Wednesday, 24 December 2014

KINI GILIRAN PERSATUAN GURU-GURU MELAYU MALAYSIA BARAT (KGMMB) HENTAM PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA (PT3).

Harap Muhyiddin Yassin Menteri Pendidikan yang diberi amanah dan tanggung jawab dengar dan ambil maklum ... kalau kertas ujian UPSR bocor Pengarahnya kena gantung tugas jadi segi logik Muhyiddin Yassin wajar di tukar kementerian serta merta .. jenis tidak mampu mengurus .. langsung tidak ada buah fikiran segar untuk memberi kemajuan kepada sistem pendidikan negara .. umpama tikus membaiki labu .. lagai ada hati nak ambil alih jawatan PM dari Najib Razak.

Punca kemerosotan keputusan ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) mendapat reaksi kurang senang terutamanya ibu bapa yang menganggap ujian itu kurang telus.

Timbalan Presiden Persatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Jamaludin Jali berkata pelaksaan PT3 adalah perkara baru yang dianggap sebagai persiapan tidak kukuh.

Menurutnya, selepas diumumkan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk pelaksanaan bulan Julai lalu, pihak sekolah terutamanya guru mempunyai tempoh selama tiga bulan bagi membuat persiapan.

“Tempoh itu cukup singkat dan guru tidak mempunyai masa untuk membuat persediaan selain meneliti format PT3 ini.

“Ada segelintir guru yang kurang faham mengenai format PT3 ini dan tidak setuju dengan pelaksanaan ujian ini kerana pelaksanaan dalam masa yang singkat,” katanya, hari ini.

Katanya, walaupun format PT3 ini masih di awang-awangan namun ada segelintir guru mahukan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) diwujudkan semula.

“Ujian ini dianggap kurang telus kerana soalan disediakan guru sekolah itu sendiri dan mereka mempunyai boleh melihat soalan sebelum peperiksaan bermula.

“Kertas soalan juga disemak oleh guru sekolah itu dan menyebabkan ibu bapa kurang yakin dengan keputusan ujian ini. PT3 haruslah mempunyai tahap yang sama dengan PMR atau lebih baik sekiranya mahu diteruskan pada tahun hadapan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Lok Yim Pheng berkata pihaknya dijangka akan mengemukakan maklumat berhubung masalah dan cadangan dalam usaha memperbaiki ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).

“Perkara baru selalunya ada masalah dan kami akan berbincang untuk meneliti masalah dan memberi cadangan kepada kementerian untuk menambah baik ujian PT3.

“Ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan keputusan anak mereka, boleh merujuk perkara itu di sekolah bagi mendapatkan penjelasan mengenai PT3,” katanya.

Lok berkata, tidak semestinya pelajar yang memperolehi keputusan A dianggap cemerlang kerana ujian PT3 ini adalah menguji pelajar berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Beliau berkata, hasil perbincangan itu akan dikemukakan kepada kementerian dalam masa terdekat.

4 comments:

  1. Apabila suatu perkara BOHONG diulang-ulang selalu dan selama berpuluh tahun, maka BOHONG itu akan jadi BENAR.
    Apabila selepas berpuluh-puluh tahun hidup dalam situasi BOHONG, maka apabila datangnya keBENARan, keBENARan itu nampak seolah-olah jadi BOHONG.
    Semua warga GURU di Malaysia tahu dan sedar bahawa selama ini, pencapaian murid sekolah di"politik"kan dan pencapaian LULUS dan CEMERLANG telah dimanipulasikan. Jadi tak perlu komen seolah-olah hangpa ni terkejut "BIAWAK" dengan keputusan PT3 ni. Keputusan pencapaian murid kita di luar negara sudah pun diketahui statusnya. Jadi tak payahlah kita menBOHONGi diri sendiri sebab itu adalah manusia sebodoh-bodohnya. Dahlah kita diperBODOHkan selama ni, la ni keluar pulak kenyataan BODOH.
    Seperti aku katakan selalu, pendidikan dulu tak ada pun begitu ramai pelajar yang lulus semua A1 walaupun dari sekolah yang terpilih tapi ini tidak bermakna murid di zaman dulu itu BODOH dan Tidak CEMERLANG. Kalaulah murid dulu tak cemerlang dan sekarang ni dah jadi guru dan pensyarah, maka murid sekarang diajar oleh guru yang BODOH le. Guru yang BODOH mana mungkin dapat menghasilkan murid yang CEMERLANG.
    Satu persoalan ialah benarkah murid yang dapat semua A+ itu layak dapat A+? Tanya guru di sekolah dan Guru sekolah jawablah dengan hati yang ikhlas. Mungkinkah begitu ramai murid dapat straight A+?????
    Jangan biarkan diri kita diperBODOHkan dan paling penting, kita jaaaangaaaan sekali biarkan diri kita nampak BODOH dengan kenyatan yang keluar dari mulut kita. Orang dapat menilai sejauh mana dengan percakapan kita sahaja kecuali yang BODOH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oiii..bangang. Anak ko dapat berapa A?
      Orang macam ko ni patutnya tak payah kerja jadik cikgu.
      Baik ko tukar kerja jadik tukang buat jamban.

      Delete
  2. Dasar KPM semua warga layak menerima pendidikan asas dari tahun 1 - tingkatan 5 nak sekolah nak berhenti nak sekolah semula tiada masalah...hanya ada satu peperiksaan SPM yang lain dipanggil ujian/penilaian/pentaksiran

    ReplyDelete
    Replies
    1. -"suma penilaiam tu tak penting sangat kecuali peperiksaan SPM"
      -"jadi mak bapak janganlah risau sangat"

      aku dapat potongan ayat atas nun masa dijemput hadir ke sekolah utk dengar taklimat tentang PT3 ker SPPBS ker gitulah daripada pengetua sekola anak aku bulan julai 2014 dulu

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...