Thursday 18 December 2014

SETPOL ADUN INANAM MOHON ORANG RAMAI HENTIKAN SPEKULASI MENGENAI MAJIKANNYA.



Darren Tong yang merupakan Setiausaha Politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam, Dr Roland Chia, meminta semua pihak menghentikan sebarang spekulasi berhubung peletakan jawatan majikannya itu.

Beliau meminta semua pihak bertenang dan terus memantau perkara itu dari semasa ke semasa, sehingga ADUN itu pulang ke tanah air.

“Ada banyak berita berkaitan YB (Yang Berhormat) kami letak jawatan.

“Kami tidak dapat nak sahkan perkara itu. Beliau mungkin muat naik perkara itu di Twitternya, tetapi apa jua pun, kita biarkan dulu perkara ini KIV (keep in view) sehingga beliau balik dari luar negara,” jelas Tong kepada ketika ditemui di pejabat ADUN itu, semalam.

Menjelaskan tindakan Chia yang disifatkan ‘tergesa-gesa’ itu, beliau berkata, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah itu tidak memaklumkan kepada parti secara rasmi berhubung lawatannya ke luar negara.

“Kami bercakap melalui telefon kira-kira jam 11.30 malam kelmarin.

“Beliau beritahu saya yang beliau akan ke luar negara atas masalah kesihatan yang agak serius.

“Perbualan kami hanya lebih kurang 10 minit dan saya cuba mendapatkan maklumat lanjut, tetapi beliau enggan memberitahu saya,” katanya.

Tong juga berpendapat, Tweet yang dimuat naik doktor gigi itu seakan-akan menunjukkan kekecewaannya.

Tong berkata, susulan status itu, beliau telah menerima panggilan telefon tanpa henti dan menjangkakan Chia akan menjelaskan statusnya itu, sekembalinya ke tanah air pada hujung tahun ini.

Sementara itu, bapa ADUN Inanam itu, Albert Chia, mengemas kini status Facebooknya, “A time of reflection: That in everything and in all things, give thanks to God who is sovereign (El Elyon) — that is God’s will for His children.

“May our son have a blessed rest and recovery for the better days yet to come.” (Masa untuk beringat: Bahawa dalam segala-galanya, hendaklah kita bersyukur kepada tuhan yang berkuasa (El Elyon). Semoga anakku mendapat rahmat dan segera sembuh untuk menghadapi hari-hari mendatang).

5 comments:

  1. Klu ada PRK bagi anwar Ibrahim jadi calon..semoga anwae jadi ketua mentri sabah dan seterusnya umumkan dia sebagai Perdana Mentri Sabah setelah istihar sabah keluar dari mesia.....anwar pasti suka....tak dapat jadi MB sgor dan PM mesia dapat jadi PM sabah pun ok la.....kah kah kah......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak ke org Sabah ngan pemjubor tua tu..kehkehkeh

      Delete
  2. cadangan yg bagus pas tu lantik bini dia jd timbalan.............mesti gembira macai2 pkr semua . Pasma boleh join sekali jd kroni2 kat sana. Strategi ni lg baik dpd kajang move rafizi tu. Kajang Pak Malau Kajang Berlipat, Kajang Hamba Mengkuang Layu................Banggang Pak Macai Banggang Tak Kira Tempat, Banggang Pasma Laksana Dedalu.

    ReplyDelete
  3. Dia bukan lantik Bini la ngok...dia lantik president.takkan nk lantik Tim.president pulak.Ko pun bangang macam najib...

    ReplyDelete
  4. Banggang Pak Macai Tak Kira Tempat, Banggang Penjubo Terkulai Layu.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...