Tuesday 23 December 2014

MENTERI UMNO TEMPELAK ISMA DAN AKAN ANJURKAN SAMBUTAN HARI NATAL LEBIH BESAR TAHUN INI.



Menteri Kesejahteraan Bandar Dan Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Rahman Dahlan memberitahu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) tidak masuk campur dengan dakwaan bahawa orang Islam tidak boleh mengucapkan Selamat Hari Natal kepada orang Kristian.

Dalam beberapa siri tulisan di Twitter pagi ini, anggota parlimen Umno untuk Kota Belud itu menyatakan perasaan tidak setujunya dengan kenyataan itu dan menulis beberapa tweet sinis terhadap ISMA.

“Bukan hanya ucapkan Selamat Hari Natal kepada semua, saya juga akan anjurkan sambutan lebih besar Hari Natal tahun ini di Kota Belud.

“ISMA diundang belajar tentang kesederhanaan,” tulisnya di Twitter pagi tadi.

“ISMA bukan pilihanku. Mereka tidak wakili saya dan jutaan orang Islam di Malaysia. Pentaksub agama tiada tempat dalam Malaysia yang sederhana,” tambahnya.

Seorang aktivis ISMA sebelum ini berhujah, mengucapkan Selamat Hari Natal sama seperti mengakui bahawa Allah mempunyai anak, dan umat Islam harus berdakwah walaupun di musim perayaan.

5 comments:

  1. Perkasa gelar pemimpin umno liberal mcm ni BANGSAT

    ReplyDelete
  2. Salah siapa yang memilih pemimpin jenis macam ini???....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salahnya org melayu/Islam suka bergaduh sama sendiri, itulah sebab banyaklah perkara yg yg merugikan orang melayu/Islam berlaku sekarang ini.

      Delete
  3. moderate punya pasal hukum Allah diketepikan. org Islam WAJIB sokong hudud.

    ReplyDelete
  4. Org Melayu hat dok sebok nak sambut Natal ni ada baca kitab injil ka??
    Kalu tak katam kitab injil takyah sebokla main hari Natal

    Kalu sambut Natal ni saumpama Moklok Nabi Isa a.s., jelas tak kena tarikh
    Dalil no.1 - Dalam kitab injil menyatakan pada hari Nabi Isa dilahirkan para perternak dan gembala sedang berada di lapangan mengawasi ternakan mereka.
    Secara lojiknya 25 Dis solsetis matahari berada di sekitar garisan Jadi dan matahari tengah malam dapat dilihat di kutub Selatan, oleh yang demikian bahagian ke utara dari Khatulistiwa sedang mengalami misim sejuk, oleh kerana Nazareth atau Nasoro tempat kelahiran Nabi Isa berada arah ke utara dari khatulistiwa, maknanya 25 Dis Nazareth sedang mengalami musim sejuk, mana mungkin penternak dan gembala keluar ke lapangan
    Dalil no. 2 - Dalam al-Qur'an menerangkan“Maka (Maryam) merasa sakit untuk melahirkan anak memaksa ia bersandar pada pangkal pohon kurma, dia berkata: ‘Aduhai! Alangkah baiknya aku mati sebelum ini dan aku menjadi barang yang tidak bererti lagi dilupakan’.” (Surah Maryam: ayat 23)
    “Maka Jibril menyeru ke arahnya dari tempat yang rendah: ‘Jangan kamu bermuram durja, sesungguhnya Tuhanmu menjadikan anak sungai di bawahmu dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon tersebut akan menggugurkan buah yang masak kepadamu.” (Surah Maryam: ayat 24-25)

    Jelas bahawa Nabi Isa a.s. dilahirkan dalam musim panas berdasarkan keterangan bahawa buah kurma sedang masak di pohon. Keadaan sebegini tidak berlaku pada 25 hb. Disember

    oleh yang demikian kepada orang Melayu yang sebok nak sambut hari Natal, fikirlah dengan akal yang waras dan jauhilah dari jadi sesat berganda

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...