KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Monday, 15 December 2014

PAS TEMPELAK DAP AGAR CUBA BELAJAR MENGHORMATI SEMANGAT DEMOKRASI YANG SEJATI.



PAS mengingatkan sekutunya dalam Pakatan Rakyat, DAP agar tidak menghalang sebarang bentuk proses demokrasi dilakukan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata demikian ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menegaskan Pakatan Rakyat tidak melaksanakan hukum hudud.

Katanya, pelaksanaan hukum hudud di Kelantan perlu melalui proses demokrasi terlebih dahulu dan DAP perlu menghormati proses tersebut.

"Jangan kita hanya pandai bercakap soal demokrasi tetapi kita sendiri tidak melaksanakan dan tidak menghormati demokrasi.

"PAS sentiasa akur kepada proses demokrasi dan kami (PAS) berpendirian bahawa apa juga keputusan mengenai hudud selepas dibentangkan di Parlimen, kami akan akur kerana menghormati demokrasi," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, hari ini.

Katanya, PAS menghormati keputusan DAP yang menolak pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah yang mengandungi hukum hudud tetapi parti itu tidak boleh menghalang demokrasi.

"Kita perlu kembali kepada proses demokrasi kerana negara ini mengamalkan demokrasi," katanya lagi.

Semalam ketika merasmikan Persidangan Kebangsaan Parti DAP 2014 di Petaling Jaya, Guan Eng berkata Pakatan Rakyat perlu menjelaskan pendirian bahawa mereka tidak akan melaksanakan hudud jika mahu menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Guan Eng dilaporkan sebagai berkata Pakatan Rakyat perlu ada dasar yang jelas, konsisten dan boleh meyakinkan rakyat.

12 comments:

  1. KAN KETUM DAH BAGITAU AWAL2

    DAP ADALAH PARTI RASIS, CAUVINIS & BERFFIKIRAN ALA KOMUNIS

    DEMOKRASI HANYALAH SEBAGAI TOPENG

    PAS SUDAH KENA TIPU

    KAH KAH KAH

    ReplyDelete
  2. Pas ada maruah. Pas mempertahanan maruah.
    Tak ler macam parti melayu yang sebelah sana nun....baik hati sangat macam lembu kena cucuk hidung oleh geng sekelambu....

    ReplyDelete
  3. Syabas sdr. Mahfuz. Sudah lama saya g menunggu saorang pemimpin PAS bernada sebegini apabila di Asak oleh DAP.
    selama ini PAS dilihat terlalu takut kepada DAP. Rupanya PAS bukan penakut. Tapi PAS ada akal. Tidak macam DAP yang hanya ada otak tapi akal tiada. Macam lembu
    Lembu pun ada otak tapi akal tiada.
    Sebab itu dilihat DAP selalu bermulut longkang terhadap PAS.
    Dan akhirnya, terbukti, PAS ada maruah. PAS ada prinsip. Pas tidak akan gadai dasar peejuangan demi undi cina.
    sekali lagi tabik spring buat mahfuz. Nak harapkan Mat sabu. Husam, jauh sekali. Kerana DAP dam Pkr adalaj talihayat mereka berdua.
    Dan DAP jangan cuba nak diktate,apa yang PAS boleh buat dan tak boleh buat.
    Jangan cuba nak diktate siapa yang harus jadi preiden PAS.
    PAS bukan PKR.

    ReplyDelete
  4. Cubalah minta penjelasan DHPP pula, sama ada mereka setuju atau tidak. Jika DHPP tidak bersetuju, PAS bolehlah berbangga dgn prinsip biarlah PAS kembali kezaman melukut di tepi gantang dlm persada politik.
    Seperkara lagi eloklah PAS berjuang tanpa berpaut dgn PKR & DAP, jangan jadi muka tak malu masih berada di dlm PR. Bijaknya PAS ni bijak taik kucing!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. PR tu milik siapa? Wujud PR hasil gabungan PKR & DAP sahaja ke, kemudian PAS menangis-nangis isi borang dan interview mohon masuk PR? Gitu?
      Kalau tak faham jgn maki orang. Kalau PR hakmilik DAP & PKR secara mutlak pecatlah PAS mcm PKR pecat TSKI.

      Delete
    2. PR tu milik siapa? Wujud PR hasil gabungan PKR & DAP sahaja ke, kemudian PAS menangis-nangis isi borang dan interview mohon masuk PR? Gitu?
      Kalau tak faham jgn maki orang. Kalau PR hakmilik DAP & PKR secara mutlak pecatlah PAS mcm PKR pecat TSKI.

      Delete
    3. Apa guna PAS bersekongkol dgn PKR & DAP lagi? Jika PAS nak perjuang dasarnya kemudian minta PKR & DAP beri sokongan yg tak akan ada, nak buat apa? Lebih baik PAS keluar PR dan join UMNO/BN lagi molek. UMNO/BN bila2 jam akan sokong PAS.

      Delete
    4. Memang lh 18:53 umno tengah susah sekarang ni kn ....kahkahkah

      Delete
  5. Aku nak nasihakkan Mahfuz Omar agar di tidak melawan Mursyidul Am kerana padahnya besar sekali. Lupakah apa yang telah berlaku kepada Hassan Ali dulu?

    ReplyDelete
  6. Betul lh cara dap tu, dia suruh pas jelaskn pendirian yg pas tak akan melaksanakn hudud, yg pas susah sangat dn lembab sangat nk jelaskn nape, ragu2 ke, takut dgn dap ke ...aku pun dh naik fed up dgn pas ni, senyapnye pas menimbulkan bnyak fitnah lg, ko org pas tanggung lh dosa fitnah tu ..lembik dn x tegas dlm menegakkn hukum Allah ....parti islam ape tu ...

    ReplyDelete
  7. hudud adalah undang undang tuhan, menjadi tanggungjawab semua orang yang beragama islam untuk menerima undang undang allah. semua ahli parlimen yang beragama islam wajib menyokong draf hudud diparlimen, tak kira lah sama ada islam dari DAP ka, PAS ka, UMNO ka, PKR ka. wajib! ini bukan tanggungjawab PAS sahaja. ini tanggungjawab semua orang islam, biar lah parti DAP nak bantah. tegakkan HUDUD melalui saluran demokrasi yang sah. i.allah

    ReplyDelete