KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Thursday, 18 December 2014

JEMPUTAN KE MALAM CINTA RASUL 2015 DI DATARAN MERDEKA.


TARIKH:  31 Disember 2015 hari Rabu bersamaan 9 Rabiul Awal 1436H jam 9 malam.

LOKASI:-  Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

ACARA:   Malam Cinta Rasul 2015 Sempena Bulan Rabiul Awal Bulan Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W bersama-sama dengan Habib Syech Assegaf dan Habib Ali Zaenal Abidin.

5 comments:

  1. Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:

    لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ مَالِهِ وَأَهْلِهِ ، وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

    Maksudnya: “Tidak (sempurna) Iman seseorang kamu sehinggalah aku menjadi orang yang paling dia cintai melebihi hartanya, keluarganya, dan manusia lain sekaliannya”. [al-Bukhari & Muslim].

    Oleh itu, kecintaan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bukanlah perkara yang boleh dimain-mainkan tetapi perlu direalisasikan dengan benar dalam hati dan dizahirkan melalui anggota.

    Kecintaan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagaimana yang dinyatakan para Ulama ada cinta ikhtiari yang diusahakan oleh seorang mukmin melalui mengikut jejak langkah dan sunnah baginda bukan semata-mata menyanyi lagu

    ReplyDelete
  2. Sangat benar komen tuan anon 12.35

    ReplyDelete
  3. Jangan asyik yaha yanana jo. Sayang kek nabi tapi suruhan nabi diperlekehkan, kato tak relevenlah, tak sesuailah, zalimlah. Melayu macam-macam ado!!

    ReplyDelete
  4. Cinta Rasul konon...tapi amalan dan ajaran tak buat ..
    Nabi pesan selemah2 iman adalah mengalih duri atau batu di jalan...
    Tempoh hari ada majlis macam ini...perangai yang datang majlis itu macam setan.....menyusahakan...parking kereta ikut suka hati sampaikan orang nak lalu...

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum. sekadar nak tegur. Nak komen or nak tegur biar lah guna bahasa yang betul. kalau sendiri komen guna bahasa yang tak betul macam mana nak pasti diri anda lebih baik dari apa yang orang anjurkan. yang penting niat setiap diri masing-masing. walaupun benar manusia tak mengikut ajaran sekurang-kurangnya manusia itu dah tanam niat utk turut serta melatih lidah selawat ke atas baginda. kalau kita bertanggapan buruk sesama manusia. begitulah hati kita. maaf sekadar teguran.. Perbaiki hati sebelum memperbaiki hati manusia lain.

    ReplyDelete