nak minrak pendirian rasmi....ptuiiii

      Delete
    2. Mintak suruh hj hadi nasihatkan la
      Mudah2an dia terima nasihat hadi
      Kih3

      Delete
    3. Di minta semua pengunjung blog ini menggunakan bahasa yang tidak meniyinggung perasaan orang lain. Peringatan ini untuk diri saya jua.

      Delete
  18. Mana gred A nya?
    Munafik ker?

    ReplyDelete
  19. maaf nk tanya...PAN tu menatang apa ya?

    ReplyDelete
  20. PAS MEMANG DIRESAPI KHAWARIJ DAN SYIAH... TK PAYAH NK NAFI

    ReplyDelete
  21. takkan mat sabu buat tuduhan jahat mcm tu skali. mesti doktor mazlee silap faham kenyataan mat sabu...

    ReplyDelete
  22. tahun 1990an lg aku dah dpt hidu mat sabu ni prosyiah...nk bawa masuk idea syiah dlm pas ke? mana blh...dlm pan blh kot.

    ReplyDelete
  23. Saya sokong Mat Sabu

    Mat Sabu hensem

    I luv Mat Sabu

    Jeff Ulu Bernam
    (Jeff Ori)

    ReplyDelete
  24. Sekarang matli Dan Bang Mat satu kapal

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...